semalam i start masak awal la jugak. saja start awal, boleh kemas dapur awal, boleh goyang kaki awal. eh.
so petang tu bole la goyang kaki masak sayur sambil layan dia main jugak. saja melibatkan dia dalam aktiviti memotong kacang. nak tengok ape dia buat dengan kacang tu.
tolong ummi potong kacang. semestinya lah maryam tak guna pisau. =P
tapi hasilnya...
dia patahkan kecik-kecik dengan susah payah, letak dalam bekas i letak kacang dah potong tu jugak. dia tengok i potong kecik-kecik letak dalam tu kan. pandai!
sambil-sambil masuk mulut jugak of cos. dia kutip makan biji kacang tu. sedap gamoknye. ataupon sebab menarik kaler hitam-hitam macam kismis.
ni study resepi sebelum tido tadi. esok nak masak dengan ummi.
dia 'kemas' almari buku. baca-baca *ehem* belek-belek majalah tiba-tiba ternampak gambar bento-bento yang cute kat dalam majalah tu. terus excited mulut bising. ade bento bentuk ayam. dia cakap 'bird'.
dah suka benda-benda cantik kut budak ni. tapi ummi takde alat la nak buat bento cute-cute. nanti kita ajak walid pegi daiso okeh. heheh
sebab masak awal semalam?
husband mak request nak makan butter prawn
tapi dah lama tak buat. so tak confident boleh jadi. so start masak awal sikit untuk egg floss nya. kalau tak jadi kita tukar plan masak benda lain. muahahaha..alhamdulillah. boleh diterima lah egg flossnya walaupon warna tergelap sedikit. hehehe. so petang tinggal nak goreng udang sajor.
menu bukak puasa semalam: butter prawn, sambal telur, kacang goreng belacan. air sirap limau biji selasih.
senang jer menu bukak puasa. macam tak puasa jer kaedah nya. macam dinner-dinner biasa. alhamdulillah. setakat ni masak tak pernah membazir. kalau lebih lauk pon sikit makan sampai sahur, topup sikit jer untuk sahur.
sambal telur tu guna telur putih jer yang lebih buat butter prawn ni.
dah lama sebenarnya tak letak resepi orang tua dalam blog ni. sebabnya adalah mak is segansebab sekarang orang yang baca blog ade jugak sedara mara. so kalau jumpa cakap-cakap pasal food-food dalam blog mak, mak is malu. motif malu? entah lah. tapi segan la jumpa orang, pastu dia cakap balik benda dalam blog. >.<
tapi akibat tak letak resepi, bila nak buat balik masakan yang sendiri pernah masak dah tak ingat dah bahan. haha. so lepas-lepas ni, kalau resepi yang boleh simpan untuk rujukan masa hadapan, akan ditulis balik kat blog. so untuk semalam,
resepi butter prawn hot:
egg floss:
2 biji telur (ambik telur merah jer)
2 sudu besar butter
minyak masak 2-3 sudu
*campur minyak masak ngan butter sebab nak tinggikan smoking point so butter tak cepat hangit
cairkan butter, masukkan minyak. bila dah panas, tuang telur dengan mengguna acuan roti jala dengan guna tangan kiri, tangan kanan dengan menggunakan garpu buat gerakan bentuk bulat dalam kuali. jangan berhenti sampai telur habis. tunggu sampai telur berbuih-buih minyak. jangan lama sangat nanti kaler gelap tak cantik. macam mak buat ni dah gelp sikit, kalau boleh lagi muda lagi cantik. angkat. toskan minyak.
untuk udangnnya:
8 ekor udang
5 biji cili pado (ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
setangkai daun kari
2-3 sudu susu cair
lebihan minyak tadi, panaskan sehingga minyak betul-betul panas, goreng prawn sampai masak beberapa minit. angkat. lebihan minyak boleh keluarkan sikit kalau tak nak berminyak sangat. masukkan cili padi dan daun kari, tumis sehingga wangi. masukkan susu cair sedikit garam dan gula jika perlu, kacau sehingga keperangan. masukkan balik udang yang telah digoreng tadi, kacau sebati. hidangkan. tabur egg flos tadi.
* i tak masukkan garam dan gula pon dalam masakan ni. sebab untuk i masin butter tu dah cukup, pastu manis udang tu pon dah sedap. kalau mahu lebih rasa boleh la tambah. tapi sikit jelah sebab butter tu dah masin dah.
siap untuk di ngap =D
udang feveret akak n anak2
ReplyDeleteelokla tu anak dara masuk dapur..hee~
ReplyDeletenmpk sedap..leh try nih,i loike
ReplyDeleteanak dara memang rajin..:)
ReplyDeletesyoknya dapat tgk anak membesar depan mata
ReplyDelete