Wednesday 30 December 2009

2009

aku sayang sangat 2009. banyak sangat perkara yang berubah 2009 ni. banyak sangat aku belajar. banyak sangat aku paham.

1.tahun ni aku jadi bibik sepenuh masa bila habes belajar dan tengah prepare nak kawen. best sangat masa ni. hari-hari layan syahir. rindunya. syahir sangat rapat ngan aku masa ni. huhu.

2. aku sah jadi isteri Mohd Faizal tahun ni. 13.3.09. i ingat kahwin ngan tak kahwin sama je perasaan dia. sayang jugak kan. tapi sayang bf laen ngan sayang suami. dan dulu aku selalu merungut en.suami tak romantik. tapi die ni sungguh manis sebenarnya. banyak aku belajar pasal 'perkahwinan'. adalah pahit manisnya. banyak jugak belajar pasal agama dengan dia. ilmu aku amatla cetek. mungkin sebab itu aku dan dia di jodohkan. dan banyak aku kene berkorban. banyak yang aku kene beralah. tapi berbaloi-baloi. tapi kalau pahit komfem en.suami ade disisi menyokong aku. thanks! =)

3. aku mengandung. seronot giler okeh masa ni. walaupon sekejap saja dapat rasa. tapi serius i tak sabar nak pregnant balik.

4. miscarriaged. satu jer yang saya ingat. sangat sakit. fizikal dan mental.

5. tahun ni jugak aku konvo. dari dulu lagi kalau sebut pasal konvo mesti kawan-kawan aku buat ramalan saya akan datang dengan perut memboyot. ramalan korang salah ok~ ngahaha tapi ramalan korang yang dalam ramai-ramai i kawen dulu betul la.

6. kakak aku dah merancang untuk ke arah itu setelah saya kahwin. dah tunang dah pon. huhuhu. berjaya jugak aku jadi pemangkin. kawan-kawan bile lagi? =D

7. aku dah ade bisnes dan aku suka sangat dengan bisnes aku ni. aku jumpa orang. tolong orang. tapi skill kene improve lagi. aku masih belajar.

8. tahun ni adalah tahun paling tenang aku. sejak dari darjah 1, asyik belajar, exam, blajar, exam. masa orang tengah tunggu result SPM aku dah masuk UTP. aku takde masa yang sangat lama untuk berehat. so tahun ni amek kau. aku berehat habes. dan saya rasa tahun ni la tahun yang paling tenang takde tekanan. kalau ade tekanan pon bukan pasal belajar, assignment, project, exam, lecturer, FYP. NEYHIHEY!!! mak suke nyah~

dan banyak lagi. i love 2009. and i hope 2010 lebih baek dari 2009.

babai 2009 T_T

tempat jatuh lagi dikenang

ini kan pulak tempat beronggeng.

semangat aku nak ke ipoh memang besar. tapi semangat tido lagi besar. lagi-lagi bila malam sebelum tu aku tanya tuan driver mahu bertolak kul berape dia jawab bertolak bila semua siap. tak perlu rushing-rushing. ini percutian untuk rilek sahaja. oleh itu dengan senang hatinya perempuan jelita ni bangun kul 10 pagi sedangkan packing nya belum. oleh yang demikian kul 2 baru bertolak.ngaha~


dah la lambat, en.suami yang handsome bergaya tak nak pakai baju yang aku pilih pulak. dengan handsome nya dia berkata,

'kate sedondon. mane sedondon kalau u pakai baju hitam i pakai baju hijau'

suami ku sayang.i kene pakai baju hitam sebab i dah gemok sedondong tak semestinya perlu pakai baju sama kaler. sedondon maknanya bila nampak kena dimata i. untuk kes ini tudung i dah hijau. so dah matching la ngan baju u. ngerti?


atau pon mahu lebih sedondon, i pakai misai supaya sama dengan misai u. eh. misai i lagi macho la tapi.

kenapa kita selaku penduduk kajang harus pergi makan satey kajang kat sungai buluh bie? kenapa bie? kenape bie?

nah. jamu mata dengan aksi aku. semoga ape yang korang makan breakfast tadi tidak keluar balik.

jangan mengggunakan phone ketika memandu orang kata. orang kata.

dah kata pon bertolak lambat kan. destinasi yang kami tuju pon terhad la. masa terhad.

antara ipoh parade ngan jj. dulu aku lagi suka jj. parade banyak mat rempit. rimas. hoho. giler kau datang jauh-jauh pergi jj. takde kerja ke dikau?bukan nya nak shopping. macam la kl tak cukup jj je aku nak pergi kan. nak mengimbau kenangan lama orang kata!

harus la pergi ke tempat dating zaman muda-muda.

rindukah kawan-kawan kat tempat dibawah. sighboard je la tapi. tu pon tak clear. kenangan berjimba-jimbaan. berronggeng-ronggengan.

gambar ni i snap khas untuk korang. hahaha. sampai je sini rindu semua orang weh. cepat buat gathering kumpul semua orang. sekarang!

kat sini la kita menghabiskan masa dulu. setiap minggu.setiap bulan. setiap tahun.5tahun!

kalau generasi lama panggil tempat ni kc. suami aku generasi lama. aku pulak generasi baru. harusla panggil tempat ni jj.

kami berjalan-jalan jer dalam jj ni sambil recall balik kenangan lama. nostalgia ipoh. sampai la jumpa big apple, pujuk en.suami beli donut lebih dr 15 hengget sebab nak kalendar yang comel itu. huhu. kami makan sorang satu jer. yang lebih bagi sepupu aku.

yeay, calendar 2010 i mengiurkan~

sementara tunggu dinner pergi round bandar ipoh pulak. en.suami tunjuk tempat nostalgia dia pulak.

tempat lepak hujung minggu, tempat makan best, tempat usha awek, tempat kacau bapok malam-malam, dan yang paling best tempat skodeng orang romen.ngahaha~

malam barulah pergi makan nasi goreng udang tabur pujaan hati kami. udang dia sangat la banyak giler nak mati. nasi habis udang masih berlambak. kedai ni kat BSN kalau tak silap. saiz udang bergantung kepada ke-lucky-an korang. ade masa kecik-kecik. ade masa sederhana. harga murang banget. RM 6.50!

kami suka makanan murah dan sedap. hak hak.



ni amik ngan kemre phone

hari ni kami banyak share cerita lama. aku dan kawan-kawan aku. dia dan kawan-kawan dia. banyak cerita yang aku tak tahu keluar hari ni. suka. suka. jalan-jalan pegang tangan tempat yang dulu-dulu kita pergi masa bercinta best kan?
rasa macam kembali ke zaman bercinta.

tapi tadi hati tersentap sekejap. jumpa ngan sorang budak batch aku. dia sambung master mungkin. tak pon saja jalan-jalan ipoh. aku tak baik pon ngan dia. aku senyum. dia tak balas dan siap buat muka. apehal kau~

ape salah nya senyum. kalu senyum muka tak cantik pon jadi cantik. boleh buat exercise muka. supaya muka kekal muda bila dimamah usia. haih. manusia.

tapi takpe. aku perempuan bahagia hari ni. nak senyum jer. tido pon senyum jer.

penang, saya datang~

Tuesday 29 December 2009

awoh


sebab ibunda berkerjaya aku ni bukan dididik sepenuhnya oleh ibunda. rasenye awoh yang banyak mempengaruhi hidup aku.

aku suka masak sebab dia lah. aku tak reti packing sebab dia lah. aku tak reti simpan tempat tido sebab dia lah. aku tak reti mengemas sebab dialah. aku malas lipat kain sebab dialah. dari kecik sampai ke besar dia uruskan. bila dah kawen, amik kau. semua kene buat sendiri. dulu siap cakap kat dia. bila awoh tua, aku nak jaga awoh.

tapi tu sebelum awoh kawen la.

masa final year aku kat utp. awoh nak kawen. meroyan aku menangis hari-hari kat utp. tanya rumet aku. macam tak nak terima kenyataan awoh nak tinggalkan rumah kami.

masa mula-mula awoh takde kat rumah kami berat woo..semua orang macam patah kaki. aku lagilah. patah hati. sebab masa tu aku rasa awoh jer yang sayang kan aku kat rumah tu (read:sindrom anak ke 2) tapi sekarang nampaknya dah normal. dan sejak awoh dah kawen ni, aku perlahan-lahan baik dengan bonda. huhu. ade hikmah disebalik kejadian.

motif entry ni?

hari tu awoh pregnant. 3 bulan lepas. sekarang dah tak lagi. miscarriaged macam aku. aku sedih. dia lagi la sedih.

takde rezeki kata semua orang.

takpe awoh. kita berusaha lagi sama-sama. tahun 2010 ok?

period

aku period betul-betul lepas tiga hari. pandai la puan doc ni buat ramalan. hoho. mesti lah kan!

dan seperti biasa, setiap kali period aku frust. haha!



ye.tahu.takde rezeki lagi.
ye.tahu.jangan pressure-pressure.awal lagi.
ye.tahu.pressure tak bagus untuk kesihatan diri.



den dah ponat pujuk diri dah. tapi everytime nak period masih jugak mengharapkan sesuatu



sape boleh pujuk hati aku nanti aku belanja milo ais tabur. haha. giler kedekut.

baru beberapa malam lepas aku ngan en.suami cakap pasal ni. seperti biasa perempuan cengeng ini wajib lah menangis.

'u jangan pressure. kalau u pressure lagi la susah u nak pregnant. kan doc dah cakap u tak leh pressure. nanti hormon tak balance'

'orang lain lagi lama kawen pon ade lagi yang tak de anak, kita tak sampai setahun pon lagi'

haih. perempuan emo ni emosi lagih!

amik nafas sekejap. pastu buat muka 'aku lah perempuan paling cantik bila bermata lolong dan bermulut tweety'
ok. aku dah normal. hari nak berjalan-jalan melihat alam. nak g mengimbau kenangan zaman muda-mudi. mahu ke ipoh!

i loike~

and kalau sempat mungkin akan ke utp. mungkin. haha. tapi tempat yang wajib pergi adalah nak g makan nasi goreng udang tabur. mahu. mahu.

kedai tom yam cepat bota? tempat feveret en.suami ni. pelayan dia hot dan cekap.

ikan bakar air asam RNR taman maju?

nasi goreng kambing tanam?

*wink*wink* cukup lah list tuh. simpan dalam hati jer. kau mungkin dah berjaya menjeleskan sesetengah orang. haha. mungkin.

kalau boleh g lumut pon best jugak. baru betul mengimbau kenangan lama.tapi tak mungkin. jauh sangat.

esok baru akan ke penang




babai sayang-sayang sekalian. mak nak pergi tambah lagi berat badan.

Monday 28 December 2009

perjalanan menyihatkan rahim

i tak pernah sangka u i akan ade masalah dalaman wanita macam ni. leceh giler. tak pernah berlaku dalam family jadi tiada sumber rujukan yang boleh dipercayai

aku dah lepas satu fasa makan hormon ni. aku kene makan 10 hari, 1 bijik setiap kali sebelum makan dua kali sehari.

lepas tu puan doc cakap hari yang ke 3-5 lepas 10 hari aku akan period (kalau aku tak pregnant)

dan hari ni dah hari ke 3. tanda-tanda period tuh memang sangat jelas dan nyata. masih jugak belum period.

lepas 16 hari aku period aku kene makan lagi ubat tu sepuluh hari.

dan cycle ini akan berterusan selama 3 bulan.

ubat ni ade side efect nye jugak yang buat aku macam perempuan emo pemalas nak muntah pening asyik nak tido jer. aku asyik letih je sekarang. ade masa terluang jer aku tido. rumah mak mertua hari tu aku bantai tido dari tengahari sampai dah nak maghrib. camano mak mertua nak sayang kan? sedar diri pon kau.ngaha

tapi den ponat. ponat yang tak de sobab. tapi makan banyak.

rahim sayang, cepat la sihat. ade tugas untuk kamu..ngehe~

berat kepala

1. lepas makan hormon 10 hari, di hari yang ke 13 berat aku naik 3kg. tq hormon.aku ingat berat aku maintain sebab tak terasa pon badan naik. perut terasa la kebuncitan sikit. sekali hari ni timbang macam nak pengsan dan terus emo konon-konon mogok tak nak makan nasi sekali dinner makan nasi goreng cili padi T_T. lepas tahu berat naik baru la rasa baju seluar sendat segala.

petang tadi teremo kat en.suami sebab berat naik. saiko giler perempuan ni. sori ye jantungmanis.

ayat penenang hati. takpe.herbalife ade T_T

2. aku belum habis pindah lagi. tak suka bila cari barang nak pakai sekali dok rumah lama lagi. penat giler kerja vacuum dan mop lantai. berpeluh-peluh pasang langsir berjam-jam. lepas tu sakit perut. aku benci ngan diri sendiri. dulu aku gagah perkasa boleh buat semua kerja berat sekarang pasang langsir pon sakit perut. angkat bende berat pon sakit perut. bukan perut sebenarnya yang sakit. tempat yang kita sakit kalau kita period pain tu..so nak cakap ape ye? sakit rahim?

ok. rahim aku sakit kalau aku buat kerja berat yang takde la berat sangat.

aku kesian kat en.suami kene buat kerja pindah memindah sorang-sorang. so aku tolong mana yang mampu. tapi nampaknye benda yang aku mampu tolong tengok dan tolong jangan emo jer. T_T

jangan risau jantung manis. tolong tengok insyaallah excellento.tapi tolong jangan emo statusnya ragu.

3. aku kene belajar kentalkan hati. ade cara nak keras kan hati tak? aku pelik, dulu aku rasa aku tak pernah kesah orang suka aku ke benci aku. orang yang suka tq. orang yang tak suka pergi mamfus. tapi sekarang aku macam bersaing berusaha nak suruh orang suka aku. dan kalau orang tu tak suka or tak di pandang aku frust.

4. aku kene hilangkan penyakit sindrom anak kedua aku.

tahu ape penyakit sindrom anak kedua?

terasa diri tak disayangi.

lawak? memang!

dulu aku rasa mak aku sayang along lebih. sekarang?

aku rasa aku gagal menambat hati mertua. aku tak reti la nak kipas orang yang ade gelaran 'mak'. bagi tips boleh?

dan cuba tips 'majalah mingguan wanita'. tapi gagal la.

lagi la sekarang ade dua menantu dalam family tu. aku yang selalu over konfiden. dah jadi tak confident lagi.

tibe-tibe aku jadi pendek rendah diri. aku rasa tak sehebat dia.

ok lah. habis sesi monolog dalaman. selit cerita hepi sikit.

adik aku dapat 8A 1C PMR hari tuh. eh. ni bukan cerita berat kepala. tak pe. kita kasi ringan sikit kepala. 1C itu adalah arab. yeah. dia masih kekalkan tradisi kami adik beradik dapat C bahasa arab.

haih.kenapa balik kampung jer jiwa kacau. kene pegi mengurut neh.hoho

Kedai Farah

*sticky post,scroll down untuk entri baru*

YEAY! i berjaya bukak blogshop~

sila klik di SINI untuk untuk ke KEDAI FARAH



and i ade berita baik untu pembaca blog ni!


kamu2 boleh menikmati discount lagi RM 2!

caranya dengan menjadi followers blog ni dan link blog ni ke blog kamu. dan promotion ini sah sehingga sebulan dari hari ni (20 dec 09-20 jan 10)

senang kan?

so..cepat cepat menjengah ke Kedai Farah

hanya 11 helai buat masa ini! siapa cepat dia dapat~

Sunday 27 December 2009

fenat

baru sampai dari kelantan..ramainye orang balik..macam raya!

Wednesday 23 December 2009

balik kelantan lagi!

balik kelantan dengan berat hati.

bai.

selamat bercuti!

entry belagak

walauponn takde la hebat mane. masa pindah hari tu naik kite orang naik kereta asing-asing sebab punggah barang. pindah sini bawak barang keperluan jer. yang besar-besar masih kat sana.

so, ape yang nak di belagak kan?

ala. boleh drive sendiri pergi kajang tuh dah boleh belagak la bagi orang yang ade lesen terbang kan? kan? kan?

sorang. sorang okeh. penuh barang satu kereta pulak tuh. and aku pergi dulu. tak follow en.suami. kalau korang tak heran pon aku nak cakap hebat jugak!

en.suami selalu kutuk. sape suruh amik lesen terbang. kan dah tak leh nak berdikari.

i akan jawab dengan berlagak,' hei, i pernah drive g bandar tun razak g jumpa sima tau!'

'pergi alamanda jugak'

tapi tu kene ade co-driver la. kakak saya.

kalau sorang-sorang pernah g kuis ngan ukm ape!haha..dan kaw sekitarnya. pelan-pelan kayuh la kan. tapi tahap konfiden adalah sangat low asyik takut langgar orang and takut excident lagi.

kalau excident banyak abis duit =(

bukti pembelian perpindahan

kepada yang suka belagak sebab terer bawak kereta. u kene ingat masa first time bawak kereta. terus pandai ke?heeeeeeee

Tuesday 22 December 2009

melagho

bila husband dah hantar reminder 'isteriku yang hot, hari ni u kene amik i'.

alamak. dah kul 2.45.habis lah. lantai tak vacuum lagi. baju tak basuh lagi. semayang belum lagi. mandi belum lagi.eh tipu. orang dah kawin mandi awal. ngaha.

muke toya tunggu suami balik kerja tak sabar-sabar sebab perut lapar nak cari makan kat pasar malam. along dah start komplen kenape muka kat blog kene tambah muncung. ko bajet ko seksi?tak tahu lah along. sekarang ni asal ade kemre jer rasa nak muncung.ni dah control sikit ni. sekat tak nak bagi muncung tu keluar.hamik caption panjang giler.takde orang buat caption panjang macam ni.

apehal kau suke tukar tajuk cerita? ok.ok.sambung cerita

'suami sexy, kul berape agak-agak sampai?'

'kul 630 paling awal'

'ok darling. nanti nak sampai msg i'

reply mesej sambil senyum. halah. lambat lagi. boleh melagho lagi.

sampai kul *tut* baru semayang .tak nak mengaku semayang hujung waktu supaya boleh save air semayang untuk 2 waktu. suami mesti marah kalau dengar alasan nie sebab bila masuk toilet selalu lupa tutup paip tapi bab semayang nak jimat pula.

lepas tu baru buat kerja rumah sebab nanti suami balik rumah bersepah nanti salahkan blog ini. padahal kalau lagho sampai malas nak mengemas bukan sebab blog ni. giler ape dok berejam depan latop baca blog sendiri. mesti lah baca blog orang.

biasalah. kalau buat keje last minit mesti hasil kerja memberangsangkan. cuma kain tak sempat lipat. takpe. yang penting stokin suami harus di lipat kalau tak nanti pagi-pagi dia sibuk bersiap aku pulak sibuk cari stokin. giler benci cari stokin dalam timbunan baju dah la kene cari sepasang. suami yang sexy, boleh tak kalau u pakai stokin kawen?ok. tak boleh. sebab tu i dah siap lipat stokin walaupon bende lain i tak lipat pon lagi.


nostalgia kan ice-cream potong ni?RM 1! mahal giler dulu seposen jer.dulu RM1 dah dapat koneto.

pastu baru bersiap mandi semayang mekap sebab nak pickup suami. dan juga ke pasar malam. ha? ape? mekap ke pasar malam?owh hari ni rasa rajin nak mekap. tapi bukan mekap pon. pakai bedak ngan eyeliner jer. pastu pakai lipice. kalau malas bedak pn aku tak pakai. dan kalau malas lagi contek lens pon tak pakai. pakai spek budak nerd tuh.

selipar masih selipar jepun.sangat tak setuju kalau orang ke pasar malam pakai heels. nanti kepala terhantuk kat payung pasar malam. ngahaha. suka bajet tinggi padahal tinggi 163 jer. tapi kalau dengan pakai heels aku boleh beli daging dengan harga murah, aku akan pakai! kalau tak. no way! penat nak tertonggek-tonggek kat pasar malam. tapi kita ni kene pikir positive kate en.suami. derang yang pakai heels tu baru balik kerja terus singgah pasar malam.

pernah ape kau minum teh tarik kat mamak pakai heels and kebaya sebab baru balik kenduri. so kene la pikir orang lain macam tu jugak.ok. baiklah.

eh. di mana kita tadi?dah lupa nak cerita apa.



ni bihun sup saya

mintak tambah perut sekali bila nak makan en.suami sound, kalau u nak suruh i habiskan bihun sup u lepas ni baik jangan campur perut tu skali dengan kuah. eh.lupa. suami sexy i tak makan perut. so i bahagi dua bahagian. makan separuh jer dah kenyang sebab dah kat pasar malam dah makan seropok lekor 4 keping pastu apam kecik comel rangup satu. eh, jangan lupa hati goreng pon kau makan jugak secucuk. huh! sepatut ko dah tak yah makan dah bihun sup tuh. dah semua bende goreng dah ko makan.

nasi lemak kerang en.suami yang dah tinggal suku. masa ni i bukak kuah bihun sup pon belum. giler cepat beliau makan.

hokeyhh..hari ni hari last beronline di siang hari. sebab esok suami yang sexy dah tak trening. so dia bawak la latop ni. mesti esok saya tidak melagho lagi. akan tido mengemas seperti biasa.

pot, bila nak siap baiki latop akuu~

sukenya bila dia ceria~

kat rumah baru saya ni ade orang baek hati!

wireless tak letak password~

dah la laju semacam!

terima kasih tuan wireless~

babai la celcom siput..i dah tak perlukan kau!

Monday 21 December 2009

lepas tiga bulan

lepas 3 bulan lebih i jadi coach i dah ade customer yang dah boleh buat testimoni. dia jugak sekarang bisnes partner i.


click SINI untuk ke blog die

semalam i pergi kolej dia kat KUIS. dah 3 minggu tak timbang. bila masuk jer bilik die i tegur,

'fatin, kenapa kurus sangat??!'

excited..sebab sangat nampak perubahan. walaupon baru tiga minggu tak jumpa. bila timbang

WAHHHHH..BEST NYE..TURUN 4.3 KG!!

fatin, berat u dah sama ngan akak~

nantikan testis testi i pulek

ini baru lah keseronokan sebenar seorang coach

mengurut

last week masa kat kat kelantan memang seronok hidup tanpa stress. gumbira. orang cakap kalau gembira sangat nak sedih la tuh!

memang betul pon. otw ke kl masalah timbul. stress sangat. rumah tangga ni kalau kau dapat suami baik jangan kau ingat takde masalah dah rumah tangga kau. nama pon kawen. mesti ade masalah. jadi bersedialah dapat masalah dari orang sekeliling suami kau pulak yang kau autometik kawen ngan diorang lepas ko kawen ngan suami ko. so, sebelum kawen pikir la. sudah bersediakah anda?ngehehe.saya kurang ready. jadi meroyan la saya.

2,3 hari macam hilang tumpuan. menangis sorang-sorang di mana-mana saja tak kira masa. (xpelik, i wanita cengeng).

biasanya kalau ade problem i ade en.suami. so ade tempat nak luahkan masalah. kurang stress. kalau bende melibatkan orang yang dia sayang or ade kene mengene ngan dia. so tak sedap la nak mengadu.

i perlu seseorang untuk bercerita. tapi masalah rumah tangga tak boleh nak hebahkan kat orang. so makan hati la sorang-sorang T_T

rasa tegang sampai la i pergi mengurut hari tu. urut seluruh badan. 2 jam lebih. walaupon habis RM60, tapi berbaloi-baloi. lepas urut dah tak rasa stress dah. urat-urat pon dah kendur.=p

dah la masa dia urut tu dia tahu tau ape masalah kita. kita tak payah cakap. die cakap otot kiri i ade yang cedera. memang betul pon. kaki kiri i memang ade problem lepas excident 5 tahun lepas.

yang best nye, sebelum urut dia scrub dulu. scrub dia guna sangat wangi bau macam bunga rose. minyak urut dia pom bau macam bunga rose. en.suami pon urut jugak. dengan suami dia. kat sini ade spa jugak. boleh buat facial jugak. tapi orang macam tak kenal sangat sebab dia buat kat rumah.

kene call la kalau nak pergi.

teratak sri cendana
012-3166074- Pn Hani

lepas ni kalau stress i tau dah nak buat ape..haha..so en.suami, jangan buat i stress. kos untuk setiap kali stress adalah RM 60!

dan orang cakap lepas sedih akan happy balik kan. lepas tu en. suami belikan baju untuk ke event naffnang. pergi beronggeng. and pergi timbang customer dengan result memberangsangkan. semua tuh menyenangkan hati i~

izin kan i..

feeling orang kaya..

muahaha

kami malas la nak layan tuan rumah ni..mentang-mentang la dah nak keluar rumah kan. dia layan macam haram pulek..walaupon rumah yang dibeli dah nak siap, harusla renovate segala dulu kan. dan nak renovate tu memerlukan budget masa.

so untuk beberapa bulan dari sekarang..kami akan duduk di Country Heights Kajang.

jemput la datang ke rumah kami yer. minum teh 'o'. tak pon teamix =p

Sunday 20 December 2009

untuk yang mencuba untuk jadi lebih tinggi

sebab i dinasihatkan untuk tidak lagi memakai heels. dan i tak mahu mendengar nasihat itu. kerana rasa tiada kene mengena. kecuali menyakitkan kaki mak setuju.

tapi untuk melatih diri untuk mendengar nasihat. dan busuk hatijeles kan korang semua boleh pakai heels dengan senang hati. maka i tempek ni!

hamik!

*sila click untuk besarkan*

semua orang tahu kan...saja tutup mata dan telinga. sebab nak nampak bergaya.haha!

bilo mak cik masuk club

i hampir tak jadi g event ni. sebabnya dia buat kat Mist Club Bangsar. tapi pergi jugak lepas kak ila call naffnang and die sah kan event ni selamat untuk kami-kami pergi. walaupon tempat tak sesuai dengan orang bertudung segala kan. ade mak kesah? mak pon nak enjoy jugek.

event tu start kul 630 petang. tapi biaso la makcik ni. g kelas pon lewat setengah jam, takkan nak g beronggeng punctual pulak kan. harus la tempek-tempek bedak solat dulu sebelum g beronggeng. supaya seimbang orang kata. huhu. so kul 8 baru i sampai. =D

yeah!! pakai misai terbalik dah la senget.haha..saya dengan the sporting husband of the year (bodek supaya boleh pergi beronggeng lagi lain kali)


dengan kak ila. yang ramah tamah

baju i pakai ni beli disaat-saat akhir. kembang giler-giler! belt and heels kesayangan memang sentiasa menjadi penyelamat~

kawan kak ila, Kat

aimi yang lucky

lemak, minyak, dan kolestrol

sekitar majlis

=p

hujan penghibur en.suami

en.suami yang diawal event bosan akhirnya buat Noh hujan macam orang kampung dia. derang berbual-bual sebab sama-sama bosan kut.

gambar last sebelum balik


tak tahu la camano orang boleh berjoget-joget pakai killer heels. lenguh bangat. tak sabar nak balik sebab nak g pakai selipar jepun. dalam kereta terus tukar selipar.

gambar kat depan umah. udah tukar selipar.

mak seronot. mak seronot.

Saturday 19 December 2009

Thursday 17 December 2009

mencari tukang urut

atas nasihat kak ila i nak cuba mengurut kampung. bukan kat bukit bintang tuh..huhu

dah tanya beberapa orang. tq semua~ esok baru nak call mane yang berkenan. harusla perempuan kan.

i mengurut masa nak kawen hari tu mula-mula sakit. lama-lama best. dah terlebih lama geli. mak cik tu cakap kalau dah rasa geli tu maknanye dah ok la tu..

report hari 1st makan hormon. tak de perubahan selera makan pon. masih makan macam biasa. shake 2 kali.

cumanya ngantuk la..haha..ade kene mengene ke? xde rasenye.

dengan itu saya mengumumkan berat i hari ni di hari first makan hormon itu andalah 56.7 kg. naik 0.7 kg berkat makan tak henti kat umah. dan juga berkat tak minum air yang cukup. mak takkesah .0.7 tuh ape la sangat. sekali berak dah hilang. velagak!

malaysia menang

semua suka kan..semua puji melambung-lambung~!

kat tv, berita siar berpuluh-puluh kali..

semua cakap vangga ngan malaysia

torrbaik katanya..

cuba kalau kalah..habis la kene kutuk

sayur la..
tak semangat la..
kecewa la..

semua pihak disalahkan.

huhu

Tuesday 15 December 2009

dah rasa tenang

semalam i period lagi..

hari ni ibunda paksa suruh pergi hospital. i tak nak. tak nak terima kenyataan. tapi sebab kene paksa pergi hospital besar je pagi. tapi doktor pakar sakit puan ade hari selase je. jumpa la doc biasa. dia cek tekan -tekan jer. tangan dia ade sensor kut.hehe

dia cakap tak de pape. dia bagi ubat tahan darah jer.i tak puas hati. sebab takde bukti. alang-alang dah check ni, biar lah puas hati.

so masa ibunda lunch pergi klinik penawar. sebab nak doc perempuan. ibunda suka datang sini sebab doc ni jiran saya. memang baik.

buat ultra sound. takut sangat.

'eh, u ni pregnant la..sebenarnya yang u ingat period tu bleeding. tapi your baby dah takde heart beat dah. tapi ade lagi kat dalam ni ni. dah lama dah dia takde ni. u kene buat dnc'

oh.no.tak sanggup nak buat dnc lagi.

tapi TAK. imaginasi sahaja tu. tiada kene mengene dengan cerita.

camana kalau doc cakap i ade fibroid ke, cyst ke..ngeri weh..

tapi doc cakap takde pape. clean and clear. cuma dinding rahim tebal sangat. sebab hormon tak balance.tapi dia cakap biasanya orang 2,3 bulan hormon dah ok. tapi i dah nak 6 bulan. septutnya dah ok.

so dia bagi i hormon. ade jugak yang makan pil perancang kalau nak bagi hormon stabil.

tapi i tak nak. i nak pregnant. makan hormon potensi nak pregnant ade lagi.

so..bersedialah tengok maghfarah membesar lepas ni. sebab adik ipar i makan hormon membesar dengan jayanya. haih. takpe. demi rahim tersayang.

lagi satu. doc cakap hormon tak balance ni di pengarusi emosi i jugak. mungkin i pressure dengan environment kerja. hahaha. so i jawap. saya tak kerja lagi. tengah menganggur.

mungkin sebab awak pressure cari kerja. and i jawap 'mungkin kuttt'

tapi dalam hati,'hurm..tak pressure pon' =p

ape yang i pressure yer? rasanya hidup sekarang la hidup yang paling takde pressure. sampai orang cakap lepas kawen ni muke berseri-seri. seri pengantin kekal sampai 9 bulan u ol~

Monday 14 December 2009

saya nak senyum sebulan boleh?


i jarang bukak fb. jarang jugak bukak page en.suami. tapi pagi tadi adik i yang report. deorang gelak-gelak sebab komen member en.suami. isk. culah!

tapi i nampak yang kat atas sekali je..

bervunge-vunge

mesti la i rindu u jugak. (reply kat sini sebab i tak reti nak bercinta kat fb.hahA)

saya suke

saya suke tengok orang make-up

cantikkan? muka yang berlubang-lubang pon nampak licin. tapi diri sendiri nak make-up simple pon malas.

pakai bedak pon dah cukup baik ok!

suke tengok orang pakai tudung cantik berbelit-belit.

i suke. tapi kalau nak cepat mesti tak jadi. memerlukan kesabaran.ke faktor tudung ye? tudung mahal cepat jadi and senang nak pakai ke?

suke tengok orang pakai baju cantik-cantik dan bergaya

bila datang malas i. nak keluar rumah pon malas. kalau sepatut keluar deting tapi tiba-tiba datang mood malas pon boleh cancel date. macammane orang ade mood nak pakai cantik-cantik setiap mase? jogging pon cantik tudung belit2..ish2

suke dengar orang suara lembut perangai lembut macam perempuan melayu terakhir gitu.

i telah cuba sedaya upaya. tapi akhirnya geli ngan diri sendiri. tapi kalau tengok perempuan lembut ni i boleh jadi khayal. asyik tengok jer. sejuk mata memandang.

suke tengok orang pakai kasut tinggi melangit

dulu i dah boleh berbangga dengan prestasi diri dimana boleh round mall dengan kasut tinggi tanpa merungut sakit kaki. sekarang? malas la. pakai crocs or selipar jepun lagi best kan? en.suami dah sound2 dah tu. beli kasut tapi tak pakai.

i suka bila i balik kali ni tanpa suami orang tegur i lagi nampak anak dara sekarang dari zaman anak dara dulu..

wow. mak suka.. bialah kalau orang tu berniat positive or negative. mak tetap nak amik yang positive.

dan yang terahir, i suka bila shampoo rambut sikit jer gugur. bila rambut pendek terus rambut berhenti gugur kan. magic.

kenapa bila kita buat list kita suka list tu jadi pendek. tapi kalau buat list tak suka panjang berjela-jela sampai bila-bila pon tak habis?

roti cicah susu

semalam lepas maghrib i rasa ngantuk sangat(makan banyak boleh menjurus kepada mengantuk kan?). so i tdo set alarm kul 1030 malam. sebab ada tugasan mengukus pulut. masa i tdo ade seorang budak kecik kejut i mintak makan roti. budak kecik ni kalau makan roti dia cicah susu. i sangat mengantuk tak larat nak bangun i soh dia mintak dengan lagi 3 orang abang dia.

i bangun kul 1030 terus basuh muka g dapo mulakan operasi kukus pulut. sekali budak kecik tu datang kat i lagi. mintak roti. alahai kesiannye. takde orang bagi makan lagi ke..sia-sia ade sorang kakak and 3 orang abang tapi nak makan roti cicah susu pon susah. haha,kesian budak ni.

ibunda on call.so kat hospital. ayahanda kursus kat terengganu. i tengah sibuk nak masukkan pulut dalam pengukus.

so i jerit, (kene jerit sebab kat dapo, kalau berbisik nanti romantik sangat. deorang yang tengah main game tu komfem tak dengar)

'mi, buat susu adik!'

dengan tangkas dia ke dapor buat susu (senang la pulak kan?)

lepas dia buat dia bagi air susu and roti kat abang dia, si farhan.

'kak cik suruh suap adik roti,' kata mi si pereka cerita. bila pulak i suruh kan?

'eleh, abe cik dengar kak cik suruh mi,' kata si abang

'kak cik suruh mi buat air susu, bukan suruh suap'

maka berlaku lah pergaduhan di situ.

lalu mereka bertanya lepas penat bergaduh mungkin, 'kak cik, sape kene suap syahir'

'sapa-sapa yang free yang takde kerja la. main game bukan dikira kerja!', jerit seorang akak yang cantik dari dapor.

'dua-dua free,' jerit mereka( owh..mengaku takde kerja tapi nak suap adik pon susah?)

'ok, sorang g lipat kain sorang suap syahir,' kata seorang kakak yang cute dengan gembira.

'orang suap syahir choppp!,' kata kedua-dua orang abang kepada seorang adik yang minta untuk makan roti cicah susu je pon!

sebelum tamat cerita i sajikan gambar gedik mendera syahir sebelum pegi rumah nenek petang semalam. dan gambar last skali tu gambar dia merajuk kene marah. haks!

saya suka kat rumah. esok dah nak balik.sedih.tapi lusa boleh jumpa en.suami.happy!

pagi yang cerah

holla~

hari ni saya bangun dengan mood baik

harapnya sepanjang hari mood saya baek.

hari ni banyak tugasan!

blog ni umur dah setahun dah. kalau baby dah pandai jalan dah terkedek-kedek. tapi masih baby.

kalau tahun lepas masa ni saya kat rumah. baru habis belajar.

tengah prepare nak kawen. haha. tengah gatal masa tu

tahun ni jugak kat rumah. dah kawen dah =) tapi en.suami tiada di sisi. dan masih jugak gatal

hehe

Sunday 13 December 2009

macam zaman bujang

melayan kerenah si budak kecik

paksa adik2 main 'haji' kalau bosan

dan memang selalu kalah. gunakan kuasa veto untuk tukar game. main kad pulak

dan kalau main kad tak pernah budak kecik ni mengacau

long, rase nak balik dop?=p

Saturday 12 December 2009

dear husband

sori sebab kali ni i tinggal u sorang-sorang kat rumah kita. i ambik langkah selamat. before u tinggal i baik i tinggal u dulu. =p lagi pon u dah selalu sangat tinggal i. u la pulak rase kene tinggal.

sorry sebab pagi tadi bila sampai i lambat call u. bukan tak nak call. henset mati terus lepas call pokwe soh datang amik. lambat sikit sampai rumah. sebab g potong rambut. bukan u ke soh i g potong rambut? pastu pergi ambik syahir kat sekolah die.

sorry jugak for being cranky. jangan la kacau i kalau i tak cukup tido. itulah akibatnya. i lambat tido sebab baca blog orang nak kejut u bangun awal nak g antar ayah din naik flight. walaupon last-last u yang kejut i sebab i tertido jugak. ngahaha

sori tak dapat masak untuk u lunch hari ni. tapi u nak g wedding kan. makan kat wedding mesti la lagi best kan. berskendeles ngan fana lagi. i tak jeles.

i tak jeles.

i tak jeles.

tapi mesti best kan. i tak jeles! T_T

walaupon tak masak untuk u tapi i kene memasak jugak. untuk kanak-kanak rumah i ni. ibunda mentang-mentang i balik hari ni dan-dan tak sempat masak pulak. tapi tak pe. hobby i memasak kan? i suke je. jangan suruh i lipat kain jer.


ini jelah makanan tengahari kiteorang. sup ayam, sayur campur, ngan telur dadar. u makan mesti lagi hebat kan?

u kenal tak kotak ape kat bawah ni?

kali ni surprise u berjaya. tq. tapi sori. i takde pape untuk u. tapi kenapa yang ke 9 bulan ade hadiah? yang ke 1,2,3,4,5,6,7,8 mane hadiahnye? (dasar perempuan tak reti bersyukur!)=p

tq sekali lagi. bila u beli and mane u simpan selame ni. sebab rumah kita semua kawasan i yang jaga. macam mana terlepas pandang ni.

mesti susah nak simpan dari i kan. sebab selama ni i asyik jumpa jer kalau u sembunyikan pape. nak buat macam mane, i ade 'nenek kebaya' yang reportkan semua bende kat i. kali ni 'nenek kebaya' i terleka.

mula-mula i i jumpa i rase nak marah. sebab masa tu i nak sumbat majalah dalam bag sebelum naik train. sekali ade kotak yang tak diingini. i ingat u saja nak main-mainkan i. ingatkan saja nak soh beg i penuh,u letak kotak kosong. (berperasangka jahat terhadap suami sendiri.tak baik kan?) naseb baek i tak campak je kotak tu. sekali berbunga-bunga la pulak. dah la ade tulis-tulis.

walaupon u tak ngaku u yang bagi. tapi sapa lagi yang panggil i 'yang'? ke u nak bagi kat sapa-sapa yang u panggil 'yang' jugak tapi tersilap bagi kat i. tapi takkan la yang ke 9 bulan jugak? u kawen 2 dalam masa sebulan jugak ke? dah la tarikh sama. hebat giler u ni. tak sangka!

sebab ade kat tangan i, i anggap je la hadiah ni untuk i kan.=p

tapi i suke hadiah ni. tq.tq.tq.tq.tq.tq.tq.

tq sebab jadi husband i jugak.

tq sebab tahan kerenah i jugak.

tq sebab u suke makan makanan i masak jugak.

tq sebab ade dekat i time i ade problem jugak.

tq untuk semua yang u buat lah~

i love u so much.

eh.tapi u tak leh baca hari ni kan. rumah tak takde broadband. i bawak balik kelantan. nanti u g miri u baca la. haha. laju giler broadband siput ni kat umah i. i tengah download muvie ni. nanti kite tengok same-same yer. tapi cite katun. u nak tengok ke?

Friday 11 December 2009

Invitation to Mister Potato Fiesta 2009

Dear Nuffnanger,

You're now officially invited to the Mister Potato Fiesta 2009!!

Mister Potato Fiesta

2 (TWO) invites have been reserved under your Full name and Email address. Kindly confirm your attendance to the Mister Potato Fiesta by sending an email to misterpotato@nuffnang.com by 12pm, 14 Dec 2009


i sangat nak pergi but my husband tak berminat. =(

D' Naim nasi kukus terbaek dari ladang~

D'naim ni kalau kategori nasi kukus, i bagi 5 bintang. view pon cantik. senang nak usha aweks.betul-betul tepi jalan. kalau silap jatuh kerusi memang babai jadi lempeng kene gelek ngan kerete.haha

tapi tak pe. sebab nasi kukus ko sedap. mak redah ajor. sanggup ke pantai dalam sebab nak makan nasi kukus.


kedai dia ni dah selesa banyak dah kalau nak di compare dengan first time i datang sini. tokei dia dah kaya raya dah. kat sini orang sanggup beratur panjang sebab nak makan sebab dulu kecik jer kedai nya. sekarang besar sikir, tapi masih kecik. dia punya lauk dan nasi pon sentiasa panas, kadang-kadang siap kene tunggu nasi and lauk masak sebab cepat habis.

nasi en.suami dengan flash

nasi i tanpa tanpa flash

dia dah mintak nasi lebih, dan dia jugak habiskan nasi i

kalau datang sini order la milo 'beng' aka milo ais . kaw king kaw~



masa i mula-mula makan sini macam takut nak masuk. bukan sebab kedai ni yang ala-ala setinggan ni, tapi pekerja derang yang ala-ala gangster kampung i. rambut pelbagai kaler. tapi ade jer yang normal. tapi semua ramah tamah. baik. pandai jaga customer. service baek punya. setakat ni tak pernah ade problem ngan derang ni. mude-mude giler lagi pekerja kedai ni.

cume kalau segerobolan aweks hot pergi sila bersiap sedia dengan no fon palsu. derang akan ngorat sampai dapat no fon.

i takpe, walaupon i hot tapi i pergi ngan husben i, so derang tak berani kacau. *pengsan husben aku dengar wife die perasan macam ni*

dan yang buat lagi best derang ni pemurah. kalau nak mintah habuk lebih, sambal lebih mintak jer. komfem derang buat. semalam en.suami mintak habuk lebih. sekali dapat lauk lebih. pehe dia bagi sampai 2! tapi harga same je.

kuah dia pon memang terbaik dari ladang. dengan kata lain kalau makan sini kita khayal sampai titisan terakhir. sebab tu kiteorang panggil kedai ni kedai nasi kukus ganja.

kalau nak ikutkan nafsu serakah i ni memang i mampu je habiskan sebungkus. tapi mengenangkan body, i bagi en.suami separuh.

dan lepas makan kami g usha bapok kat jalan haji taib, tapi ade beberapa ketul jer. tak cantik pulak tu.kalau nak usha yang cantik dan hot pergi la tengah-tengah malam. yang tulen pon kalah tau!

lepas tu jalan-jalan lagi kat area-area orang clubbing. sambil mengusha awek seksi yang bersedia nak clubbing. haha. saja buat dosa malam-malam kan.=p

kami saja buang masa sementara tunggu nak g uptown. g awal-awal kedai banyak tak bukak. tapi tengah syok-syok mengusha awek, pak cik en.suami yang baru balik dari mekah call. derang baru sampai kat KLIA. so, plan cancel. pergi amik derang kat KLIA. esok flight derang balik kb pagi. harus bertolak lepas subuh.so, i tak tido la ni sampai subuh.


lepas buat maksiat mata, dengar cerita-cerita dari mekah. huhu. insaf sekejap


kalau yang suka makan nasi kukus, korang wajib datang d'naim tau