masa kiteorang turun padang malawat rumah semalam. melawat rumah lagi! hahaha.kalo ikut hati hari-hari rasa nak pergi melawat rumah. tapi kali ni tak best lah. dah takde progres nak tengok. pergi hantar lampu jer.
Ah Meng dok sibuk tanya kiteorang suke ke tak kaler oren yang dia cat. sebab dia nak tukar kaler lain. free lagi!
aku yang macam dah tersuka dengan kaler oren ni. pastu dah tak nak tambah kaler lain dah. banyak-banyak kaler kang jadi macam tadika. lagipon ruang sempit begini haruslah perlu kelihatan cerah.
jadi kiteorang suruh die cat ruang lain lah. mungkin suruh die cat bilik.
yeay. suka barang free! eh.
semalam pergi beli lampu kat TopTen. semua lampu rumah kiterorang beli kat situ. kipas ngan doorbell pon beli kat situ jer. masa kiteorang beli kipas tu ade promotion kipas panasonic, semalam dah takde dah kipas tuh. habis stock. naseb baek beli awal-awal.
semalam pergi beli lampu t5 ngan lampu-lampu cap ayam untuk pasang kat yard ngan luar rumah. usha-usha lampu bilik takde yang berkenan di hati. yang berkenan dah habis stock.
kalo ikut hati aku yang nak senang, aku nak lampu pendaflour panjang biasa jer dalam bilik. murah dan cerah. nanti anak-anak nak baca buku senang. wah! verangan. tapi suami tak nak. tak cantik katanya.
rumah aku kat kampung downlight, nak membaca pon tak best. rumah sekarang pon down light. tak cerah sangat la di mata i walaupon dalam bilik dah ade 4 bijik. nak mood romantik nanti pasang la lampu tido kan.
lampu ape yer biasa orang guna dalam bilik? nak yang cerah. nak yang murah. hehe
ni update last pasal rumah. lepas ni dah takde pape dah nak buat. tunggu masuk wardrobe. tunggu perabot pulak. lagipon hari selasa ni dah takde kat kl. mahu berehat lagi.
kata-kata jari,
Fabulous.Farah
waah pemurahnya kontraktor tu farah..silalah rekemen..hehe..
ReplyDeletebest ler farah ni, rumah baru, serba baru kt dlmnyer..yippii! agak2 bila leh duduk tu..?
huhuhu..sebab kiteorang memang tak beli perabot before ni. cari rumah fully furnish sebab memang dah tahu nak masuk rumah senang.
ReplyDeletenanti farah bagi contact. kak ieyna kat bukit jalil elok sangat lah nak buat ngan die.
lampu downlight mmg tak terang tau tp org suka pasang sbb cantik kot.
ReplyDeleteomey: kan..setuju!
ReplyDeletewah bagusnya kontraktor farah tu..
ReplyDeletetapi hari sabtu masa akak gie tgk umah,ada kontraktor melayu kat umah farah..dia kata dia yg buat umah farah tu .. ke diaorang nii mmg partner..