Thursday, 26 July 2012

17 minggu, 1 tahun 7 bulan dan masih menyusu

assalamualaikum dan hai! (bulan puasa kheeenn)

hari ni bercerita pasal maryam, adik maryam dan mak maryam (nak jugak sikit). bila masuk setahun 7 bulan tiba-tiba maryam pandai sebut macam-macam. dan dia dah boleh tiru kita cakap. suka membebel tu memang dah biasa, tapi dulu german sangat mak tak faham. sekarang dah banyak lah faham. dah tahu lah bahasa dia. bila kita faham ape yang dia nak, at least dia tak mengamuk sangat. dulu dia agak kuat mengamuk sebab mak tak paham. haha.

dia sangat obses dengan belon. sekecik-kecik belon dalam buku, belon dekat pasarraya. belon diangkasa (ceh skema nye). orang tak nampak dia dah nampak dulu dah. pastu sibuk "babell..babel..babel". haha. yes. penat mak ajar belon dia tak nak ikut. dia panggil bubbles jugak. belon panggil bubbles, bubbles pon panggil bubbles.

dah tahu kalau nak keluar bilik tutup lampu. nak masuk bilik kalau dari ruang tamu sibuk nak tutup tv dan kipas dulu. bagus. jadi macam walid. jangan jadi macam ummi. pembazirooonn.

kalau jatuh walaupon tak sakit suka berlakon sakit. jatuh sakit lah bahagian mana pon, dia akan tetap datang tunjuk sambil gosok-gosok lutut kanan. orang gosok-gosok sikit lari-lari balik.

sangaaaaatttttttttttttttttttttttttttttt suka memanjat. dah tak de tempat tinggi yang dia tak panjat dah. kecuali atas almari. kalau almari pon dia panjat mak pengsan! almari solek yang xde kerusi tu dia dah naik berdiri atas tu. ngan perfium kaca-kaca segala atas tu. sakit jantung mak dibuatnya. kerusi ngan meja makan dah lama. sekarang kuri ngan meja bar plop. kerusi meja makan dah naik atas meja. lepas ni ada harapan kerusi bar pon naik atas bar jugak.

sekarang dia dah tak menyakiti diri sendiri dah. dulu asal amukan jer hentak kepala. asal amukan jer sakitkan diri sendiri nak perhatian. sekarang tahu pon sakit! dah lepas dah phase tu. sekarang phase guling pulok. tak dapat barang dia nak terus guling-guling. sabar jelah anok!

sangat suka main sorok-sorok. kadang-kadang tiba-tiba takde dok belakang sofa. kadang-kadang dok belakang langsir. kadang-kadang bukan dia main sorok-sorok. tiba-tiba hilang sebab buat projek dalam bilik mainan dia or dalam bilik tido. tapi panggil jer, komfem dia datang lari terkedek-kedek. hehe. dia lari sangat comel. masih lagi terkedek-kedek. hihi

budak kecik kan. semua pon comel. sekarang dia adalah sayang penyayang. kalau mak tengah mengdap lappy tak layan dia tiba-tiba dia datang tutup lappy pastu datang kiss-kiss. hug-hug. sampai hati lagi nak mengadap lappy memeng dok laaaahh..masa untuk bergomol..hehe suka datang kiss, hug, and peluk-peluk perut jugak bila cakap pasal baby.

dah pandai buat kerja rumah! kadang-kadang ambik kain lap kabinet tv. yelaaahhh..mak nye pemalas kannnn..anak lah lap debu-debu kat rak tv tu. kalau orang basuh pinggan sibuk jugak tolak stool nak basuh pinggan jugak. so bagi lah dia berdiri kat sebelah. bagi cawan plastik seketul setel dah. suka main masak-masak ambik senduk-senduk bekas-bekas kat dapo. kadang-kadang mak saja bagi dia main sebab tak nak dia mengacau orang makan or masak. bagi main tupperware ngan senduk-senduk ni lagi dia suka dari mainan dia. tengok lah anak sape kheeenn..eehhh

ni dia tumpahkan air lepas makan.

dah tahu kalau ade air tumpah terkedek-kedek masuk dapur amik ape saja dia nak ambik sebab nak lap. tu dia ambik tisu yang mak dah guna buat goreng keropok ikan. sebelum ni lantai ummi basah jer maryam tumpah kan air. lepas maryam lap lantai tu jadi basah dan berminyak. bagus maryam bagus!

masa kecik-kecik dia suka berkawan, tapi entah bila tiba-tiba dia jadi macam takut ngan kawan sama umur. maybe kawan-kawan sebaya dia yang dia jumpa selama ni ganas-ganas sangat. dia ayu dan manja kededek-dek-dek. so dia adalah jadi penakut ngan rakan sebaya. kalau 4 tahun keatas dia ok. baru-baru ni husband rakan-rakannya buat pot luck bukak puasa, dia nak main ngan zara anak kawan husband. ok pulak dia main. ngan budak-budak lembut dia ok kut. ataupon sekarang dia dah nak main balik.









 eh panjang pulak bercerita kannn..tapi sebenarnya membesarkan anak ni benda paling best adalah tengok dia dari tak tahu nak buat ape jadi budak yang tiba-tiba "eh..maryam dah pandai buat tuu" "eh...maryam dah pandai sebut tuuu" walaupon memanjat, tapi tu dah kira satu pencapaian bila dia dapat akal nak panjat benda makin tinggi. huhu. tapi mak sakit jantung la dulu. -____-"


 17 minngu. bergambar sementara tunggu walid maryam balik ambik nak pegi check up mengintai baby

vain depan cermin pon kesukaan dia jugak.

dah 17 minggu ++ dah. weekend ni dah nak masuk 18 dah sebenarnya. malan birthday mak hari tu masa 16 minggu dia mengeras. esoknya masa tengah rehat-rehat mengadap lappy dan tengok tv dimalam hari terasa pergerakan kecil. alhamdulillah. dia aktive dalam tu.

pergi check up hari tu harapnya nampak la boy ke girl sebab masa maryam dulu masa ni dah nampak. position maryam sampai kesudah kangkang. sekarang pon position selesa dia kangkang. huhu. tapi lain ngan adik dia ni. kepit. pemalu kut. tak bagi ummi ngan walid tengok. surpriseeee katanya. kene tunggu lepas raya la mengintai lagi.

baby dan mak baby ok-ok sajor. sihat sejahtera. berat naik sekilo jer. yeay! sebab puasa kut. haha dan sebab petang masa tu. placenta ok jer dok kat atas, size ok, panjang, lilitan kepala, bla bla bla semua ok. alhamdulillah~

yang bestnya maryam pon dah pandai excited tengok gambar-gambar kat screen sambil jerit-jerit. semoga menjadi kakak yang baik yer maryam.

anak dah nak dua tapi mak tak tahu camane nak baca bendalah ni. dengan doc cakap jer

dan mak masih menyusu kan maryam. maryam masih minum susu ummi sepenuhnya. alhamdulillah rezeki maryam ade lagi. agak mencabar la sekarang sebab nipple rasa sakit balik macam awal-awal pregnant. tapi masih terkawal.

milk production rasanya semakin ok kalau nak compare ngan bulan lepas. mungkin sebab kurma adalah peneman setia sekarang. bukak puasa makan kurma, snek malam-malam makan kurma, bangun masak sahur kunyah kurma. kalau malas nak kunya mak blend buat air. milo dan oat juga minum sebab tu memang booster yang sedap. ehek ehek. supper sebelum tido kalau rajin. tapi bangun sahur wajin. campur ngan fresh milk. kali ni malaih nak minum anmum, minum fresh milk jer.

setakat ni masih boleh bertahan la berpuasa. tak delah penat lampau sampai nak pengsan or gigil ke ape. lagipon i tak paksa diri nak buat kerja-kerja berat pon. if penat mak tido. ape ade hal kan?? tapi penat sakit-sakit badan tu adalah. rasa macam nak pergi mengurut jer. dan malam-malam jangan mengaharapkan mak nak buat ape-ape kerja. penat giler dah. memang pengsan awal. siang-siang pon tak mampu nak buat kerja rumah sangat. masak pon simple-simple jer. selebihnya mak simpan energy nak urusin maryam. dia yang paling penting penting. huhu

terima kasih kerana sudi membaca. hehe. sekian. hari ni mak tak masak tu yang senang hati buat entry panjang-panjang tu. jiran ajak berbuka makan nasi arab. mak on jerrr.

assalamualaikum~

6 comments:

  1. salammmm,
    mengandung pon nampak cantik.
    tak sabar ai nak pregnnt kali kedua bila nampak gambar u nih. :D

    ReplyDelete
  2. syok nya....rezeki maryam masih ada walaupun ummi sedang semakin seksssiiii ;p

    semoga di rahmati selalu..

    ReplyDelete
  3. hehehe macam ku kenal je rumah tewww

    kak saymah oyak farah masak sedap!

    ReplyDelete