Wednesday, 30 November 2011

alamak!

 sebelum i merapu dengan lebih panjang, nak tanya semua mommies, kenapa kita bagi anak kita makanan homemade?

kalau i, sebab kita nak yang terbaik untuk anak kita. kita tahu ape bahan kita letak dalam food dia, dan mestilah kita pilih bahan yang terbaik untuk tumbesaran anak kita. dan juga nak suruh dia merasa air tangan kita. kan?

tujuan i share resepi i masak untuk maryam pulak as an idea untuk mommies yang buntu tak tahu nak masak ape. sebab itu adalah masalah i jugak. hari-hari okeh buntu.

janganlah pulak ade mommies down tengok menu maryam pelik-pelik, baby dia pulak makan bubur hari-hari. makan sup hari-hari. how i wish maryam nak makan benda sama hari-hari. tukar-tukar sayur ngan lauk jer. masak sekali sehari makan untuk 3 kali. kalau lah maryam nak macam tu, senang nya lah i. lagi banyak masa untuk beronggeng. hueh hueh

i have to masak macam-macam sampai pening-pening kepala, tarik-tarik rambut sebab my baby hanya akan makan makanan yang baru masak jer. tiada menu ulangan. jenis try and error, kadang makan banyak, kekadang makan sikit. walaupon menu sama.

memang lah seronok masakkan dia macam-macam. tapi i ni bukan rajin sangat. pemalas lipas. datang lah mood rajin sekali sekala tu seronok lah main masak-masak, datang mood malas terpikir gak, bestnya kalau masak pagi jer, maryam boleh makan sampai dinner..xpon hari-hari makan bubur campak-campak jer dalam periuk.

so mommies, kesimpulan disini, i pon kalau boleh nak masak bubur ngan sup jugakkk. sebab berbalik kepada soalan diatas, yang penting homemade, berkhasiat. tak kisah lah dalam bentuk macam mana. bubur ka, sup ka, bentuk love ka, lonjong ka, petak ka. yang penting baby dapat nutrisi terbaik untuk dia membesar. kalau dia dah agak-agak bosan tu, boleh lah variasikan. banyakkkkk resepi kita boleh masak, tapi bergantung kepada masa kita lah.

tapi kalau ade masa tak salah nak masakkan food yang lain dari biasa. 

berbalik kepada maryam ni, kalau dia sihat ok jer selera dia. makan jer semua. alhamdulillah tak memilih. tapi boleh tengok lah, kalau food dia suka excited la makan. happy gelak-gelak. kalau food dia kureng, makan jugak, tapi muka redha macam kena paksa makan.

sebagi mak, biasanya kita tahu selera anak kita macammana. tapi tak selalu yang kita teka tu betul. masalh i 2,3 hari ni tulah. semua makanan yang dia suka dia reject, buat pelbagai texture pon reject. i faham lah, sebab dia tak sihat. tapi i sebagai mak nak jugak cari food yang dia lalu makan masa tak sihat ni. perlukan makanan jugak kan nak lawan sakit-sakit ni biar cepat sembuh.tapi sabar banyak-banyak, teruskan mencuba insyaallah nanti Allah akan tolong jugak.

pagi i buatkan dia lempeng. dia tak nak semulut pon. minum susu jer as a breakfast. pastu i kasi ubat. habis ubat tu dia minum, tak luahkan balik setitik pon.

TING!

dapat idea. dah dia nak makan guna syringe, i blend halus-halus ala baby baru nak belajar makan lah. kut kut la nak makan
 1/2 black plum+ 1/2 pisang kaki + 2 sudu teh yogurt + sedikit air

(pisang kaki bila dah masak sampai lembik sikit sedap giler weii)

 maryam's first smoothies 
muka happy boleh makan makanan sedap tanpa perlu berusaha kunyah-kunyah. orang terus bagi masuk mulut. -____-"

maryam kata,lagi sedap dari vitagen
macam lah die pernah minum vitagen kan

dengan jayanya dia minum..syukur lah

lunch memang i masak macam nak bagi kat baby 6 bulan. blend cair.

nasi+corn+labu+ stock ayam

dia makan! banyak lah jugak. sampai burp. seronok nye lah rasa bila dia makan. petang bagi menu sama, and guna syringe jugak. TAK NAK!

haish haish

3 comments:

  1. I pun jeles tau tengok menu Maryam...hihi

    ReplyDelete
  2. Bagus Farah share kat sini. Mommies lain pun boleh tiru mana2 resipi yang bersesuaian. Diri sendiri pun boleh refer balik utk anak2 yang akan datang kan? Rasanya babies ni kita memang kena try banyak benda supaya derang tak memilih makanan bila besar nanti. Tak rasa pun Farah cam tunjuk2. I've been there done that so I mengerti sangat. Lagipun elok masak sendiri sebab selain kita tahu apa yang masuk dalam perut anak kita (dan cara disediakan dan perkakasan yang digunakan semasa penyediaan), juga dapat mengalirkan kasih sayang kat dia. Azra ni sekarang sebab dah makan macam2 boleh je kalau tapau kedai tapi sehari sekali mesti ada meal dia yang masak sendiri. Baru rasa cam complete nutrien yang diperlukan. :)

    ReplyDelete
  3. jangan rasa lagutu, teruskan je share resepi kat sini boleh jadi rujukan buat ibu2 muda yang lain..

    kak ila salute farah ni, memang jaga anak betul-betul..so berbaloilah kalau farah tak keje pon..macam kak ila ni, kalau tak keje pon belum pasti buleh buat mace farah..huhuhu

    tapi betul setiap ibu mesti nak bagi yang terbaik untuk anak2..kak ila pon loni sedaya mungkin masak bubur hari2 ntok Ashraf, tak kisahlah menu sama yang pasti rasa puas hati dapat tengok anak membesar makan makanan yang kita masak

    ReplyDelete