saya tiada basic mengurut. tapi saya ada bakat mengurut. (perasan tetapi benar) haha
manusia suka di belai. suka dimanjakan. saya suka memanjakan suami saya dengan urutan. walaupon urutan saya mungkin tidak se- effective urutan professional. tapi mungkin lebih baek dari sesetengah rumah urut. sebab urutan saya penuh dengan kasih sayang..haha~
en. suami stress kebelakangan ni. stress dengan macam-macam. saya tahu. tapi tidak mampu menolong. sejak dari awal perkahwinan. saya memang pengurut peribadi en. suami. tapi sejak saya miscarriaged, kesihatan tidak mengizinkan. kalau dulu, kalau dia merungut penat. boleh jugak tolong urut. sekurang-kurang nya kurang lah jugak penat dan stress.
pagi tadi en. suami mengadu. badannya lenguh. saya sudah sihat. jadi dengan penuh ikhlas saya menawarkan perkhidmatan full body massage. seperti orang mengantuk disorongkan bantal la kan. dia mahu siap dengan tawaran upah lagi. hehe. tidak la perlu upah. bawak i g deting tempat best-best je wiken ni =p
untuk menambahkan keeffective-an menghilangkan stress saya pasang lilin aroma therapi. bau sangat menyegarkan. untuk memudahkan urutan body-lotion digunakan. (lembut la kulit kamu nanti)kerana tiada minyak yang bersesuaian. ubat barut perut saya mahal. nanti habes.. ;p~
dengan berbekalkan ilmu-ilmu urutan ciptaan sendiri, di ciplak dari mak cik tukang urut yang mengurut saya semasa saya nak kawen, di campor dengan teknik-teknik yang di tonton dalam youtube, saya mengurut. sehingga en. suami tertidur pulas.
saya suka guna teknik ni. lebih kurang la
tinggal satu je kurang. bunyi yang selalu kite dengar terpasang kat spa tu. kalau ada memang sempurna.
mane ye nak belajar urut secara professional? sangat mahu belajar. kerana urutan ni sangat banyak manfaatnya selaen daripada menghilangkan stress dan merapatkan hubungan. kalau boleh belajar urut refleksologi lagi best.
hohoyeahyeah~ saya kembali melakukan rutin seorang isteri.
eheh..tibe-tibe berblog. kata tidak mahu berblog.hehe. dapat kebenaran en. suami~
No comments:
Post a Comment