Thursday 31 January 2013

tido berirama

Masa anak tido lah masa mak-mak nak tarik nafas kan. Nak baca buku barang sehelai dua, nak belek blog, nak tenung muka anak. I suka ambik gamba anak tido. Rasa tenang je. Time ni la kalau nak rasa bersalaj kalau ade termarah anak ke kan.Anak tengah feeding pon i suka jugak ambik gamba. Tengok mata dieorang tengok kita kan. Rasa kasih sayang disitu.

Sekarang masa feeding wpon tenang, tak la setenang dulu. Dah kiri kanan kan. Masa tido malam, or nap petang je tinggal ketenangan hakiki. Dieorang boleh dikatakan selalu tido serentak la. Sebab fateemah asyik tido je kan. Hehehe

Ni gambar yang sempat ambik masa dieorang tido berirama. Dua-dua tido bukan nye statik. Kejap jer tu. Nanti gerak ke position lain plop. So cepat-cepat ambik gambar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

mariye, fatimoh

Maryam dan fateemah adalah nama yang orang tak akan letak kalau dok kelantan. Nama cantik, tapi kalau dah dok kelantan dah tak berapa nak cantil dah. Bah tok dieorang selalu sangat panggil dieorang ni 'mariye' dan 'fatimoh'. Bah tok dieorang muda lagi, bukan nye tak boleh sebut betul. Tapi dah memang giti lidah orang kelantan. sindrom lidah malas nak berusaha lebih sikit. Kalau moyang dieorang memang tak boleh tolong la. Memang mariye, mariye. Mak redhaaa.

Naseb korang dok key ell nak, kalau tak orang panggil korang mek ye ngan timoh jer nanti kat sekolah. Huhu.

Maryam dah 25 bulan ++, fateemah pon dah lebih 40 hari.

Maryam makin lasak hari demi hari mak berpantang ni. Makin banyak akal dia. Dia nak bermain jer sokmo. Sampai kadang -kadang mak naik angin sebab tak larat nak melayan.

Banyak dah cakap. Tapi still xboleh buat ayat la. Tapi dah boleh mengadu, mintak sesuatu denfan baik. Kalau mengadu kat i mesti ade 'mi' belakang

'ucu mi'
'sakit mi'
'baby mi'
'cantik mi'

Suka dengar dia sebut mi kat belakang tu. Tapi kalau panggil ummi masih lagi panggil 'abah'. Apakah anak? Bila nak betul2 panggil ummi?

Suka nyanyi and joget. Ade vid i recod first time dia menyanyi. Kat kl tak de lagi skill menyanyi ni. Belajar kat kampung. Kuat sangat tengok tv kat kampung ni kut. Vid nanti kat kl i.syaallah upload. siap berdikir dimalam hari.

Sayang adik. Selalu kecoh kalau adik nangis. I memang selalu libatkan dia dalam aktiviti adik. Mandikan adik dia akan tengok *ehem* kacau. Basuh poopoo adik dia akan tolong ambik kan pampers. Sambil cakap 'eee dirty' bila tengok poopoo adik. Muka bangga senyum cheeky tepuk tangan kalau orang puji dia pandai bila tolong ambikkan barang. Dia susah nk diurut sebab pakai baju pon berperang. Sekarang, kadang-ladang datang mood baik dia, nak diurut lepas mandi. Sebab tengok adik dia selali kene urut kut. Suka jugak kiss baby, tepuk baby. Tapi tak boleh dibiarkan sangat sebab kadang2 kasar.

Tahu orang marah dia. Bila tau orang marah terus buat muka cheeky datang peluk and kiss kiss.

Suka sangat baju baby. Bukan baju jelah. Semua barang baby dia suka. Ade satu baju nenek saudara dia kasi fateemah dia suka sangat sebab pink and besar. Saiz dia pon. Sebab dia dok ambik nak pakai, i bagi jelah baju tu kat dia. Bila tanya,

'ni baju sape ni?'
'baju baby'
'ouhh..tau pon baju baby. Pastu kenapa maryam pakai'
'pink..pink'

Nak cakap cantik sebab kaler pink kut. Huhu. I jemur baju tu dalam bilik hari tu. Dia suruh ambik baju tu, sambil sebut pink.pink.

Susah sangat nak nap. Sebab dok main ngan ucu dia. Tak boleh ucu tak de. Kalau ucu pegi sekolah kecoh la dia dok cari ucu.

Manja sangat ngan mak tok. Marah if mak tok pegang baby. Jeles kut. Huhu

Kalau nak menyusu masa i susukan fateemah. Dia datang kat kita sambil heret bantal. Sebab kalau tandem i memang lapik2 bantal. Dah la bantal lagi besar dari dia. dua plak tu. Nampak la dia heret dengan susah payah. Ummi xkan boleh kata no. Terharu ke sedih entahlah. Sensitip mak ni. Mesti rasa macam alahai kesian. Dulu ummi saya sorang jer punya. Nak menyusu anytime. Now, nak nyusu kene heret bantal. Kalau dia.tgh nyusu. Tiba2 fateemah nagis. Dengan sendirinya dia lepas. Kalau hampir bak tdo tu, dia berpaling arah lain, sambung tido sendiri. Pandai anak ummi. Ummi sayang maryam sangat-sangat.

Masih lagi menyusu susu ummi sepenuhnya. Dia hanya nak fresh milk kalau campur ngan oat ngan buah2. I bagi lah masa breakfast ke, snek ke kadang-kadang. Air masak pon susah nak minum sekarang. Kalau dia dahaga memang dia cari ummi je.

Kat kampung berat dia bertambah. Dah 10 kg + + dah sekarang. Berkat lelemak susu ummi yang dishare dengan fateemah. Makan oon banyak masa awal-awal balik kampung dulu. Sekarang dah kurang makan sikit. Sebab tengah naik gigi geraham.

Fateemah pulak. Tidoooo je. Alhamdulillah lah. setakat ni anak-anak memang senang nak jaga masa dalam pantang. Lepas pantang tu lain kira la kan. ;p lagipon lepas pantang kita dah larat. Masa maryam dulu, rasa senang dah nak jaga. Tak banyak perangai pon. Fateemah ni lagiiiii super senang. Sampai mak risau. sampai sekarang dia.memngahabiskan hampir 20 jam sehari masa dia adalah dengan tido kut.

So perkembangan dia memang mahal la. Dah pandai senyum kadang2 masa tak tido. Suka tengur orang. Time tak tido dah banyak keluarkan bunyi mcm nak cakap mulut muncung-muncung. Tapi mahal la kan. Jarang-jarang berlaku.sebab asyik tido jer. Hehe

Cepat bambam. mungkin mewAwisi ke-michelin-an kak maryam dia. Takpelah.kecik-kecik ni kumpul lemak. Buat bekal bila besar macam kak maryam mengurus pulak. Masa timbang guna penimbang buah rumah pil haritu 5 kilos masa hari yang ke 39. Membesar dengan jayanya. Alhamdulillah.

Tu jela kut update anak2. Update mak tak yah la. Gemuk lagiii. Hurmphhhhh...nak kuruss. Nak kurusss.

Tak sabar nak pulang ke pangkuan suami. Nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Dan hidup sefamily dalam rumah comel kami.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 22 January 2013

ubat nyamuk

Jadi mok ni, ngan nyamok pong nak baloh. Apolagi kalu ore hok mari jetik anok kito. Hehe

Faham? Xfaham pegi google translete bahasa german.

I suka lotion niiii. Lotion ni pemberian seorang lady dari windsor. Thanks kak shasha. Dia bagi dah lama. Tapi i tak bukak. Hari tu ingat nak try beli lotion ni sebab nyamuk suka sangat maryam. Tapi try belek-belek dulu hamper yang dapat tu, tengok-tengok ade lotion ni. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak dok?

Kalau balik kampung lagi la perlu lotion ni. Sebab nyamuk kelantan gedebe. Setakat ubat nyamuk electric ni xmati nye. Mesti ade jugaklah terlepas sekor dua g gigit.anak mak. Sekarang ni ngan fateemah masih baby, berat hati nk pasang ubat nyamuk. Naseb baek ade penyelamat.

Sejak pakai ni selamat lagi la dua-dua orang dari gigitan nyamuk. Pakai kat bahagian terdedah je. Wangiii. Semerbak bau serai wangi. Mak pon tumpang pakai sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday 20 January 2013

#eh

Assalamualaikuk. Rindunya blogging. I takdela buzy sangat berpantang sampai tak sempat update blog. Tapi berputus harapan dengan internet slow tahap siput sedut. Lagipon tak syiok ah update blog dari phone. #eh bersyukur la maghfarah. Kalau takde internet siput sedut lagi lah keboringan kut.

Boringnye blogging guna phone ni susah nk bercerita. Dah la i suka konsep cerita bergambar. So buat macam nilah.

Gambar 1: baca majalah kegemaran mak. Dulu i suka jugak baca majalah ni. Sekarang rasa maca banyaknye hoi iklan! Dah la isi kurang memberangsangkan. Eh. Bukan nak cerita pasal majalah. Kalau ambik gambar apek ngan leuniey letak dalam blog macam blog gossip je kan. So mak ambik grambar anak berlatar belakangkan apek. Heheh. Saya dah 31 hari hari bi yo! Kat fateemah

Gambar 2: eh sama la ngan apek kitew leuniey. Tapi apek kitew bekerja keras sikit. So xde la outeh macam apek awak. Tapi kitew sukew jew.

*bie, siyes tak bodek langsung. Takde niat pon nak bodek up kan lagi harga hadiah bersalin. Langsuuuuung takde.

Gambar 3: demam rindu.

*bie, siyes takde niat pon nak menagih simpati. Ape lagi niat nak up kan lagi harga hadiah bersalin.

Tapi kut la u tak decide lagi nak beli ape, slow juicer pong ok doh bie. Tapi kalu slow juicer mahal sangat. Beg elvii pong tak po. #ehhhhhh

Gura jah bie.

#tapikalunkbelisungguhiokjer #eh

Tolong ah balik ambik i awa sikit. Selamatkan lah dari kebosanan ni. I rindu unifi. #eh. U pon i rindu.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday 14 January 2013

amanah

Ya allah...berikanlah aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk memikul amanahMu.

Anak-anak. Sila beri kerjasama sayang

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 10 January 2013

anak sulung walid

Dah seminggu dah la maryam berpisah dengan walid. Macam tak biasa jer kak maryam ni. Tapi kali ni lain sikit lah kut. Sebab lepas i bersalin dulu husband cuti 2 minggu semua benda yang berkaitan maryam husband yng uruskan. Maryam ngan ummi bila nj menyusu je. Basuh berak, mandikan, suap nasi, sediakan snek, jalan-jalan breakfast cari nasi berlauk roti canai ngan walid. Dia yang sememangnya manja ngan walid dia lagi bertambah-tambah manja laaaa..

Kene tinggal ngan walid pulak ummi tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya kat dia. Perhatian kene share. Milk kene share. Memang nampak dia agak kurang happy bila walid takde. Lepas walid call dia buat perangai. Pagi mula-mula walid takde dia macam cari something pastu tanya "lid?". Malam mula-mula tido walid takde pon dia termenung. Pikir walid pegi mane tak balik-balik kut. Sekarang kalau tanya walid pergiana dia cakap waid 'work'.

Tapi sekarang dah ok. Pandai menumpang kasih sayang budak ni. Dia menumpang kasih sayang mak tok dia pulak. Dah happy balik. Siap sekarang suka bebeno buli ucu dia. Haha

Kat kampung ni active nya ya allah. Dan suka cari modal nak suruh ummi marah. Kadang-kadang lepas dia buat salah dia saja datang tunjuk kat kita. Saja.nak perhatian la kut. Pastu kalau tengok i dok belek-belek fateemah tiba2 dia datang sakit situ, sakit sini. Manja ok anak sulung ni.

Sekarang kalau tanya dia sape kakak, dia tunjuk diri sendiri. Pastu cakap "kak kak". Tanya mane adik, dia tunjuk fateemah. Tapi kalo tny mane baby, kadang2 tunjuk fateemah. Kadang2 tunjuk perut makkk. Hurmphhhh. Tau la buncit lagi maryam. Xbaik perli ummiii..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 2 January 2013

balik kampung

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah. Dah selamat sampai kampung. Dah selamat bertungku mengurut dah. Badan pon dah best. Dah rasa sihat sepenuhnya.  HnTapi nak jalan laju kene marah. Heee. So kene la berkepit-kepit jgk jalan.

Masalah kesihatan fizikal insyaallah boleh handle. Alhamdulillah, kali ni cepat pulak rasa sihat bertenaga. Maybe sebab nak ken handle 2 orang anak. Lagi 2 hari walid maryam and fateemah cuti. Sekarang ni dia handle maryam, u handle fateemah. So senang la kerja mak. Cuma time menyusu je lah berperang. Maryam xnak fresh milk. I malas nak pikir lagi nak bagi dia susu ape since dia tolak fresh milk. So sekarang dia minum susu i jelah. Tapi yang lagi memenatkan, kekerapan menyusu tu sama dengan baby. Makan dah banyak dah alhamdulillah. Tapi tak boleh tengok fateemah menyusu. Mesti dia nak.

Kadang-kadang i boleh pujuk. Tunggu fateemah siap baru dia boleh minum. Tp kadang-kadang dia tak dengar. Nak jugak menyusu. So kene la susukan serentak. Dia nak perhatian je kut. Sbb kalau masa walid dia xde, boleh je dia mengalah tunggu sekejap, tapi kalau walid ade habis lah dia amukan. Lagi satu kalau dia ngantuk pon boleh mendatangkan amukan jugak.

Balik kampung hari tu memang antara dua. Nak drive ke nak naik flight. Tengok keadaan maryam. Orang kata perangai berubah. Mungkin maryam senang handle bila dah dapat adik, terus jadi kakak-kakak. Tp non adoooo. Dia yang jadi adik, fateemah yang jadi kakak sekarang ni. Manja dia tu makin menjadi-jadi. Memang susah kalau naik kereta 8 jam dengan dia. Naik flight jugak. Kalau nak mengamuk pon at least sejam jer bersusah payah.

Pergi ke KLIA along ngan abang helmi yang hantar. Dalam kereta ok lagi. Since husband yang drive kereta, i dengan fateemah, dia elok jer duduk ngam abang helmi. Sampai klia, i duduk je dengan fateemah, urusan check in segala bagai husband yang urusin sambil dukung dia guna boba carrier. Dari kejauhan i dengar suara amukan dia. Menangis sepanjang husband dukung tu. Bergema satu klia. Kuat betul suara dia. Bukan menangis sangat, menjerit je lebih. Since mak pon xmampu nak tolong, buat-buat xkenal jelah. Anak sape entah meraung macam tu. >..<

Bila dah selesai semua. Susukan dia atas wheelchair, lepas tu dia tertido pulok. Fateemah pulak nangis berak. Tak selesa. So camane lah nak tukar? I tak boleh nak angkat maryam. Terpaksa letak fateemah atas kerusi sekejap. Kesian adik. Klia pulok tak mesra baby, 3 toilet berdekatan xde pon yang ade changing room. Yang hujung sekali baru ade. Kesian budak yang tolak wheelchair. Dia kecik jer, kene tolak beban 76 kilo. Campo baby ±3kilo Heheh.

Dalam flight, maryam dah sedar, sekali lagi drama. Dia nak milk. Fateemah pon tengah minum lapar poopoo setambun. Jadinya kene la tandem dalam flight tu bersempit.sempit. mintak bantal 2 bijik. Pakai nursing cover. Setel. Senyap. Lepas tu ok jer maryam makan minum ngan walid. Sampai dia bosan nak turun. Masa tu dah nak sampai dah. Terlalu banyak drama dalam masa 2 jam. Mak pon tak larat.

Tapi yang penting selamat sampai.

Ade yang cakap sampai bila maryam ni nak minum milk ummi. I cakap sampai dia tak nak. Or sampai i ready nak lepas. Orang cakap menyusahkan, sebab menyusu sampai 2 tahun pon dah cukup. Bila berebut macam ni susah. Tapi nak lepaskan susu pon macam la senang kan? Lagipon memang ni la dugaan kalau nak tandem. Memang la susah. I hope kesusahan ni berbaloi. Semoga kesusahan ummi ngan walid rasa sekarang berbaloi. Membesarlah menjadi anak yang solehah berguna dunia akhirat wahai anak-anak. Kamu-kamu, harta kami yang tak ternilai.

Published with Blogger-droid v2.0.9