Tuesday, 7 June 2011

Day 3 – perfect first date.

perfect first date kalau bagi i hanyalah duduk berdua-duaan cakap pasal semua benda random. kenal perangai luaran masing-masing and masa tu mungkin kita akan sibuk menganalisa pasangan kita.

my first date? jom kita megimbau kenangan lama.

i kenal husband dah lamaaaa sebelum kiteorang kapel. panjang ceritanya. i malas nak cerita. nanti off topic. haha. kiteorang kapel lepas dia dah keluar utp. masa tu tengah tunggu nak konvo. dia grad bulan 12, dia konvo bulan 9 kut. lebih kurang i lah. lama menganggur sebelum grad. tapi dia tak menganggur macam i, dia kerja lah. masa tuh dia kerja kat rompin. kiteorang start kapel bulan 6. tapi tak pernah jumpa lepas kapel tuh. berhubung melalui phone jer. bergayut hari-hari.

so i ingat kiteorang akan jumpa masa dia konvo. tapi dia cakap dia kerja tak boleh cuti masa tuh. tak pelah kan. jumpa lain kali. masa sibuk-sibuk senior datang beramai-ramai masing-masing dok pergi ambik jubah segala dia call cakap dia ade kirim hadiah kat i. kirim kat kawan dia. kawan die ade kat bawah. naik kenari merah.

i baru bangun tido mase tuh. balik dari lecture pakai baju kurung terus terbongkang atas katil. ngan baju kurung tu jugak ai turun muka sememeh juga. kata bangun tido kan. i turun, dan dah nampak kenari merah tu. tapi 'kawan dia' yang dia kirim barang tuh tak keluar kereta pon. dah la kereta tinted hitam legam. takkan la i nak g ketuk tingkap. i mane kenal. segan!

tengok-tengok husband i yang keluar. eh. masa tuh bukan husband lagi lah. dulu i panggil dia abe ja. ya aa auuuuww~ lama tak panggil macam tuh. haha. owh. baru perasan. dia ni memang suka buat surprise- surprise macam ni. dari dulu-dulu sampai sekarang tak berubah-rubah.

lepas tu dia ajak makan kat v3. bukan date berdua lah. nor ngan jinx pon ade mase tuh. just makan-makan, cakap-cakap. pastu balik bilik. dia bagi i strawberry ngan bunga kaler purple. purple???haha.dia cakap tak jumpa bunga lain. beli kat tepi jalan kat cameron highland jer. ingat tak kawan-kawan husband i balut guna ape bunga tuh? hahaha. kelakar tau 'abe ja' i mase tuh. tapi tetaplah sweet sebab berusaha jugak nak bagi i bunga. ala-ala seth tan jugak husband i nih. haha.

first date berdua-duaan kiteorang adlah kat YIK FONG. yik fong tuh macam low yat ipoh la. sweet tak tempat kiteorang dating.

-___-"

memang masa kapel, bila deting jer kiteorang pergi tempat macam tu. kalau pergi kl mesti pergi low yat. tak pon pergi digitall mall kat pj. mase bercintakan, pergi lah mana-mana pon asalkan 'u ade ngan i'. ecehhhh. sekarang cuba die heret i pergi low yat tanpa arah dan tujuan. mahu i merungut sakit kaki dari awal sampai akhir. heheh

owh. kat yik fong tuh dia belikan i rantai. belakang ade ukir name i ngan name dia. mane entah rantai tu sekarang. shahir putuskan.=(

kiteorang kapel jarak jauh. jarang giler lah kan nak jumpa. dia kat kl, i kat tronoh tanah tempat jin bertendang. kecualilah bila i internship. i sengaja mintak bintulu sebab i tahu dia nak kene pergi attachment kat bintulu. masa ni lah baru kiteorang dating hari-hari. baru jadi pasangan pale yang normal. gaduh. dating keluar dinner. tahu perangai masing-masing.

takde ape pon kite boleh buat kat bintulu. bila weekend kiteorang akan lepak-lepak tepi pantai or pergi picnic. i suka. duduk jer berbual-bual spend masa bersama-sama sambil usha-usha awek. bace majalah. potong kuku. makan ais jagung minum air kelapa. best sangat masa tuh. huhu

ni kat miri. 3 jam dari bintulu naik kereta.
muda nya i 3 tahun lepas
-___-"

very the kurus okeyh -____-"

54 kilo masa ni.

5 comments:

  1. ololo...muka dara gitu...auwww i loikeee;)*sonot gak mengimbau kenangan zaman silam*:)

    ReplyDelete
  2. yik fong eh? heheh.. tempat masa training dulu. sellau gak gi situ. tronoh tmpt jin betendang eh? tu pasal kitorg balik kampung tak pegi mana. duduk rumah menggemukkan badan. hehehe..

    ReplyDelete
  3. kenangan terindah erk.. zaman dara yang sentiasa diingati

    ReplyDelete
  4. dulu kurus...
    sekarang???
    tak nak cakap... ha ha ha...

    oloh sweetnya dating yer...

    ReplyDelete
  5. weweittt patut la abe terpikat..muka suci murni..kurus

    ReplyDelete