kepenatan semalam balik dari giant. membel groceries je pon. kalau husband ade tu aktiviti kegemaran la kan. sebab bila keluar, ambik-ambik barang letak dalam troli je. benda lain tak yah pikir. ni semua benda buat sendiri laaaa. ngan si kecik kene kendong. ngan si besar kene layan dan dijaga moodnya. balik rumah kene angkut barang lagi. T_T memang rindu suami kalau bab -bab begini. hahaha. memang rindu suami bab begini jer. bila kene buang sampah sendiri, bila kene buang habuk vacuum sendiri. =P
semalam kemalasan lampau, tak masak pon untuk berbuka. along belanja makan kat manggo chili giant. bukak puasa alas perut kat rumah, bermaghrib dirumah, siapkan anak, terus zasss ke giant. sampai kat giant, maryam tak nak masuk kedai makan tu. biasalah dia kan. ummi lapar ni anok.
jadi belikan dia stroller berbaby ni.
memang dah lama i cari stroller ni. i nak stroller je, tak nak baby tu. sebab anak-anak patung macam ni mak tak suka la. tapi yang jumpa memang ade anak patung ni, so beli jelah. sekarang kat rumah dia dah jarang sangat main masak-masak ke, block ke, dok pretend playjaga anak-anak jelah kerja dia. dah memang budak suka meniru kan. memang dia nampak ummi jer hari-hari. tiru la ummi jaga baby. suka la dia ade baby betul!
juadah mengisi perut. tq along.
boleh la ummi makan dengan aman kan. itulah pon yang paling penting. hahaha
kalau dengan husband, stok buah ngan sayur ni i beli 2-3 hari sekali. sebab sayur-sayuran berdaun yang i guna nak buat jus ke, smoothie ke macam kurang kesegaran kalau lama-lama. tambah-tambah kalau bayam kan. kalau kailan ngan sawi ok sikit. kalau simpan dalam tupperware ok sikit. tapi masalah problem nya malashh. haha. tapi sekarang ni macam tak kuasa nak keluar sokmo. so beli stok banyak-banyak.
romaine dan bayam sedang direndam cuka. naknti keringkan. pastu nak simpan dalam freezer. tahan lama sikit.
anak dara masa berbuka puasa dengan kawan-kawan 2-3 hari lepas
i suka nak anggap maryam ni kecik lagi. kalau orang tanya i cakap dia 2 tahun. hahaha. padahal kalau ikut tahun dah 3 tahun dah dia. sekarang ni perasan dia sangat anak dara dah. tambah-tambah bila pandai bercakap nikan. ayat cliche yang perlu ade adalah, 'cepatnya awak membesar. anak adik lagi?' hahaha.
slm...kenapa sayur rendam dalam cuka ye?
ReplyDeletesuka baca blog Farah..nilah semangat yang kita nak, surirumah yang bahagia..Insya Allah suami pong bahagia!
ReplyDeleteAshraf pon kak ila dok potty train lagi, nak wak ghano asek kencing merata jah, mama dio dohlah jenis malah so baiklah pakai pampersh lagi, alaaa setakat pampersh dokkang papa dio dokleh nak suppley bulan2..hihi