Tuesday, 27 August 2013

terpukui

 assalamualaikum...

kalau selalu dengar ceramah prof muhaya, dia selalu tekankan anak-anak ni cermin diri kita. i selalu berharap nak jadi idola anak-anak. tapi kesian lah anak-anak kalau nak jadi kan ummi dieorang ni idola. tak kemana lah jawab dia. =P

tiap-tiap hari niat nak berubah jadi lebih baik. niat jelah tapi nya. (tapi niat benda baik pon dah dapat pahala no?) hahaha. ok. serius. serius.

sebenarnya banyak lagi benda yang perlu diubah pasal diri yang buat i tak bangga dengan diri sendiri. harap diberi masa dan peluang la untuk berubah.

salah satunya baran. cepat sangat menaga. tarzan.

kadang-kadang kat rumah cepat sangat jdi tarzan. i mengilusikan dirikan sebagai emak yang lembah lembut (muntah la kalau nak muntah) =P i nak jadi lemah lembut lah. tapi kalau dah kemarahan dihujung tanduk tu, bila dok menahan tangan dari bergerak, maka suara lah yang keluar.

tapi bila pikir balik, ape lah sangat salah budak syurga ni kan. dia bukan salah. dia berperangai budak kecik, kita nak bentuk dia terus perangai macam kita susah lah kan. maryam ok kalau i pujuk dia secara lemah lembut. terangkan dia satu-satu. beri belaian pelukan. tapi take time. dan dia akan makin manja berdeney. ok jelah sebenarnya kalau masa dan keadaan mengizinkan buat macam tu. kadang-kadang masa tak sesuai. i sibuk nak berkejar buat kerja rumah, adik menangis. dia dok sibuk nak berdeney-deney. maka zasss. managa disitu. cara senang. terus senyap. tapi ape perasaan dia masa tu? ape perasaan kita tengok ketakutan di mata dia masa tu. menyesal la sekejap. lepas ni buat lagi. camane bila kita tak berdaya esok? bila dieorang yang jaga kita. kita dinagakan macam tu?  insaf la sekejap sekali lagi. pastu buat lagi.

kalau boleh nak anak-anak perempuan jadi perempuan yang lemah lembut percakapannya, sopan santun. tapi dia nak tiru sapa kalau bukan mak dia kan?

i selalu perhatikan perangai orang yang i suka perangai dia. orang yang cakap lembut, berbudi bahasa pandai hormat dan bergaul dengan orang tua. sebab nak tiru. tapi progress perubahan tu slow lah. bukan senang nak ubah benda yang memang dah darah daging.

i tak suka jugak kartun-kartun melayu macam upin-ipin dan boboboy (gini ke eja?) boboboi ni memang tak bagi tengok langsung sebab dialog-dialog dia tak menyenangkan hati bila didengari. upin ipin tu ade la jugak kisah teladan yang dieorang boleh belajar kecuali lah kak ros. kak ros ni garang sangat. tapi i tengok kak ros tu macam tengok diri sendiri lah. macam tu lah i ngan adik-adik i.  -____-" ngan anak-anak berlembut sikit lah sebab naluri keibuan kan.

dalam pada dok struggle konon nak mengubah diri, konon nak elakkan anak dari bersifat macam ummi dia yang ummi dia tak bangga ni. suatu pagi, fateemah tolak phone yanga ada atas katil, jatuh. lalu berderai. bunyi lah kakak dia ni.

"ya allah!"
"baby!" (jerit)
"jatuh phone ummi!" bebel bebel bebel

dia jerit dan buat muka marah tu alahaiiii tak cuteeeee sayang please lahhhh... sebab tu sebijik ayat ummi kalau marah dia.so macam tu lah muka ummi kalau ummi yang marah dia kan?  ya allah maryam. jangan lah dok tiru benda tak bagus yang ummi tunjuk. -_______________-"

tu belom lagi dia buat muka marah sambil  "hishhhh..baby ni!"

juga terkena pukulan disitu. budak memang begitu lah mereka kan. meniru-meniru.

tak lambat lagi nak berubah. dan kene harus segera berubah. marilah berlembut berkasih sayang.

tak nak maryam jadi kak ros upin ipin. T_T

jadi harini. bangun pagi, tengok cermin cakap hari ni akan berlemah lembut dengan anak-anak. cakap kat kawan. cakap kat suami.

alhamdulillah..baran dapat dikawal. ade lah sikit menaga keluar asap jer. tak keluar api.

tapi tu lah. baru day 1. kita try tengok sebulan. wish me luck!













anak-anak ni datang ke dunia bukan dari kita. dari allah. dieorang datang melalui kita je. dieorang adalah amanah. nak pregnant beranak pregnant beranak adalah senang. cabaran lepas tu nak mendidik dieorang ni yang buat mak takut. tak banyak nyelahai ilmu. mak tak retiiiii.

camane nak anak 12?

5 comments:

  1. sob sob... sedih pulak baca entri ni... tapi ia buat saya lebih bersemangat utk jadi mama yang sangat penyayang... (nak buang garang jauh2)

    ReplyDelete
  2. betul kan kak..sebabtu saya takut nak beranak,sebab tanggungjawab selepas ada anak tu besar..buat anak memang senang,tp nak didik,asuh,jaga memerlukan kesabaran yg tinggi..sy ada anak lelaki sorg je buat masa ni..skrg dah 4 tahun...perangai mmg kdg2 buat jadi geram..tapi sy rasa masih xboleh nak jadi seorg mak yg baik..kdg2 kesian jgk dekat dia sbb sy kerja..tp sy cuba jgk cari peluang lebihkan masa dgn dia.sbb sy xnak dia rasa terabai..wlaupun sy xmampu dr segi kewangan..sy xnak jd mcm sstgh parent,anak 2 3 org,tp kualiti masa dgn anak xde..duit ada pun buat ape tp masa dgn anak xde..sy kdg2 kesian tgk anak2 yg kerap kena tinggal ni..dah la time kerja pun kena tinggal,lepas tu time cuti hujung minggu pun tinggal plak sbb alasan susah nak bawa berjln..pernah sy tgk dekat mall,ada parent yg tinggal anak2 dia dlm tpt mainan & pergi membeli & cuma mengharapkan penjaga tpt mainan tu yg tlg tgk anak tu..paling kesian bila dia jatuh @ nak terkencing,tp xboleh keluar sbb mak ayah xde kat situ.last2 kencing dlm botol je...sori kak terpanjang plak komen..heheh

    ReplyDelete
  3. puan farah.. itulah antara sebabnya juga saya takut nak beranak... saya ni boleh tahan garangnya... cik abe pun sama garang gak sebenarnya... acamner?? memang nk byk train diri sendiri ni...

    ReplyDelete
  4. Nak jgk jd ibu yg baik...... :(

    ReplyDelete
  5. ok magh sedih aku baca post ni, lately ni pon byk kali aku menyinga kat Nia. Tatau la cane nak handle dah. Sampai lately ni pon kalau dia nak buat something yg tahu aku akan marah dia akan duduk diam sembunyi sbb takut awal2 aku marah T.t kesiannya di situ, sedangkan if pk balik tak salah pon, dia budak, nak main play around kecah around semak aroaund je waaa :(

    guane ni, baru anak 2 dah mental emosi. camane nak anak 5 dan masih menjadi role model kepada mereka ni?

    good luck kepada kita!
    btw you're already a role model to most mummies kot magh=) stay strong mummmyyyyyyy

    ReplyDelete