Thursday, 5 August 2010

adat bersama suami

dah tak ingat mana copy article ni. ade kat draft so sempena hari jumaat saya publish untuk renungan bersama. (hari jumaat je ke nak insaf?)

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

adakah saya suka menyampuk?

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

haih. ego. ego. ego. tapi saya akan cuba. akan cuba! -____-"

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

ayyark..no komen!

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

hehe..kalau boleh hari-hari nak shave. dia tak bagi.=p bukan salah i.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

biasanya akan cakap, " hei u lazy ass pergi amik sendiri boleh?"..tapi akhirnya pergi ambikkan jugak. tu kira melengahkan ke? jangan lah cepat sangat kecewa bie. i lagi kecewa semalam i mintak tolong u amik kan barang u malas nak gerakkan vontot. menyampah~

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

hehe. i bukan tak nak masakkan makanan feveret u. tapi i nak u pelbagaikan pilihan lauk u. makan semua benda baru lah dapat semua nutrisi. asyik makan benda sama tak bagus jugak. hehe. errr..lagi pon semua masakan i feveret u kan?=p

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

heee..okeh. sekarang jugakk i jahit kaki seluar tuh.(dah bertahun-tahun di suruh)=p

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

hahaha..i tak sediakan. tapi sebelum u pegi kerja i tanya,

"wallet dah ambik? pass kerja? henfon?"

kalau i lupa tanya terus tertinggal. hihi. penting jugak kewujudan i=p

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.


hoh? ape u nak suruh i layan? cakap jer. meh. meh.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

heee. i mintak kan? kan? kan? walaupon kadang-kadang bagi dulu baru cakap. -___-"


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.


u balik kerja i tengah masak memang la bau bawang macam mamak. tapi lepas tu wangi kan?=p

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

u balik kerja kita terus makan nasi. tak de maknenya nak berkuih muih bagai. nanti tak makan nasi lah kita. hehe. air i buat kan? kadang-kadang jer lupa. hehe. kadang-kadang ke?=p


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

haih yang ni lemoh la sikit. memandangkan akhlak pon idok lah baik mane. tapi saya cuba.

hampir setahun setengah kahwin, banyak sangat lagi nak kena baiki diri. kadang-kadang still tak boleh terima kenapa i je kene beralah. kenapa u xboleh nak beralah ngan i. kenapa u boleh? kenapa i tak boleh? kadang-kadang rasa macam tak aci. tapi kene redha sebab kita isteri. dia ade lebih, kita pon ade lebih jugak. seimbang jer peranan sebenarnya. tapi still bersikap macam kanak-kanak. nak bebas macam dulu. nak ngada-ngada macam dulu. sampai kadang-kadang lupa tanggungjawab sebagai isteri. heheh.

maafkan i kalau ade mane-mane yang terkurang tu.

i love u.

ni sesi tazkirah sambil menginsafi diri. jom baiki diri.

10 comments:

  1. seriously memang kena kat btg hidung sendiri. i rasa malu.. haha!

    ReplyDelete
  2. yerp. kena baiki. tp mak aku selalu pesan kita sebagai isteri ni memang selalu kena pendam sorang2 :(. hoh rasa nak buat entry apa mak aku pesan.

    ReplyDelete
  3. aku ini wanita biasa...
    baiki diri utk jadi isteri yg dikasihi suami..Insyallah...

    ReplyDelete
  4. insyaAllah kita sama2 baiki kekurang ye para isteri sekalian! :) kena banyak mengalah. banyak jugak yang terkena kat batang idung ni! ayakkkk :p


    thanks dear for sharing! sangat berguna.

    ReplyDelete
  5. kena byk besabar la pompuan nmpk gayanye keke..takpela, nk dpt pahala punye psl :)

    ReplyDelete
  6. bagus adat2 ni...saya sokong 100% :)

    ReplyDelete
  7. ohho...byk nk kena baiki diri nih..huhu..maceeh farah letak artikel ni, muhasabah diri sat..^_^

    ReplyDelete
  8. alamak,tadi bukak cimbcliks dia, topup henpon sndiri 30hinggit,lupe nk cakap..skang jugak kene bgtau nih..!tihihi..

    ReplyDelete
  9. Mana aci!!! I pon penat gak seharian kat opis. Dahlah bos I macam cip*n. Kita sama-sama give n take boleh tak yang? Ke you nak I hantar u balik Kuantan? Hahahaha!!! Letih la nak ikut tips ni. Dan boleh menimbulkan amarah. Hihi.

    ReplyDelete