Monday, 25 July 2011

saya penat

serius pelik. kenapa lah badan terasa sangat penat sekarang. nak kata maryam makin susah nak dijaga rasanya makin senang. (cumanya semalam dia meragam. biasalah. baby pon tahu nak monday blues). tapi badan asyik penat jer.

diet? huh!

sejak in laws datang tempoh hari diet memang dah ke laut. shake pon terabai. suka hati aku jer. kadang-kadang sekali sehari. kadang-kadang tak langsung. bila tak shake asyik rasa nak makan jer. bila makan perut kenyang badan berat. juga menyumbang kepada cepat penat.

perut buncit.
asyik lapar jer.
badan cepat penat.
mood tak stabil (sebab cepat penat)
bangun pagi tak semangat kadang-kadang loya nak muntah.
petang dah penat sangat kadang-kadang pening mengantuk.
bila penat sibuk nak makan. mengidam macam-macam.

semuanya berpunca dari penat. ke semuanya berpunca dari gemuk.-____-"

serius. kadang-kadang aku rasa macam orang mengandung jer.

tapi tak pon.

Photobucket
comot sangat.

semalam cubaan nak buat kek sebenarnya. rasmi mixer baru. mula-mula ingat kek bantat, tapi bila hiris sedap pulak. moist jer. tapi sayangnya ganache tak jadi. cair. -___-"

Photobucket
ni rupa dah simpan dalam peti. still tak membeku

nama kek ni devil's food choc cake.

bawah moist choc cake, tengah cream cheese, atas chocolate ganache

husband suka sangat. husband cakap macam makan puding, and choclate ganache yang tak jadi tuh macam dia punya sos. tapi tak boleh makan banyak-banyak. lemak berkilo-kilo.

Photobucket
mee udang terbaik yang pernah dimasak

husband makan banyak sangat. i tak tahu kenapa dia berselera sangat makan sekarang. u pregnant ke bie?

Photobucket
budak happy main tembikai

selain penat i juga ade masalah kesihatan sekarang. iaitu sakit belakang. husband suruh i pergi check. buat MRI jugak. takut slipped disk jugak. matilah dua-dua slipped disk. sapa nak dukung maryam.

tapi i takut. haha

"kalau buat MRI nak tengok tulang belakang die detect tak sakit tempat lain?"

i tanya dia.

bukannya apa. i takut tiba-tiba jumpa tumor kat otak ke, sakit kronik lain ke.

tak ready lagi.


6 comments:

  1. ade ore kate skt blkg tu effect sbb amik epidural..tp x tau la..sbb maryam makin berat kot..hee

    ReplyDelete
  2. i pun mmg ada sakit blkg..mayb sebab bf kot. dah pernah jumpa doc tapi takdelah scan

    ReplyDelete
  3. mee udang dgn kek tak jadi tp nmpk sedap gila tu membuatkan sy nak gi cari mee udang pulak! arrghhhh....

    cari tau farah, bukan beli :p

    ReplyDelete
  4. ello dear..pinky momma tumpang duduk sini ya..ur 106 follower :)

    mee udang kamu sgt menyelerakan huhu..org kelantan ke?

    ReplyDelete
  5. Salam kunjungan.. blog menarik, singgah la ke blog saya ;)

    Zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  6. mwahaha..suka dengan statement 'u pregant ke bie.." comel tau...sama comel dengan budak main tembikai tu..kalau dapat auntie cubit dia...!

    ReplyDelete