Monday 30 April 2012

ber-couscos pula kita

couscous rendam dengan air panas sampai kembang
labu bakar- gaul dengan olive oil, garlic dan italian mixherb.
salmon bakar-tabur halia, bungkus ngan aluminium foil, lalu bakar dalam oven

lenyek-lenyek jer semua. tapi kulit labu buang lah. eheheh

siap lah couscous with baked salmon and pumpkin

Sunday 29 April 2012

jom buat baked sweet potato fries

 boleh dijadikan snek. boleh juga dijadikan breakfast. tapi kalau buat breakfast makan ngan benda lain jugak la. dok rok cettong makan fries saje. buakan baby ni. hehe

anda hanya perlukan seketul keledek, pure olive oil, secubit serbuk kari. kalau nak plain boleh sajor. tak dak hal jangan letak srbuk kari.

potong jejari. jaul dengan olive oil dan serbuk kari. bakar 30-40 minit pada suhu 180 degree C. atas oven la..ni menghasilkan fries sedikit rangup. kalau baby comel-comel lagi makan food lembut lagi, mungkin boleh kurangkan masa


dah siap~

anak suka, ibu setuju~ hehe

Friday 27 April 2012

rindu rindu

puding oat bakar. resepi macam biasa

1/2 cawan oat
1 cawan yogurt+ air
1 biji telur
buah-buahan..(i guna strawberi pisang. combination yang paling digemari)

campur jer semua. bakar pada suhu 180 degree C. dalam 30-40 minit.

*kalau nak adenan kental kurangkan oat jadi 1/4 yogurt 1/2, telur masih sebiji.

kalau buat resepi kat atas, tak kentang sangat. . lembik-lembik maryam suka





i bak balik kampunghari ni. boleh jumpa shahir kesayangan beta. rindu-rinduan lah. hari tu baru jumpa padahalnye!

Thursday 26 April 2012

flat bread pizza





saya adalah mengantuk sebab semalam anak dara amukan, nak tido tapi tahan mata. kul 2 baru tido dengan aman. ngan mak-mak nye sekali rasa nak amukan bila mata ngantuk tapi anak amukan. haishh.

menu breakfast semalam

flat bread pizza 

guna lebihan sos nasi lemak tapi asingkan awal-awal sebelum letak ikan bilis



Flat bread pizza

Bahan-bahan:
Sekeping roti wheat meal
2 sudu besar  homemade tomato sauce (resepi sambal nasi lemak tapi tak letak ikan bilis)
Seulas bawang merah (cincang)
Seulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar isi ayam  (dikisar halus)
Capsicum (hiris halus)
Brokoli floret
Cheese yang disagat halus

Cara-caranya:
1)      Tumis bawang dengan sedikit minyak olive oil sehingga wangi. 

2)      Masukkan capsicum dan isi ayam. Masak sehingga masak

3)      Sapu homemade tomato sauce pada roti.

4)      Tabur isi ayam, bawang, capsicum yang sudah dimasak tadi dan brokoli floret.

6)      Akhir sekali tabur cheese. 

7)      Bakar didalam oven beberapa minit sehingga cheese cair. Sedia untuk dihidangkan






ni pizza ummi guna sambal sotong pedas berdesing dan cheese minumum.

pizza maryam lagi menarik uh? maryam xpelah makan cheese banyok..sobs sobs

Wednesday 25 April 2012

sik mok lagi

maryam tak happy 2-3 hari ni. banyak menangis. sensitive bebeno. i rase dia rindu walid dia. sebelum walid dia g outstation hari tu rapat bebeno ngan walid dia. ummi demam lagi lah semua benda walid buat. mandi kan maryam. bagi makan maryam. so ummi happykan maryam dengan food aci dok? =P

nasi lemak junior

bahanuntuk nasi:

santan
1 pot beras perang
seulas wang merah (hiris)
seulas bawang putih (hiris) 
halia (hiris)
halba
daun pandan.

masak semua bahan dalam rice cokker dengan air secukupnya sehingga masak.

 bahan untuk sambal ikan bilis
1 biji tomato"
carrot*
capsicum*
celery*
bawang merah
bawang putih
2-3 sudu teh serbuk ikan bilis sangai

blend semua bahan bertanda (*).
tumbuk bawang merah dan bawang putih. tumis dengan sedikit minyak. masukkan bahan blend. kacau sehingga masak. bila hampir masak, masukkan serbuk ikan bilis sangai.

 hidangkan dengan telur dadar brokoli dan hirisan timun

banyak maryam nak makan 1 pot nasi tu. so ummi pon tumpang makan nasi maryam jugak. buat sambal sotong pedas berdesing.

burp..alhamdulillah

Tuesday 24 April 2012

WW: maryam breakfast





ikan kukus kunyit

 menu weekend hari tu sebenarnya. demam-demam pon konon gigih masakkan untuk walid yang pergi main badminton. sekali bila dah siap semua dia call dia makan kedai jer ngan jiran-jiran main badminton sama-sama. grrrr

ok. kembali kepada menu maryam. first time maryam makan kerapu. dah setahun ni dah boleh la maryam nak makan ikan ape pon. cara steam sama jer ngan biasa cuma kali ni tambah kunit jer

sebelum steam

bahan-bahan
* sebatang serai
*seulas bawang putih
*halia sikit
*kunyit sikit
bawang besar hiris
tomato
carrot
daun bawang, daun sup
limau nipis

tumbuk semua bahan bertanda (*), lumur pada ikan, letak dalam mangku tahan steam, tabur bawang besar, tomato, carrot, daun sup, daun bawang, akhir sekali perah asam limau

*bawah setahun xyah letak air limau pon xpe

done!

kosong

lama tak membebel kat blog ni sebenarnya. banyak bercerita pasal food maryam jer. eh korang jenguk blog ni pon sebab food maryam lah kan.

membebel memerlukan masa yang lama, tempek gambar type-type bahan skejapan sahaja masa diperlukan. sebab tu lah hari-hari asyik food jer yang keluar.

walaupon suri rumah, nak duduk melepak depan lappy mengadap blog rasa sayang pulak masa. teringat kain berbakul tak lipat (lagi teringat muka husband kalau bab ni), teringat pinggan satu sink tak basuh, teringat habuk meja tak lap lagi. tapi orang tuu suka-suki jekan kate kita suri rumah dok goyang bontot jer. hamboih hamboih

kitew ade anak la nak kene jagakan
kitew ade husband la nak kene puaskan. eh

tapi mengadap fb tak rasa bersalah la. hahaha. sebab saya cakap kat husband, fb adelah satu-satunya medium saya nak berkomunikasi dengan manusia. selain maryam dan husband.

sekarang husband tak de. outstation. so saya banyakkk masa bila dia takde. boleh abaikan rumah tak berkilat. masak gitu-gitu jer. pinggan guna satu jer..kadang2 share ngan maryam


saya tak cakap kosong. bertapa nak jimat tenaga nya saya. memang saya share pinggan. =P

ok tipu. bukan nak jimat tenaga, tapi ni salah satu cara nak bagi maryam makan banyak. suap dia dalam pinggan kita, sambil makan, sambil suap dia, nanti berlari-lari la dia datang. ingat makan food kita la tewww

bunyik mcm best jer bila xde husband kan.

tapi tak.

rasa macam nak nyanyi lagu najwa latif jer

kosong..kosong..kosong

 (ok part tu je. past lain xde kene mengene ngan hidup)

kesepian giler takde husband. sebab tu lah ramai bini yang husband selalu takde kat rumah curang eh?

bukan masalah gersang. eh lagi. masalah bukak mata tengok maryam bangun tido tengok tv tengok maryam, bangun pergi toilet tengok maryam mengekor kat belakang, masak tengok maryam, petang begitu jugak masih lagi dengan maryam, mandi ngan maryam malam ngan maryam sampai maryam tido, maryam tido pon tengok maryam lagi jugak sebab lampu kat luar dah tutup takut dah nak kelar. esok bangun rutin sama. bosan nya!

xde orang nak bercakap. xde orang nak gaduh. tak de teman nak tengok tv. tak boleh merungut "u ni manjang tengok sport"

kalau nak curang agak-agak laku lagi dok? eh

bosan ah bie.

miss u

makanan ummi


 makanan urang xdak laki..eh adaaaa..tapi xdak depan mata adalah manjanggg pasta..manjang olio plop tu..

 mood maryam xelok semalam. dinner baru dapat food sebenar


lunch tadi angel hair sayur-sayuran sampai tak nampak lauk. lauknya adalah sotomh seekor jer. lepas tu campak bayam, brokoli, tomato, capsicum.

susu pura sedappppp

ok lah untuk kenyang kan perut.

Monday 23 April 2012

quinoa



lepas rebus

sebab maryam dah besau dia dah boleh terima texture ni..kalau dulu-dulu i campur beras. ni adalah entry peraman. so i pon dah lupa maryam umo berapa masa ni.hahaha. tapi still makan nasi lembik masa ni. makan nasi+ quinoa ngan sup ikan simple

bahan-bahan sup ikan

bawang putih, bawang merah, halia (hiris)
celery stick
sayur mayur(tomato, carrot, cendawan butang fres)
ikan dori

tumis bawang dan halia, masukkan cendawan. masukkan air diikuti dengan carrot dan ikan. akhir sekali masuk tomato

siap









dinner makan sup ngan macaroni sajor

Saturday 21 April 2012

ade isi

pisang grilled cheese

lagiii

kali ni lain sikit sebab hari tu guna cheddar. pastu cheese masak sekali. ni cheese tabur je. pastu guna parmesan

grill pisang atas pan dengan unsalted butter, bila perang balikkan, tabur cheese. tunggu bahagian sebelah lagi perang, sedia untuk dihidangkan.

mak demam ramai buat spekulasi ade isi yer...macam u ols tak kenal mak. bukan setakat isi, lemak-lemak selulit semua ade ni ha.. *gegar2*

tak dok lagi lahhh..tapi doa-doakan!

hehe