Monday 31 August 2009

iklan rokok

semalam tengok iklan ni kat tv, sungguh menyentuh hati sampai mengalir air mata(saya memang ratu air mata). tadi cari kat youtube sebab nak tunjuk kat en. suami. menangis tersentuh lagi. akibatnya digelakkan en. suami. kalau i la yang isap lokok, komfem i dah insaf.




tapikan, masa kat kampung hari tuh saya mintak lighter nak nyalakan lilin. tapi die cakap takde. en. suami dah tak isap okok. uh..uh..i bangga dengan u! teruskan berusaha. (sebab blog i ke?) hehehehe

Sunday 30 August 2009

tanda-tanda pregnant

bangun sahor semalam entah kenapa rasa kenyang semacam. masuk makanan sikit rase nak muntah. akibatnya saya muntah sebelum imsak.

masa sembahyang subuh rasa pening giler dan rasa loya giler.

lepas tu tidur sebab pening +loya-loya. tidur untuk menahan diri dari muntah. dok beruweek-uweek je sampai tido.

bangun tido kul 11 masih lagi pening. mandi konon-konon nya untuk hilangkan pening. lepas mandi seorang rakan sekolah menengah datang. berbual sambil tido boleh? (siryes macam pening giler)

lepas dia balik tido lagi..bangun petang masih lagi pening. cuma tak loya.

masa rumah mertua pening tengok makanan. tapi bila tengok mangga muda tanpa berfikir lagi makan dengan penuh selere. sangat nikmat okeh. hilang rasa loya.

tadi masa ibunda masak saya tak tolong pon. pening bau masakan. tapi makan ok ajor.

tapi i tak pregnant pon u ol. jangan congrats i. hahahah

Thursday 27 August 2009

1st ramadhan

untuk saya seorang sahaja..sebab esok saya dah boleh puasa..tahniah untuk diri sendiri..tahniah jugak kerana sudah tak demam..hoyyeah~~!!

baru lepas bertarawih. first time i berterawih dengan en. suami u ol~ hehe..tapi kami berjemaah di rumah sajor. kami kan di kuarantin. tapi elok jer en. suami pergi ofis hari ni. banyak kerja nak disiapkan katanya. lagipon harini hari last. seorang ofismatenya sudah selamat pulang ke kl semalam kerana wife demam seperti saya. saya jer yang masih gagah bertahan di sini. malas nak menyusahkan en. suami. selagi boleh bertahan saya bertahan walaupon puas buat lawatan ke klinik 2,3 hari ni. sampai dokter cakap, jangan risau, takde pape..heh!

tadi en suami berbuka dengan nasi kerabu daging bakar. dia cakap sangat sedap tapi saya malas nak try. dia belikan saya ikan pari bakar (PEDAS wuhh!). dan keropok lekor. satu benda yang saya suka kat sini adalah tak susah nak cari makanan yang sedap. kena dengan selera pantai timur kami. kecuali semalam, tak sempat nak cari makanan kat bazar, kami berbuka kat kedai nasi kukus ayam berempah depan hospital dungun. ouhh..sangat fail.

esok sebelum fajar menyinsing kami bertolak bali ke kelantan. singgah kat kuala terengganu sekejap, nak pergi tengok kain songket ofismate en. suami kirim. family en. suami pengusaha songket tenun zaman berzaman. ni first time saya nak tengok orang tenun songket. tak sabar! tak sabar!

esok balik kampong..suke~

Wednesday 26 August 2009

en. suami dan rokok

masih bersiaran dari terengganu. demam macam bergurau dengan saya. sekejap saya sihat walafiat. sekejap saya pening badan panas giler menggigil dalam selimut. menyampahkan.

berbalik kepada cerita, en. suami adalah perokok yang tegar. dah cuba untuk berhenti berkali-kali. tapi gagal.haish.

dulu kami buat perjanjian. selagi dia xberhenti merokok, selagi tu kami takkan kawen. konon nye la kan. akhirnya kawen jugak walaupon dia tak berhenti merokok pon.

selepas tu perjanjian dibuat lagi, kalau i pregnant, makanya en. suami kene berhenti merokok. dan dia memang berhenti. dah tak bau rokok. dan poket seluar dia di penuhi gula-gula je masa ni. (ataupon u saja makan gula-gula mint untuk hilangkan bau rokok)

lepas tu i miscarriaged, pulang dari berpantang i terhidu aroma rokok dalam toilet. saya sangat marah. (sampai hati u tipu i!) dan dia cakap dia dah stop sebenarnya. baru start balik.

lepas tu saya macam dah tak kisah dia nak berhenti rokok ke tak. asalkan dia tak tipu saya. lin pernah cerita, bakal abang ipar dia merokok, tapi wife nya tak pernah tahu. sedih kan kalau kita ditempat wifenya.

dan kalau nampak rokok tu macam cepat je habis, saya akan cakap.

'ouhh..plis beli stock rokok banyak-banyak.isap lagi kuat, cepat sikit i jadi janda hot yang kaya'

dia hanya gelak. grrrrr...

kalau dulu, saya selalu bercerita kisah kejayaan ayahanda saya yang berjaya berhenti merokok. beserta cara-cara nya sekali. saya juga bercerita tentang kejayaan bakal abang ipar saya yang berhenti merokok kerana along yang suruh. tapi en. suami tak makan saman pon. dah berbuih mulut tahap sawan dan meroyan dah saya suruh dan bagi semangat. hasilnya? urgghhh..tak dapek den nak nolong.

hari tu sebelum ramadhan, dia cakap nak stop smoking. saya macam dah penat bagi rangsangan dan kata-kata semangat. saya cakap.

'hurmm. good luck la'

dan semalam. saya terbau rokok kat tangan dia. ouh, u ingat gigi dah gosok tangan tatak bau la?

dan dia memang mengaku, misi dia gagal. so i cakap.

' i rasa kalau u nak stop, u kene ada semangat u yang nak stop. bukan sebab i suruh. i tak paksa pon u stop'

dia hanya sengih..grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

i dah malas nak layan. lagi pon u tak isap rokok depan i. so, risiko i rendah jer.suke hati u lah~ ingat yer..'janda hot' (insert muka puas hati giler kat sini)

punat jr lahir semalam. pagi tadi dapat msg. nanti next week aunty melawat yer. asyik anak orang jer. anak sendiri bilow??

Tuesday 25 August 2009

di kuarantin 5 hari

semalam sangat tak larat sampai tak mengadap latop pon. masa petang demam sikit-sikit je. jepas maghrib terus rasa panas giler dan tak larat pon nak jalan. di tambah dengan asthma sikit-sikit. lepas en. suami semayang terawih, terus pergi klinik. suhu 38.9 dan diberi sedikit dos nebulizer.

tapi doc cakap h1n1 xberkahak kalau batuk. tapi saya berkahak. huh, lego! tapi tetap golongan berisiko sebabnye saya asthma. kensel lah nak bukak puasa ngan zac and lin hari ni. ketiga-tiga kami sudah demam pon.

pagi tadi bangun je, sangat panas dan berpeluh-peluh. sangat tak suka bangun tido dalam keadaan berpeluh-peluh. terus rasa badmood. suruh en. suami on kan aircond. pastu berjaya tido balik sampai la alarm sahor berbunyi, dah rasa kebah. cuma batuk-batuk sedikit. terus ajak en. suami sahur kat cafe. balik sahur demam lagi. mungkin udara pagi sejuk.

dan sekarang dah kebah sikit. badan panas sebab tak mandi je kut. tapi en. suami pulak ke klinik sekarang. dia tak larat bila bangun pagi tadi. badan panas sikit-sikit. huhuhu..terjangkit sudah~
adakah kamu juga akan di kuarantin?

kalau dah dua-dua dikuarantin, apalaga.. marilah kita pulang ke kampung secepat mungkin.

doakan kami sihat walafiat dengan cepat.

Monday 24 August 2009

tempahan kuih raya

ni lah akibat terlebih tidur siang..tak ngantuk..tolong!!!saya perlukan ubat tido. daripada saya terbaring memandang syiling. baeklah saya menolong bisness adik saya

click untuk dapatkan imej lagi besar

harga utk biskut bg 1 bekas (lebih kurang 50 biji)

1. Tat nenas - RM21
2. Nestum - RM 21
3. Coklat Rice - RM 23
4. Snow Almond - RM 21
5. Almond White - RM 23
6. Almond Bar - RM 23
7. Coklat Crunchy - RM 21
8. Strawbery Almond - RM21
9. Coklat Hazel - RM 23
10. Marmar - RM 21
11. Almond London - RM 23
12. Coklat Chip - RM 21
13. Lemon Swirl - RM 21
14. Durian Belanda - RM 23
15. Coklat Belgium - RM 21
16. Suji - RM 21
17. Gajus - RM 21
18. Redfel - RM 21
19. Biskut Oren - RM 21
20. Coco Crunch - RM 21

biskut menjadi pilihan saya dan paling laris adalah snow almond. rasa coklat dan ia sangat crunchy hasil campuran biskut, almond dan kelapa kering. raya tahun lepas saya habeskan sebekas dalam masa semalaman. tak muak pon. syabas untuk lemak yang saya makan.

biskut lemon swirl juga enak. rasanya unik. sebab lemon. juga saya tempah tahun ini.

coklat belgium rasanya ala-ala biskut sarang semut versi bercoklat. sebab saya suka sarang semut, jadi saya tempah ini jugak.

untuk mak mertua belikan biskut durian belanda. sebab dia suka tart. biskut durian belanda ni berintikan nenas macam tart. saya suka rasanya yang gebu.

biskut oren tu, saya beli untuk kakak saya. dia nak buat hantaran bertuneng. temanya oren jadi sesuai. biskut tu ada versi strawberi. tapi takde gamba. biskut ni pon ala-ala tart sebenarnya. sebab isinya nenas.

dan feveret adik saya, biskut nestum. tidak dilupakan. yang laen boleh buat sendiri. memandangkan menganggur takde kerja ni. baeklah buat biskut raya. boleh tunjuk bakat kat family mertua. keh keh

untuk tempahan sila hubungi adik saya,(tempahan paling lewat 2 minggu sebelum raya, tempah awal dapat awal)

syazwan 012-9450718

ataupon saya sendiri

Pn Farah 0176010051

tapi saya nasihatkan hubungi dia terus, sebab dia hensem, masih belum kawen tapi ada kekasih. dia yang kelima dari kiri, ataupon kedua dari kanan.dan dia di jual 3kg 10 ringgit. kalau laku.haha~

jangan marah ah..nati kene jual~

kasih sayang mengikut bulan kelahiran anda

Januari

- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Amat setia kepada pasangan..
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangan.
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai..
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik..
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan


saya bulan 7, en suami bulan 6 dan saya rasa ianya sedikit betul. anda bagaimana?

Sunday 23 August 2009

suri rumah menganggur

saya tak tahu kenapa saya tak suka status suri rumah saya. masa buat report polis hari tu. bila polis tanya kerja apa saya cakap tak kerja. so, tuan polisi tuh tulis suri rumah. saya betulkan balik, saya menganggur bukan suri rumah,kata saya kepada tuan polisi.

begitu juga masa jumpa kawan-kawan lama. kalau mereka tanya saya kerja saya. saya lebih suka jawap menganggur sepenuh masa.

kawan encik suami yang datang ke sini, 2 dari mereka wifenya cikgu. dan selebihnya tidak bekerja termasuklah saya. dan ada seorang tu, wifenya muda macam saya. (saya masih muda kan?) rasa macam nak tanya je. menganggur ke suri rumah tangga? hahaha..lu ingat seme olang macam lu ka!

bukan menghina suri rumah tangge yer. saya suka orang tak kerja, boleh jaga suami, anak, masak, tapi masih buat income sikit-sikit untuk menampung diri sendiri. macam saya, suami saya yang jaga saya. anak takde nak dijaga, suka masak, tapi en. suami suka makan makanan yang sangat simple sampai bosan masak benda sama takleh nak variasikan.

hasilnya, saya penganggur bosan yang buat part time sebagai suri rumah yang berpakaran dalam seni menonton televisyen. saya juga beranggapan bahawa tidur siang adalah benda paling bosan di dunia kerana saya dah busan tidur siang.

hari ke dua di darul iman

uish..sangat kenyang air..walaupon sahor minum air banyak komfem siang nanti dahaga jugek. semalam berbuka saya shake. en. suami makan nasi kerabu dengan daging bakar dan solok lada. sungguh sedap. lepas terawih saya makan keropok lekor rebus yang di beli kat bazar. walaupon beli bukan di tempat keropok lekor yang tersohor, tapi rasanya masih 10 kali lebih sedap dari keropok lekor pasar malam bandar seri putra. dan berjalan-jalan di bazar itu perasaannya macam berjalan-jalan kat bazar bandar seri iskandar. banyak sangat muka yang dikenali. macam berjalan kat konvo sq pon ade.

semalam jumpa lin ngan zac. dan zac sedikit tidak sihat semalam. petang nya dia g klinik dan kene kuarantin 5 hari. aiyyo..dan bangun pagi tadi sedikit seseme. antibody saya memang sangat lemah. sangat senang berjangkit. petang ni harus ke klinik. kami berdua golongan berisiko tinggi.

mata mengantuk amat. hari ni komfem aktiviti harian tidur sahaja.


saper-saper dok kerteh or paka or dungun. dan dia busan macam saya. sila hubungi saya kalau nak virus seseme saya

Saturday 22 August 2009

nur kasih

ada ulangan nur kasih kat tv3 tadi. bila tengok nur kasih saya rindu satu-satu nya kakak cantik manis saya, along.

sebab nur amina ni sangat lah along. dan siti sarah ni adalah sikit-sikit ciri saya. perangai okeh. bukan muka. kalau muka mestilah saya lagi cun (jangan muntah, kamu puasa)

saya ngan along beze setahun je. kami sangat rapat. macam kawan. kawan yang sangat boleh dipercayai. sila korek semua rahsia saya dengan dia. dia bukan macam kakak pon. kadang-kadang macam adik jugak. (sebab saya lebih berpengalaman dari dia. muahahaha gelak setan ..ok dah, ni bukan blog 18sx..bulan puasa pulak tu)

along saya ni sangat mengikut kata parents saya. saya pula akan mengikut apa yang saya nak buat.

along saya ni sangat kuat pegangan agamanya. (bagi saya) saya pula sangat nipis sahaja. walaupon dididik oleh parents yang sama. dan cara yang sama. naseb baek jodoh dengan orang yang boleh membimbing saya. TQ kamu!

saya sangat suka cakap parents saya sayang along lebih. huhu. tapi dulu-dulu je la. sekarang dah faham. parents sayang semua. tapi cara dia tunjuk laen-laen sebab perangai kita pon laen.

dan yang paling penting, muka nur amina mukanya lebar ,sarah panjang. dan sarah lagi cun.. hahaha..

kan?

mesti die marah..nanti raya mintak maaf

1st sahur

hohoho..apehal 2nd day puasa tapi 1st time saho? sebab semalam dua-dua tak sedar walaupon dah set alarm. huhu baru semangat nak 'masak' sahor kat en. suami.

kesian en. suami. dah la semalam kene drive. saya tak pelah boleh sesuka hati makan sebab tak puasa. pagi tadi alarm tak bunyi lagi, en. suami dah kejut saya. semangat betul nak sahur. =p

saya bangun 'masak' shake 2 gelas. satu untuk saya, shake dengan susu anlene. encik suami punya shake dengan air soya. pastu bawak shake g kat cafe kat resort ni. kami orang first kut. pergi rasmi makanan. hebat betul penangan hari first tak puasa ni.

makan masa sahor bukan cabaran besar pon. cabaran en. suami adalah minum air masak dengan banyak. dia memang sangat susah nak minum air masak dulu sebelum kahwen. sekarang dah ada banyak kemajuan. bagus!

dialog pagi,

en. suami: perut i buncit sebab air je nanti. gemuk sebab air je nanti

isteri: ala, kejap je tu. nanti u buang air kempis la balik. u kene minum air banyak la. air ni nak flush semua toksin and lemak-lemak dalam badan tu. kalau u tak cukup air la jadi gemuk. sebab air xcukup banyak nak flush semua tu. so, dia dok je dalam badan. lagi banyak u buang air, lagi bagus.

(ayat ni setiap hari keluar kalau nak suruh dia minum banyak air)

en. suami: mane tahu kita cukup air ke tak?

isteri : kite kan timbang.huhu

perbualan pon berhenti. dia sambung minum air. ngeh ngeh. tapi air en. suami selalu je cukup sekarang. perkembangan yang bagus.

selamat hari kedua puasa semua orang. cepat la habes period. sya nak puasa

terengganu darul iman

hello~

saya bersiaran dari terengganu darul iman. saya mengikut en. suami outstation bercuti...sampai tadi dah nak maghrib. rasmi bukak puasa kat rumah zac, makan ayam percik kelantan yang terbaek. (saya dah tahu rahsia kejayaan zac menggain berat badan dengan berjaya di rumah) huhuhu.. ayam percik tu sangat sedap sampai saya lupa diet saya.

sebab dah lama tak makan banyak giler (saya terpaksa tanggalkan belt lepas makan), saya tido sebaik saja sampai rumah. dan sekarang dah tak ngantuk. boleh la skodeng blog orang.

esok saya mau beronggeng dengan zac and lin. bestnya kalau datang masa bulan tak puasa. akan ku call semua rakan untuk belanja saya lunch..

misi saya sepanjang di terengganu adalah nak makan keropok lekor sebanyak yang mungkin. nak makan seafood kat pantai tak dapat la sebab puasa. kalau tak sungguh syiokk. ouhh..dapat ku bayangkan diet ku akan rosak di negeri ini.

sekian update 1st day di negeri kelahiran en. suami. mahu menjengah blog orang laen. belek-belek facebook jugak. sungguh bahagia internet kat sini laju giler.

Thursday 20 August 2009

selamat berpuasa

esok kita dah nak puasa rakan-rakan. malam ni dah sembahyang terawih. tapi saya tak puasa lagi. delay sedikit. komfem tahun ni saya tak sembahyang raya jugak.

sebelum bulan puasa ni tiba, saya nak mintak maaf dan mintak ampun banyak-banyak kat orang yang sayang saya. dan juga seteru-seteru saya. haha

saya tau saya rakan yang baek. eceh. tapi mana boleh lari daripada melakukan kesalahan kan.
kepada rakan yang di sayangi, saya bertuah ada kamu. saya harap kamu maafkan saya. saya juga memaafkan kamu kalau kamu pernah buat salah dengan saya. tapi mungkin tidak.

kepada family, saya memang seorang yang suka menyusahkan. dan mungkin laser sedikit terutamanya dengan family. sebab saya tahu mereka sudah kalis dengan mulut saya. ayah mintak maaf, and marilah kita sama-sama buat ibadat banyak-banyak nanti.

kepada incik suami. 5 bualan ni bulan bahagiakan? dalam bahagia pon ade jugak duka-duka sket. tapi banyak suka kan? maafkan i banyak-banyak. i tau u la orang paling banyak i buat dosa. nanti kita bangun sahur shake same ek. hahaha. terima kasih herbalife. saya dah tak payah masak sahur. first time puasa dengan u neh. suke!

dan kamu yang sedang membaca. ampun ya. selamat beribadat ye semua.

Wednesday 19 August 2009

kegampangan celcom

saya bersiaran dari ukm. seperti biasa. makhluk takde kerja ini suka mengganggu ketenteraman lab alongnya. semalam rumet saya tidur rumah saya. hari ni teman dia g interview kat Niosh. sekarang dia tengah interview. saya rumet yang baek kan. diri sendiri pon tak pergi.hahaha

meh kita doa ramai-ramai, muga-muga aisha dapat kerja kat niosh. dia dah busan menganggur. macam la i xbusan menganggur kan. busan macam nak terjun bangunan. tapi bak kata en. suami. menikamati sisa cuti diseponser sepenuhnya. nanti kerja busan rindu nak menganggur pulek. tapi sangat sedih la. masuk toilet pon kene mintak duit ngan orang.huaarghhh...

sila jangan stress maghfarah. nanti period kamu lintang pukang. period saya memang xbetul sejak gugur hari tu. last month period tak kuar darah. (period ape tak kuar darah kan? :P) huhu. maksud saya tidak bercecair. semuanya ketulan. tapi lama. sampai 8 hari. dan sekarang selepas 2 minggu period lagi. kali ni normal. tapi masa la pulak xnormal. sebelum ni kitaran saya normal. 28 ke 30 hari setiap kitaran.

saya banyak gamba nak upload kat sini ngan facebook. tapi kegampangan melanda celcom. tunggu la dia dah tak gampang. nanti saya upload banyak-banyak. celcom suka buat hal sekarang. mentang-mentang la murah. tukar maxis baru tau.


sesungguhnya saya tak tahu gampang itu apa.

convo saya part 2:aksi kesayangan saya

lame takde gamba buah hati jantung manis saya kat sini kan. budak ni makin nakal. sukar di kawal. dan semakin suka tunjuk kuasa.huhuhu.

rancangan asal syahir tak ikut ke perak, sebab antibody die lemah. takut la musim-musim h1n1 ni. tapi tak sampai hati. dan saya juga nak dia datang. rindu~








cheeseeee~~





huhu..tengok tiga gamba diatas. bukti syahir terpaksa di kawal setiap masa

tibe-tibe budak ni duduk. dah tak berlari-lari

dia buat mogok sebab penat rupenye

saya yang masih memujuk

akhirnya memang tak makan saman. siap-siap terus balik.


rindu.rindu.rindu

Monday 17 August 2009

convo saya part 1: meraikan

ni gambar orang meraikan saya

ayahanda dan ibunda

adik, kakak, bakal abg ipar, sepupu, parents dan en. suami


hari yang sangat penat, berpeluh, tapi hepi

Thursday 13 August 2009

floria 09

saya masih lagi dalam mood malas sebenarnya.tempek gambar banyak-banyak boleh?


sebenarnya pergi ni tanpa dirancang, tiba-tiba kawan en. suami odi dan wifenya ratna datang ke rumah ajak g putrajaya. jadi saya memakai apa sahaja yang terlintas dimata

en suami saya yang visceral fatnya 9??kehkeh

macam orang mabuk bunga bila kat sini. semua ni bunga rose.bestnya kalau saya ada ladang bunga yang colourful

belakang tuh, bunga putih kesukaan

bersama bunga yang tak cantek sangat pon

sang harimau ngan sang kancil ke rusa?

sang tak tahu makhluk apa..kancil kut

saya tak kenal orang ni

burung-burung

badak salut kuaci.sungguh enak dimakan begitu saja..

terpaksa di close-up kerana ramai orang nak amik gamba dengan badak ni.glamer tuh

en.suami suke kalau saya amik gamba bajet pelancong macamni

hidupan laut

Squidward

patrick

bunga kesukaan lagi

bunga layu pon nak upload?

si bajet ayu. sekian terima kasih.


tak boring ke kalau buat entry tiap-tiap bulan pasal suami isteri lupa monthly anniversary? busan kan.nampak nye bulan ni terjadi lagi

Wednesday 12 August 2009

original crocs sangat murah

saya menolong kawan menjual crocs.jom beli kasut cantik dan selesa untuk diri sendiri dan tersayang..







http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=2





Beach – RM80

  • Pearl White M

  • Black M,L




  • http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=88




Baya for Men – RM80

  • Navy M6,7
  • Chocolate M5,6
  • Black M5,7
  • Khaki M5,7
  • Pearl White M5,7
http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=18



Off-Road – RM 95

  • Army Green/Orange M7,8,9,10
  • Black/Red M7,8,9,10
  • Khaki/Chocolate M7,8,9,10
  • Choc/Choc M7,8,9,10






  • http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=97




Tideline Canvas - RM155

  • Choc/Choc M7,8,9
  • Pearl White M7,8,9,10
  • Khaki/Khaki M7,8,9





http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=22



Athens – RM80

  • Red/Pearl M4,5,6,7,8,9,10,11
  • Pearl/Charcoal M4,5,6
  • Army/Sienna M4,5,6,7,8,9,10,11
  • Black/Yellow M4,5,6,7,8,9,10,11
  • Pearl/Orange M4,5,6,7,8,11
  • Black/Red M4,5,6,7,8,10,11
http://www.crocs.com/on/demandware.store/Sites-crocs_us-Site/default/Search-Show?q=Disney+Minnie+Jane



Disney Minnie Jane – RM80

  • Black/Ruby W7,8
  • Choc/Cotton Candy W5,6,7
  • Fuchsia/Cotton Candy W5,6,7,8
http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=24



Mary Jane – RM80

  • Sea Foam W5,6,7,8
  • Pearl White W5,6,7,8
  • Fuchsia W5,6,7,8
  • Lavender W5,6,7,8
  • Celery W5,6,7,8
  • Silver W5,6,7,8
  • Cotton Candy W5,8
http://www.crocs.com/on/demandware.store/Sites-crocs_us-Site/default/Search-Show?sz=1&start=0&q=Beach%20Realtree

Beach Real-Tree – RM85

M(2) L(2) XL(2)





http://www.crocs.com/on/demandware.store/Sites-crocs_us-Site/default/Search-Show?q=olivia



Olivia – RM 85

  • New Gold W5,6,7
  • Black W5,6,8
  • Brown W5,6,7
  • Red W5,6,7,8
  • Ultraviolet W5,6,7,8


http://www.crocs.com/on/demandware.store/Sites-crocs_us-Site/default/Search-Show?sz=1&start=0&q=malindi

Malindi – RM 80

  • Watermelon W6,7,8
  • Brown W5,6,7,8
  • Black W5,6,7,8
  • Plum W5,8
  • Gold W5,6,7,8
  • Pulse W5,6,7
  • Berry W7
  • Cotton Candy W5,6,8
  • Navy W5,6,7,8
  • Silver W5,6,7
  • Chocolate W5,6,7
  • Sky Blue W5,6,7,8
  • Turquoise W5,6
http://www.crocs.com/on/demandware.store/Sites-crocs_us-Site/default/Search-Show?q=malindi+leopard



Malindi Leopard – RM80

  • Gold W5,6,7,8
  • Cotton Candy W5,6,7,8
http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=23

Prima Cubic Dip – RM80

  • Silver/Zebra W6,7,8
  • Gold/Giraffe W6,7






Audrey – RM80

  • Purple/Fuchsia W5,6,7,8
  • Red/Navy W5,7,8
  • Ccandy/Fuchsia W5,6,7,8
  • Fuchsia/Purple W5,6,7,8
  • Pink/Purple W5,6,7,8
  • Gold/Chocolate W5,6,7,8
  • Choc/Turquoise W5,6,7,8
  • Black/White W5,6,7,8
http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=52

Cyprus - RM145

  • Black/Black W5,6,8
  • Black/Silver W5,6,7
http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=25

Sassari - RM95

size available only W11 & W12 (color nanti I inform balik yek~)



cepat cepat cepat!!!pilih dan book. sebab stock adalah terhad. untuk pertanyaan dan tempahan, call or sms saya (respon lebih cepat)



017-6010051 PN FARAH



sebar-sebarkan ye~