Wednesday, 7 July 2010

dia tido sambil senyum

dan saya pasti dia kat ofis pon sedang senyum. haha!

semalam kami tido awal. saya tido awal sebab penat (plus kenyang) dia tido awal mesti lah sebab nak bangun pukul 230 pagi tengok bola.

dia suruh i tido dalam bilik sorang, tapi berjaya goda dia masuk tido sekali ngan i. tapi kene ugut,

" kalau i tak bangun tengok game pagi ni, i salah kan u!"

jadi i kunci semua jam dan set semua alarm yang boleh di set dalam semua henset. i tak nak jadi penyebab. naseb baik bunyi sedar bunyi alarm, dan dia pon bila kejut senang jer nak bangun. semangat bola beb!

i ingat nak bangun jugak tengok bola (walaupon i tak faham pon off side tu macam mana dan ramalan sotong itu ape), nak jugak rasa kemeriahan wc kan! tapi kene perambat masuk bilik. dia suruh tido. heh!

ingat i boleh tido ke?

baru nak tertido bunyi menjerit. semua sumpah seranah keluar. asal nak tido balik, bunyi bising lagi. pastu baru dengar menjerit kegembiraan yang sangat kuat kalau orang yang tido nyenyak pon boleh tersedar apelagi i yang baru nak tido-tido ayam, i pon keluar bilik.

" macam mana i nak tido u asyik menjerit jer"

" haha. sori. dah goal sebijik"

lepas tu i tak berusaha tido dah. dah tak ngantuk sebenarnya sebab tido awal. abis game macam biasalah. aktiviti kutuk mengutuk team kalah. baru masuk bilik tido. tido pon senyum jer. muka bahagia giler. bola. bola.

i bangun awal sebab nak goreng mee. dia keluar masa i goreng mee ajak semayang subuh pon sambil senyum. ahhhh. tolong lah!

"kenapa u asyik senyum ni?? tolong lah.menyampahkan tau? "

makan mi goreng masin i pon die senyum.

ouh. i lupa nak gosok baju awal-awal semalam. (orang pregnant nyanyuk dimaafkan kan?)stock baju dah habis. jadi lambat gosok sikit baju. die senyum.

berbual ngan parents dia. senyum.

start kereta. senyum.

dia terambil stokin yang i lipat salah pasangan. senyum.

kita tengok final eh? tengok u senyum lagi ke tak. hehe

ouh. adik-adik saya pon mesti tengah senyum sekarang ni.

ade orang moody ke hari ni? makan sotong banyak2 ok~

9 comments:

  1. oh saya moody hari ini! sangat! :D

    ReplyDelete
  2. oklah tu senang hati kan..

    ReplyDelete
  3. samalah husband i pun..pukul 4 pagi baru masuk tido..hari ni ada kelas kul 9 terlajak sikit..itupun student dia call.sabar ajelah.

    ReplyDelete
  4. bai: mane ade orang moody buat tanda':D' =p

    ReplyDelete
  5. iem: kalo team die manang bahagia lah. cuba kalh? hehehe

    busuk hati isteri die ni=p

    ReplyDelete
  6. biarpon kita kerja ngan company parent germany, tapi kita langsung tak sokong team germany ok! hahaha

    dan germany kalah buatkan kita senyum meleret2...hahaha~

    ReplyDelete
  7. i tedo sambil nangis
    bekok mate i

    i harap2 oranje akan bunuhhh la rojaaaa

    ReplyDelete
  8. farahhh... sediakan kotak jerit untuk akak ko yg pemalas kelik2 nih... muahahahah

    ReplyDelete
  9. dh makan sotong dah..mood tak bagus semalam..uuuuwaaaaaaa..jerman kalah

    ReplyDelete