nama blog saya. yer. hampir semua hidup saya ada kat sini. tapi bukan semua. cerita saya masak ikan rebus tapi bertukar jadi ikan hangus kerana saya sibuk berblog tidak akan di ceritakan di sini. dengan kata laen. kehidupan dalam blog ni yang enak-enak sahaja.
tadi saya berchatting dengan seorang rakan. yang risau akan jadi andartu. yang suka hidup saya yang sudah nampak sempurna. apabila saya sudah bergelar seorang isteri. saya suka bergelar isteri. tidak dinafikan.
tapi hidup saya bukan sempurna. cuma sudah naek satu tahap tranformasi. status sudah berubah. belum sempurna. masih banyak yang perlu di kejar. kehidupan tak akan sempurna. lepas kawen nak mengandung. lepas mengandung nak anak. lepas ada anak nak ada menantu. bla bla bla.
heh. tu baru dari sudut status diri. dari segi harta benda pulak? mestilah lagi tak pernah cukup. saya yang tidak bekerja rasa orang yang ada kerja patut bersyukur. at least ada sumber pendapatan sendiri. dan orang berkerja pulak walaupon duit gaji bertambah saban tahun, duit tak pernah cukup. masih mengimpikan gaji-gaji orang lain yang lagi banyak.
ok. stop mengarut.
saya ingin bercerita transformasi seorang anak dara cikgu manshor kepada isteri en. faizal.
bila dah jadi isteri en. faizal, banyak benda kesukaan kesayangan kegemaran masa zaman jadi anak dara cikgu mansor terpaksa dilepaskan.
kita mulakan dengan pemilihan tema raya. dulu excitednye bila nak raya. pujuk-pujuk ibunda pilih warna yang saya suka. tahun ni, saya dah tak ikut tema family saya. saya dah ada family kecik sendiri.
dulu kuih raya acara tahunan kami. saya adalah penguli adunan. ibunda pemerap/pembentuk. along penghias biskut juga pembakar biskut. jawatan tetap. bila agaknya saya boleh ulang balik zaman anak dara ni? bila sorang dah menarik diri. terus tahun ni biskut kami tempah jer.
malam raya aktiviti gosok baju semua orang. rela tidur lambat ngan along. asalkan semua orang kelihatan cantik dan kemas keesokan harinya. raya tahun ni saya dah tak boleh. mungkin semua baju akan di gosok oleh along. diteman oleh adik-adik lelaki. dan saya pula berada dirumah mertua masa tu. tak boleh join adik beradik saya bergossip pasal keluarga.
ape lagi benda yang saya mungkin dah tak dapat rasa?
bermaafan di pagi raya. walaupon boleh je bermaaf bila-bila pon. tapi feel pagi raya sangat syahdu. tahun ni juga saya dah tak boleh dengar ibunda beleter kerana saya tak nak pakai barang kemas. dia dah tak sarungkan gelang-gelang emas yang saya akan pakai raya jer. kerana saya tidak suka gold.
berkonvoi dari rumah ke rumah. di kampung. tapi sekejap sahaja konvoi beramai-ramai ni bertahan. kerana selepas itu, golongan anak dara dan teruna akan naek kereta berasingan dan beraya di tempat yang kami suka jer.
apehal asyik ingat benda semasa raya jer? sebab tadi dengar lagu raya. mood raya ter'on'. dan teringat raya saya tahun ni dah laen. bukan saya tak suka. tapi saya sayang nak lepas kegembiraan masa lalu. adalah kegembiraan family saya laen bila saya tak ada?
perluke saya cakap kepada kamu-kamu sila nikmati dan hargai masa dengan family sendiri? saya rasa saya dah makin jauh dengan family. semakin sedikit masa spend di rumah. rindu zaman anak dara. rindu syahir
haish..kenapa la kita ni perlu membesar. dan perlu melalui semua transformasi ni. nanti kita sedih anak tak beraya dengan kita pulak. bila banyak-banyak pikir macam ni saya teringatkan mati. hidup berubah-ubah. dan akhirnya mati. semua benda terpaksa kita tinggal.
hmm..tu la...
ReplyDeleteni mase single...
rasa mcm nk jd isteri..
tp nnt ble da jd isteri..
mesti akan rindu dekat life sbgai anak dara kepada emak dan ayah..
huuuuu
magh. syahdu bace..
ReplyDeletehuhuhu..saye rindu rumah!
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeletekakak kesayangan: huhu..adalah sangat berharga sebab 1st time u komen..
ReplyDeletehaha
ReplyDeletehehe..hoho
ReplyDelete