Wednesday, 27 October 2010

tom yam seafood angel hair spaghetti

assalamualaikum dan hi~

dah lunch ke korang? i lunch awal sikit hari ni sebab breakfast tadi makan biskut ngan susu dan beberapa (jumlah tak dapat dikenal pasti) ketul coklat. lapor. lapor. naseb baek bos i sporting so jadual kerja i flexible. boleh suka-suka hati nak breakfast lunch pukul berapa. asalkan amik makanan sihat. masa berkerja pon suka hati nak campor adukkan dengan aktiviti ber-blog, ber-stalk, ber-chat as long as dia balik ade air secawan, nasi sepinggan, rumah sedap mata memandang, baju nak pergi kerja siap ber-iron.

air pulak terpulang. air kosong sejuk pon dah ok. tu pon kalo sampai hati lah. nak up sikit air sirap pon dia dah layan. ape lagi sirap barli (eh. lama tak buat). tapi kalau agak-agak nak cepat dan lazat sunquick la senang. buat banyak-banyak letak dalam peti. tinggal nak tuang dalam gelas jer. agak-agak nak membodek tuh blend buah. buat jus buah fresh-fresh. lepas tu mintak lah nak ape. komfem dapat!

food pulak masak lah ape sahaja. semua dia suka asalkan campur dengan ramuan kesukaan dia. iaitu kasih sayang seorang isteri. tempoyak sila letak jauh-jauh please. letak lah kasih sayang banyak mana pon, kalau dah tempoyak sure dia reject. kalau boleh jangan ade atas rumah pon. kalau ade atas meja sure merungut. tapi ade i kesah? tempoyak pon food jugak. tak baik layan dia macam tuh!

haha. ok.ok. dah la merapu. i akan rindu masa-masa ni suatu hari nanti. dia memang lah akan selama-lamanya jadi bos i yang paling disayangi, tapi lepas ni kalau dah tak berpeluang kerja full time, terpaksa buat part time jer sure rindu ngan kerja ni. i sangatsuka kerja ni. =(



Photobucket
tom yam seafood angel hair spaghetti

kalau dah bosan dah ber-marina ke ber-aglio olio ke, (mana larat nak itali sokmo kan) boleh la try ubah-ubah jadi ala-ala melayu sikit. tom yam melayu ke?ahh..since i membesar dengan tom yam anggap lah melayu. selera asia lah senang cerita.

bahan:

paste tomyam
bawang besar
lauk pauk (suka hati nak taruk seafood ape)
sayur mayur
sos ikan
garam dan gula

angel hair spaghetti yang di rebus hingga 'al-dente'. =p (ngehehe..aku baca kat kertas dia cakap al-dente tu maknenye dah masak tapi kenyal lagi, tak terlalu lembik)


1. tumis paste tomyam, masukkan seafood, bawang besar.
2.lepas tu masukkan sayur mayur dan air sikit kalau kering sangat.
3, masukkan garam/gula/sos ikan. last sekali masukkan agel hair spaghetti yang sudah di 'al-dente' tadi.

sonang sajor. jom lah try.

Photobucket
ni i tahu. memang masakan melayu. dinner semalam.

sayur lemak pucuk paku, udang goreng kunyit, telur dadar kesukaan ramai.



Photobucket
saya ade coklat~

*baca dengan gaya budak-budak tengah show off mainan baru*

nota tambahan. i tak tahu kenapa happy sangat hari ni. dan bila saya happy keberangkalian nak merapu di blog adalah tinggi. so kalau rasa sangat merapu sila terima seadanya. haha


10 comments:

  1. ok. teringin nak rasa angel hair tu. sama ke perasaan makan spageti?

    ReplyDelete
  2. sama jer intan. tapi lagi best. sebab tak muak. heheh

    ReplyDelete
  3. setuju. angle hair x muak...suka

    ReplyDelete
  4. lauk dinner nampak menarik...saya suka masakan melayu.

    ReplyDelete
  5. sedapnya...i like masakan melayu. mmg sedap.

    ReplyDelete
  6. sedapnya nampak menarik dengan adanya siput tu...

    ReplyDelete
  7. wah,..terus lapar balik tgh2 malam ni..isk..sabar2..diet..hehe.
    angel hair jgk ok, kalau yg biasa tu muak kan.

    ReplyDelete
  8. yaa saya terima seadanya..ngee...

    farah ni terror aa masak masakan gini2x..akak tak pandeii..huhu..

    ReplyDelete
  9. mak ai coklat byknya..meh sini se

    ReplyDelete