Wednesday 3 March 2010

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com

ade contest baru kat sini.

tengok tajuk ah. nama pon kisah seram kan. so aku kene lah bercerita pasal kisah seram.

biasanya orang penakut ni setan jarang nak kacau. sebab dia tahu iman lemoh. hahaha

tapi paling seram yang aku ingat adalah masa aku miscarriaged hari tu di mana aku aku berpantang dirumah rumah mertua aku. rumah mertua aku tuh di tepi sawah padi. rumah paling hujung dan jauh dengan jiran-jiran. bilik aku mengadap sawah padi dan paling dekat dengan dapur.

di luar umah, dekat dengan pintu dapur ade tergantung benda yang bunyi-bunyi bila kene angin tuh. orang panggil ape ye? loceng angin eh?

malam tuh aku sedang baca novel. dah tengah malam. lampu bilik aku dah tutup. aku bukak lampu tido jer. aku memang tak akan tido sorang-sorang dalam gelap. kan dah cakap penakut.

kat luar angin bertiup agak kencang. mungkin nak hujan. loceng angin kat luar rumah tuh dah berbunyi dah,

''kling kling kling kling'

dia berlaga sesama sendiri. tak tahu lah mengapa. aku memang tak suka bunyi loceng tuh. kalau tu rumah aku sendiri komfem dah lama aku buang. aku rasa tak sedap hati.

dalam tak sedap hati tu angin kat luar rumah tengah kencang siap ade bunyi lagi.

lama-lama bunyi angin tuh macam bunyi orang panggil nama aku

'' faraaaaahhhhhh''

aku buka lampu bilik. pakai spek supaya boleh nampak benda dengan lebih jelas. tarik selimut. tido.

tu jer. tak seram kan? biasalah. orang penakut ni jarang kene kacau. cerita di atas tu pon mungkin perasaan jer lebih.

ngahaha. tapi aku nak menang jugak! sila bagi markah tinggi-tinggi. nak buat macammana. ni lah kisah paling seram yang pernah berlaku. nak reka cerita kang disqualified pulak.=p

2 comments:

  1. aku ni penakut!...hahaha... tak blh tido selagi laki tak balik...dah ada anak sorang ni pun mcm tu jg...

    ReplyDelete
  2. gud luck..
    salam singgah dari GB..=)

    ReplyDelete