ni cerita semalam semalam sebenarnya. haha
sori..tak sempat nak update pon semalam. pagi tu ok, tapi banyak kerja la pulak nak buat. lepas tu i sakit gigi. apa pon tak boleh. rasa nak mengamuk jer manjang. menahan diri jer melayan maryam yang macam-macam.
ni pon kene packing nak balik kampung. update cepat-cepat.
mula-mula nak cakap terima kasih kat kak shasha diatas peluang. bak kata kak zara. buke seney nak masuk akhbar perdana. wahh gitew kan.
walaupon ade salah la sikit salah dalam article tu. aish. i tak sempat nak ambik gambar. and nak betulkan. lepas raya lah aci dok?
hehehe. mula-mula baca macam terpikir jugak. alamak, nanti ape orang kata. pastu ohsem husband cakap, alah, biasa lah tu, mane ade orang lepas melakukan kesilapan. bukan salah reporter pon. lepas tu mak rilex-rilex sajalah. at the first place, i buat semua ni bukan nak suruh orang pikir or ape orang kata pon. i just want the best for our daughter. so belajar lah sikit-sikit lepas kene paksa dengan husband. (yer, dia sungguh ohsem kan.) kalau harap usaha sendiri, saya adalah pemalas.
bila dah start sikit-sikit share resepi, ade beberapa mommies cakap boleh bagi dieorang idea i semakin seronok lah memasak boleh jadi sumber inspirasi dieorang. so segala resepi i share ni bukan nak tunjuk pakar, nak tunjuk kau sorang jelah yang terer (haha..i know ramai lagi mommies kat luar sana banyak lagi ilmunya, and buat lagi baik untuk anak dia, tapi kekangan masa mungkin tak boleh nak share) . i buat semua ni dengan harapan orang tahu, masak untuk anak is seronok dan tak susah pong. tu jelah yang i boleh buat dengan segala ilmu yang basic-basic jer yang i ade. bukan banyak sangat ilmu and rajin sangat nak study pon kan. kadang-kadang pelik jugak orang cakap informative. celah mana informativenya. =D hahaha. tapi thanks for your support. wahhh. giler ayat retis ni kan. tapi sungguh. saya sangat rasa di hargai bila dengar kata-kata reader yang kat luar langsung tak kenal pon.
atas sebab itu rasa sedikit bertanggungjawab lah nak betulkan ralat semalam. walaupon dalam paper itu tak de benda dah i boleh buat. tapi boleh betulkan kat blog ni kan. walaubagaimanapon, masa sungguhlah terhad. nak kene packing, nak kene layan maryam, nak kene buat pesanan-pesanan husband sebelum dia keluar pergi kerja tadi. semua kene setel sebelum pukul 5. kiteorang nak nak balik raya u olsss. raya kat key ell ape barang.
kenapa raya haji orang tak mintak maaf eh. raya puasa dok bermaaf-maafan. teringat hari raya baru ni my husband merajuk sebab i lupa nak mintak maaf ngan dia dipagi raya. so i cakap kat dia. i sokmo mintak maaf ngan u bie. ade dosa lagi ke i ngan u? hahaha. kenapa entah raya baru nak mintak maaf. hari- hari pon i mintak maaf ngan dia.
ok. tengs. bai. nak g masak bubur share ngan maryam. mak is sakit gigi tak boleh mengunyah. mood tak berapa ok ni. rasa nak makan orang jer. maryam sila la behave.
Published with Blogger-droid v2.0.9