cerita di mulakan.
' i tak sangka u ni educated boleh caye bende gini' <<<(nak cakap i
'ala..i tau..tak tau kenape i bodoh harini'
'i nak cakap perkataan tu tapi tak sampai hati la kan'
bla..bla..bla..ceramah diteruskan
'i tak sangka benda yang i dok dengar pastu baca kat metro jadi kat kite. jadi kat u la'
'ala....dah tu nak buat caner..i dengar benda ni pon dari kecik kut..tapi dah hari ni i nak kene.'
'u tak tahu ke benda ni tipuuuuu..ya Allah' <<<<<< speechless
cerita sebenarnya
seorang apek.pendek.kurus.kuku kuning.macam penuh taik.busuk. menegur.
'dik bukak kupon ni mana tau dapat diskaun'
'tanak lah, saya nak cepat'
'bukak la dik, tak kene bayar'
malas nak layan.bukak.
pastu macam tak ingat saya ikut dia sampai kereta. dia terangkan macam-macam dan kononya saya menang 9k tapi kene bayar.
(gile macam kes menipu yang selalu saya dengar)
bodoh no 1
dan saya dengan bodoh hari ini. percaya dan siap bagi 400. dia siap mintak kad bank. tapi kad bank ade dengan en. suami. cash je saya ada. tu pon semua bagi dia. dia macam tak nak saya bagi tahu dengan suami. kononnya surprise kat suami.macam-macam dia cakap.
lalu saya marah. 'saya orang islam, saya kene cakap kat suami saya'
bila call en suami macam giler tersedar yang saya kene tipu. series macam baru tersedar. saya dah mula tanya dia soalan macam-macam. ketiga-tiga orang sudah cuak. (2 amoi busuk kawan dia jugak). en. suami dah call tak henti-henti.
dia cakap cina.so saya tak faham.sumpah rasa nak blaja cakap cina. dia cakap something kat amoi tu. dia cakap kalau saya tak percaya bawak la husben datang jumpa die orang.diorang ada kat sana sampai pukul 7. dan tiba-tiba amoi busuk dua orang tu hilang. tinggal apek kuku penuh taik tu je cakap dengan saya.
die cakap dia nak setelkan dengan kawan dia sebab saya nak balik duit tu. die cakap nak g amik kawan dia kat chow kit. dia suruh saya tunggu. saya dapat rasa dia nak lari.
bodoh no 2.
sebab sayang kan duit 400 tu saya nekad nak ikut dia naek kereta kancil. bodoh nya saya.
dan dia tak bagi. dia cakap saya orang islam. lagipon nanti suami marah. lagi la saya nak ikut. saya cakap kalau tak bagi ikut bagi saya ic dia.dia cakap.
'lu gila ic nak bagi orang'
'ok.kalau macam tu saya ikut'
saya ikut dia duduk tempat belakang. en.suami call. mengucap panjang bila tau saya ikut dia dalam kereta. dia suruh berhenti dan turun dari kereta sekarang.
suruh apek tu berhenti. dan matikan enjin.(naseb baek dia ikut kan).
masa ni betul-betul depan The Mall. jalan jam. dan orang sangat ramai. saya suruh dia berhenti depan bus stop. dia turun cakap nak g toilet. saya tak bagi. saya cakap g toilet lepas suami saya datang. dia marah.
' lu ingat kencing boleh tahan ka?'
'kalau macam tu bagi anak kunci. kalau tak i ikut u sampai toilet.'
dia bengang. lalu cakap.
'bodoh punya orang!'
dia bagi kunci kereta tu sambil marah-marah. cakap kat en suami nak call polis. encik suami cakap call je.(dia on the way nak ke kereta die)
masa ni cuak so tak terpikir pon nak call 999 kan. pastu tanya pakcik MELAYU. ada no tel polis tak.sebab saya kene tipu. cerita semua benda kat dia. (masa ni memang tak ada orang kenal kan. kira macam maen tegur je. caner kalau pakcik ni pon jahat jugak?)
tapi Allah sayang saya lagi. pakcik ni baek. saya suruh dia menyamar jadi suami saya. ok. sekarang saya ada suami umo 40-an ye =P
lama giler tunggu natang cine tu toilet. pastu dia call saya. konon-konon nya manager die cakap saya boleh dapat balik duit saya. tapi hadiah tu burn. diorang yang dapat.
saya cakap saya tak kesah pon ngan hadiah tu. saya nak duit saya balik.
suara masa cakap dengan dia tu macam berani sangat je. sebenarnya takut. sebab apek taik tu macam sangat garang. tapi bila die keluar tengok saya dengan pak cik tu yang belakon jadi suami saya, dengan baek nya dia bagi balik duit tu.
dan dia belah.
en. suami yang masa tu baru nak keluar parking.sesungguhnya semua ni berlaku dalam masa 39 minit. sebab saya tengok jam saya sampai kat stesen bank negara pukul 4 dan apek taik tu bagi saya duit pukul 439. en. suami pon tak sempat nak datang.
pak cik tu risaukan saya. nak tinggal sorang-sorang nanti apek penuh taik tu datang balik. tapi takkan la saya nak ikut dia pulak kan. baru lepas mulut harimau. takkan nak masuk mulut buaya pulak kan. en. suami suruh ikut. pak cik tu orang Jabatan Alam Sekitar. dan saya di hantar ke ofis en. suami dengan kereta Jabatan Alam Sekitar.
di hantar ke pangkuan suami. muka dia saya tak boleh tafsir. marah ke? sedih ke? syukur ke? geram ke? menyampah ke?
sowiiii~~
pak cik tu cakap saya kene pukau kut. sebab mula-mula dia tego saya memang dia isap rokok.
pak cik tu jugak pesan kat suami.
'jaga la dia ni. kene banyak sekolah lagi ni'
i tak kira. i nak cakap i kene pukau.i macam tak percaya i sebodoh tu. nak bagi duit cash 400 macam tu je. mungkin bagi sesetengah orang duit tu sikit tapi untuk orang menganggur banyak.
en. suami sangat marah sebab saya ikut laki tu sebab 400. die cakap duit boleh cari. i tak leh di ganti..wuhuhu. sayang jugek u kat i ek..
peringatan untuk diri sendiri:
jangan membelakangi suami
jangan jalan sorang-sorang.
jangan percayakan orang.
jangan ambil risiko. walaupon duit tu sejuta tapi kite lagi mahal ye..
hukuman:
tak boleh keluar jalan-jalan sorang-sorang.
tak boleh pegang duit cash lebih dari 100
terasa bodoh. tapi mahu share dengan seme orang. supaya kita beringat.tapi tak ingat sangat untuk cerita secara lebih mendalam. walaupon masa kita baca paper orang kene, kita pikir bodohnya orang tu boleh percaya orang menipu cara lapok macam tu. tapi tak tahu apa berlaku kalau kita yang kena. saya dah mendengar sangat banyak ceramah semalam.dengan itu dengan secara hormatnya komen di tutup.
No comments:
Post a Comment