Wednesday 28 December 2011

satey goreng cik baiti

 menu maryam 2 hari lepas. buzy sangat ummi ni baru nak update kan=P

ni ummi amik idea mama cha, ederq: flat bread pizza

sangat lah senang u ols~

kalau ade lebihan kuah pasta tu, simpan dalam freezer. esoknya dapu pada roti, tabur mozarella cheese. yummy~

roti kegilaan buat masa ni. setap!

bubur oat daging 


bahan
3 sudubesar oat
2-2.5cawan air
seulas bawng putih
sedikit daging batang pinang direbus dan cincang halus
air rebusan daging

sayur-saturan (saya guna carrot, jagung, tomato, peas)

cara:

tumis bawang dengan olive oil masukkan oat, daging air,dan air rebusan daging. bila oat hampir masak masukkan sayur ikut turutan yang paling lambat masak (carrot, tomato,peas, dan akhir sekali puree jagung)

 oat porridge penuh kasih sayang is ready to ngap
bukan maryam jer makan daging. walid pon makan daging..hehe..haruslah kan. kan nak *eheeemm*eheeemm*

 satey goreng ikut resepi cik baiti. kene improve lagi rasa dia. kurang rempah.

walid maryam kan bercuti dah nak hampir seminggu. bertempek jer maryam ngan walid sampai tak nak langsung ngan ummi. lapar susu datang lah kat ummi. hover tau maryam. over!

esok hari last walid cuti. camane la jumaat nanti walid takde.T_T

aksi tengah makan. maryam ni makaaaannn jer kan. xde kerja lain. haha

 ok. behave la beberapa saat. muka walid pon senyum je kan

 ok. dah start dah. tengok muka walid dah garang

 kan dah kene marah. tengok mata walid dah tahu tengah marah

dia tak nak baby chair dah sekarang. nak makan macam orang besau. dok atas kerusi macam ummi ngan walid. ape barang bay chair. maryam dah tak baby lah~

Monday 26 December 2011

baby's nasi lemak

 badan i sangat lah penat sekarang ni. lenguh dari pinggang ke bawah rasa macam lemah sangat...(tiba-tiba teringat pasal cerita kak farah yang ade benda menumpang tu) tapi tak, sebab lepas husband urut kaki rasa macam ringan sikit. ni bahana turun naik bukit and tangga kat cameron cari hotel sambil dukung maryam la ni...badan sendiri pon kaki dah tak mampu nak tanggung, tambah lagi 9 kilo maryam. dah macam pregnant dah berat.

husband cakap tadi nak cari balik contact tempat i mengurut masa lepas gugur dulu kat bangi. kat situ ade spa jugak. dia cakap nak belanja mengurut dan rawatan spa.dia jaga maryam sementara tu. sebab dia nampak i macam penat sangat dua tiga hari nI.memang pon bie..plis plis plis cari balik contact. sedap giler akak tu urut. (bukan janji manis mu ni kan? ni for real kan?)

 breakfast: roti bakar telur pisang

hehe..celup roti dalam telur dipukul..susun pisang..nak susun pisang pastu curah telur pon moleh..macam french toast jer cuma tambah pisang. breakfast i pon macam i jugak. setap =)

 breakfast maryam ngan walid. terserlah kemalasan bini. haha

bangun tido muka moody semacam. tapi bagi pear habis jer makan.=)

untuk tengahari ummi try masak something special for maryam. hari tu cik hani kata nak bawak maryam makan nasi lemak bila besar kan..tayah tunggu besar, ummi dah bagi maryam makan pon.=P
 baby's nasi lemak


bahan-bahan untuk 2 kali makan (untuk nasi)
3 sudu besar beras (beras wangi dan peras perang)
sedikit hirisan bawang merah, bawang putih, halia
2 biji halba
daun pandan
1 sudu besar santan
2 cawan air (bergantung kepada texture nasi baby makan. kalau nak lagi lembik tambah air)


cara: campak semua bahan dalam periuk, masak sehingga masak.=) very simple.

 bahan untuk sambal (hehe..sebenarnya guna resepi kalau i masakkan maryam sweet sour. cuma tambah ikan bilis sangai jer, pastu makan ngan ikan kod kukus)

sepotong ikan kod (kukus) 
seulas bawang merah, seulas bawang putih, sehiris halia cincang halus. (blend pon bleh)
3-4 sudu tomato puree( rebus pastu blend)
1 oz jagung (boleh ganti dengan apa-apa sayur manis)
1 sudu teh ikan bilis sangai diblend halus

tumis bawang dan halia dengan canola oil. i guna canola oil sebab nak masak bawang lama sikit, maskkan puree dan ikan bilis sangai. masak sehingga menggelegak. hidang dengan ikan kod kukus dicarik-carik


hidang dengan: 
hirisan timun
telur dadar (letak floret brokoli)
carrot steam

 baby's nasi lemak is ready to ngap!

bau adalah sama macam nasi lemak. thanks aunty gee bagi daun pandan. hehe. ikan bilis sangai tu buat kan sambal tu rasa macam sambal nasi lemak versi tak pedas. walid yang suap maryam pon siap request nak nasi lemak sebab terliur nasi lemak maryam. hehe. next time la walid. ummi malas. gagaga

santan kalau dulu mesti i rasa macam ngeri jer nak bagi baby makan. yelahh..yang glamer nak bagi rasa lemak dalam food baby kan unsalted butter. veri oram puteh. padehal orang puteh berebut-rebut nak guna santan la, virgin cocnut oil. kita ade depan mata buat sombong kan. hehe
coconut oil atau pon santan ni boleh start bagi kat baby since 7-8 bulan. tapi kene buat 4 days wait rule jugak. banyak kelebihan kelapa ni kan. minyak dia, isi dia, santan dia, ar dia pon! (coconut shake setap ni!)


dalam santan ni ada sejenis acid iaitu lauric acid, sejenis acid yang juga boleh didapati dalam breast milk. dipercayai lauric acid ni lah yang buat breast milk senang nak dihadam dan melindungi badan dari infection dan boost imune system. hebak dok santan?=)

extra virgin cocnut oil dikira dietary minyak yang paling sihat. didapati dalam bentuk solid kalau room temperature. boleh guna buat ganti margarine or butter. untuk keterangan lanjut boleh click di SINI

kekenyangan makan santan lalu ngantuk

dia tengah main sebenarnya, tapi pergi tido sebelah walid. ummi tengah masakkan walid lunch

 huhu..suka tengok

 ikan steam simple dan sayur goreng for kami-kami

Sunday 25 December 2011

nasi jagung

 beli jagung kat cameron semalam manisss giler..terasa nak buatkan maryam bubur tapi takde santan fresh. so tunda esok lah. hari ni masakkan maryam nasi jagung.

nasi jagung dengan sup ayam simple


bahan-bahan untuk nasi jagung

satu sudu teh unsalted butter
serba sedikit rempah 4 beradik 
seulas bawang merah
seulas bawang putih
sehiris halis
3 sudu besar beras (beras wangi + beras perang)
2 oz homemade chicken stock
1.5 cawan air (kalau dah 1 tahun nak campur susu sikit pon boleh. tapi tak letak pon)
2 sudu besar puree jagung (jagng, steam, hiris, lepas tu blend halus)

cara:
tumis rempah 4 beradik, bawang dan halia dengan unsalted butter sehingga naik bau. masukkan beras, stock ayam, dan air, masak sehingga masak.
bila nasi dah hampir masak, masukkan puree jagung. kacau sehingga pekat.

bahan-bahan sup ayam simple
2 oz homemade chicken stock
sedikit dada ayam
bawang putih
bawang holland
sayur-sayuran ( carrot, tomato, brokoli)

cara:

dalam periuk, masukkan stock ayam, isi ayam, bawang dan air sekali, masak sehingga menggelegak.
bila dah gelegak maskkan sayur ikut turutan paling keras. (carrot, tomato,berokoli)

nasi jagung dengan simple sup ayam is ready to ngap!

 lama dia tak makan sampai licin begini u ollss

berbaloi ummi ngan walid pergi cameron balik hari tau=P

kalau ikut dia nak lagi sebenarnya. tapi sebab banyak sangat dah dia makan i bagi susu jer. pastu dia tertido kekenyangan.

petang pon banyak giler makan. hehe. i rasa dia berselera sebab selepas 2 hari baru lah jumpa food sebenar. haha. kesian travel makan food macam baby jer.


 burp alhamdulilla

comot sangat makan steamed pitted prune.

i nak buat puree, tapi dia pergi ambik makan. dia dah sampai capai benda atas meja sekarang, tak boleh nak letak sipi-sipi dah

kalau ikutkan  SINI jagung 8-10 bulan baby dah boleh makan jagung. kalau baby takde masalah allergic. tapi sebab jagung ni risiko allergic tinggi, choking hazard, ramai paed suggest 12 bulan keatas. lagipon nutrisi dalam jagung sikit sangat.masa setahun terawal ni baik bagi food yang tinggi nutrient value. tapi jagung setap! hehe..i dah bagi maryam makan jagung since dia 10 mo, blend halus sebab kalau kasar dia luah balik, dan tambah2 sayur lain untuk tambah nutrisi.=)

jagung juga boleh ganti dengan ape-ape sayur. carrot ka, tomato ka. selamat mencuba.

Thursday 22 December 2011

jumpa lagi du tiga hari nanti

mahu hilangkan stress la konon...

bye!

nak orang hormat kita, kita kene hormat orang.baiklah!

Wednesday 21 December 2011

super mac and cheese

ambik kat sini untuk resepi super creamy mac and cheese. siap ade step by step lagi. kalau mommy yang nak makan boleh la tengok kat situ. huhu

 but for maryam, kita tukar nama jadi super mac and cheese sebab guna labu. labu kan super fruit.=)


seulas bawang putih (cincang)
sedikit  bawang besar holland (dadu)
2 sudu besar labu (cincang, kalau guna puree lagi senang. tapi i kehabisan pureekalau puree letak 2 oz)
2-3 sudu besar cheddar cheese diparut
1 sudu teh unsalted butter
1 sudu tepung attar
sedikit isi ikan kod bilas dengan perahan air limau kurangkan hanyir (boleh guna ape saja jenis protein)
olive oil untuk menumis
1/2 cawanair-(kalau baby dah 1 tahun keatas boleh ganti fresh milk, lebih creamier..nyummm)

cara

tumis bawang dengan olive oil sehingga lembut, masukkan unsalted butter dan tepung attar.
kacau sehingga sebati dan make sure tak ketul-ketul.
masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis. kacau sambil tambah air.
masukkan labu dan ikan kod. masak sehingga lembut.
dan akhir sekali masukkan cheese.
bila nak hidang, carik carikkan isi ikan kod.

 super mac and cheese is ready to ngap!

tinggal seketul kecik. 

laju maryam makan=)


 for dinner
sebenarnya tak boleh letak nama mac and cheese sebab tak guna macaroni pong. haha. guna penne, rebus
sehingga kembang pastu potong 3. cukup-cukup untuk sesuap maryam.

Tuesday 20 December 2011

setahun maryam

 setahun dah anak ummi..setahun dah maryam bf. 100% direct feeding. dan dah 6 bulan makan food yang ummi masak.=)

tiada ayat-ayat yang syahdu sempena maryam dah setahun, cuma kadang-kadang rasa macam tak percaya dah ada anak walaupon anak dah setahun. dan masa paling syahdu masih lagi masa tengok dia tido. sungguh mendamaikan~

layan gambar je lah.=)
 budak setahun makan breakfast


 budak setahun suka mengemas

 budak setahun pergi ioi, baru bangun tido


budak setahun yang asyik nak jalaaan jer

budak setahun yang suka sangat main gelongsor


 budak setahun bajet dah besar tak nak orang pegang

budak setahun intai ape?

budak setahun tengah pilih hadiah birthday


mulai sekarang ummi kene masakkan walid daging banyak banyak untuk persediaan penghasilan adik maryam pulak. heheheh

Thursday 15 December 2011

fish pie

ni dia main 'ciku cak' pelik benau gayanya


fish pie

sebenarnya resepi ni gabungan. gabungan resepi annabel karmel, dengan jamie oliver . wahhhh...gitu kan. nak hebat-hebat saja. tapi of cos lah kene sesuaikan dengan umur baby jugak. so ambik bahan-bahan yanga ada sajor

sebiji keledek
sebiji kentang
1 sudu teh unsalted butter 
sepotong ikan salmon
sepotong kan kod
*ikan dibasuh dengan hirisan lemon pastu bilas
stock ikan
seulas bawang putih (cincang)
1/4 bawang besar (cincang)
leek (hiris)
celery stick (hiris)
cendawan tiram (cincang halus lagi senang baby nak makan)
tomato (dadu)
kacang peas
daun sup
sedikit cheese
black pepper (kalau baby dah makan)
parutan kulit lemon

panaskan oven pada suhu 180 degree C
 lenyek lentang dan keledek besama unsalted butter. saya lenyek kasar2 jer sebab maryam xsuka kalau mashed sampai hancur

tumis bawang, leak dengan olive oil, masukkan cendawan, dan ikan (kalau ikan dah siap steam masuk ikan akhir sekali). bila cendawan dah masak, masukkan stock ikan dan sayur-sayuran lain. masukkan cheese, daun sup, black pepper dan sedikit parutan lemon. kecau sehingga pekat dan semua sayur sudah masak.
  
 isikan kedalam ramekin
atas, letakkan potato and sweet potato yang dilenyekkan tadi

bakar dalam 20-30 minit pada suhu 180 degree C.

siap~

kalau nak lagi perang atas dia tu, bakar lama lagi. saya bakar tak lama sangat sebab tuan kecik dah merengek-rengek lapar. hehe

saya buat 2 bekas. lagi satu bekas saya frozenkan, makan untuk breakfast esoknya pulak. hehe

beli ikan kod ni kat mydin. rm 80 sekilo.sekali sekala boleh la yer makan maryam. hehe

setakat ni maryam pernah makan ikan salmon, ikan tenggiri dan ikan merah. ikan merah masa kat rumah i balik kampung haritu, ikan tenggiri beli 2 kali baru kut kasi maryam makan. tapi ikan tenggiri hanyir lebih. so kebanyakan masa maryam makan salmon jer. ikan kod ni boleh la makan awal2 bulan yer sayang. haha

Tuesday 13 December 2011

2 tahun 9 bulan

semalam tepat 2 tahun 9 bulan kiteorang kahwin...hehe. husband yang ingat. xde dah i nak ingat tiap2 bulan lepas setahun kan. hehe

2 tahun 9 bulan, maryam dah nak dekat setahun..lagi seminggu nak cukup setahun. nampak sangat maryam terhasil masa anniversary. agagagaga

lama jugak i berdua ngan husband sebelum dapat anak. setahun 9 bulan. hidup lepas ade anak ni happy, ceria, setiap masa terisi. sebelum ni selama setahun 9 bulan i sangatlah bersenang lenang. hehe. dah la masa tu selalu ikut husband outstation, kerja hari-hari makan tido jer. alahai rindu nya nak bangun makan tido jer.hahah

tapi sekarang lagi best ape..

semalam 3 kali i mop lantai.-_____-"

maryam dah pandai bukak pampers. 2 kali dia datang kat i dengan muka bangga dapat membogelkan diri. sekali bukak depan mata i, tapi poopoo la pulok. so lepas ni 24 jam pakai seluar lah nampak gayanya..makan pon xboleh pakai pampers jer.

best kan hidup i sekarang. ni lah yang dikatakan tugas seorang pencacai  pengangkat najis.

hehehe..takde lah maryam. you are the best thing in my life. kene mop lantai 3 kali tu terasa lah jugak geram nya. tapi bila tengok maryam sengeh-sengeh muka tak bersalah. siap gelak-gelak bila ummi merungut, hilang dah geram. hehe

hidup ni ade turun naik. saya agak happy dengan hidup saya sekarang so mungkin sekarang ni tengah naik. bila-bila masa yang kita tak tahu dengan kehendakNya kita akan turun pula.

tengok hidup orang yang i sayang bertambah baik and dia happy makes me happy.
dapat komen pasal dari kak ila, beberapa ayat jer. tapi dah menggembirakan i.
kawan sekolah rendah husband yang i tak pernah jumpa, selalu menggembirakan i dengan ayat-ayat dia. =)

rezeki datang dalam pelbagai bentuk. and ni lah rezeki i. dikelilingi orang yang akan menyenangkan hati i.

dan sebanyak mana orang menggembirakan hati i, i berazam lepas ni kurangkan bitter bila bercakap/ menaip...berkata-kata benda yang menyenangkan hati orang sahaja.


 kan maryam?

entry apakan ini?-_____-"