Showing posts with label 8 bulan ke atas:baby's nasi ayam. Show all posts
Showing posts with label 8 bulan ke atas:baby's nasi ayam. Show all posts

Thursday, 5 January 2012

homemade stock ayam

 homemade chicken stock sudah ready untuk disimpan di dalam freezer

stock ayam ni macam puree jugak. boleh simpan 3-6 bulan kalau peti 2 pintu. tapi sebab kita nak bagi baby makan sebaik-baiknya paling lama sebulan. tapi bagusnya buat dengan kuantiti yang sedikit cuba habiskan dalam masa 1-2 minggu sahaja

sekarang takde chicken stock macam tak best jer kalau nak masakkan untuk maryam. ade chicken stock ni bertambah kesedapan food maryam walaupon tidak ditambah garam dan gula. senang saja nak buat nye pon.

 ayam (tulang temulang)

bawang besar holland
bawang putih
leek
carrot
celery stick
halia
rempah 4 beradik

 hiris-hiris, campak jer semua dapat periuk

masak dengan api perlahan sampai isi-isi luruh dari tulang. biasanya orang buat stock 7-8 jam, i buat 3 jam jer. sampai air tinggal 1/3. lagi pekat lagi senang nak simpan. rasa pon nanti lebih ummphhh.

masa buat stock boleh tambah sedikit cuka untuk extract calcium dari tulang. bertambah nutrisi chicken stock kita!

lepas 3 jam, boleh tapis pepejal2 dan lapisan lemak. ambik air jer. simpan dalam ice tray tertutup. simpan dalam peti ais.=)

 bila dah ade stock ayam tu boleh la buat macam-macam. antaranya baby's nasi ayam
baby's nasi ayam.


bahan-bahan:(nasi ayam)

serba sedikit rempah 4 beradik
seulas bawang merah
seulas bawang putih
sehiris halia
4 sudu beras (perang +wangi)
kunyit
2 cawan air + stock ayam

cara: 
tumis bawang, rempah dan halia dengan sedikit pure olive oil sehingga naik bau.
masukkan beras, kunyit, stok ayam dan air. masak sehingga masak.


 baby's nasi ayam is ready to ngap!

hidangkan dengan ayam rebus (dicarik-carik)

sup sayur (stok ayam campur dengan sayur-sayur pilihan)

menu ni bagus untuk baby demam selesema. sebabnya kunyit ade circumin yang berkesan untuk lawan selesema. orang zaman dulu kan letak kunyit kat hidung baby. letak dalam food pon boleh. rebusan ayam pulak ade banyak mineral dan vitamin dalam bentuk yang senang diserap olah badan baby. tambahan pula, air rebusan ayam ni ade gelatin, campuran protein yang senang dihadam oleh baby. gelatin berasal dari collagen yang boleh didapat kulit, tulang, otot sendi.

boleh baca kat SINI


 bangun tido. moody

dapat makan terus hyper

semalam maryam macam xlalu makan sangat..lagi tu dia demam sikit. asyik nak bertempek jer..stock ayam dah habis. tapi ayam ade jer dalam peti. buat lah semalam. so maryam makan mee soya sup semalam.

 mee soya

nama jer mee soya. tapi ingredient dia takde mee soya pon. guna tepung gandum jer.

mee soya sup ayam

ni dinner walid. kue tiaw goreng.=)