kerja tak de lah sentiasa buzy kan? adelah masa-masa boleh mengular, ade masa nak lunch pon tak sempat (tapi isap rokok sempat!). ade masa pukul 5 dah terpacak depan lift, ade masa dah malam baru nak menapak balik rumah.
disebabkan jadual harian i yang maintain jer, buzy tak buzy macam ni jugak, rasa sedikit bosan bila masa buzy husband tiba. huhu
semalam masa lepas dinner berehat-rehat sambil tengok tv amik mood malam jumaat. ngeheh.
" berapa hari tak shave ni? serabai nye.."
"tak sempat la yang"
"haishhh..macam orang mati bini"
"ehhh..kalo mati bini mesti kene hensem, kemas, cantik, bergaya sebab nak *ehem-ehem*"
ape ehem- ehem??sempat lagih! maksud i orang seminggu mati bini. masih dalam mood berkabung.
i perasan sejak pindah rumah baru ni husband dah makin buzy. weekend pon dah jarang kiteorang keluar sebab asyik buzy jer i bagi can lah dia berehat-rehat masa weekend. makan kat luar pon dah sangat jarang sekarang. sekarang ni kalau dah sangat malas nak masak or tak mampu nak masak, call domino jer senang. tak keluar rumah jugak! giler pemalas kami berdua sekarang nak keluar dari rumah. sayang rumah sangat ke ape entah lah.
last i keluar jalan-jalan ngan dia (selain giant ataupon tesco lah) adalah masa beli barang baby. tu pon memang betul-betul beli barang baby. kiteorang pergi midvalley cari-cari barang baby, lepas tu sembahyang maghrib dalam jusco tu jer. pastu sambung lagi pilih barang baby, lepas tuh bayar. lepas tu terus balik. giler tak remaja -_-"
dulu-dulu jumaat malam sabtu malam dating kiteorang. buat lah pape pon malam tuh asalkan keluar dari rumah. kalau dah sangap sangat tak de aktiviti kiteorang pergi melepak kat putrajaya depan masjid tengok orang dating or family main-main sambil picnic malam-malam. best wuhh. aktiviti tak memerlukan perbelanjaan yang besar pon. tapi merendek-rendek dua orang adalah benda yang best.
sekarang? tengok lah ape aktiviti kiteorang malam ni. maybe aktiviti biasa. baring-baring depan tv masing-masing mengadap lappy, sambil tengok two and a half man yang dah boleh hafal dah dialog tapi setiap kali tengok mesti nak gelak guling-guling jugak.
giler tua kan kami? ngehehe..tapi sebenarnya i tak kisah pon stay kat umah. dulu best boleh keluar malam-malam merendek-rendek lagak nya macam orang bercinta tapi kami halal. heheh. tapi sekarang pon best ape boleh bebas buat aksi sebab dalam rumah tak de orang nampak. keh keh keh. as long as masih lagi berdua. bukan kene tinggal sorang-sorang.
tak pelah keluar beli groceries seminggu sekali tuh kira ganti aktiviti dating kiteorang lah. huhu
dinner semalam, nak habis kan ikan tongkol rebus yang lebih buat nasik lemak. so buat gulai kuning. ni makanan breakfast ni. nasi belauk ikey ayo. tapi buat dinner pon ok sajor~
selamat bekerja kawan-kawan~ jangan stress-stress kerja. stress tak menambah gaji. heheh. esok dah wiken yeay~!
eh, makan dominos..ok lah tu..hehe.
ReplyDeletetakpe la, kalau dah tak selalu keluar, kat rumah pun boleh dating kan :)
sedapnya food
ReplyDeletemak ai..cili ike ayo tu fav by!!!
ReplyDeletedok umah pun best apa farah..hehe..
ReplyDeleteyeaa esok weken! ^_^