Saturday 13 March 2010

aktiviti hari setahun kahwin

ape kite orang buat pada hari anniversari kiteorang?

dinner romantik berdua di luxurious restaurant?
bercuti berdua-dua-an ataupon bahasa di ketahui umum honeymoon?
romen sepanjang hari? gahaha. giler!

bukan. kami tak buat semua tuh.

kami pergi menyetelkan benda yang harus di utamakan. sambil-sambil deting.

awal-awal pagi pergi tengok rumah. (okeh. ni first time aku tengok rumah sendiri lepas nak dekat 2 bulan dapat surat kene pergi amik kunci) pergi jumpa beberapa ketul contractor nak mintak quotation. lepas tu pergi setel kan kerja aku pulak. pergi jumpa customer. last skali baru lah start servey-servey barang kat ikea.

untuk hari bekalan tenaga sepanjang hari, wajiblah mengambil sarapan yang sihat bertenaga.

herbalifelah!

* boleh jadi model herbalife tak?*

takde gambar-gambar rumah dan gambar customer. terus jump ke gambar kami makan

makanan kami

kami sempat gaduh masa makan sekejap. sebab dia beli salah kek. setahun kahwin pon tak tahu lagi feveret bini. merajuk lah bini! tapi 2 minit jer. lepas tu ok balik. ni adalah gambar dalam masa 2 minit tu. masam mencuka. tak tahu lah sapa yang merajuk. aku ke dia.

ni first time kiteorang pergi ikea sebagai seorang yang betul-betul nak membeli. biasanya datang cuci mata pastu bila nak balik cari benda paling murah dan berguna bayar sebab tak nak bayar parking.

tapi kami tak beli pape pon. mestilah. rumah pon tak start renovate pon lagi. macamano nak beli perabot? mana mau campak?

ikea adalah destinasi pertama untuk kerja-kerja servey harga. harus lah mahu barang berkualiti tapi murah. ye dok?

dah pilih-pilih sesetengah barang yang penting untuk di compare kan harga dengan kedai lain. so semalam. kami beli ape?

beli karipap dan siew pow

supaya dapat parking free. beli pemukul telur. haha!

ramai yang nasihatkan kami amik kabinet dari ikea jer murah. bila kami servey memang ade yang murah. tapi kualiti kalau yang murah kat ikea tuh adalah paham-paham sendiri lah. so aku rasa baik buat dengan contractor kut. mahal sedikit tapi puas hati. ye dok?tapi aku masih lagi nak survey cari yang service menarik dengan harga terbaik. kami nak tambah barang-barang penting jer. idok la nak renovate beria-ria. ko ingat bajet jota-jota?

aku nak buat kitchen cabinet, wardrobe dan plaster ceiling jer. pastu benda-benda wajib macam lampu kipas ekon tu lah. ade sapa nak recommend contractor service terbaik dengan harga berpatutan?

aku takut jugak nak amik yang murah-murah sangat. nanti tak berkualiti.

tapi kalau amik yang mahal. pastu kualiti pon macam hampeh idok ke lagi sakit hati?

jadi servey-menyervey ini adalah perlu. jangan menyesal dikemudian hari.

next destination untuk servey perabut adalah kedai-kedai perabut dekat rumah kat kajang ni.

mana nak cari kedai lampu yang murah yer? aku tengok kat ikea bagi design yang aku nak idok la mahal mane. design aku nak yang simple-simple jer. tapi kalau dapat yang lagi murah mesti lah mau!

tapi sebenarya ikea ni tempat first aku tengok lampu lah. tak tahu lah harga tu mahal ke murah. sebelum ni tak pernah amik tahu harga-harga lambu ni. giler kau takde orang keluar deting sambil usha harga lampu kalau bukan betul-betul nak guna.

nak naik rumah betul-betul membuat kan saya naik ghairah. terutamanya saya adalah interior designer rumah kami! suami serah bulat-bulat kat aku. dia tukang bayor jer.

kalau kamu ni betul-betul pembaca yang tegar blog ni mesti tahu apa kesudahan rumah kalau maghfarah yang jadi ID untuk rumah.

tahu?

tahu?

mesti lah rumah maghfarah akan banyak cermin!

gahaha. makin menggila lah tuan blog ni nanti.

10 comments:

  1. cermin byk x tahu lah ada ke tak..tp cermin BESAR PUNYE..mesti ade kan..aha..nmpak suma..kalu boleh cermin tu zoom lagi bagus...ehehe..

    ReplyDelete
  2. hahahah..pandai notty..hahaha..suka cermin besar napok satu badan..senang nak tengok lemok..hahaha

    ReplyDelete
  3. apsal aku letak nama aishah ee? wth haha

    aah aku agree la sgt kalau wardrobe/rack/bookshelf kalau kt ikea tu byk yg x berapa kukuh. da la kayu pine jek, cube ko ketuk2 kalau papan belah belakang almari tu bhgian dalam (ko phm x ni?), kalau kayu tu nipis cm ko tumbuk sket leh patah, better xya beli la..kedai perabot ah seng jual rm50 pun lagi kukuh dari rack 700 800 cmtu

    sekian

    ReplyDelete
  4. lorr bile anniversarynya..huhu..pepun happy anniversary ye! ^_^ jgn gado2..hehe..

    waaah survey brg rumah, best tu..umah ygg dibeli kt ner lak...tak jd berjiran la kita camni..akak tak dapat kunci lg kt bukit jalil tu..lembaps tul! huhu..

    cermin..? best tu..tp kalo ada anak kang, haha...jaga2 diorang suka men baling2! :p

    ReplyDelete
  5. happy 1st anniversarry :P

    bestnyer jadi ID sendiri untuk rumah sendiri noks :) kalau rumah kakput, haruslah ada satu bilik sejuk khas untuk terapi idris :P

    rumah banyak cermin sangat cool, kalau phia ada, sure 24/7 je dia posing pandang cermin *budget model* gituw :)

    ReplyDelete
  6. hhaha.. lupe nk bg tau kak farah. dekat ngan umah akak li tu, ade satu bangunan perabot lengkap skali ngan kdai lampu... alamt nyer dekat ngan jalan reko, sblah perhentian bas ekspress kajang.. try r survey kt ctu...

    ReplyDelete
  7. aishah: hahaha..batch kite tak ramai aisyah kut..kalau ko letak aishah pon aku tau=p

    farah: tq~

    mama: tq, nanti mainan anak beli semua yang lembut2..hehe

    kak put: jangan kan phia, nanti anuty ni pon posing tak habis2..haha

    li: eh? nati kak farah g usha. thanks!

    ReplyDelete
  8. happy anny!!!!!!!!!!! :D

    ReplyDelete