Thursday 29 April 2010

HOMEDEC 2010

Exhibition Venue: Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia
Exhibition Date : 29 April – 2 May 2010
Exhibition Time : 10am - 8pm


ade sape-sape mau pergi? best ni cuci mate.huhu

tapi tak pergi. sebab nye sure sesak dengan orang. i golongan berisiko.

musim H1N1 kembali menyerang ni, sila dok diam-diam kat umah.

Wednesday 28 April 2010

main masak-masak: pizza melayu

*gambr-gambar ni aku upload dari pagi sampai ke tengahari ok. sesungguh nya internet ni buat aku hemo betul*


ni doh sebelum kembang.

bila dah sejam kembang berganda-ganda u. excited i. pastu bila pegang dia rasa panas-panas. lembut-lembut. pastu uli jadi kecik balik. hehe

sayur-sayuran adalah penting

sos nya adalah sardin cap ayam tumis, tambah bawang putih tomato puree, cili padi dan asam limau

letak sardin dulu. ouh.bukan sardin sebenarnya. mackerel.

tabuskan sayur mayur

bawang besar

cheese


tarraaa~






dah siap bakar

makan ngan mushroom soup *ehem* campbell's sudey~

ngan meat ball buat bentuk jejari cicah bbq sauce yang juga ready made.

i nak belajar buat mushroom soup sendiri pulak. tak sedap ah mushroom soup tin.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

my rumet

chatting dengan rumet aku masa kat utp dulu. masa kat utp aku suka baca blog lepas tu aku cerita-cerita kat dia. so, dia tayah baca blog pon dia tahu semua pasal blog yang aku baca. kalau best dia tumpang baca jugak. tapi aku rasa banyak tengok gambar kut. dia memang tak suka membaca.

"met, bagi link blog yang i suka baca tuh"

"describe la sket. u ingat i bace satu blog je ke?"

"ala..yang tak kerja selalu ikut husband outstation tak de anak lagi tuh"

dalam hati:eh, u describe i ke met? u suke blog i ke met? gahahahaha..

tapi i tahu la yang mane. sebab masa kat utp kiteorang selalu baca blog die.

"die dah ade anak la met"

"a ah. lama jugak die nak ade anak kan"

"2,3 tahun jugak. die pernah pregnant. tapi miscarriaged"

dalam hati: ade iras-iras hidup aku gak. kecuali 2.3 tahun. i baru setaun lebih. tapi ok lah. 2,3 tahun pon akhirnya ade anak jugak. comel pulak tuh. sihat walafiat. berbaloi-baloi menunggu.

i tunggu turn i pulak. tapi tak nak la 2,3 tahun. hukkk T_T

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

selamat pagi cikgu~

*ikut nada upin dan ipin*



makanan sahur

semalam kami tido pukul 1030 malam.

"giler tua kan tido pukul 1030"

hurm..tau pon..i nak tengok csi pon tak sempat habis. tapi sebab suami dah ngantuk maka masuk tido jugak lah saya. saya boleh jer tido seawal mana pon. asalkan ade 'ubat tido'. eh

so pagi tadi tersedar pukul 5 dah tak boleh tido balik. bagus jugak. boleh bangun sahur. nak shake rasa malas lah pulak. just panaskan pizza semalam. tau fu fa sikit dan sebotol air masak.

kita tengok berapa lama makanan ni boleh megenyangkan i.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Entry Mengarut. Sila Jangan Baca!

Lokasi: Stesen Komuter KL
Masa: 5.25 pm
Situasi: Sepasang couple yg tidak di ketahui status sama ada suami isteri, tunang, balak ngan awek ataupon kekasih gelap duduk di kerusi paling belakang gerabak. kalo sape2 penah naik komuter, seat paling belakang ni ada 3 seat je. yg lelaki tu duk tepi, yg ppuan tu plak duk kt tgh. seat yg 1 lg tu dia letak barang amenda ntah. so aku pon naik gerabak tu pastu dh nampak ada seat kosong aku nk duduk la. apejadah nye ada kusi kosong kalo tak duduk kan. aku tatau la ppuan ni ngan laki dia ni bebal ke ape, aku duk berdiri dpn kusi kosong tu dia blh buat bodo jer (ataupon dorg ni mmg bodoh). so aku ngan muka tak malu nya cakap la kt dorg "saya nk duduk blh?"

Si perempuan ngan muka masam nye amik barang tu. yg buat aku rasa hangin nye, si jantan ni plak bangun. mula2 aku igt dia nk duk kt seat yg dia letak barang tu, tp tidakk. dia swap seat ngan ppuan ni plak. so si laki ni skrg duk kt tgh2. di sini aku rasa sedikit terhina. igt aku ni lahap sgt ke nk raba awek ko yg muka mcm indon ni?muka dh la mcm bibik. nk kata tetek besar aku nk raba, xde la besar pon. takde nafsu aku nk usha awek dia pon. kalo la muka cun mcm lisa surihani tu nak la jgk aku usha. aku ni punya la segak bergaya, pakai long sleeves, kasut hitam bagai.

pastu yg menambah kemarahan aku lg, si laki ni duduk plak kangkang2. mcm seat tu ko sorang nk duduk. pakai plak jaket mcm nk g kutub utara tebal nak mampos. ape ko igt dlm komuter ni ade snow ke bai? sampai kt stesen mid valley, tau plak ko nk bukak. dh la terkial kial nk bukak sampai aku nk kene ngelak2. azab sungguh aku rasa nk sampai kajang duk sblh ko tau!! ketiak busuk. pastu nk tunjuk mesra2 plak ngan awek ko tu siap peluk2 bahu. soooo damn annoying ok! mcm ko sorg la ada awek/tunang/bini/skandel/ppuan simpanan!!

dlm 100 meter lg nk sampai stesen kajang tu aku berdiri la. pastu blh plak dia tengok aku atas bawah atas bawah. mcm aku buat slack jer. haihhh. hangin 1 badan. ikutkan ati rasa nk debikkk jer. seb baik la ko tu badan besar dr aku. kalo tak, tak ko yg kene debik, aku yg kene. hahahah

tp seriously, ni la experience aku naik komuter yg paling annoying. byk lg experience lain sbnr nye. mmg btol org ckp, byk org byk ragam nyer.

p/s: sorry hijack blog u yang. i saje nk wak semok blog u. hehehehe

Tuesday 27 April 2010

mari berkongsi

rumet saya bagi link ni blog ni hari ni. *ehem, rumet kat UTP, bukan rumet sekarang*

click SINI

blog ni pasal kak yanti share progress anak dia (Rhianna) yang dulu ade masalah pendengaran. sekarang dah buat surgery. sedang buat prosess pemulihan la kut. nak sesuaikan diri dengan telinga baru


anak comel ni dah rasa macam-macam

kagum dengan ketabahan mak dia

saya dengan cerita pasal Rhianna ni dari utp lagi. pernah la jumpa sekali. tu pon dari jauh jer. comel budak nya. dia anak kepada kawan kak gee. kak gee kakak rumet saya. kawan baik dan jugak partner dieorang bukak center untuk speech.

sebab diorang ni kawan baik , so Rhianna ni dah jadi macam anak kak gee. mula-mula rhianna macam baby-baby normal yang lain. tapi dia sangat lambat bercakap. so, ni memang dalam bidang mak dia dan kak gee, dieorang suspect ade masalah pendengaran. jadi dieorang pergi cek dengan pakar. memang Rhianna ade masalah pendengaran. telinga dia tak boleh dengar langsung kut. so selama ni dia tak dengar pape. macam mane die nak belajar bercakap kan.

so sekarang dah 7 bulan lah kut Rhianna 'ade telinga' lepas 7 bulan buat surgery. dah boleh cakap sikit-sikit tapi perkembangan dia macam baby umur 7 bulan lah. sebab baru 7 bulan dapat dengar dengan normal.

bila kita luaskan pandangan kita. bila kita lihat hidup orang lain. buat kita tak pikir masalah sendiri. bukan nak tolong pikir masalah orang bila masalah sendiri pon tak tertanggung. tapi buat kita bersyukur dengan nikmat allah berikat kepada kita. buat ape kita pikir yang buruk-buruk, bila banyak benda cantik yang Allah bagi kat kita?

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

heles!

baru balik dari kedai beli sedikit barang yang tak cukup untuk dinner malam ni. dan saya di follow oleh bee.em.dabeliu. orang kampung saya kata.

dan saya memang tak suka kalau ade orang follow saya dekat-dekat. mula lah nak bawak laju-laju sebab rasa macam bersalah ngan kereta belakang. tapi jalan kat country height ni rumah jer nak besar macam shopping complex, tapi takde sorang pong rasa nak jadi murah hati nak derma duit baiki jalan. jalan macam haram. tu tak kira lagi si bonggola-bonggola yang berlambak-lambak.

so, i nak laju pon tak boleh lah nak laju sangat. i bukan bawak bee.em.dabeliu yang lalu jalan tak rata xrasa pape. meloncat-loncat dah aku dalam kereta.

sekali kereta tu macam tak sabar dok bawak kiri kanan konon nak lintas aku. tapi tak boleh . jalan sempit la. sila tunggu giliran. kesian kan? bawak bee.em.dabeliu kene ikut bontot myvi. tiba-tiba muncul idea jahat hasil dari didikan suami. alang-alang dia tak sabar. mari kita buat dia marah.


i perlahankan kereta i kurang dari 40km/j. kurang yer. relax sambil menikmati pemandangan rumah-rumah besau dan kereta-kereta besau. kepala kene lah bergerak-gerak konon-konon mengikut rentak irama lagu. padahal DJ tengah bercakap.


bee.em.dabeliu ni membontoti i dekat giler. sampai tempat jalan luas, dia lintas i dengan kelajuan yang memang sangat bengang. hahaha

bila die lintas aku tengok bontot kereta dia.

"heles! 3 series jer pon. kecoh"

hahaha. ok. aku tak de kerja hari ni sakit kan hati orang.

tak pelah. ko ade bee.em.dabeliu. aku ade jigs. ko ade?


mood macam dah baik hari ni walaupon sebenarnya bukan itu yang aku nak. tapi bila lepas tahu rasa lega giler dan sangat happy macam ade satu beban lepas dari kepala.

aku ingat akan menangis macam biasa. tapi aku tersenyum gembira siap g beli jigs sebab mood happy. boleh? eh. takde kene mengena.

hidup sungguh unpredictable. even tuan badan pon salah jangkaan. orang lain apatah lagi.

so hanya DIA yang tahu. bila? dan mengapa?

saya tunggu~

kata-kata jari,

Fabulou.Farah

sotong celup tepung

selamat pagi~

pagi-pagi dah bercerita pasal food. gigih aku update blog walaupon internet macam siput memerlukan kesabaran yang tinggi.

semalam aku berjaya merajinkan diri sikit. sebenarnya petang semalam sikit lagi nak ajak suami makan kat kedai jer. sebab nya SAYA ADALAH SANGAT MALAS SEMALAM.

siap sebelum suami balik dah cakap kat dia awal-awal yang semalam satu kerja rumah pon aku tak buat sebab MALAS.

bila dah petang sangat baru mood nak memasak datang. jadinya suami balik semalam aku tak siap masak pon lagi. walaupon masak simple-simple jer. naseb baek ade puding. boleh alas perut.

korang suka sotong celup tepung yang macam mane? aku kalau kat kedai aku suka yang tepung dia banyak sikit ala-ala cucur sebab nanti sotong tu tak kering tapi tepung crunchy di luar. tapi tepung tu jangan lah melampau.suka la-ala cucur jer, bukan cucur terus dan sotong kecik cinoet jer kat dalam. tu kedai kedekut dan penipu namanya.

tapi kalau buat sendiri tak pernah pulak aku try buat yang tepung dia tebal. selalu buat yang nipis ala-ala pisang goreng punya tepung tu. so semalam aku try buat yang tepung tebal sikit. tapi idok lah jadi macam cucur.

bancuhan tu aku hentam sajor. letak tepung gandum, tepung jagung (nak bagi effect crunchy tu) garam sikit dan serbuk lada putih sikit. pastu hari tu aku tengok chef wan masak masa musim raya cina, nak bagi masakan goreng-goreng ni warna ala-ala golden la konon, letak serbuk kunyit.

bibik MIL cakap kalau bancuhan tepung ni kene letak telur baru sedap. tapi bagi aku leceh la. sebab nanti tepung dia banyak habuk macam goreng pisang pulak. so aku malas nak letak.

letak atas itu tisu bagi serap segala minyak lebihan

tapi nya tepung aku masih jugak tak tebal macam kat kedai. tapi tebal la dari biasa sebab bancuhan tu aku buat sikit sangat. tak cukup ngan sotong. so aku salut nipis jer lah. tapi effect yang dikehendaki agak berhasil. sotong tak kering. air dia tak keluar. so dia juicy dan lembut. terutamanya bahagian kepala sotong. aku suka kepala sotong.

dalam selonggok ni ade seketul aku goreng telur sotong. both of us suka telur sotong. jadi kiteorang main-main sapa lucky dapat lah telur sotong. my husband yang lucky jumpa telur tu. tapi dia bagi kat i. hehe. so i la yang lucky dapat husben macam u kan? *bodek mood*

tomyam guna paste jer. hehe. ok lah kan?
*sila cakap ok~*

makanan kami. lauk.kuah.sayur.cukup-cukup syarat jer.malas dah nak tambah telur dadar ke ape

saya nak merajin kan diri hari ni. ingat nak g beli kentang sikit. hari tu lupa nak beli kentang. KALAU rajen pergi bank sekejap. dan nak buat kerja-kerja rumah jugak. sudah 2 hari ok rumah 'MC'.hehe

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Monday 26 April 2010

update rumah tanpa gambar

tak best lah tulis entry tak de gambar. tapi aku dah terdelete satu-satu nya gambar yang aku ade.

masa tu nak pergi makan. dok tengok-tengok gambar cakap kat suami,

"bie, i nampak kurus lah gambar ni" *ayat mintak puji*

"memang i rase u kurus lah sikit" *yeay, bejaya umpan pujian, bukan senang*

pastu terdelete! eeee. benci. aku suka gambar tu. sebab

1. satu-satu nya gambar nak update kat blog pasal rumah
2. gambar nampak kurus adalah mahal~

ok. dah meh update sekarang

1. aku berjaya pujuk suami. lampu dalam bilik lampu biasa-biasa pon dah ok. sebab kita boleh cantikkan dengan lampu tido or lampu dinding. jimat pon jimat. yeay i menang! wohoho~
*tq readers ku..kerana komen-komen anda juga membantu meyakinkan dia*

2. electrik ngan air dah ade. aku dengar ade orang pindah masuk masa electrik tak de lagi. gigih nye mereka.

3. dah pergi mintak pass masuk. ok. bertahun-tahun baru mintak pass. dah ade sticker 2 ketul. owner kat blok A dapat satu rumah dapat 2 parking. tapi lagi satu parking aku kat blog B.

4. dah test air tak de problem. tapi paip air dari rumah atas bocor. so yard aku ' berdeneyy' dengan air. nak report tak jumpa orang. kenapa tak boleh tulis repeort dalam buku jer? kenapa nak kene jumpa orang tu. ke buku tu dok ngan orang tu? kenapa tak tinggal kat ofis jer senang?banyak persoalan di situ. saja diorang ni.

5.syukur rumah kami takde masalah sangat. tak de crack-crack yang nyata. yang tak nyata telindung cat tu idok lah tahu. dengar khabar banyak rumah yang ade crack yang sangat besar. aku tengok jiran bawah aku punya terrace garden bercrack-crack tapi takde nampak macam takde orang baiki pon. contractor cerita sampai ade owner nak baiki sendiri then claim ngan management. sebab lambat sangat. rumah kami masal kecik jer. tombol ke yard macam longgar sikit dan cat macam tak rata. tapi suami saya kecoh jugak. haha

6. parking sangat kecik. dan suami meragui keupayaan aku nak masuk parking.

7. jalan keluar agak susah dan nak touch pass keluar pon mcm susah jadi suami sekali lagi meragui keupayaan aku.

8. ade cabang 3, agak bahaya sebab tak nampak kereta dari kiri datang. dalam forum derang mintak letak cermin ape ntah orang panggil yang kat jalan ber bukit banyak orang letak tu. masih jugak belum wujud

9. lift agak kecik. contractor cerita ade yang nak bawak naik barang tak muat lift ke tingkat 11 naik tangga. wow. tak sanggup.
*memandang kan dah takde progress dah rumah tu, kami pergi tengok rumah sambil bergossip ngan contractor*

10. masih belum decide warna cat dalam bilik suka warna cat bilik sekarang. nampak mahal. tapi bukan kaler romantik. tapi tak tahu sesuai ke tak dengan ruang yang tak berapa besar.

11. saya baru tahu blok A dan B adalah saling berhubung di tingkat 3. haha. dulu saya asyik merungut kenapa bagi parking kat blok B. jauh. walaupon begitu. bagi si lazy ass macam saya, saya rasa masih jauh. naseb lah. nak dekat beli lah rumah atas tanah.

12. saya suka giler rumah saya dan tak sabar giler nak masuk mamandang kan semua yang penting dah ready tinggal nak masuk jer. tapi paling awal kami pindah masuk adalah bulan 7 T_T. or akhir bulan 6.
ulang tayang gambar boley?

*memandangkan ni jer gambar yang berkaitan*

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

petua gemuk?

mood hari ni adalah tidak berapa happy. bangun hari ni lepas suami keluar kerja online sekejap tapi tak de nafsu nak mengadap screen latop so i baring sebab mengantuk. mengatuk selepas tidur seawal pukul 11? bangun kul 610 pagi tidur tanpa gangguan. giler kan?

bangun kul 1030 buat entry seketul. mengharap something yang happy akan berlaku. but i'm still not happy.

sebab ape tak happy?

sebab takde sebab. maghfarah memang begitu. kadang-kadang suami bagi pandangan sinis sebab dia lupa letak pengorek telinga lepas guna ke tempat asal dia boleh menangis macam dah buat salah besar giler. sebenarnya dia bukan menangis sebab pandangan sinis tu. tapi sebab lain dalam otak die yang sedang menari-nari hebat.

tapi suami tak tahu. so dia ingat aku wanita cengeng yang marah macam tu pon nak nangis. aku pon tak cakap sebab ape. sebab something yang menari-nari tu pon adalah something yang bukan patut menangis pon. so saja-saja rasa nak menangis.

yes. itu cabaran seorang lelaki selepas kawin yer. kepada lelaki luar sana sila pikir dua kali nak kawin. eh. macam lah semua perempuan macam aku.

so hari ni saya rasa tensyen tanpa sebab dan saya memerlukan sebab untuk menangis. kalau tak mood saya takkan baik. cepat buat saya menangis sekarang.

meh buat something yang mungkin akan mendatangkan mood. buat benda yang kita suka. bercakap pasal food.

kembali kepada tajuk, petua nak gemukkan badan. eh. tak cukup gemuk ke nak gemukkan lagi badan. huhu. ni gemuk lain ok. gemuk yang orang suka.

aku amik petua ni dari sini. thanks babe~

aku tak tahu lah betul cara aku buat ni. tapi sebenarnya minuman ni tak jadi macam petua sangat. sebab nya air ni sedap. so aku buat banyak-banyak simpan dalam peti. minum ketika perlu. sepatutnya minum pagi-pagi sebelum breakfast. aku bantai g minum pagi petang siang malam. minum depan tv pon layan. sebab dia ade timun kasar-kasar tu untuk di kunyah. so, perasaan nya ala-ala makan dessert jer. ngehehe. makin lama air ni simpan dalam peti makin sedap.hohoho

cara-caranya:
kikis timun dengan sudu sampai ke kulit keras

campur dengan gula batu

*aku tumbuk gula batu sebab terpikir camane gula yang gabak tu nak larut dalam air sejuk kan?*

ni masa first time buat

try lah. kesedapan nya adalah di jamin. lagi lama lagi sedap. hehe.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

internet saya dah siput

sudah exceeded kepenggunaan nya. asal akhir bulan jer masalah ni timbul. bie, mungkin kah ini masanya kita upgrade. sekarang rumah kita ade internet curifree. kadang-kadang tak guna pon broadband ni. tapi masih jugak exceed.

semalam hari malas saya. teringin nak makan puding. tapi tak de idea nak masak puding ape. habis nya tak masak pape. pastu nak masak lauk pon rasa malas. tapi dah janji ngan suami berzaman-zaman dah nak masak ikan kukus, terpaksa jugak masak ikan kukus semalam. kalau biar ikan lama-lama nanti tak fresh. akibat masak tak de keikhlasan di campur dengan rasa malas. ikan kukus tak cukup rasa semalam. tawar kata suami. hehe. ye lah. ikan kukus kurang kasih sayang.

ikan kukus kurang kasih sayang

pastu aku goreng telur. ingatkan nak buat telur bungkus. lepas tu goreng sayur. tapi lepas goreng telur rasa malas nak goreng sayur dah. tapi sayur dah siap potong. so instead of letak mix veggie dalam telur bungkus, aku letak sayur-mayur yang sudah di hiris itu. cendawan. carrot, sawi, dan brokoli. hehehe

sampai melimpah ruah sayur

senang kerja i kan? dish telur bungkus dan sayur goreng tuh dah bersatu.

semlam ade accident kat highway, jadi nya suami saya stuck dalam jem. lambat balik. penat i tunggu. se sementara tunggu dia. mari amik gambar food.

telur bungkus 1

telur bungkus 2

hari ni nak masak ape yer? rasa macam malas nak masak jugak lah. tapi tak tahu lah. masih awal pagi. awal pagi ke? dah nak kul 11. goreng-goreng boleh bie? ngehehe

malas. malas. malas.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Sunday 25 April 2010

anis puteri pantai dalam

holla~ lama tak tempak gambar diri sendiri kan.

weekend hari tuh kami makan kat anis puteri lagi. menu semang sebijik sama. jenis ikan jer lain. tak bervariasi sungguh tuan blog ni.

ikan percik *kuah pelik tak sesedap hari tu*. gulai kawah.budu

tak nak makan budu kedai ni. gatal bebeno. so amik tempoyak plus sambal.

ulam sepinggan tu macam biasa. husband amik 2,3 urat jer. selebihnya aku yang habiskan. awal-awal masa sebelum akan dah bagi nasik aku kat suami half. sebab kalau amik lambat-lambat bila dah rasa tempoyak nanti dia tak makan. lepas makan tak cukup. nak nasi lagi. haih!

komen saya adalah ikan percik tu sungguh tak rasa percik. tak macam first time try hari tuh. tu lah amik lagi pekerja indon banyak-banyak. eh. tiba-tiba.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

karipap makan tak habis-habis


hari sabtu aku g IKEA. orang adalah sangat ramai. sebab baru gaji kut. memang salah time kiteorang pergi hari tu. bukan nak membeli sangat pon. saja nak deting. sekarang deting pon tengok perabot u ol. saja nak cari sumber inspirasi.

lepas makan dan penat dah kaki berjalan. nak balik seperti biasa beli barang kecik-kecik. kali ni aku beli pemarut. suami bayar aku pergi beli karipap. nak beli 2,3 ketul jer. tapi manusia nye ya allah panjang nye beratur. mak memang tak sanggup nak beratur panjang-panjang semata-mata untuk 2 biji karipap. so pergi lah beli tempat 1/2 dozen karipap ngan air mineral tuh.

hah! makan karipap banyak-banyak pastu minum lah air mineral banyak-banyak yer. tips penyedap hati ni

pastu suami tengok aku pegang pembungkus tu dia tanya, mungkin sebab nampak aku beli banyak. biasa paling banyak pon 3 bijik jer. dua bijik dia. satu aku. aku bukan boleh beli food banyak-banyak. nanti makan pon banyak.

" u beli berapa, kenapa nampak kembung semacam?"

"6"

"woh. sape nak makan?"

" tak pe, tak habis kita buat breakfast esok" *bahjet*

pastu sebelum balik rumah g beli groceries kat tesco. sebelum tu aku telan 2 bijik. baru jer lepas makan perut masih membuntal. boleh lagi aku telan karipap 2 bijik. kan dah cakap aku tak leh tengok food banyak-banyak. husband pon aku makan sebijik jer. adesh.

lepas beli barang kat tesco, akibat jalan-jalan lapar balik. rasa macam karipap tu berat lagi. tapi tak tengok pon ade berapa bijik. so makan lagi sebijik. lepas habis sebijik rase nak makan lagi. teruk kan i? adeh.

pastu tengok kat dalam paper bag tu ade 4 lagi. i dah makan 3, husband i dah makan 1. sepatutnya tinggal lagi dua la kan? nama pon 1/2 dozen je pon kiteorang beli.

dah mula ragu..

"bie, 1/2 dozen tu 6 kan?" *karipap ni buat aku ragu dengan ilmu di dada*

"ye lah. isk. u neh"

"i rasa karipap ni dia bagi lebih la. kenapa dah makan banyak pon still banyak lagi.ade 8 biji. ke dia bagi percuma?"

"terlebih la tu"

"takkan sampai 2 bijik?"

"rezeki lah tu"

so tak pasal-pasal malam tu i makan karipap 4 bijik. jangan cakap pasal cheese kek, ikan percik, gulai kawah segala lagi. lepas ni tak nak beli banyak-banyak dah. akan ku gigih beratur walaupon ramai orang.

*kalau ikutkan hati.rasa nak habiskan jer karipap tuh. bukan lapar. nafsu.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

mari main masak-masak: makmur ke arab?

*jari-jari i dah ok. sebab bau budu dah hilang mungkin*

=p

aku tak tahu lah biskut yang aku buat semalam biskut ape. biskut makmur ke biskut arab. ke makmur dan arab tu adalah biskut yang sama nama jer lain-lain?

*wohhoo. dalam dok cakap konon-konon buzy tuh. sempat lagi menggentel biskut ok. demi laki ku. sanggup ku lakukan ape saja. eceh*

ciri-ciri biskut ini adalah:

dia ade inti kacang yang di blend halus bersama hula dan di gentel-gentel begini

then, inti kacang tu di masukkan dalam adunan biskut begini

*adunan biskut guna minyak sapi. ok lemak!*

pastu di gentel balik buat bentuk bulat.

*dia sebenarnya masa aku google bentuk bujur macam kurma. tapi aku nak buat bulat jugak!*
pastu disusun dalam pembakar begini.

ni bila dah masak. tunggu sejuk nak salut dengan gula aising

ni rupa lepas salut dengan gula aising

ni pencahayaan lebih sikit

ni dah susun dalam balang biskut. +-50 bijik semuanya

aku rasa dia sepatut dok dalam paper cup. tapi rumah i tak dak itu paper cup so bogel macam tu
jer lah.

apakah nama ini biskut? arab ke makmur?

ni husband i mengidam nak makan sebenarnya. gigih tak i buat biskut di luar musim perayaan. sape nak tempah? jangan harap. penat sungguh menggentel.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

kecek sket

sibok nyo sayo wiken ni dok gi mari -gi mari. lengoh sero labu betih.

sedaknyo kalu ado ore nok urut. puah doh eh kiah. kalu sayo oyat sayo lenguh labu betih gak, dio olo betih dio suruh pecet-pecet. holas. mugonyo kalu sayo lenguh labu betih, dio lagi lah key. dio hok jong bowok keto nyo. sayo ni tukey tido jah. haha

tok dey caro nok konek-konek internet eh. (bukey nyapong..meme ore sebuk lagu ni..nak wak gano sayo pong) jange ko oyat nok singgoh melawak blog sae-sae. blog sediri pong hiduk segey mati tok mahu wiken ni. jarey berlaku ni. skalo gak kalu la sibuk bena staro mano pong maley-maley dey jugok wak schedule entry. ni gak paka balik rumah gak dubush pesey atah katil. eh. bukey pesey lalu jugok la. dey jugok la romeng duo tigo raung. eh

sedak nyo ngaruk dih. sebab tak dok ore pehey. ngehehe

hari ni kerah abih lidoh, jari dan urat-urat hok adok kat body nih. sebab nyo malam ni kami laki bini makey nasi goreng budu. alos la lamonyo tok make nasi goreng budu adik kakok. mulo gak kalu zamey kecik-kecik, makey nasi goreng budu ni gak samo up lah nga make kfc, sedak hingga menjilat ibu jari kaki adik sayo oyat.

meme tok cukuk kalu nok ikut sepinggey. tapi gak nok wak gano. kalu makey 2,3 pinggey gak, perut naik 2,3 eci laluh. beci ngak la sayo. sedak nyo kalu metabolisme po hanis zalikha dih? olos la sayo ni. hanis zalikha sokmo contoh. mace tak dok ore lain dih.

ho. berbalik kepado cerito. nasi gorem budu. maklum lah adik kakok, sayo ni kalu dey letih gak nok nanok pong sero tak dok mood. tapi gak kene jugok masok sebab lauk penuh lagi tuh daley peti. so masok lah bodo-bodo. sayo gak kalu dey masok bodo tak dok bendo lain lah. pah goreng-goreng pah goreng goreng lah jawak dio. sie ko tok laki sayo. hahaha

tapi gak padey dok makey kedda. baik sayo masok dih. bia nasi goreng pong. nasi goreng sayo sedak lagi pado nasi goreng kedda. eh. koya. bukey sayo kato. tok laki sayo kato. haha

maley ni pelo-pelo ado nasi daley peti, sayo goreng lah nasi. pah ado pulok ikey kembung hok lamo lajok doh dok daley peti.

sayo goreng kunyik itu ikan, pah sayo amik isi wak nasi gorem budu. rajin ko set-set awok makey nasi gorem budu. nasi ni tak dok ore jual keda sero. ni masakan kaum-kaum ibu tok sey wi bazir lauk ikey goreng hok tok abih makey. ikey goreng kalu perangat tok sedak doh key adik kakok? jadi ibu-ibi kito ni kreatif nyo mereko maka terhasillah nasi goreng budu. guna isi ikey pah sayur hok guno kalu nok sedak kakung jah. mugo kalu kappung tepi-tepi parit key banyok kakung. paka amik hok tu jah wak masok.



nasi goreng budu

key sayo oyat doh. sibuk lah sayo konon nyo wiken ni. ni so lagi nasik goreng hok sayo masok wi ko cik abe sayo makey. nasi goreng kapung boh sos nampla. memey sedak ah. lawey dengan paprik udey. po makey keda doh dih? haha. koya lagi sayo

nasi goreng kampung, udang paprik


sayo masok jugok nasi putih nga lauk nga sayur. sie plop kalu pah goreng-goreng dih. tok laki sayo request nak ikey kicap. olos la. seney telajok la request nyo. ingat nyo request la ciken chop ko, lamb chop ko..ni ikey goreng kicap jah. bagus tok laki sayo dih? ni sayo sayey ko dio ni.


ikan goreng kicap

haha..jangey beci sayo sebab guno bahaso kelate ni. bukey nok assobiyyah ko gapo. tangey ni baru lepah makey nasi goreng budu. jadi tok ingat doh lagu mano nk type bahaso standart. nati lah esok-esok kalu dey sayo berok doh gak, hiley lah kali mari nyetok nok naip kuk bahaso kelatey ni.

maah deh adik kakok. kalu sero tok pehey gak, guno la google translator. ore kato bahaso kelate ni bahaso german. kuk-kuk lah dio buleh baco.

hehe

kato-kato jari,

mek parah.

Saturday 24 April 2010

perbualan suami isteri di IKEA

"u ni, semua tempat pon nak letak cermin"

"mane ade semua tempat..dua tiga tempat jer"

"kat dalam bilik dah dua..."

"tu memang cermin wajib"

"kat dinding bla bla dinding nak cat bla bla dah la kat bla-bla pon nak letak..."

"lor..situ jer nak pon..bukan semua dinding. dah tu nak letak ape?"

" letak la ayat al-quran ke "

BAIKLAH!

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Thursday 22 April 2010

lega~

dah berjaya mengemas kini inbox email..macam buzy sangat je kan? xboleh nak kemas email hari-hari..

i tak habis sengeh+senyum+gelak sorang-sorang lagi ni. chat dengan sorang kawan blogger jugak.

haha..u sangat kelakar ok. nasib baik pregnant. orang pregnant hormon lain macam. jadi di maafkan. haha. tapi ade kene mengene ke?=p

*orang yang berkenaan je lah yang perlu tahu*

dah seminggu dah dok kl ni. so next week MAYBE minggu terakhir dok di kl.

kepada sesiapa yang baru nak try herbalife or nak dapatkan maklumat tentang herbalife or nak beli herbalife. sila set appointment sebelum saya kembali kepada rutin menjadi dugong.

sila email: maghfarah@gmail.com
no fon ade kat sidebar.

kelebihan pilih saya sebagai coach anda:

-jika berada di area kl-selangor progress anda akan di perhatikan sekurang-kurang nya sebulan sekali. saya akan datang melawat sambil timbang-timbang sampai mencapai target berat idaman anda di rumah anda.
* tengok body analysis macam body weight, fat dalam badan, air, metabolism age, visceral fat. paling i suka metabolism age.hehe

-kalo pandai bodek dapat diskaun lebih. ok. tipu. ade tawaran-tawaran yang saya bagi tapi kalau tanya saya personally jer. tak boleh reveal kat sini. nanti kene serang.
so email/sms saya ye.

-saya masih ade stock dengan harga lama. so, sapa cepat die dapat. tapi harga baru naik 3% jer.

maklumat tambahan: saya buat masa ni masih lagi surirumah sepenuh masa. hehe

selamat berhujung minggu semua.

bihun hailam

ni guna bihun. tapi nak ganti ngan mee lain pon boleh jugak. guna spaghetti angle hair tu pon sodap~

bihun hailam

(untuk 2 orang makan)

bahan-bahan:

bihun yang di celur untuk 2 orang makan

kuah:

5-10 biji cili kering-blend
4 ulas bawang putih-blend

campuran sos:
sos tiram
sos tomato
kicap (saya guna kicap manis dan masin, campur. kalu ade kicap pekat lagi bagus)
lada hitam
lada sulah
2,3 titik minyak bijan *
sos nampla aka sos ikan *

*optional

10 ekor udang
2 mug air masak
sayur-sayuran: sawi 2 pokok, daun kubis 2 helai, carrot setengah batang, cendawan, tomato sebijik.

nak pekat kan kuah (bancuhan tepung jagung 1/2sudu teh)

cara:
1. tumis bawang dan lada kering di blend sampai naik bau.
2. masukkan air dan campuran sos, kicap dan lada hitam, lada sulah.

* memandangkan saya kalau masak sesuka hati jer taruk sampai cukup rasa, jadi korang bajet lah. yang penting rasa lada sulah tu. sos tomato letak sikit jer dalam 2 sudu besar. sos tiram biar rasa. kicap pon secukup rasa. serbuk lada hitam aku letak dalam setengah sudu teh. lada sulah tu kalau suka pedas menyengat hidung letak banyak-banyak.tambah lah garam gula sikit kalau rasa tak cukup.

*hikk.baek tayah bagi resepi kan. nanti masak lain kali. ukur siap-siap yer. sori=p

3. masukkan udang.
4. masukkan sayur mayur.
5. try sesedap rasa. biar rasa dia kuat sikit sebab nak makan ngan bihun nanti tawar.
6. nak pekat campur dengan bancuhan tepung jagung akhir sekali

cadangan hidangan

boleh makan dengan telur mata biasa jer, tak pon rebus telur separuh masak.

begini.

selamat mencuba~

mari pening bersama saya~

mari-mari. tolong ahkak decide lampu bilik tidur. weekend ni insyaAllah misi melengkapkan rumah akan berjalan. kalo sempat mahu pergi usha lampu. bilik tidur je takde lampu ni. cepat-cepat ('lorat' macam nak nak pindah esok jer!). beranda pon dah ade lampu.

ok mula-mula,

down light sudah di reject yer.

lampu tempek ke ceiling begini murah tapinya kene selalu cuci itu dalam. ini ahkak sangat malas. tapi memandangkan murah, boleh masuk list.

eh. ini salah lampu. lampu begini tak boleh masuk rumah ahkak. ahkak lemah semangat.

hari tu dah nak terbeli lampu begini. dah suruh pekerja amik. tapi bila ahkak pikir. alamak cantik sangat la nak letak dalam bilik tidur. tapi suka. camano? boleh ka?

begini lah posisi dalam bilik tidur nanti kut.

dua bijik. kiri dan kanan, so kalau beli yang macam ahkak nak mula-mula tu, satu dah 3 mentol, kalau 2 jadi 6 ko! bilik nye kehcik la sajor. mungkin kene cari design macam tu, tapi ade 1 mentol jer jer. kedai ahkak pergi tu ade. tapi tak cantik.

hurm. tapi yang gantung pon ok jugak kan. cari yang cute simple-simple. yang gambar ke 5 tuh klasik sangat.

yang ni pulak merapu sangat

untuk bilik lain (maknanya bukan master bedroom lah yer) ahkak dah macam tersuka design simple begini.

tapi bukan merah la

yang putih begini

(korang tengok lampu yer..jangan tengok itu budak)

rasanya kat IKEA tak sampai RM 30 kut harga nya. dah lupa. kalau 2 bijik kiri kanan bahjet satu bilik rm60. ok dok tuan pengerusi? kalau ade yang murah kita rembat yang murah lagi.hehe

ape?

tak suka?

ahh..ahkak nak yang itu jugak. master bedroom tak decide lagi.

awat la susah-susah laki ku..kalau lampu ni je kan senang.

cerah. murah. dan tak banyak design nak pilih.

bukan tak banyak. tak de design pon! hahaha. tapi ahkak suka. cerah pandangan~

so, puan-puan dan tuan-tuan juri. lampu mana pilihan anda? mari kita decide beramai-ramai~

*gambar hasil googlelan
*lampu last tu memang dah reject jugak. =(

kata-kata jari,

fabulous.Farah