Monday 10 May 2010

menyesal ke kahwin awal?


lunch hari ni

nasi goreng udang sepatutnya. tapi tak nampak pon udang. kangkung jer bersepah-sepah.

semalam chatting dengan kawan masa MRSM. cakap pasal kehidupan. haha. bunyi macam serious je kan?

dia tanya aku tak menyesal ke kahwin awal? sebab kalau diri dia sendiri dia rasa dia tak ready lagi.

tak payah pikir panjang. memang tak pernah terbit pon perasaan menyesal kahwin awal setakat ni sepanjang aku kahwin ni. malah, kalau ade kawan-kawan or sepupu sepapat yang dah ready, yang dah mampu, aku cakap buat ape tunggu. kahwin jer. haha. saya memang suka jadi pemangkin suruh orang kahwin cepat-cepat sebab saya rasa hidup lepas kahwin adalah sangat best!

pasal ready, ape yang membuatkan kita rasa ready? duit berkepuk-kepuk sampai boleh beli bee.em.dabeliu. cash? skill memasak? skill lipat baju?skill basuh baju? skill romen ? ke nak tunggu duit banyak-banyak nak buat majlis paling grand yang pernah wujud kat kampung aku.

kalau nak kira ready, aku rasa aku dah betul-betul ready nak kawen sebaik sahaja aku habis prektikel. masa tuh aku dah kumpul duit nak beli barang hantaran. duit kenduri khemah-khemah semua tuh parents lah yang sponsor kan. tapi masa tuh tak habis study lagi. ade stahun lagi. mak tak bagi. jangan gatal sangat kata mak. hahaha. ok tipu. mak cakap. habiskan belajar dulu. jadi lepas habis study, buat preparation 3 bulan, kahwin lah kami. dah nak kahwin sangat kan.=p

merancang nak kahwen tuh jangan cerita. aku memang kapel ngan husband aku ni memang bukan kira kapel main-main saja buang kreadit sms dan call. memang sebaik sahaja kapel terus cerita nak kawen. hahaha. bak kata suami rugi melabur kalau takde hasil. isk. suami aku!

sebab family husband aku jenis kahwin awal. tengok lah adik-adik ipar aku. umo 24 tahun dah kahwin. adik ipar aku yang sama umur ngan aku pon akhir tahun ni kahwin. dua-dua tuh lelaki okeh. so kira lambat jugak lah husband aku kahwin sebab nye nak tunggu aku habis belajar. dah la lepas habis belajar bukan kerja pon kan. baik u tak payah tunggu dulu-dulu kan. gahaha. eh. salah-salah. kerja ke tak kerja lain cerita. yang penting mak cakap dah ade degree tuh kalau nak kahwin, kahwin lah~

adakah aku dah betul-betul ready masa aku mula-mula kahwin dulu?

aku pon tak tahu kalau nak kira ready tuh dari segi ape.

duit?

erm..duit yang aku ade memang cukup-cukup beli barang hantaran jer. tu pon husband banyak sponsor. duit nak hidup lepas kahwin? seratus peratus husband aku lah. tapi bukan kaya pon kami. boleh lah nak makan minum. berjimba sikit-sikit masa weekend. happy je kan hidup kami?

skill sebagai seorang suri rumah?

kalau korang kerja tayah skill pon. upah la bibik. tu pon kalau bibik tu berguna lah. haha.ok-ok. masa untuk serious. masa aku kahwin, skill aku adalah zero! kemas rumah sampai sekarang pon kalau husband aku yang kemas sure lagi bersih dari aku. basuh baju pon aku jenis sesuka hati jer dulu. husband aku yang ajar. masak tu adalah kelebihan saya la sikit. skill romen pon kelebihan jugak.eh. tak de kene mengene.

dengan kata lain. kami saling melengkapi. dah aku tak pandai. dia ajar lah. dan kalau dah nama pon belajar, ade lah banyak kekurangan kan. so yang sorang lagi kene lah banyak bersabar kan.

tak puas hati lagi la nak berjimba?

hoihh..berjimba lepas kahwin lagi best. titik. tiada elaboration di sini.

nak tunggu duit banyak majlis kahwin perlukan banyak duit?

i rasa kan, sebaik saja kita decide bila nak kahwin, dengan senangnya kita senang kumpul duit. sebab kahwin kan benda baik. mesti lah Allah menyenangkan perjalanan kita. selagi tak tetapkan hati betul-betul memang lah duit tu tak pernah cukup. ad jer bende nak beli.

lagi pon bagi aku tayah lah membazir banyak-banyak sangat duit untuk majlis kahwin. sebab lepas kahwin banyak lagi nak guna duit. tapi kalau korang kaya silakan lah~

nak balas jasa ibu bapa dulu?

haha. tak nak komen pasal ni. tapi aku yakin nak balas jasa bukan dengan wang ringgit jer. tenangkan hati mereka dengan tunjuk betapa bahagia nya hidup kita pon dah buat mereka happy. jangan lah balik kampung jer tarik muka sebab gaduh ngan laki kan.

ape lagi yer nak perlu siapkan diri?

nak kata aku matured pon idok lah jugok. aku kanak-kanak lagi masa kahwin dengan dulu. sekarang pon masih kanak-kanak tapi dah matang sedikit sebab selalu kene basuh. haha

banyak jugak masalah aku masa mula-mula kahwin. eh. sampai sekarang pong. tapi mana ade kahwin tak de masalah kan? tunggu umo 30 baru nak kahwin pon mesti lah ade problem jugak rumah tangga. tak de masalah langsung boring lah kan.

tapi banyak masalah bermula dengan aku lah aku rasa. kadang-kadang terlalu ikut emosi. ye lah kan. aku kan muda lagi. eceh. perasan muda. ye lah. masa aku kahwin aku baru 22-23. jiwa aku tengah memberontak. naseb baek husband pandai mengawal situasi. tu kelebihan kahwin dengan orang yang 'tua' sikit kot. dia yang lagi banyak berfikir sebenarnya. aku ikut suka perangai emo aku jer. tapi sekarang dah ok dah sikit aku rasa. kita boleh belajar dari pengalaman.

mak aku cakap lepas kahwin ni aku macam dah jadi orang lain. kalau dia dah tak de pon dia dah tak risaukan aku. haha. dulu dia selalu risaukan aku.

lagipon dah banyak benda aku belajar dalam masa setahun ni. kalau aku tak kahwin, aku rasa aku masih maghfarah yang dulu. berjimba jer reti. semayang tunggang langgang. sesuka hati i lah dengan kata lain. kalau parents marah kan merajuk. tapi sekarang pon idoklah kate baek sangat. improve version lah orang kata. hehe. thanks suami. walaupon u pening sebab kene layan i ni. tapi usaha u ni i rasa berbaloi la jugak kan? kan? kan?

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

20 comments:

  1. kite kawen lambat sebab takde sape nak kat kite. huhuhu~

    tapi alhamdulillah, ada jugak en alang yang menyelamatkan keadaan. hahaha. poyo!

    ReplyDelete
  2. i setuju dgn apa yg u ckp kan. i juga x menyesal kawen awal, malahan x nyesal jd ibu di usia yg awal. kehidupan lepas kawen lg best dr bercouple sebb semuanya halal. nk berjimba hingga 3-4 pg pun xpe. sbb dgn laki sndiri bkn dgn pakwe. ehehehe.. :D

    ReplyDelete
  3. ezzah: huhu..tu lag..best tengok u. hot mama=p

    ReplyDelete
  4. intan: farah cakap bagi yang dah ade pasangan, yang cukup syarat wajib kahwin lah orang kata..hhuhu

    ReplyDelete
  5. best apa kawin awal..dpt anak awal..dah pencen nnt anak dah besar²...

    ReplyDelete
  6. best..boleh romen dalam keta takda sapa marah!ahahaaaaa...

    ReplyDelete
  7. uuuih panjang lak farah membebel petang nih! tapi akak suka dan setuju sesangat!!

    sebaliknya, akak rasa nyesal lak tak kawen awal2 (akak kira kawen lewat aa, dh masuk 28)..hehe..tp jodoh smpai lmbt, nk wat camne kan..lain lah awal2 dah ada jodohnye tuh!

    ReplyDelete
  8. ehh tak rugila..best sgt kawin. wink! Has kawin umur 23 tahun. x muda sgt n x tua sgt ;)

    ReplyDelete
  9. betul2,x yah tnggu ready2 lar nk kawen nie...klau da rs nk kawen,kawen jer kekekeke...hdup lps kawen lg best dr hdup ms cinta2 dl kan...cinta2 dl smua terkawal,lps kawen haaa hambek nk tertonggeng,tergolek berdua ikt suke lar,x de sape nk ngate...

    ReplyDelete
  10. perjalanan hidup akak samerlah macam farah..hubby yang banyak mengajar akak menjadi seorang wanita & memang!! xrugi kahwin awal;)

    ReplyDelete
  11. bestnya kwen awal.. tp 2 bergantung pada jodoh jugak..sy dah lama berusaha tp xley nk kwen lg..

    ReplyDelete
  12. sebenarnya kawin senang, akad nikah bukan payah pon...tapi masyarakat kita yang menyukarkan keadaan...ini menyebabkan bakal pengantin selalu tensi...

    ReplyDelete
  13. yes..sokong kamu..
    bile dah ada niat tu...insyaALLAH dipermudahkanNYA..aku alami benda tu Magh..cuma skrg ni kena tunggu saat ijab qabul tu sampai..kami serah padaNYA semua...cepat or lambat,sume keje DIA...kami terima dengan berbesar hati dan penuh rasa kesyukuran.....^_^

    ReplyDelete
  14. kawen awal untung. dpt anak awal. bila anak besar, kte maintain mengancam u. hahaha

    ReplyDelete
  15. huhuhu sokong 100% kalau dah ada niat nak kahwin mesti Allah permudahkan tang rezeki tuh. dah kahwin pandai2 ler kan.

    ReplyDelete
  16. kirenye kawen awal ni best yeh??tapi elya takotttttttt laa..takottt tutttttttttttttt ha3

    ReplyDelete
  17. ceh aku ni ha kawen lewat..tp apapun bergantung pada jodh pertemuan..bestla ko kann memuda dah kawen...anak besor mak mude belia lagi...

    ReplyDelete
  18. bagus2 tepat dan padat.

    Farah, saya da ready =)

    ReplyDelete
  19. aku kawen umur 22 dari mula saat itu aku menyesal sampai sekarang...aku menyampah ngan nasib aku!!!semua nih xadil langsung!!!org bujang gak senang!!!!knp lah aku kwen?knp mesti aku?knp?knp?knp?????klu lah aku blh bujang sampai mati kan bestt...

    ReplyDelete