Thursday 30 June 2011

owh tidak!

*tarik nafas*hembus nafas*

saya tak boleh mengadap lappy sambil usha-usha tudung.

ampun kan i bie.

u kate beli tudung takpe kan? (malam ni i urut u. full body massage!)

10 helai dalam masa seminggu?

melampau maghfarah! melampau. ko nak g mana pakai tudung banyak-banyak ni?

esok i nak mop lantai pakai tudung ngan baju tido.

-___________________________________-"

padan lah aku ni tak bekerja. cepat lupa diri rupanya

semua benda nak excited!

sangat senang nak buat saya teruja. sebab saya adalah orang yang teruja dengan semua benda. haha

bila maryam masuk jer 6 bulan saya lah orang yang paling teruja di dunia. tak sabar-sabar nak masakkan maryam food. tak sabar-sabar nak tahu ape dia suka, ape yang dia tak suka. tak sabar-sabar nak tahu reaksi dia makan.

setiap kali suap dia makan saya akan teruja. sebab budak-budak biasalah. banyak peel. dia tak nak makan makanan saya buat, tutup mulut rapat-rapat. sedikit pon saya tak frust. malahan sungguh lah teruja tengok riaksi dia reject makanan.

dia geleng-geleng kepala bila dah tak nak. sekali lagi saya teruja.

dia suka carrot sampai ternganga ikut sudu lagi lah saya teruja. macam nak suap carrot hari-hari. haha. over. oren anak aku nanti.=p

semalam saya bagi dia bubur nasi. first time bagi dia try nasi. suka bukan main. mula-mula jual mahal. jilat-jilat. penat saya nyanyi-nyanyi buat bunyi kapal terbang suruh bukak mulut kapal terbang nak masuk. dia tak nak bukak jugak. still nak jilat-jilat. lepas rasa 2,3 kali baru nganga luas-luas.

Photobucket
malas nak layan ummi. saya pon tak se-excited ummi

memang pon. dia kalau time makan macam muka kene paksa makan jer. mulut bukak. tapi muka tak happy.

Photobucket
nasi carrot 

Photobucket
bihun bandung untuk orang-orang tua. maryam sila jangan jeles.

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

dah 2 hari update blog malam sebab siang susah sangat nak menaip sekarang. fully occupied dengan kerja-kerja rumah orang kata. eceh. percaya lah sape nak percaya tuh. tapi saya nasihatkan jangan. haha

berbalik kepada tajuk entry,

Photobucket
cincin kahwin memang sangat berharga

selain daripada husband, maryam, family dan kawan-kawan

atas tu cincin kawin. bawah tu couple ring. and tangan yang ala-ala baby cute mute tu mestilah tangan i kan. jarang nak tunjuk tangan ni, bukan tak bangga tapi penat lah nanti orang asyik puji tangan i cute jer. (biarlah i nak koya)

Photobucket
baru 2,3 hari lepas puji dia perangai sangat bagus dan senang di jaga. sekarang lenguih pinggang. asyik nak bertempek danbergayut jer. sebab tu lah saya buzy siang sekarang.

Photobucket
angel hair pasta with marinara sauce

saja nak show off berjaya masakkan husband breakfast. wahaha

Wednesday 29 June 2011

Day 23 – 15 facts about you.

1. saya anak yang rebel. sebab tu parents kahwinkan cepat-cepat. dan sekarang tugas saya rebel kepada husband pulak. heheheh *evil grin*

2. saya tak suka mengemas. sungguh tak suka. tanya kawan-kawan saya dari mrsm sampai utp. bernaseb baik masuk mrsm yang tak perlu kemas katil hari-hari dan dapat rumet rajin mengemas kat utp. tapi sekarang mengemas adalah tugas saya. -_____-"

3. saya suka menganalisa orang. punyai instinct yang kuat dan sangat sensitive dengan bahasa tubuh seseorang.

4. saya dulu adalah seorang yang tak reti nak bersabar. kalau nak sesuatu saya akan tergedik-gedik sampai termimpi-mimpi. sekarang sudah banyak improve. tak banyak wish list dalam kepala. mungkin sebab tak de duit. haha!

5. saya sangat senang marah. saya juga sangat senang sejuk.

6. saya benci orang yang konon berimej warak tapi tak reti nak jaga perangai.

7. saya benci poligami. sebab orang sekarang ni kahwin ramai nak ikut sunnah nabi tapi benda-benda lain tak ikut pulak sunnah nabi. saya rasa poligami memberi kesan buruk kepada cara saya berfikir dan pandangan saya terhadap lelaki. no offense yer kepada sesiapa yang terlibat.

8. saya pernah berpacaran selama 4 hari sahaja dengan seseorang. masa saya kena ngorat tu saya pikir,

"try lah berpacaran dengan dia ni. sebab orang yang ku tunggu-tunggu pon tak pasti akan menjadi hak atau pon tidak"

selepas 4 hari baru sedar.

" i nak terus menunggu"

dan orang yang i tunggu tu adalah husband i. berbaloi ke?

berbaloi la jugak. sekarang dah keluar maryam. haha

9. saya sensitive. saya penyayang. saya setia. dan saya mengambil berat. orang cancer memang begitu.

10. i ade problem 2nd child sindrom yang agak kronik. sampai ke besar. sudah hilang sikit-sikit lepas kahwin. but kadang-kadang still terasa lagi.

11. nama saya unik. m.a.g.h.f.a.r.a.h

12. saya suka berkawan ramai-ramai. berkawan berdua berkepit adalah sungguh rimas. tapi berkepit dengan husband best pulak.

13. saya akan mencarut setiap kali kene nak pasang balik cadar. tilam berat weh!

14. saya dan husband sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan carutan dalam kehidupan. tak bagus untuk maryam.'

15. saya rasa romen itu indah. eh

Tuesday 28 June 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

alamak. lama nye tak emo marah orang. tapi orang yang paling last buat i geram adalah maryam. dia suka gigit nipplemase menyusu sekarang ni. menimbulkan kemarahan betul. sakit. ni tak de gigi lagi. nanti kang kalau dah ade camane lah.

dear maryam kesayangan ummi and walid,

sekarang ni maryam dah umur 6 bulan. maryam dah start makan solid food. maryam tak suka banana. kentang ok lah. carrot awak paling laju makan. and avocado awak tutup mulut terus. apelah awak ni, penat jer walid belikan. mangga awak ok jer tapi tak excited. paling excited bila ummi suapkan air masak. amboihh. bukan min bukan mulut. pastu awak keluarkan balik air tuh. habis basah badan.

sekarang ni awak tak nak langsung tau menyusu beriba. nak baring jer. susah lah nak berjalan macam ni tau. ok. ni salah ummi sebab ajar awak baring masa menyusu. tapi ummi bagi jugak beriba. tapi kenapa awak tak nak? baring lagi senang nak main-main eh? isap pastu golek-golek then datang isap lagi. amboih. mentang-mentang ummi tak kerja kan, awak ingat ummi takde kerja lain ke nak baring jer dengan awak. ( tapi ummi suka sebenarnya boleh buat alasan kalau walid tanya)

awak tido awal sekarang ni. sangatlah menyenangkan kerja ummi. hahah. senang nak jaga awak sekarang ni. dah besar dah awak ni. nak adik tak? heheheh. rilek dulu lah yer sayang. ummi baru rase boleh berehat sikit-sikit.

Photobucket
ape ummi membebel ni?

Monday 27 June 2011

bila dia mc

kalau takde orang kat rumah bosan. kalau ade kan lain pulak jadinya

dia: i rase ade oreo yang dah bukak dalam peti (oreo letak dalam peti sedap wohh!)

tuan blog: *batuk*batuk*

dia: heleh...orang nak beli dia marah

tuan blog: hey..u tak beli i tak makan la~

dia: eh? mane kit kat i dalam peti? dah habis?

tuan blog: *batuk lagi kuat* batuk lagi kuat*

dia: gitu la ummi maryam. pastu dia merungut gemuk. habis food walid ummi makan.

heh!

miss my husband

apekahhh?

dia tengah tido kat sebelah sibuk nak miss miss...gersang sangat bunyi nye

tapi memang rindu.

-____-"



Photobucket
kebab satey

bli roti pita kat giant. memang berniat nak buat kebab pon. daging tuh perap dengan rempah satey

jintan, ketumbar, kunyit, halia, lengkuas, serai, bawang merah, putih, gula melaka dan garam. pastu masak dalam kuali tak letak minyal. masak sampai kering dan masak campak tumbuh-tumbuha. tumbuh-tumbuhan pilihan adalah carrot dan capsicum. pastu campak bawangbesar hiris.

bakar atas pan roti pita. kerat dia. sapu mayonis and sos cili kat dalam. sumbat tumbuh-tumbuhan lagi. kali ni, tumbuh-tumbuhan pilihan adalah daun salad, timun dan tomato. pastu sumbat lah daging yang dimasak tadi. siap kebab.

keterasaan nak makan kebab kambing sebenarnya. lama tak makan. jom bie.

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

Photobucket
obviously lah kan

Photobucket
baju cik ad kasik. ummi saje pakaikan saje nak matchingkan dengan legging walid beli. muat dah. ingat setahun baru boleh pakai. naseb baik try

Photobucket
2,3 hari ni memang begini lah maryam. ummi pon tak tahu lah nak buat macam mana dah. walid sakit belakang tak boleh nak dukung maryam. ummi pon sakit dah badan awak asyik nak berdukung jer. tapi tetap ummi and wali sayang.

perasan kah perubahan?

yes. kami bukan lagi mommy and daddy kepada maryam. sebab husband bosan ramai sanagt guna.

haha.

plus i memang rase tak sesuai jer bila bahasakan mommy dengan maryam. maybe mommy ni memang tak sesuai ngan i kut. hehe.

so. mulai semalam.

ummi ngan walid.

=)

Sunday 26 June 2011

birthday party = tak payah masak = yeay!

weekend ni, dua-dua hari pergi birthday party anak kawan husband. bagus kerana tak payah masak, yang tak bagusnye diet kelaut. tadi timbang berat tak turun langsung pon. hampes.

Photobucket
ingat tak baju ni?

mak pakai jer besar gedobos pon. bagus jugak baju besar gedobos ni. poleh sembunyikan lemak-lemak perut. tapi konon-konon nak menitup aurat secara proper beli baju plus size, lengan panjang. sekali lengan sinsing jugak. sangatlah defeat the purpose. -___-"

Photobucket
budak ni badmood weekend ni. tak happy sangat.

tengok la mak senyum sampai ke telinga dia buat muka camtu?
Photobucket

Photobucket
tak de gambar birthday boy sebab masa kiteorang sampai die tengah mengamuk nak main air dalam bilik air.

Photobucket
lepastu pergiikea sebab tak tahu nak pergi mana dah.

Photobucket
first time masuk changing room. sebelum ni pergi tak ade anak so tak ambik tahu. menarik jugak. kerusi dia selesa nak breast feed.

Photobucket
hari ahad, muka merah-merah kene gigit nyamuk. grrr..nak kene nyamuk ni!

Photobucket
kat birthday party anak dolly.

(ni gambar paling cantik. maaflah photographer sakit, so gambar tak cantik. ade kaitan?)

Photobucket
sebab kepenatan malam tido awal tapi tak nyenyak. kejap-kejap sedar.

Day 20 – The meaning behind your blog name.

BLOG SAYA HOT

sebab tuan blog tak mampu nak jadi hot, so bagi nama macam tu kat blog pon jadilah.

hehe.

walaubagaimanapon tuan blog masih menyimpan cita-cita nak jadi hot.

-__-"

Thursday 23 June 2011

thank you

hari ni i adalah berada di dalam mood yang sangat happy. telah berjaya menggoreng nasi goreng kampung di pagi hari untuk breakfast suami. bila kat ofis, suami menghantar pesanan ringkas,

" thanks yang masakkan i breakfast'

senang sahaja nak menggembirakan hati seorang wanita ni. suami cakap thanks you jer. dah happy.

tapi tu lah. sebab bukan selalu nak masakkan dia breakfast, so happy lah kan bila dia cakap thanks you. kalau hari-hari masak? hari-hari thank you ke? boleh muak disitu.

heheh. walaubagaimana pon husband, i love you.

kalau husband cakap,

"nah yang, duit seribu. belilah ape you nak" (contoh)

memang boleh menghappykan seorang isteri. yeay. boleh shopping. tapi tak sama dengan happy husband cakap thank you.

so buat ape menabur duit beribu-ribu kat isteri, kalau cakap 'thank you' buat dia lagi happy.

walaubagaimanapon. kalau orang nak bagi. i terima.

haha.


“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangja-sangka; dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya ” (Ath-Thalaq; 2-3)

2,3 hari lepas i murah rezeki. bukan dari husband, bukan dari hasil jualan, bukan jugak MLM. tiba-tiba jer dia datang. bagi seorang housewife itu dah cukup lumayan.

thank you Allah.

baby rayyan in the house yaw~

Photobucket

kuat sungguh baby boy minum susu. asyik bergayut jer. kejap-kejap nangis. kejap-kenyap lapar. maryam dulu awal-awal jer nangis nak bergayut. lepas daddy dia sampai kene kejut nak suruh bangun isap susu.

maryam pulak ade orang kat rumah ni baik sungguh perangai dia.boleh biar bergolek-golek macam tu jer.

Photobucket
eh...mommy nak ambik gambar masuk blog la..cepat buat muka cute

Photobucket
ye dok mommy eh?

Photobucket
heheh. macam ye.

Photobucket
a ah la. mommy ambik gambar maryam la

Photobucket
yeay maryam suka~

Photobucket
eh.eh. over excited pulak

Photobucket
halah penat.

(berjejes air liur)

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite sex

1. merokok di tempat awam. nak mati sila mati sorang-sorang please.

2. bau badan. kalau lelaki bau busuk ya allah. memang busuk sungguh-sungguh. naseb baek husband saya wangi. saya busuk tak pe.

3. seksis

4. ego tak bertempat

5. tak suka bini seksi tapi mata asyik tengok perempuan seksi. camno?

Wednesday 22 June 2011

sambungan KALAU GAJI HUSBAND AKU 10 RIBU, PASTU DIA BAGI AKU 3 RIBU SEBULAN , AKU NAK LA JADI SURI RUMAH

i nak mengarang semalam, pastu maryam tak nak dok bawah. nak beriba. macammana nak menaip riba anak.

tapi alang-alang dah type publish je lah.

saje propa kut-kut lah boleh meng-emokan laki sendiri kan. balas dendam sebab pagi semalam dia buat i emo.

tapi nan ado dia nak melayan. dia tahu propa je tuh. aku yang selalu meroyan-royan tak nak kerja. tiba-tiba cakap macam tu. sangat lah bukan aku.

dia dah tahu sangat. kalau dia bagi aku sebulan 30 ringgit pon aku nak jer jadi suri rumah. kalau tak bagi sesen pon aku still nak. asalkan makan pakai aku cukup sudah. tapi *ehem* giler*ehem* kedekut lah bagi*ehem* tiga puluh *ehem* sebulan* ehem* bukan*ehem* materialistik*ehem* tapi realistik*ehem* . 30 ringgit *ehem* mana cukup nak hidup sebulan.*ehem*

lagipon dia dah tahu cerita ni. ku dah pernah cerita.

tu ayat seorang kawan. kawan ke? ke kenalan? kawan la sebab tak bermusuh.

jumpa dia secara tak sengaja di suatu tempat. dah lama tak jumpa sebenarnya. so kami saling mengaupdate diri masing-masing. dia cerita pasal kerja dia. pasal dia stress dengan kerja dia. pasal hari-hari dia bangun pagi dengan perasaan malas nya pergi kerja. i pulak lebih banyak mendengar. ye lahkan, ape sangat pon seorang suri rumah boleh bercerita. lagi lah masa tuh takde anak pon lagi. nak cerita pasal anak tak boleh.

bila dah nak berpisah, dia sempat cakap,

" best la jadi kau. husband kau kaya. boleh jadi suri rumah duduk goyang kaki saja dirumah. KALAU GAJI HUSBAND AKU 10 RIBU, PASTU DIA BAGI AKU 3 RIBU SEBULAN , AKU NAK LA JADI SURI RUMAH"

in your dream lah jawab die.

huhu. manusia kan. memang suka suki suka buat assumption.

bila pulak laki ku gaji 10 k?

dan kalau pon lah laki ku itu gajinya 10 ribu sebulan. ku sangatlah yakin. dia tidak akan mampu bagi aku 3 ribu.

mase blog walking semalam lagi hebat. ade orang komen, ' saya nak jadi suri rumah kalau laki saya bagi gaji 10 k"

kalaulah dia mencari lelaki biasa-biasa. umur-umur baya tengah membina kerjaya. tak yah lah membazir tenaga menaip panjang-panjang macam tu. cakap jer 'saya tak nak jadi suri rumah'

jimat 6 perkataan.

kalau bercakap pasal lelaki luar biasa lain cerita yer. ini lelaki yang biasa orang kebanyakan macam kita-kita jugak.

kalau dah nak memasang niat nak jadi suri rumah tuh, benda yang selalu kene buang jauh-jauh adalah keinginan nak bermewah-mewahan. boleh ke kita nak hilang keinginan nak bermewah-mewahan dalam dunia sekarang ni?

buka facebook.

orang ni via android. orang tu via iphone. kawan sekolah menengah pulak ipad. kita takde nak bervia-via pon.

tapi i tak payah kut nak bervia-via. duduk tercongok kat rumah dok usung lappy biru tu ke hulur ke hilir, nasib baik mandi pon tak usung lappy. sama jer cepat tahu gossip ngan orang bervia-via ni. lagi lah screen besau. hehe. (dengan syarat on lah kan lappy tuh) . lagi tak rti-reti nak bersyukur?

buka facebook lagi. ade kawan seorang cikgu baru kerja buat status (contoh sahaja ni yer. jangan terasa)

"ade orang pesan kat saya jangan selalu beli pakaian anak mahal-mahal. kadang-kadang kene jugak beli baju murah. hei. suka hati aku akulah duit aku! ape kelas pakai barang murah. aku kerja kot. gaji aku mahal so suka hati aku lah!"

so aku dah sentap disitu. kenapalah aku ambik engineering. end up malas nak jadi jadi engineer. baik jadi cikgu. dia tu cakap gaji dia mahal. sian maryam. kalau aku kerja sure dia pakai baju branded. mesti boleh melawa hari-hari. tiap-tiap minggu shopping baju maryam. i am a bad mom huaaaghh. sebab malas nak kerja so maryam tak boleh pakai baju cantik.

pang! pang! tampar diri sendiri. hello. kalau beli baju mahal-mahal kat maryam, maryam tahu ke mahal murah? last-last nanti ko jadi riak ambik gambar asyik nak ambik angle yang nampak jenama jer. so beli baju mahal kat maryam nak bagi maryam hepi ke nak bagi diri sendiri bangga?

pastu bukak facebook lagi.

status seorang kawan facebook lagi.

semalam kat brunei. pagi tadi dah kat johor. sekarang kat melaka. esok nak pergi perlis. minggu depan kene pergi kerteh. lepas tu nak kene pergi indon. penat nye! cepat lah tengok dunia. aku lah paling buzy didunia. cepat lah bulan 7! nak pergi bercuti lepaskan stress kat maldives.

jeles di situ. halaaahh..bestnya. kalau aku kerja aku macam tu ke eh. boleh berjalan merata-rata. then banyak duit nak berjalan ke negara orang. sekarang ni terperap je kat rumah.

pang! pang! tampar diri sendiri lagi. tutup lah facebook.


so moral of the story. jangan bukak facebook. haha

selain dari godaan-godaan dunia ni. perlu nak buat husband faham yang bila kita dah buat keputusan jadi housewife ni, maknanya memang kita dah tahu, benda-benda meterial ni bukan keutamaan. tapi kalau *ehem* ade rezeki lebih *ehem* ape salahnya.

husband tengok kawan perempuan tiap-tiap bulan tayang designer bag baru kat facebook.

"kesian yu yang. ai tak pernah belikan yu beg mahal-mahal."

kekanda kesayangan, kalau kekanda lihat adinda ni, kekanda nampak macam layak dah ke pakai designer bag? silap-silap hari bulan kekanda beli beg mahal-mahal orang kata gred AAA je kang nanti. adinda ni keluar rumah pon jarang. nak burukkan beg yang sedia ade pon susah. tapi adinda ade jugak *ehem* memasang cita-cita sebelum umur mencecah*ehem* 30 tahun, nak jugak seketul. *ehem* simpan-simpan la duit. *ehem*

pastu ade pulak suara-suara sumbang sibuk nak ambik tahu pasal harta orang.

"oloh la..kayo la mung ni. pitih belana kokna lah. gaji banyok-banyok tapi paka kereto kecik jah. aku gaji kecik pong nak paka crv doh."

gaji besar kok celoh mano gak weh. nga aku tok kijo ni. ni je lah hok mampu. kalu pitih banyok takdok nyo nak paka keto kecik.

pastu dia mestilah pikir nak ade rumah besar. kereta besar. nak anak bini hidup selesa.

kekanda, anak satu ni, kereta mini kita dah cukup selesa dah. setakat nak duduk i, u,maryam and anak lagi 2, 3 orang. rumah kita dah cukup selesa dah. saudara datang bukan hari-hari. xpelah mase tuh bersempit sekejap. tapi tak lama. lagi pon u tengoklah macam mana i menguruskan rumah kecik kita ni. terurus ke? agak-agak kalau u beli rumah lagi besar macam mana keadaan rumah tu nanti? nak bayang kan tak?

gaji makin besar nafsu makin banyak. kalau gaji tak besar pandai-pandai lah pulak nak hidupnye.

nak jadi suri rumah tak?

ramaaaaaai sangat cakap nak.

sanggup hidup tak mewah tak?

sanggup kehilangan 'me time' tak?

sanggup tak pergi melancong tiap-tiap tahun tak?

ok dah ramai dah tak nak cakap nak.

and kepada si suami pulak bertolak ansur lah dengan isteri anda. buat keputusan jadi housewife bukan keputusan kecik dalam hidup dia. kalau anda tak menyokong. siapa lagi. kalau anda tak tolong dia, siapa lagi.

sesekali mecok tuh biaser lah. i bukan robot buleh set nak menangkis semua benda-benda duniawi nih.

Tuesday 21 June 2011

KALAU GAJI HUSBAND AKU 10 RIBU, PASTU DIA BAGI AKU 3 RIBU SEBULAN , AKU NAK LA JADI SURI RUMAH.

nak mengarang. tapi maryam dan kerja-kerja rumah amanah husband tak mengizinkan.

buatlah spekulasi sendiri dulu.

chiaw~

Day 17 – How you hope your future will be like.

jom berangan

bila maryam dan adik-adiknya sekolah (wah, adik-adik!)

bangun awal. siapkan breakfast semua orang. siapkan bekal untuk daddy, dan anak-anak jugak. lepas tu siap-siap hantar anak-anak pergi sekolah.

balik kemas rumah. bergossip dengan jiran tetangga kejap (di blog or fb or twitter pon jadilah) masak lunch. siap-siap nak pergi ambik anak sekolah.

anak-anak makan lunch hantar pergi kelas agama. balik siapkan makan petang dan dinner. amik anak. tunggu husband balik kerja. dinner bersama-sama.

malam husband ajar anak-anak mengaji. tak pon turun bawah belajar ngan ustaz kat surau. lepas tu mommy ajar buat kerja sekolah. pukul 10 bagi susu panas sorang satu mug. suruh pergi tido. mommy ngan daddy nak romen pulak. eh

bila semua anak-anak dah ke asrama, dah blajar jauh-jauh, dah kerja dah kawin tak tahu lagi nak buat ape. mungkin masa tuh pergi join kelas memasak. kelas membakar. dan mana tahu masa tuh ade bisness masak-masak kan?

hehe..

Day 16 – Short term goals for this month and why

nak kurus at least bawah 65.

why?

sebab gemok la dey~

Photobucket
my beautiful mak cik mase wedding sepupu hari tu

die cantik dari muda sampai sekarang.

awet muda.

dari dulu sampai sekarang kalau tengok dia makan nasi, ulam budu ikan bakar tak pernah tinggal.

Monday 20 June 2011

baru turun sekilo

tadi timbang berat 67. 66.9 sebenarnya. ngehehe (nak jugak cakap kan) ngan tak diet. ngan tak shake. nan malam-malam pon makan sebelum tido. turun jugak sekilo. ajaib sungguh tengok penimbang tadi. maybe sebab breast feed kan? so betul lah kate kawan i. berat akan turun jugak lama-lama.

tapi kalau jaga makan, plus shake, plus gym agak-agak sempat ke turun 10 kg sebelum raya.

hahaha..meh berangan. hari tu nak join 50hd. tapi tak yakin lah mampu. membazir je kang bayar. huhu. buat club diet tayah bayar lah. sape mau join? hehe

mak ok jerrr

delete entry emo semalam. huhu. tu lah. lain kali jangan benci orang. nanti orang benci kita balik. jangan kata orang berlagak. nati kita orang kata kita berlagak balik. heheh

memang teragak-agak nak publish entry tuh. tapi banyak sangat dah entry lepas type panjang-panjang last-last simpan dalam draft jer. kali ni nak publish.

tiada ayat men-defense diri sendiri. cakap lah nak cakap ape. mak tak kisah

bak kata jozan. MOJ.
emmm..ouuu..jeyy...mak okeyy jewwrr~ (kene sebut ngan mulut senget-senget yer)

Photobucket

dinner semalam: masak lemak cili padi pucuk ubi dengan ikan goreng.

ikan tuh tabur bawang besar dengan lada besar goreng. sedapkan bawang besar goreng? zaman kecik-kecik dulu kalau makan ayam goreng pastu awoh goreng bawang besar ni, memang i kutip bawang besar. i memang suka letak bawang besar banyak-banyak kalau masak. itu menerangkan mengapa i dari dulu memang tak boleh hidup tanpa deodorant. haha. tanpa deodorant hilang keyakinan diri=p

ade jugak i dengar makan bawang besar banyak boleh menumpulkan ingatan. yeke?

xpelah makan banyak bawang sekarang. dah tak belajar

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

diapers bag *tq cik hani bagi beg yang comel ni*
purse (walaupon berape sen jer ade dalam tu, ic tuh penting)
iphone-lah-sangat =p

dan..semestinya maryam!

i tak suke bebeno nak biarkan maryam pakai pampers jer. kalau cd jer tak pe, nampak cantik. kalau pampers jer tak comei. rasa macam nak beli baby panties yang ade renda-renda macam tutu.

Day 13 & Day 14

A picture of your favorite band or artist

sheila on 7

A TV show you’re currently addicted to.

how i met your mother
desperate housewife
masterchef
dc cupcake

i malas nak buat sebab tak menarik. haha. gitu je lah

Sunday 19 June 2011

hi rayyan~

dipersembahkan~




mohamad harith rayyan. my first anak sedara. sangat lah cute sampai rasa nak beranak lagi. eh

*
*
*
*
*
*
*

Photobucket
eh salah baby



Photobucket

Photobucket
haih. rindu bau baby

Photobucket
family kecik baru

Photobucket

Photobucket

Photobucket
proud mommy

Photobucket
eh? ade baby lagi kecik dari saya lah

Photobucket
dah tak reti nak duduk diam-diam dah sekarang ni

Photobucket
kaki dan tangan baby sangat lah cute kan?

jom bie, next project. ade bran? hahaha

Friday 17 June 2011

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

terang lagi bersuluh. i mestilah single~

lelaki yang selalu sangat muncul dalam blog ni tu abang saye. baby yang name maryam ni adik saya #TDDMKA

Photobucket
ni lunch orang single

mee rebus bodo-bodo

tumbuk 3 ulas bawang putih ngan cili padi sebijik, nagn lada hitam sikit, pastu tumis garing, masukkan daging sikit, air sikit, sayur mayur, fish ball, garam sikit. kalau nak tambah kicap pon boleh. nak tambah aji pon boleh, tapi i masak xguna aji. boleh suke suki nak tambah, i suka kosong macam ni jer. pastu letak mee yang dah direbus. tabur lah daun sup ke, daun bawang ke, bawang goreng ke.

siaplah lunch orang single. bukan susah kan. kalau rase malas nak kotorkan periuk belanga order jer dari mamak kat bawah ni. tapi tu kalau hari super malas tapi perut super lapar lah.

Photobucket
suke sangat tengok adik i tido!

tido la lama-lama sikit dik, kakak nak lipat baju setambung dalam bilik rahsia nun, petang ni abang awak nak balik

Photobucket

next time kalau pregnant lagi kene kurangkan berblog susah plak nak mengadap latop sekarang. baby-baby dah berebut ngan mommy.


eehhhh..kate single?