haritu baca blog kak nani mak hanis zalikha nampak dia bagi resepi puding gula hangus. resepi lebih kurang jer dengan resepi yang saya buat kat sini . tapi dulu saya buat ratio susu pekat ngan air 0.5:1, resepi ni guna 1:1. and telur dia lagi banyak. dan saya seperti biasalah sesuka hati pergi tambah tepung custard jugak. heheh. sedap. lembut sangat. bagi saya manis dari puding saya buat biasa. tapi husband cakap macam puding jual kat kedai. memang manis. tapi dah kita buat sendiri mestilah nak ikut selera kita kan. so next time buat kene ubah sikit kurangkan manis. sapa suka manis boleh try. tak delah manis giler pon. makan sejuk-sejuk setap!
resepi puding gula hangus/caramel. (2 orang makan. guna loyang paling kecik yang ada kat pasaran=p)
1 sudu gula kasar untuk caramel (letak loyang atas api, kacau guna senduk kayu sehingga gula cair dan perang. tutup api, ratakan gula dipermukaan loyang, biarkan sejuk, nanti gula hangus tu membeku)
1/2 cup susu pekat
1/2 cup air masak
3 biji telur gred A
1 sudu teh tepung custard
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
pukul telur, masukkan susu, air, esen vanila, garam. kacau rata lepas tu tapis kedalam loyang yang ade caramel tadi. kukus 15 minit jer dah masak. (sebab sikit jer ni. saiz kecik)
sekelip mata jer dah siap kuih yang sedap.
elok je terbentuk tu. kalau jual kat param, puding ni la paling laku kot :p
ReplyDeletemcm mudah aja..hehehe..if cuba nnt harap menjadi comel je like urs ;)
ReplyDeleteyang...cemana boleh comel je bentuknya tu???nak tiruuuu :D
ReplyDeletealya: dah tak beli dah puding ni sekarang. senang sangat nak buat nye.huhu
ReplyDeletehas, sila2.jadinye. xsusah
zaa: gula acuan biskut. tekap. agak lecek. tapi saje gedik. mase tu maryam ngan husband tido. bangun2 tido dapat makan puding comei naik markah isteri solehah 10 markah. haha
wah siap berbentuk comel je ..mesti sedap nii ... rajin farah ..
ReplyDeletecomelnye puding caramel ni :D
ReplyDeletesenang nak makan.
wahhh berbentuk2.. farah, nanti tibe mood i nak buat puding, i datang sini..konpem:)
ReplyDeletehaha ingat lagi masa i sekolah dulu amik tempahan puding caramel ni. hihi. dahla barang semua abah yg beli. tapi i sapu semua duit. hihi. tapi i guna susu cair. and gula. bagi i, muak pakai susu pekat. :)
ReplyDelete