Sunday, 17 October 2010

haishh..jangan merungut!

i rasa pengalaman masa pregnant ni adalah benda paling menggembirakan buat masa ni. setiap kali tengok perut semakin membesar tak pernah fail buat i tersenyum. hati berbunga-bunga setiap kali baby bergerak. masih lagi jakun setiap kali dia bergerak. masih boleh ketawa sorang-sorang kalau tiba-tiba perut berbonjol. masih lagi kecoh sibuk nak bagitahu husband. kalau dia tak de kat sebelah msg pon jadi. dia redha je lah sebab wife dia memang akan sentiasa over excited dari sekecik-kecik benda hingga sebesar-besar benda. (tapi dia pon excited bila dia boleh rasa baby gerak-gerak).

rasa bersyukur sangat lepas usaha keras (ngehehe), air mata drama tiap-tiap bulan, luka fizikal and mental masa first pregnancy akhirnya dapat juga rasa pengalaman ni.jadi setiap kali saya rasa susah or rasa tak best masa pregnancy kali ni, i just ingatkan diri sendiri ni yang kiteorang nak, so kalau ade susah sikit terima and enjoy the moment. bukan selalu pon pregnant kan!

1. bleeding

sebab kedudukan baby ni rendah so sangat senang lah nak bleeding. jadi tak boleh nak ganas-ganas sangat masa awal-awal pregancy dulu. masa bleeding dulu perasaan jangan cakap lah. sebagai orang yang emosi lebih, peristiwa first pregnancy memang sentiasa bermain-main kat otak masa tuh. nak berdepan kali ke dua? tak sanggup. hanya boleh berdoa semoga semua selamat. dan alhamdulillah baby ni kuat, boleh bertahan sampai sekarang. kene bed ridden adalah pengalaman yang bosan. tapi masa tuh baru kita tahu setakat mana kita boleh harapkan husband kita bila kita tak berupaya. heheh. dia memang boleh diharap. dia buat semua benda. masa tu i macam puteri beradu tapi tak tido yang kerja baring tengok tv dan main internet jer. heheh. (bila ingat balik best jugak)=p

2. morning sickness

tengok kawan-kawan yang morning sickness sampai tak boleh makan and berat turun rasa kesian pulak. sebab i tak teruk sangat pon. pening-pening sikit masa pagi and petang, tak boleh masak sebab bau dapor adalah busuk, tapi makan jangan cakap lah! berselera lebih dari orang tak pening. so masa 1st trimester memang masa untuk berehat i, dah la tak kerja, tak boleh buat kerja rumah, tak boleh masak, tapi makan banyak. hahaha. masa yang sesuai untuk ternak lemak gitu=p tapi sampai sekarang pon, kalau jadual makan tak betul or lapar memang akan pening. makanan memang sahabat sejati. camano tak memebesar dengan jayanya kan? hahah. alasan.alasan.

3. heart burn

pedih ulu hati. masalah timbul bila lepas musim makan-makan sedunia. masa raya kat kampung memang sentiasa makan, bila balik kl asyik pergi open house jer. jadi perut dah terbiasa makan banyak. bila hari biasa dok sorang-sorang nak makan pon malas. akibatnya perut merembeskan asid secara berlebihan. sengsara jugak lah masa first time kene. semua benda masuk akan keluar balik di tambah pulak ngan rasa pedih kat ulu hati. seksa nyah. naseb baek ade penyelamat.

gaviscon bertindak macam magic.

*macam iklan pulak*

sampai sekarang pon tak boleh salah makan makanan pedas or makan tak ikut masa. mesti rasa tak sedap. sekarang terlebih makan pon tak boleh, tak makan pon tak boleh. kene makan dengan kerap tapi sikit-sikit.

4. stretch mark.

i start pakai minyak dan segala jenis losyen sejak pregnant 4 bulan lagi. sejak perut mula menonjol. konon-konon tak nak ade stretch mark pon. konon! and masa check up doctor puji perut dah besar tapi stretch mark tak ade lagi. rasa berbaloi-baloi sentiasa membiarkan perut belengas. tapi 2-3 hari lepas doctor puji tiba-tiba ade 2 garisan biru kemerahan kat bawah perut.

deng! stretch mark pregnant memang mengerikan. macam pendarahan dalaman gituh. warna merah-merah campur biru. makin gigih letak losyen dengan harapan berhentilah naik. please. please. tapi 2-3 hari lepas tuh kulit perut pedih macam nak pecah. bila rasa edih jer letak losyen banyak-banyak. tapi usaha sia-sia. stretch mark naik bagaikan juara. ngeri tengok. naseb baik tak nampak dari pandangan atas and depan.

kecoh kat husband tapi dia gelak jer. sampai lah dia tengok sendiri. dalam masa seminggu kulit perut bertukar dengan jayanya. T_T. mak redha jer sekarang nyah (sambil lumur-lumur minyak)

jadi husband, bila rasa ade perasaan nak pasang lain tuh, ingatlah perut i yang merekah sebab bawak zuriat u neh. tu tak masuk benda-benda lain yang akan rosak lepas-lepas ni lagi.

5.sakit pinggang

masa awal pregnancy tak de masalah sakit pinggang pon. masalah ni baru jer timbul sejak dok ulang alik naik kereta raya and pergi johor hari tu kut. dan sekarang sakit pinggang adalah masalah utama. gosok-gosok hanya menyamankan sahaja. sakit tak hilang. dan sekarang kalau bangun dari tido dah macam nenek tua nak bangun dah gaya nya. duduk lama tak best. berdiri lama tak best. tido lama best~ ngehehe

6.penat memanjang.

cepat sangat mengah. semangat berkobar-kobar nak kemas rumah (ye ke?) pastu buat 15 minit berehat setengah jam. ngahaha. penat weh. haish.

7. panas.

dah. panas ni malas nak komen. ngan cuaca sekarang. hemo. hemo!

tu benda-benda obvious lah. benda-benda lain macam berat, pengembangan tuh tayah cerita lah semua orang tahu. tapi kadang-kadang masih tak sedar diri jugak rasa macam tak de lah mngembang sangat, tapi bilatengok gambar terkejut. wowo! besar nya i. hehe

kadang-kadang bila berjalan masih jugak tak sedar diri nak lalu kat ruang-ruang sempit nak menyelit-nyelit. kalau dulu-dulu muat jer. sekarang tersekat kat montot lah, kat perut lah. kadang-kadang sampai kene sound.

"yang, kecik tuh jalan tuh, ruang besar banyak lagih, tolong lah sedar diri"

T_T

5 comments:

  1. nak kongsi pengalaman. boleh tak? hehe.

    1.bleeding. masa khalish dulu ada gak kena sekali. tapi sekali tu je la. kena bedridden 4 hari dan lepas tu aktif macam biasa.

    2.morning sickness. oh. ini adalah pengalaman mengerikan. masa khalish sampai nak beranak ponmasih ada morning sickness. tapi pregnancy kali ni ok2 je la. tak teruk macam dulu.

    3. heart burn. haha. samala. nak2 kalau bulan puasa lagi senang nak dapat heart burn ni. haihhh...

    4. stretch mark. masa khalish dulu. kandungan 7-8 bulan baru naik tak silap. sebab perut kecik kan. itu pon sampai skang masih ada ok. sedih.

    5. saket pinggang. ni memang biasa. duduk2 saja pon nak kena ada kusyen kat belakang pinggang. pelik. perut kecik, tapi saket lebih2. huhu.

    ReplyDelete
  2. heheheh bestnya farah...zaa memang nunggu je la time tu sampai....

    ReplyDelete
  3. gaviscon leh mkn ek, nnt bila ngandung aku nak mkn la, aku kalo ngandung teruk bebeno ulu hatinya.

    ReplyDelete
  4. best nye baca kisah farah...me nunggu gak nak jadi cam farah...semoga farah sihat n enjoy pregnant time...

    ReplyDelete
  5. kelakaaa la blog awk ni farah!! kte pun tgh mengandung skrg, tp baru 7th weeks. dah start bleeding almost everyday. kadang ade yg heavy, kadang ade yg light bleeding je. Last week jumpa doc, dia ckp x leh nak check ultrasound lg, awal sgt still x leh detect heartbeat baby. so next week baru nak pegi(8th weeks next week) redha je lah ade ke xde. doc ckp the bleeding mcm threaten miscarriage ! uwaaa takutnye dgr.

    mmg kami bertawakkal je. Doakan kami tabah dgn apepun results nye ye !

    ReplyDelete