Sunday, 26 February 2012

hari APA PON TAK NAK!

sekarang ni tengah berjuang kat dapur. maryam susah sangat nak makan yaw. i rasa nak naik gigi kut. sebab suka main air liur sekarang. tapi xnampak pon ade gigi nak keluar

pisang+strawberry +yogurt dia tak nak you bila nak suap. geleng-geleng kepala tarikan muka.

hurmppphh..so masuk lah dapor balik. edit-edit kut-kut masak version lain dia nak

hasilnya

lempeng pisang yogurt makan dengan  fresh yogurt ngan strawberry jugak.

buah strawberi
sebiji pisang
2 sudu tepung atta
1sudu yogurt

kacau semua. masak atas pan letak sedikit minyak. hidang dengan buah2 potong dan fresh yogurt. yang ni dia makan pulok..strawberry fresh nga yogurt tu habis. lempeng habis separuh

ok bagus!

snek pon makan lempeng. lebihan breakfast. hihi. mak tak kuasa nyah nak makan. sebab dah kenyang.

tengahari konon tak nak susah-susah, masak jer benda yang dia komfem makan. biasa kalau masak ommelete macam ni dia tak pernah reject.

 ni untuk 2 hidangan

wholemeal pasta rebus 2 kali makan
2-3 oz lebihan inti bingka. resepi boleh tengok kat resepi bingka berlauk
telur sebiji
2 oz puree butternutsquash (labu pon molehhh )

ambik separuh dari adunan, masak atas pan.letak minyak sedikit sahaja. masak dengan api perlahan. 

 ommelete pasta

tak nak ummi~

makan 5-6 suap jer. pastu tak nak. 

sebab tak laju sangat dia makan, untuk dinner i tak buat ommelete yang lebih tu..i kacau-kacau buat ala-ala goreng jer...lagi laaa semulut pon tak nak masuk mulut.

nak masak puding oat. tapi rasa macam pagi petang siang malam makan telur ape celop kan? so buat puding tanpa telur. which is sebenanya jadi macam oat kukus ngan buah-buah jelah. tapi nak letak nama puding jugak. ade sape nak marah? haha

 eggless oat puding

1/8 cup rolled oat
1/8 yogurt
3/8 air
buah2..(saya guna kiwi+strawberry)

jadi lah eggless pudding

ummi..nak nak nak~ 

masa nak hidang tu tambah lagi satu sudu yogurt fresh. sebab yogurt yang di steam sekali ngan oat tu, bacteria baik dah innalillah dah.

walid yang suap makan kat beranda sebab dia tarik tangan walid dia pergi kat beranda pastu tepuk-tepuk kerusi nak makan kat situ. habis lah 3/4 mangkuk tu

dah lama sebenarnya dia tak nak makan oat. petang tu saja try jer kukus sambil masak dinner untuk walid. dah semua food tak nak kan. oat yang dah lama dipandang sebelah mata ni nak pulak. ape celop maryam. ape celop?

dan dinner walid

spaghetti goreng basah

walid request tak ank pedas. tapi terrrpedas jugak sikit. hik hik. sowi yer bie. tak pedas tak umphhh lah.

2 comments:

  1. ummi maryam ade trend baru..ape celop??haha

    ReplyDelete
  2. Ahh....hari anak tak nak makan sedunia!! Hehe..Penat umminya ya!!

    ReplyDelete