i nak mengarang semalam, pastu maryam tak nak dok bawah. nak beriba. macammana nak menaip riba anak.
tapi alang-alang dah type publish je lah.
saje propa kut-kut lah boleh meng-emokan laki sendiri kan. balas dendam sebab pagi semalam dia buat i emo.
tapi nan ado dia nak melayan. dia tahu propa je tuh. aku yang selalu meroyan-royan tak nak kerja. tiba-tiba cakap macam tu. sangat lah bukan aku.
dia dah tahu sangat. kalau dia bagi aku sebulan 30 ringgit pon aku nak jer jadi suri rumah. kalau tak bagi sesen pon aku still nak. asalkan makan pakai aku cukup sudah. tapi *ehem* giler*ehem* kedekut lah bagi*ehem* tiga puluh *ehem* sebulan* ehem* bukan*ehem* materialistik*ehem* tapi realistik*ehem* . 30 ringgit *ehem* mana cukup nak hidup sebulan.*ehem*
lagipon dia dah tahu cerita ni. ku dah pernah cerita.
tu ayat seorang kawan. kawan ke? ke kenalan? kawan la sebab tak bermusuh.
jumpa dia secara tak sengaja di suatu tempat. dah lama tak jumpa sebenarnya. so kami saling mengaupdate diri masing-masing. dia cerita pasal kerja dia. pasal dia stress dengan kerja dia. pasal hari-hari dia bangun pagi dengan perasaan malas nya pergi kerja. i pulak lebih banyak mendengar. ye lahkan, ape sangat pon seorang suri rumah boleh bercerita. lagi lah masa tuh takde anak pon lagi. nak cerita pasal anak tak boleh.
bila dah nak berpisah, dia sempat cakap,
" best la jadi kau. husband kau kaya. boleh jadi suri rumah duduk goyang kaki saja dirumah. KALAU GAJI HUSBAND AKU 10 RIBU, PASTU DIA BAGI AKU 3 RIBU SEBULAN , AKU NAK LA JADI SURI RUMAH"
in your dream lah jawab die.
huhu. manusia kan. memang suka suki suka buat assumption.
bila pulak laki ku gaji 10 k?
dan kalau pon lah laki ku itu gajinya 10 ribu sebulan. ku sangatlah yakin. dia tidak akan mampu bagi aku 3 ribu.
mase blog walking semalam lagi hebat. ade orang komen, ' saya nak jadi suri rumah kalau laki saya bagi gaji 10 k"
kalaulah dia mencari lelaki biasa-biasa. umur-umur baya tengah membina kerjaya. tak yah lah membazir tenaga menaip panjang-panjang macam tu. cakap jer 'saya tak nak jadi suri rumah'
jimat 6 perkataan.
kalau bercakap pasal lelaki luar biasa lain cerita yer. ini lelaki yang biasa orang kebanyakan macam kita-kita jugak.
kalau dah nak memasang niat nak jadi suri rumah tuh, benda yang selalu kene buang jauh-jauh adalah keinginan nak bermewah-mewahan. boleh ke kita nak hilang keinginan nak bermewah-mewahan dalam dunia sekarang ni?
buka facebook.
orang ni via android. orang tu via iphone. kawan sekolah menengah pulak ipad. kita takde nak bervia-via pon.
tapi i tak payah kut nak bervia-via. duduk tercongok kat rumah dok usung lappy biru tu ke hulur ke hilir, nasib baik mandi pon tak usung lappy. sama jer cepat tahu gossip ngan orang bervia-via ni. lagi lah screen besau. hehe. (dengan syarat on lah kan lappy tuh) . lagi tak rti-reti nak bersyukur?
buka facebook lagi. ade kawan seorang cikgu baru kerja buat status (contoh sahaja ni yer. jangan terasa)
"ade orang pesan kat saya jangan selalu beli pakaian anak mahal-mahal. kadang-kadang kene jugak beli baju murah. hei. suka hati aku akulah duit aku! ape kelas pakai barang murah. aku kerja kot. gaji aku mahal so suka hati aku lah!"
so aku dah sentap disitu. kenapalah aku ambik engineering. end up malas nak jadi jadi engineer. baik jadi cikgu. dia tu cakap gaji dia mahal. sian maryam. kalau aku kerja sure dia pakai baju branded. mesti boleh melawa hari-hari. tiap-tiap minggu shopping baju maryam. i am a bad mom huaaaghh. sebab malas nak kerja so maryam tak boleh pakai baju cantik.
pang! pang! tampar diri sendiri. hello. kalau beli baju mahal-mahal kat maryam, maryam tahu ke mahal murah? last-last nanti ko jadi riak ambik gambar asyik nak ambik angle yang nampak jenama jer. so beli baju mahal kat maryam nak bagi maryam hepi ke nak bagi diri sendiri bangga?
pastu bukak facebook lagi.
status seorang kawan facebook lagi.
semalam kat brunei. pagi tadi dah kat johor. sekarang kat melaka. esok nak pergi perlis. minggu depan kene pergi kerteh. lepas tu nak kene pergi indon. penat nye! cepat lah tengok dunia. aku lah paling buzy didunia. cepat lah bulan 7! nak pergi bercuti lepaskan stress kat maldives.
jeles di situ. halaaahh..bestnya. kalau aku kerja aku macam tu ke eh. boleh berjalan merata-rata. then banyak duit nak berjalan ke negara orang. sekarang ni terperap je kat rumah.
pang! pang! tampar diri sendiri lagi. tutup lah facebook.
so moral of the story. jangan bukak facebook. haha
selain dari godaan-godaan dunia ni. perlu nak buat husband faham yang bila kita dah buat keputusan jadi housewife ni, maknanya memang kita dah tahu, benda-benda meterial ni bukan keutamaan. tapi kalau *ehem* ade rezeki lebih *ehem* ape salahnya.
husband tengok kawan perempuan tiap-tiap bulan tayang designer bag baru kat facebook.
"kesian yu yang. ai tak pernah belikan yu beg mahal-mahal."
kekanda kesayangan, kalau kekanda lihat adinda ni, kekanda nampak macam layak dah ke pakai designer bag? silap-silap hari bulan kekanda beli beg mahal-mahal orang kata gred AAA je kang nanti. adinda ni keluar rumah pon jarang. nak burukkan beg yang sedia ade pon susah. tapi adinda ade jugak *ehem* memasang cita-cita sebelum umur mencecah*ehem* 30 tahun, nak jugak seketul. *ehem* simpan-simpan la duit. *ehem*
pastu ade pulak suara-suara sumbang sibuk nak ambik tahu pasal harta orang.
"oloh la..kayo la mung ni. pitih belana kokna lah. gaji banyok-banyok tapi paka kereto kecik jah. aku gaji kecik pong nak paka crv doh."
gaji besar kok celoh mano gak weh. nga aku tok kijo ni. ni je lah hok mampu. kalu pitih banyok takdok nyo nak paka keto kecik.
pastu dia mestilah pikir nak ade rumah besar. kereta besar. nak anak bini hidup selesa.
kekanda, anak satu ni, kereta mini kita dah cukup selesa dah. setakat nak duduk i, u,maryam and anak lagi 2, 3 orang. rumah kita dah cukup selesa dah. saudara datang bukan hari-hari. xpelah mase tuh bersempit sekejap. tapi tak lama. lagi pon u tengoklah macam mana i menguruskan rumah kecik kita ni. terurus ke? agak-agak kalau u beli rumah lagi besar macam mana keadaan rumah tu nanti? nak bayang kan tak?
gaji makin besar nafsu makin banyak. kalau gaji tak besar pandai-pandai lah pulak nak hidupnye.
nak jadi suri rumah tak?
ramaaaaaai sangat cakap nak.
sanggup hidup tak mewah tak?
sanggup kehilangan 'me time' tak?
sanggup tak pergi melancong tiap-tiap tahun tak?
ok dah ramai dah tak nak cakap nak.
and kepada si suami pulak bertolak ansur lah dengan isteri anda. buat keputusan jadi housewife bukan keputusan kecik dalam hidup dia. kalau anda tak menyokong. siapa lagi. kalau anda tak tolong dia, siapa lagi.
sesekali mecok tuh biaser lah. i bukan robot buleh set nak menangkis semua benda-benda duniawi nih.
salah satu reason off facebook. tak nak tambah dosa kutuk org yg sho off. heh! :p
ReplyDeleteyang pntg ko duk umah jaga maryam kan...bos bos opis aku ni gaji above 10k pun masih keje..takde hal pun kannn...so kesimpulan tak de kene mengena ngan gaji..titik
ReplyDelete:)
ReplyDeletebetul tu. kalau gaji cukup2 makan pon pepandai la arrange perbelajaan. orang kata besar periuk lagi besar keraknya.
rezeki dan nikmat itu bukan dalam bentuk wang ringgit semata2...
ReplyDeleterenung2kan...
**padahal diri sendiri??? yg ado jugak :p
entry yang best
ReplyDeletekalau nak laki bagi 10K sebulan, kahwinlah dgn pemerintah atau orang kaya2 pastu sharelah bini2 dengan depa tu...
makin tinggi pendapatan, makin tinggi perbelanjaaan.. ada sesiapa tak belajar microeconomic ker?
orang kata bersyukurlah...
mcm u farah, u ada baby, ada suami walupn tak kerja..tu adalah rezeki.. u happy dgn cara u...
i nih, tak ada baby tak ada suami... ada suami dulu pun bukan nak tangung i pun..
sekali sekala belikan budak2 baju branded tak salah tapi kalau selalu, pokailah jugak kan...
apapun terserah kepada indivigu...
magh..ko tahu la kan..kisah kita ni same je..pikir-pikir..pening-pening..buat naik bp aku je..baik aku enjoy-enjoy je ngn life yg ada ni..syukur!..yg lain..masuk telinga kanan..kuar telinga kiri..push stop!
ReplyDeletefarahhhhh..same ngan i.. tak suke baca status org yg begitu & begini..yg letak kata2 peransang ok..i loikeee...yg ckp gi sana gi sini, masuk itu & ini, makan sana sini..i don't like to read.. sbb sgt jeles.. kdg2 buat kite compare diri sendirik, eh aku ni tak dpt gitu..tak bagus kan? nak2 i ni ade plan nak quit keje psl sakit, lagiklaa buat i down kalau pikirkan dok sebok compare2 dgn org..maka, bukak fb hanya utk perkara penting ajek!!:))
ReplyDeletefarah, tiap orang ada rezeki masing-masing..kita jange tengok orang hok lebih pada kito, tengok ore hok kurang pado kita..kak ila dulu masa awal2 kawen pon xkeje juga, cukup jeles ngan member2 yg keje gomen, keje besar, sambung ngaji blako, meme seteres ah bila jupo kam..pahtu bila kak ila dapat kijo (aloh kijo gaji murah jah pon) still terhegeh2 nk masuk kijo gomen, g interbiu situ sinin sebab sero baguhnyalah kalu aku buleh kijo gomen, terjamin maso depe, pah xcukup nga tu tiap2 tahun kak ila mitok KPLI, tp sapa sudoh xleh..sapalah kak ila give up doh..agaknya ALLAH dah tahu apa ynag terbaik ntok kito..so bersyukurlah..loni walaupon xkijo besar, xkijo gomen tapi masih mampu nk beli rumah, beli make pakai anak2..
ReplyDeleteFarah kira bertuah doh tu sebab xpayah nak keje, hari2 buleh tgk anak membesar depan mata..best apa;)
kak ipar kak ila mace farah r, dulu husben dio jd engineer PET, pah dio xkijo..kijo jaga anak jah (anak loni 7) pah loni husben dio jd GM PET gajik RM30k (ko lebih lagi)..berkat kesabaran dio jaga anak2;)
farah, jgnla peduli mereka. i ni kalau boleh nak je duduk rumah. sedih okay hari2 nak pergi kerja tinggal anak. walaupun mak sendiri yang jaga still rasa macam tak harap hehe boleh tak.
ReplyDeletehubby i pun kata, tak nak kerja pun dia okay je. asalkan i boleh terima kehidupan seadanya yang dia mampu.
tapi that is the hardest part kot. huhu bilalah akan menjadi kenyataannnn!
btw, u kan pandai masak macam2. u boleh tu bikin xtra money. kalau rajin, lagi byk dpt kot dr mkn gaji!
betul ummi Maryam.
ReplyDeleteuntuk i bekerja sebab i nak cari duit menampung banyak kos plus gaji suami pon tak banyak.