Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Sunday, 25 April 2010

karipap makan tak habis-habis


hari sabtu aku g IKEA. orang adalah sangat ramai. sebab baru gaji kut. memang salah time kiteorang pergi hari tu. bukan nak membeli sangat pon. saja nak deting. sekarang deting pon tengok perabot u ol. saja nak cari sumber inspirasi.

lepas makan dan penat dah kaki berjalan. nak balik seperti biasa beli barang kecik-kecik. kali ni aku beli pemarut. suami bayar aku pergi beli karipap. nak beli 2,3 ketul jer. tapi manusia nye ya allah panjang nye beratur. mak memang tak sanggup nak beratur panjang-panjang semata-mata untuk 2 biji karipap. so pergi lah beli tempat 1/2 dozen karipap ngan air mineral tuh.

hah! makan karipap banyak-banyak pastu minum lah air mineral banyak-banyak yer. tips penyedap hati ni

pastu suami tengok aku pegang pembungkus tu dia tanya, mungkin sebab nampak aku beli banyak. biasa paling banyak pon 3 bijik jer. dua bijik dia. satu aku. aku bukan boleh beli food banyak-banyak. nanti makan pon banyak.

" u beli berapa, kenapa nampak kembung semacam?"

"6"

"woh. sape nak makan?"

" tak pe, tak habis kita buat breakfast esok" *bahjet*

pastu sebelum balik rumah g beli groceries kat tesco. sebelum tu aku telan 2 bijik. baru jer lepas makan perut masih membuntal. boleh lagi aku telan karipap 2 bijik. kan dah cakap aku tak leh tengok food banyak-banyak. husband pon aku makan sebijik jer. adesh.

lepas beli barang kat tesco, akibat jalan-jalan lapar balik. rasa macam karipap tu berat lagi. tapi tak tengok pon ade berapa bijik. so makan lagi sebijik. lepas habis sebijik rase nak makan lagi. teruk kan i? adeh.

pastu tengok kat dalam paper bag tu ade 4 lagi. i dah makan 3, husband i dah makan 1. sepatutnya tinggal lagi dua la kan? nama pon 1/2 dozen je pon kiteorang beli.

dah mula ragu..

"bie, 1/2 dozen tu 6 kan?" *karipap ni buat aku ragu dengan ilmu di dada*

"ye lah. isk. u neh"

"i rasa karipap ni dia bagi lebih la. kenapa dah makan banyak pon still banyak lagi.ade 8 biji. ke dia bagi percuma?"

"terlebih la tu"

"takkan sampai 2 bijik?"

"rezeki lah tu"

so tak pasal-pasal malam tu i makan karipap 4 bijik. jangan cakap pasal cheese kek, ikan percik, gulai kawah segala lagi. lepas ni tak nak beli banyak-banyak dah. akan ku gigih beratur walaupon ramai orang.

*kalau ikutkan hati.rasa nak habiskan jer karipap tuh. bukan lapar. nafsu.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Thursday, 11 March 2010

awak ni sombong lah

bagi aku orang yang sombong ni sebab satu je. sama ada bodoh ataupon die takut terima kenyataan orang lain lagi hebat dari dia.

Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

kita kaya? orang lain lagi ramai kaya dari kita. lagi pon duit boleh hilang bila-bila masa.
kita cantik? ramai lagi orang cantik dari kita. muka boleh tercalar bila-bila masa.
kita bijak? ramai lagi orang lagi bijak. kalau dah di tentukan boleh gila bila-bila masa.
kita baik? eh. awak sangat sure ke awak ni baik. orang baik tak buat macam ni.

mari sama-sama membanteras sifat 'aku lah paling hebat'

sebab kita tak hebat mana pon. sungguh.

naseb baek saya takde ape-ape nak di banggakan. kalau tak mesti saya jadi sombong bongkak macam awak.

tapi kalau saya tersombong suatu hari nanti tolong lah sekeh saya.

bukan apa, kadang-kadang kita tak sedar.

badan kena gigit nyamuk sampai tinggal parut pon rasa macam nak sombong. sebab nampak sangat darah manis kan! eh. contoh ni mungkin tak kena.

tapi saya bersyukur dengan ape yang saya ade. walaupon tak hebat macam awak.

Wednesday, 18 November 2009

sekilas diet

rasa macam nak share. bukan sekadar mahu share, tapi juga macam satu peringatan untuk diri sendiri yang macam dah lupa diri semenjak dua menjak ni.

1. jadikan waktu makan satu tuuan untuk menyihatkan bdan. tanamkan tekad. anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

2. cuba pemanis mulut yang kurang mani ini. koko panas tanpa gula. buah anggur beku. gula-gula getah tanpa gula. aiscream rendah lemak.

3.sekiranya anda mengamalkan minum susu 8 auns sehari, berat badan anda boleh berkurang kira-kira 2.5kg setahun

4. anda benar-benar bencikan sayur? lebihkan buah-buahan. khasiatnya sama sahaja terutamanya buah yang berwarna seperti oren, mangga, tembikai.

5. sebelum anda tidur, elakkan makan makanan pedas, masam dan terlalu berat. walaupon begitu jangan tidur dalam kelaparan.

6.jampi untuk kekal berdiet

'adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk dari berhenti makan sekarang'

7.elakkan pemanis mulut selama 2 minggu. lama-kelamaan selera anda hilang juga. makan lebih banyak buah buahan, manis jugak kan...

8. bagaimana nak mengelak menguyah di waktu malam? makan breakfast, lunch and dinner. jangan skip makan. tapi kalau bagi i. jangan stay up. kalau stay-up memang rasa nak makan malam.

9.sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan. penuhi malam dengan aktiviti berfaedah.

10.sekiranya rasa lapar di waktu petang, nikmati segenggam kacang.

11. tak kenyang lagi? nikmati secawan yogurt rendah lemak.mengambil sedikit makanan berkhasiat memberi ransangan kepada otak dan tubuh anda.

12. membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dengan lebih cepat.

13. sayur-sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baek kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien yang terkandung didalamnya.

14.bimbang tentang kandungan lemak trans dalam mentega kacang? kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang daripada 0.5gm lemak trans.

15. layari laman web yang menawarkan program diet. anda juga boleh bersoal jawab dengan pakar atau kaunselor melalui email.

dipetik dari rapi

Wednesday, 11 November 2009

pesan mak

i miss my mom *sob*sob* air mata dan hingus meleleh

hari ni birthday dia. tidak perlu la saya wish di sini. dia komfem tak baca

saya boleh describe ibunda yang saya kenal dari dulu lagi sejak saya kecil

1. penyayang
2. lemah lembut
3. skema
4. jimat
5. sembelit
6. overweight

ngahaha..keji tak describe mak sendiri macam tu?meh saya huraikan dengan lebih panjang

1. penyayang-hoihhh..mak mana yang tak sayang anak weh!

2. lemah lembut- dua-dua anak dara ibunda tak mewarisi kelembutan dia. tapi die cakap masa muda dia kasar. i mewarisi kut. dulu i bajet ganas sekarang i bajet ayu. euwww~

3. skema- malas nak hurai keskema-an dia ni. walaupon ayahanda saya cikgu, (cikgu memang terkenal dengan skema kan?) tapi ibunda lagi skema.so, memang family saya skema. sebab tu la saya skema*ehem*

tapi ibunda selalu pesan, kalau kerja jangan menipu, jangan mengelat nanti duit tak berkat. ibunda tak pernah balik awal masa kerja walaupon dia tahu jam kat hospital tu lewat 10 minit. dia pon tak pernah mengular masa kerja. dia cakap kawan sekerja dia keluar g bank la, post ofis la masa keje. tak bagus, masa kerja kene kerja. amanah. nanti duit tak berkat.

sungguh skema.

mungkin sebab ni la walaupon parents saya dua-dua orang gomen, (dulu gaji gomen tak tinggi) tapi duit tak pernah putus macam orang zaman sekarang. abis bulan abis duit.

4. jimat.

mak saya tak pakai barangan berjenama. walaupon dia mampu. nasihat dia pada saya bulan lepas bila seorang daripada makcik saudara saya yang keje gomen beli handbag beribu (berhutang)yang bagi dia mahal.

'kalau asyik kejar jenama sampai bila pon tak de duit'

mak saya jimat. tapi kalau pasal anak-anak dia komfem belikan saja. untuk diri sendiri je dia berjimat. dia tak pernah kata 'tidak' kalau anak mintak.

tapi saya kagum dengan parents saya. sebab masa saya nak kawen dulu, renovate rumah belanja kenduri kawen tak berhutang pon. semua duit simpanan. baru-baru ni ayanda beli tanah yang ada anak sungai. juga tak berhutang. terer betul simpan duit. kagum betul. mungkin ni dinamakan duit berkat.

5. sembelit. saya mewarisi semua benda mak saya, penyakit, darah, perangai. muka jer copypaste muka ayahanda. sembelit yang i ada dulu pon amik ngan dia la. dia dari muda sembelit. sebab tu family kami di ajar makan buah dari kecil. masa muda-muda dulu kalau sehari tak makan buah, sembelit la ibunda saya. tua-tua ni makan buah pon tak jalan. kene makan ubat.julat eh nama die?

tapi..sekarang tidak lagi..kami berdua tidak perlukan ubat sembelit lagi. berak normal dengan herbalife (ayark suka cakap pasal berak dalam blog. i nak buat entri khas pasal berak lepas ni)terima kasih herbalife..hehe..bangga i boleh buat mak i tak sembelit tau =8D

6. overweight. biasalah kalau dah beranak 6 dan dah berumur.... tapikan seingat saya dia tak pernah kurus. tengok dia kurus dalam gambar muda-muda jer. cantik jugek. hehe dia gigih turun kan berat sekarang ni. bukan sebab nak cantik katanya. supaya senang nak buat ibadat. last saya timbang dia hari tu dia dah turun 5kg!!

wah.wah..ok lah untuk dia yang susah gila nak turun. nak naik senang..=D

pesan mak yang laen selain dua di atas

-semayang hajat malam jumaat elok la buat
-lepas semayang baca la ayat 1000 dinar (sampai sekarang tak buat)
-bangun la malam-malam semayang sunat (tak pernah buat walaupon selau bercita-cita nak bangun, bila bangun tutup alarm tido balik)
-walaupon buzy sangat bia lah semayang subuh, maghrib dan isyak berjemaah dengan keluarga. (sebab saya tak kerja, saya boleh la buat yang ni)
-walaupon suami mampu tanggung, perempuan kene ada pendapatan sendiri. kita tak tahu masa depan. simpanan mesti kene ada. (dalam usaha la ni mak.hehe)
-masak jangan pakai ajinamoto (haha..dia paling pantang!)

dan banyak lagi yang tak mampu di save dalam memori. kerana masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ni adalah pesanan yang di replay setiap kali jumpa.

saya sayang mak saya.saya rindu mak saya. rindu masa bujang bila ingat family camni.

Wednesday, 30 September 2009

saya memerlukan pertolongan

saya adalah masalah besar. saya tak boleh mengawal diri ketika marah. rasa nak lepaskan marah time tu jugak.

bila dah lepas rasa lega

tapi

berbaloi ke kalau tu boleh melukakan hati orang yang kita sayang

berbaloi ke kalau boleh merosakkan hubungan dengan orang yang kita sayang

berbaloi ke kalau lepas tu kita rasa menyesal walaupon dah mintak maaf


saya akan cuba melindungi orang yang saya sayang supaya orang tak menyakiti dia

tapi saya menyakiti dia kalau saya marah


kepada orang yang sayang saya, dan kamu tahu saya sayang kamu,

kalau saya gagal mengawal diri cepat-cepat sedarkan saya. kadang-kadang bila marah saya lupa saya sayang kamu

TOLONG ingatkan saya.

kalau saya marah TOLONG cakap

'kamu kata kamu sayang saya'

'u cakap u sayang i'

'dio oyat dio saye ore'

saya memerlukan pertolongan kamu. melukakan hati orang yang sangat menyakitkan.

mintak maaf tak boleh menenangkan hati i..