Sunday 31 October 2010

sebab ape kita kahwin?

i tak buat ape-ape lagi dari pagi sampai petang. salahkan kawan saya! haha. sebab pagi tadi dia bagi link video orang kahwin. and i terleka tengok video lepas satu-satu sebab nya nampak best and bahagia sangat. teringat balik perasaan masa hari kahwin.

i rasa semua orang kene ade video kahwin lah. dulu masa i kahwin tak de pon video. maklumlah kahwin budget terhad. huhu. ade. tapi sendiri punya vidoe. tak edit-edit pon. rasa macam nak edit sendiri. pastu bila hati murung merajuk or marahkan pasangan tengok balik video tuh. sure hati sejuk.

bila kita marah, kita akan ingat benda-benda yang buruk jer. masa tuh kita ungkit semua benda-benda yang buruk. sampai dah lupa kan benda-benda baik, benda-benda bahagia. bila asyik ingat benda yang tak best jer mula lah nak fikir benda bukan-bukan. as if kita tak pernah bahagia langsung. tapi sebenarnya bila marah benda-benda buruk ni dah tutup semua benda kebaikan yang pasangan buat. dah tak nampak dah.

i benci bila lelaki kataego dia tinggi. macam lah perempuan tak de ego. tak nak bagi contoh orang lain. contoh diri sendiri lagi bagus. contoh orang lain nanti tak pasal-pasal kena serang pastu kene tukar link lagi. hehe *senyum sinis*

bila kiteorang tengah gaduh. hati memang tak tenang. pastu dok bilang-bilang dosa lagi. lagi lama marah lagi banyak benda tak bagus berlaku. so end up walaupon i tak salah i jugak yang tarik tangan husband. semua nya sebab malas nak panjangkan cerita. semuanya sebab tahu tak rugi pon mengalah sebab bila mengalah jiwa dah tak kacau. hati tenang. tido lagi lena. i boleh ketepikan ego i tuh. walaupon sebenarnya masa mengalah tuh rasa marah masih tebal. tapi bila mengalah, kemarahan husband jadi reda sekelip mata jer nanti macam dah tak gaduh. masalah-masalah dan isu berbangkit lenyap. suasana hening tiba-tiba berubah (kalau dalam cerita kartun matahari naik balik). so berbaloi-baloi mengalah kan?

huhu. walaupon kadang-kadang tuh terpikir jugak. kenapa i boleh ketepikan ego i sebab nak bahagia tapi husband tak boleh. kenapa i boleh mengalah sebab nak kiteorang happy tapi husband tak boleh? kasih sayang u tak cukup kuat ke nak tebas semua ego-ego u tuh?

bila i tanya dia, jawapan sama jer (bila mood dah ok, boleh lah tanya kan. nak timbulkan balik isu-isu berbangkit pon boleh. tapi jangan masa tengah gaduh, makin panjang pulak jadinya)

LELAKI MEMANG EGO.

benci. i pon ade ego jugak. i pon nak rasa kene pujuk jugak. (walaupon i tak pernah pujuk, tapi at least i orang yang biasanya tarik tangan u)

so kalau lah ade video kahwin ni. buat sesyahdu and seindah mungkin agak-agak boleh ke meruntuhkan ego husband i? bila tengok balik agak-agak boleh tak mengimbau kembali saat-saat betapa susahnya kita nak bersatu (hurm..masalah nya sebelum kahwin tak de masalah lah pulak kan. hubungan kiteorang smooth jer. so tak de lah bersusah payah sangat). tapi at least ingat niat masa u nak kahwin ngan i. mesti u nak membahagiakan i kan?

soooooooooooooo..i rasa dengan tebang sikit ke-EGO-an u tuh boleh membahagiakan i. boleh tak u tebang ego u tuh. boleh tak? boleh tak?

babai. nak buat video paling syahdu di dunia. nak guna bila untuk masa depan. time gaduh.

swing swing

kadang-kadang i berangan nak jadi bree (desperate housewife). tak. i tak nak bentuk badan dia. kurus sangat. tak nak rambut dia. merah sangat. kalau badan i nak nak gaby. huk huk.

nak jadi bree bila bab-bab mood swing. bila mood swing dia semangat nak kemas rumah. nak sental semua kotoran-kotoran. mungkin masak boleh buat dia bersemangat semua. tapi i tak. bila mood tak ok i tend tu menghabiskan masa dengan bermonolog dalaman. baca blog yang tak pernah dibaca. melopong depan tv dan tak de idea pon tv tu tengah siar cerita ape. bila masak confirm ade something wrong dengan rasa masakan dan bila masak tak sedap rasa lagi down. benci.

setakat ni if mood i tak ok, mengemas rumah dan memasak bukan saluran untuk melepaskan amarah. bukan pengembali mood. if jiwa kacau berpunca dari orang luar, my husband memang ubat penenang. luah semua kat dia. insyaallah tak sampai 5 minit semua dah ok.

kalau husband penyebab jiwa kacau ape i nak buat?(jangan lah nak tipu cakap suami-suami anda 24/7 menyenangkan hati anda. sedangkan lidah lagi tergigit. ye dok?) kalau melibatkan rumah tangga yang susah sikit. nak cerita kat blog? tak boleh. rahsia rumah tangga. nak cari kawan-kawan? tak boleh. kan dah cakap rahsia rumah tangga. sebab tu ramai orang sakit mental kut sekarang. sebab tak jumpa saluran nak melepaskan nafsu amarah. nak mengadu kat Allah. bukan semua orang ingat allah dalam saat-saat macam ni. tapi sebenarnya kalau masa panas nak marah sampai telinga berdesing. amik air sembahyang mengaji memang sangat menenangkan. tapi bukan selalu rajin nak amik air sembahyang mengaji. lagi suka melepaskan marah tu kan.

i ade habit buruk yang memang dari dulu i amalkan bila marah and tak tahu nak buat ape. (amaran: sila jangan tiru). sebenarnya cara tu tak membantu sangat pon. tapi rasa puas sekejap. sekejap je lah. nak tahu ape? my husband suka panggil saya makhluk perosak. sebab memang. memang suka merosakkan barang. i bukan jenis orang yang jaga barang. tambah-tambah kalau barang sendiri.

okeh. kembali kepada cerita. ape yang i buat?

barang yang berada dekat i akan jadi mangsa. if phone di tangan, makanya phone lah jadi mangsa. pangggg!!! lempar kat dinding. berkecai. puas hati! sebab phone i sekarang cap ayam. kalo phone mahal pikir 2 kali jugak. lagi pon phone ni cepat berkecai. jatuh sikit pon dah berkecai. so tayah nak baling kuat-kuat. tengok dia berkecai dah puas hati.

hempap pintu. ni memang kegemaran jugak.

kalau tengah menumbuk pakai lesung, tumbuk kuat-kuat sampai lesung tu hampir nak terbelah dua. sampai kene tangan sendiri lagi bagus. bila sakit rasa marah tu hilang. berganti ngan rasa sakit pulak.

ade pernah baca kat mana entah. sape-sape ade habit ni ade berkait rapat masalah jiwa sebenarnya. tapi nak buat macam mana. macam tak boleh control bila marah. i kene lepaskan kat something. kalau tak rasa marah tu macam membengkak kat dada.

rasa macam nak beli punching bag lah. pastu nak letak gambar muka orang yang i marah. agak-agak i marah kat orang tuh i boleh tumbuk jer punching bag sampai puas hati. sambil-sambil exercise jugak tuh.

okeh husband, kalo sayang barang-barang kat rumah ni. sila belikan i benda ni.




memang khas bilau buat i marah!

tulang temulang

weekend hari tu kiteorang ke pasar borong lagi. kali ni variasi la sikit lauk yang kiteorang beli compare ngan first time pergi. first time pergi beli lala ngan udang jer. udang sampai 3 jenis beli sebab rambang mata tengok udang banyak jenis. heheh. tapi bila masak walaupon jenis lain-lain tapi still udang. poning nak pikir menu.

tapi kali ni dah kurang excited dah nak berjalan-jalan. maybe sebab dah second time. dan pinggang tak ber kerjasama. sekarang ni i sangat gemuk and perut besar, nak berjalan memang mengah. di tambah pulak dengan pinggang yang sakit. sekarang ni nak basuh pinggan kat dapo pon susah. sebab tersekat kat perut. kene tunduk sikit. erghh. dengan kata lain serba tak kene lah.

tido malam pon dah tak seindah biasa. susah nak jumpa posisi yang best. plus kalo baby gerak sikit sure dia menekan pundi kencing, so rasa nak terkencing. kadang-kadang ngan usus-usus sekali tak best bila baby bergerak.tak-tak. i tak merungut. suka baby aktive. just nak bercerita.

Photobucket
sup tulang

lebihan sup tulang makan bihun sup.

Photobucket

esok jumpa doc seri. sengih lagi doc seri nampak kalau dia tengok berat saya. ngehehe. nak buat camno time pregnant lah nak makan. lepas ni kene diet=p

Saturday 30 October 2010

yezza!

bia ah xmeney lagi pong! baru satu samo. tapi ok lah dari 1-0 takdi. stress sapa nga baby2 kerah.

kalo kaloh jange gocoh deh. malu ko ore kapong. bie, u jange dok jadi nasi tamboh kalo ado ore dok baloh-baloh. jange joing ore baloh.

haih. meney kaloh tok petim mano. hok paling peting jange merusuh plishhh! isk.

gomo kelatey gomo.

tobak bosey tengok bola sorey-sorey!

*update*

goalllllllllllllllll!!! sebutey lagiiiiiiiiiiiiii

Thursday 28 October 2010

husband saya setia orangnya=p

mereka dah bersama 15 tahun dah

saya ngan husband tak sampai 2 tahun pon lagi bersama

tapi walaupon tak sampai 2 tahun, die tahu husband saya sayang saya lebih =p

sebab tu lah masa awal-awal saya bekerja sama ngan dia, dia sabotaj saya. 2-3 helai jugak tudung kegemaran jadi mangsa dia. cait!

tapi masa tu kami belum serasi. lama-lama bila dah serasi saya pon tumpang sayang dia sekali. walaupon dia dah tua. tapi dia best dan masih gigih berbakti.

Photobucket
pink lama. pink baru.

yang kat depan tuh iron baru. yang kat belakang tuh iron lama. iron lama tuh jenama NASIONAL lagi u! mana nak cari jenama tuh sekarang sudah berganti jenama lain dah.

husband guna iron tuh sejak dari form 1. masa mula-mula masuk MRSM..masuk U, masuk rumah sewe masa zaman bujang, masuk rumah sewa zaman dah beristeri, dah ade rumah sendiri sekarang pon masih berbakti lagi. hebat. hebat. 15 tahun sudah!

sampai last last week, betul-betul pada hari gaji masuk (pandai dia nak rosak pon pilih hari) masa i tengah iron baju kerja husband tiba-tiba lampu tak nyala and tak panas. konon-konon ingat fius yang rosak, tukar fius segala tetap sama. maka tamatlah riwayat iron yang berbakti 15 tahun dekat husband. memang dah masa nya dah kut. dah masuk category barang antik dah. ngehehe

so, selamat datang ke dalam keluarga kami iron baru. kita tengok berapa puluh tahun pulak iron baru nak berjasa. tapi husband cakap kalo barang i jaga tak tahan lama. huhuhu. kita akan tengok! anda-anda jadi saksi.

owh dingin pagi..

cuaca pagi tadi sangat best untuk peram tido. best nya kalo hujan di pagi-pagi weekend.

pagi tadi hampir nak berlaku tragedi yang tak diingini. lepas mandi pagi tadi sementara tunggu husband mandi nak solat subuh pergi dapur kejap buatkan dia air. pastu masuk bilik hampir terjatuh depan toilet sebab terpijak air. lantai licin. naseb baek sempat pegang kat pintu. kalau tak dah selamat dah pagi tadi. isk.

heh. tapi salah sendiri jugak lantai basah sebab i yang buat. husband selalu sound i suka lap badan luar toilet. so keluar toilet dengan air ngan badan basah. tapi biasanya tak terpijak pon. kalau pijak pon tak licin. hari ni maybe peringatan. so lain kali kene lap dalam bilik air. isk. i tak risau badan sakit sebab jatuh. jatuh-jatuh ni memang dah jadi kebiasaan. tapi kalau dalam keadaan macam ni kalau jatuh tadi, kalau jadi ape kat baby. huaaaa.menyesal tak sudah. hari ni masih dilindungi.

Photobucket
dinner semalam. udang masak black paper ngan sup sayur

cuaca sangat bagus untuk menjemur kain. mahu blog walking sekajap sebelum start buat kerja rumah.

selamat bergumbira dihujung minggu~

Wednesday 27 October 2010

tom yam seafood angel hair spaghetti

assalamualaikum dan hi~

dah lunch ke korang? i lunch awal sikit hari ni sebab breakfast tadi makan biskut ngan susu dan beberapa (jumlah tak dapat dikenal pasti) ketul coklat. lapor. lapor. naseb baek bos i sporting so jadual kerja i flexible. boleh suka-suka hati nak breakfast lunch pukul berapa. asalkan amik makanan sihat. masa berkerja pon suka hati nak campor adukkan dengan aktiviti ber-blog, ber-stalk, ber-chat as long as dia balik ade air secawan, nasi sepinggan, rumah sedap mata memandang, baju nak pergi kerja siap ber-iron.

air pulak terpulang. air kosong sejuk pon dah ok. tu pon kalo sampai hati lah. nak up sikit air sirap pon dia dah layan. ape lagi sirap barli (eh. lama tak buat). tapi kalau agak-agak nak cepat dan lazat sunquick la senang. buat banyak-banyak letak dalam peti. tinggal nak tuang dalam gelas jer. agak-agak nak membodek tuh blend buah. buat jus buah fresh-fresh. lepas tu mintak lah nak ape. komfem dapat!

food pulak masak lah ape sahaja. semua dia suka asalkan campur dengan ramuan kesukaan dia. iaitu kasih sayang seorang isteri. tempoyak sila letak jauh-jauh please. letak lah kasih sayang banyak mana pon, kalau dah tempoyak sure dia reject. kalau boleh jangan ade atas rumah pon. kalau ade atas meja sure merungut. tapi ade i kesah? tempoyak pon food jugak. tak baik layan dia macam tuh!

haha. ok.ok. dah la merapu. i akan rindu masa-masa ni suatu hari nanti. dia memang lah akan selama-lamanya jadi bos i yang paling disayangi, tapi lepas ni kalau dah tak berpeluang kerja full time, terpaksa buat part time jer sure rindu ngan kerja ni. i sangatsuka kerja ni. =(



Photobucket
tom yam seafood angel hair spaghetti

kalau dah bosan dah ber-marina ke ber-aglio olio ke, (mana larat nak itali sokmo kan) boleh la try ubah-ubah jadi ala-ala melayu sikit. tom yam melayu ke?ahh..since i membesar dengan tom yam anggap lah melayu. selera asia lah senang cerita.

bahan:

paste tomyam
bawang besar
lauk pauk (suka hati nak taruk seafood ape)
sayur mayur
sos ikan
garam dan gula

angel hair spaghetti yang di rebus hingga 'al-dente'. =p (ngehehe..aku baca kat kertas dia cakap al-dente tu maknenye dah masak tapi kenyal lagi, tak terlalu lembik)


1. tumis paste tomyam, masukkan seafood, bawang besar.
2.lepas tu masukkan sayur mayur dan air sikit kalau kering sangat.
3, masukkan garam/gula/sos ikan. last sekali masukkan agel hair spaghetti yang sudah di 'al-dente' tadi.

sonang sajor. jom lah try.

Photobucket
ni i tahu. memang masakan melayu. dinner semalam.

sayur lemak pucuk paku, udang goreng kunyit, telur dadar kesukaan ramai.



Photobucket
saya ade coklat~

*baca dengan gaya budak-budak tengah show off mainan baru*

nota tambahan. i tak tahu kenapa happy sangat hari ni. dan bila saya happy keberangkalian nak merapu di blog adalah tinggi. so kalau rasa sangat merapu sila terima seadanya. haha


=)

takde title yer kawan-kawan. nak senyum jer. heheh. hati berbunga riang.

dah lama tak tempek gambar sendiri dalam blog. kejanggalan memang lah terasa. lama-lama aku rasa incognito mode ni ke laut. muka tak santek pon rase gak nak tunjuk muka. hehe. rasa tak ramah lah xde tuan blog dalam blog. isk. sangat bukan saya. tapi kita bertahan dulu.=p

sebab dah lama tak de tuan blog kat blog bagi lah peluang i nak letak gambar sama 3 ketul.

Photobucket


Photobucket


Photobucket

wahahaha..macam fengantin baru orang kata! inai penuh di tangan.=p

naseb baek tak cukup inai nak pakai kat kaki. kalau tak ngan kaki-kaki sekali mak pakai tau hari tuh.

next week ade appointment kat hospital. bimakna next week mak dah 8 bulan nyah! 8 bulan! 8 bulan! *pengsan*

weekend depan masa deepavali baru nak buat majlis sembahyang hajat untuk kesejahteraan baby and ibu baby kat kampung. biasa orang buat masa 7 bulan. tapi tak pelah lambat pon. asalkan buat. huhuh. semayang hajat sendiri yang penting.

pagi tadi timbang berat beza berat aku ngan husband beza 1kg jer! bila-bila masa jer i akan lintas dia ni. 1kg tuh ape la sangat. benci betul. kalo dia outstation sememangnya akan turun berat. i pulak tak pernah reti-reti nak turun. naik jer memanjang.

heh! siap lah u. mulai petang ni i akan suburkan u dengan makanan kasih sayang i. mana boleh wife berat dari husband. u kene gemuk! tak kire~

semalam lepas lunch turun kat office management sebab nak beli access kad. tak puas hati sebenarnya aku dengan isu access kad ni. sebelum ni access kad yang guna untuk masuk kat pondok guard ngan nak masuk bangunan sama. so senang lah kiteorang bawak satu kad jer kesana kemari. sekarang dah asing-asing. nak masuk bangunan kad lain. nak masuk kat pondok guard lain. idok ke menyusahkan? dah la kene bayar. kalo free tak pe jugak.

Photobucket
nah! sebab marah jadi amik gambar kene tunggeng terbalik -_-"

office management tu kat 3rd floor( 2.5 kut sebenarnya.hehe.tingkatt 3 rumah iem). biasa kalo kiteorang turun tingkat 3 kiteorang guna tangga jer. konon-konon exercise. heheh. idok lah perlu naik lift kalo setakat setingkat kan? jadi semalam i turun guna tangga jer. turun ok jer, bila naik aduyai..... jalan macam kingkong tekangkang-kangkang. mengahnye! masa bulan puasa hari tuh masih lagi steady naik tangga rasanya. nak naik sambil melompat-lompat pon boleh lagi. tapi kene buat belakang husband lah.

cepat nye i membesar. makan baja ke ape ni!

pebualan dengan rumet yang jujur(dah tak jumpa dia beberapa bulan);

"sangat gemuk kan i loni met"

"ye ah met. gemuk debok"

-___-"

Tuesday 26 October 2010

lempeng orang puteh orang kelabu yang buat.

pagi tadi untuk breakfast terasa nak makan lempeng. tiba-tiba terasa nak buat pancake sebab tak pernah cuba buat pon. so pagi-pagi dah gigi menggoogle. amik resepi kat allrecipe.com

  • 1 cup all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 egg, beaten
  • 1 cup milk
  • 2 tablespoons vegetable oil

buat ikut resepi sebijik-sebijik. tak curang pon.



Photobucket
sedang di masak

Photobucket
siap. banyak giler!

Photobucket
owh best nya kalo ade sos coklat yang cair mengalir macam ni

*ni milo cair jer* =p

nota tambahan: cubaan letak gambar guna photobucket.

saya sayang rumah saya

ade rumah cantik dekat BK1 yang selalu buat kami kagum setiap kali lalu. setiap kali lalu pon nak puji. setiap kali lalu pon nak kene meleleh air liur. setiap kali lalu pon nak kene verangan duit banyak nak beli rumah tu.

kalau bukan i yang start, mesti husband yang start. dah la kalau nak ke mana-mana memang lalu tepi rumah tu. nak pegi giant, nak pegi beli roti canai, nak pegi beli paper. memang tak puas tengok rumah tu. rumah impian tapi tak de duit nak beli. heheh.

semalam i tido lambat. pukul 2 kut baru boleh tido. sebab nya tiba-tiba rasa takut. terima kasih kepada rumet yang dikasihi sebab masa jumpa weekend hari tu dia cerita pasal hantu kat apartment dia. dan apartment dia adalah apartment paling dekat ngan rumah aku ni. tiba-tiba terpikir hantu tu datang melompat sampai ke rumah ni. lagi pon dekat jer kan.

yes. berjaya bodohkan diri sendiri. otak i percaya dengan rapuan sendiri. deng!

so semalam i dok jer senyap-senyap tengok tv. dah la tv ni asal iklan jer mesti nak tunjuk cerita hantu. benci betul.

semalam terpikir naseb baek duduk sorang-sorang kat rumah yang tak besar. masih lagi berani nak pergi toilet. nak pergi dapor. kalau rumah besar bertingkat-tingkat sure aku angkut semua air, food, tv masuk bilik. duduk jer dalam bilik tak keluar-keluar.

dan hari ni husband balik. =) * joget-joget*

rumah bersepah-sepah u! hahaha. tapi tak pe. rumah tak besau pon. tak amik masa lama pon nak mengemas. walaupon tak de 5 bibik u balik komfem rumah bersinar-sinar lah.

saya sayang rumah saya!

Monday 25 October 2010

bie,

i rasa macam nak buang jer maggi dalam kabinet tu. i dah cakap, jangan beli stock makanan tak sihat walaupon tu stock untuk emergency case. tapi waktu-waktu lapar begini makanan cepat dan tak sihat itu sungguh lah kelihatan tempting sekali.

dua kali i pegang plastik maggi tuh. aish..tapi bila pikir i makan untuk dua orang i cari lah alternative lain yang sama tarafnya ngan maggi dari segi kepantasan penyediaan walaupon remeh sedikit lah dari maggi.

sangat malas nak defrost lauk-lauk dalam freezer tuh. jadi i terpaksa pikir menu ape yang lengkap berlauk dan sayur tapi tak perlu defrost lauk dalam peti.

jadi ini hasil kekreatifan i kat dapur. memang ni je lah menu paling kreatif i boleh fikir untuk yang cepat dan tak perlu defrost lauk pauk. kreatif tak i?



pucuk paku goreng ikan bilis. telur mata

hahaha..ikan bilis memang tayah defrost. telur pon tak perlu. tapi betapa sedapnya kalau telur mata tuh telur mata goyang. hehe. sebab goyang-goyang ni tak bagus untuk masa pregnant ni, so i masak lah telur tu sampai tak bergoyang. so sape cakap i makan tak pikir pasal baby. i pikir tau. u ingat u sorang je ke yang sayang baby?

mesti u nak cakap sia-sia jer u bawak i pergi beli kat pasar borong kalau nak makan telur kan? aish..mane ade sia-sia. pucuk paku tuh beli kat pasar borong. so idok lah sia-sia. pucuk paku tuh i goreng pedas-pedas. memang heaven lah lunch macam ni. jangan risau pasal heartburn. gaviscon kan ade. hahaha

semalam u tanya kenapa i malas. i bukan malas. (eh. tak nak mengaku) cuma macam hilang semangat. rasa nak duduk 'jelepek' jer atas sofa. bosan giler jer rasa macam hidup. i tipu jer bila cakap tak kisah kalau u setakat pergi 2 malam. i kisah. mesti lah kisah!

semalam awal-awal malam memang lah rase normal. tapi bila dah lewat dari masa u balik dari office sangat lah terasa bosan nya. i bukak sliding door dengan harapan budak-budak rumah atas tolong lah bising sikit. nyanyi-nyanyi ke, skipping di tengah-tengah malam ke, berbual kat beranda kuat-kuat macam biasa-biasa dieorang buat. tapi senyap pulak semalam. bunyi anjing-anjing sahaja yang menyalak. sedikit menakutkan. so i tutup sliding door. ambik selimut ngan bantal baring atas sofa sambil tunggu u call bila dah habis u buat kerja.

i tunggu u sampai tertido. tersedar pukul bila phone bunyi dan di screen tu keluar nama u. tengok jam pukul 1.30 pagi. ngantuk nya! dalam hati ' isk. baik tak payah call kalau nak call pukul 1.30'. eh. sebenarnya i lupa tu dalam hati je ke memang i cakap macam tu kat u. haha. serius lupa. sebab macam mamai. kalau i cakap macam tu masa cakap ngan u sorry lah. sebab memang tu pon yang terbuku di hati *mode merajuk on*. hehe. tapi i tahu, u call jugak i biar pon lambat sebab kalau u tak call langsung pon memang i akan marah jugak. nak buat macam mane bie. perempuan memang complicated. bab-bab hati dan perasaan ni u kene redha jer lah.

tapi i merajuk pon masa tu jer. pagi tadi masa i kejut u dah tak marah dah. tapi malam ni kalau u tak call i awal-awal siap lah! *insert muka garang i sambil angkat kening kat sini* tiada upacara malam jumaat! eh. tu menghukum diri sendiri namanya. okeh. nanti i pikir hukuman lain. yang penting sekarang cepat balik~

we miss u.

buat ape semalam?

"u buat ape hari ni?"

"tak buat pape"

"tido?"

"tak tido pon, tapi tak buat ape-ape jugak"

huhu. semalam hari tak productive. dari pagi sampai malam bangun dari sofa hanya untuk solat, toilet, makan dan minum sahaja.

kemas rumah?

alah..husband tak de. so tayah kemas lah. hehe

basuh kain?

hari ni baru nak buat secara besar-besaran.

masak?

masak simple-simple sendiri mau makan

bihun ladna buruk rupa.

swim?

tak de orang teman. malas nak turun. lepas ni u dah kurang buzy wajib teman i hari-hari.

sampah husband dah buang sebelum dia pergi.

so memang tak productive la i semalam. dok chatting. dok stalked awek hot kat fb. blog walking.

jadi hari ni banyak lah kerja kene buat. dah janji ngan husband bila u balik nanti rumah bersinar-sinar macam ade 5 bibik dalam rumah. ngehehe. cakap besar tapi buat malas.

jom jadi productive hari ni! jangan malas-malas!

Sunday 24 October 2010

lala la~

baru lepas kiss-kiss-bye-bye husband. pagi die bersiap-siap jugak pergi kerja sebab flight pukul 230 petang. pergi tak sampai setengah jam balik sebab flight boleh tukar pukul 1130 pulak. hurm..tak sempat lah nak lunch dengan die hari ni. =(

2 hari lepas i teringin nak makan lala. jadi ajak husband pergi beli lauk-lauk kat pasar borong selangor. kiteorang tak pernah pergi pon pasar borong ni. ni first time sampai lah kiranya. gila rambang mata memilih lauk sampai tak tahu nak beli lauk ape. hehe. rasa macam orang jakun tak pernah pergi pasar borong jer. i siap amik gambar guna camera phone husband udang-udang and ikan fresh kat pasar borong (almaklumlah giant susah sangat nak jumpa ikan fresh). tapi bila nak transfer tak jumpa wayar transfer.hummphhh! frust di situ...

rasanya lepas ni kiteorang nak pergi lauk pauk kat pasar borong je lah. sangat best jamu mata dengan benda-benda fresh. hehe. pilihan lauk pon lagi banyak. tak delah kami end up asyik beli lauk sama jer. nak masak pon tak de idea sebab lauk sama jer. tapi walaupon pilihan banyak beli macam benda sama jer ngan beli kat giant. hak hak. sebabnya tergoda ngan udang-udang yang pelbagai saiz and fresh. tak pe, next week pergi beli ikan pulak. hari tu sebab banyak ikan segar tak tahu nak pilih ikan ape, akhirnya tak beli ikan.

so semalam nafsu ibu merandum sudah di penuhi. beli sekilo lala. masak semua. masa masak punyalah rasa banyak sampai penuh periuk. masa makan tak delah banyak pon. kulit jer lebih. huhu.
lala tumis pedas

simple jer nak masak. tapi sedap (sesi angkat vontot sendiri) beli lala saiz medium. ade saiz yang besar sikit lagi. next week nak beli lagi. tak puas lagi makan~

selain masak tumis pedas boleh masak macammana lagi lala ni ek?

taubat nasuha

tengok tak cerita tv3 semalam?

tak jadi nak tengok FFM sebab taubat nasuha lagi menarik.

sedih sangat cerita tu. tambah-tambah dia punya ending.

bagusnya kalau dapat jadi wife yang penyabar macam Laila.

maybe cerita ni boleh menyedarkan parents yang terlalu buzy mengejar harta dunia berhenti sekejap bagi perhatian sedikit kat anak-anak. sebelum terlambat.

kalau tak suka pulangkan balik!

Saturday 23 October 2010

ahad sejuk

dah nak tengahari tapi cuaca masih redup lagi. boleh jadi pemangkin untuk tido sepanjang hari ni. heheh. suka cuaca hari ni. tak panas baru best nak bercanda di rumah.

weekend kali ni sama jer ngan weekend-weekend biasa. banyak menghabiskan masa di rumah. huhu. cuma ade sedikit lain nanti lain entry kita cerita. hari ni nak stay kat rumah jer, main masak-masak, kemas rumah sikit, pastu nak packing barang husband. esok dia mau ke bintulu lagi. so akan tinggal sorang-sorang lagi. tapi kali ni tak de perasaan sebab 3 hari 2 malam jer. heheh

breakfast pagi ni, mee goreng

pasal pregnancy i dah masuk minggu ke 30! cepat sangat la pulak rasa bila akhir-akhir ni. masa awal-awal dulu nak tunggu lepas 4 bulan punya la rasa masa lambat berlalu.

i kene banyak meluangkan masa ngan baby ni sekarang. sebab masa dah tak banyak. nanti bila baby dah kat luar mesti rasa dah lain dengan masa dalam perut. huhu

last night mimpi beranak. gihihi. giler horror. masa beranak nak push tu tak horror pon. sebab macam senang jer push. sekejap jer dah keluar. pastu tibe-tiba dah ade kat rumah. padahal masa tuh baru jer lepas beranak. part yang horror adalah i tak boleh handle si baby yang tengah menangis. i buat macam-macam tapi baby tak nak berhenti menangis. isk.isk. kelam kabut jer rase dalam mimpi.

husband pulak mimpi i kahwin 3. haha. mengarut betul mimpi kiteorang. i siap tanya siapa husband i lagi dua orang. ngehehe

"u husband no berape?"

"mesti lah i yang first"

haha. siap bangga lagi tuh dia 'laki' tua. tapi kalau ii nak jadi bini muda. bini muda lah paling disayangi kan?

Friday 22 October 2010

heyyy


*curi dari fb seorang kawan*

jangan comel sangat bolehhhhh???!!

isk.isk.isk. bisa menggugat iman seorang isteri orang.



*right click, set as desktop background*

gihihi...ya ampun bie!

Thursday 21 October 2010

macam mati bini daa..

kerja tak de lah sentiasa buzy kan? adelah masa-masa boleh mengular, ade masa nak lunch pon tak sempat (tapi isap rokok sempat!). ade masa pukul 5 dah terpacak depan lift, ade masa dah malam baru nak menapak balik rumah.

disebabkan jadual harian i yang maintain jer, buzy tak buzy macam ni jugak, rasa sedikit bosan bila masa buzy husband tiba. huhu

semalam masa lepas dinner berehat-rehat sambil tengok tv amik mood malam jumaat. ngeheh.

" berapa hari tak shave ni? serabai nye.."

"tak sempat la yang"

"haishhh..macam orang mati bini"

"ehhh..kalo mati bini mesti kene hensem, kemas, cantik, bergaya sebab nak *ehem-ehem*"

ape ehem- ehem??sempat lagih! maksud i orang seminggu mati bini. masih dalam mood berkabung.

i perasan sejak pindah rumah baru ni husband dah makin buzy. weekend pon dah jarang kiteorang keluar sebab asyik buzy jer i bagi can lah dia berehat-rehat masa weekend. makan kat luar pon dah sangat jarang sekarang. sekarang ni kalau dah sangat malas nak masak or tak mampu nak masak, call domino jer senang. tak keluar rumah jugak! giler pemalas kami berdua sekarang nak keluar dari rumah. sayang rumah sangat ke ape entah lah.

last i keluar jalan-jalan ngan dia (selain giant ataupon tesco lah) adalah masa beli barang baby. tu pon memang betul-betul beli barang baby. kiteorang pergi midvalley cari-cari barang baby, lepas tu sembahyang maghrib dalam jusco tu jer. pastu sambung lagi pilih barang baby, lepas tuh bayar. lepas tu terus balik. giler tak remaja -_-"

dulu-dulu jumaat malam sabtu malam dating kiteorang. buat lah pape pon malam tuh asalkan keluar dari rumah. kalau dah sangap sangat tak de aktiviti kiteorang pergi melepak kat putrajaya depan masjid tengok orang dating or family main-main sambil picnic malam-malam. best wuhh. aktiviti tak memerlukan perbelanjaan yang besar pon. tapi merendek-rendek dua orang adalah benda yang best.

sekarang? tengok lah ape aktiviti kiteorang malam ni. maybe aktiviti biasa. baring-baring depan tv masing-masing mengadap lappy, sambil tengok two and a half man yang dah boleh hafal dah dialog tapi setiap kali tengok mesti nak gelak guling-guling jugak.

giler tua kan kami? ngehehe..tapi sebenarnya i tak kisah pon stay kat umah. dulu best boleh keluar malam-malam merendek-rendek lagak nya macam orang bercinta tapi kami halal. heheh. tapi sekarang pon best ape boleh bebas buat aksi sebab dalam rumah tak de orang nampak. keh keh keh. as long as masih lagi berdua. bukan kene tinggal sorang-sorang.

tak pelah keluar beli groceries seminggu sekali tuh kira ganti aktiviti dating kiteorang lah. huhu

dinner semalam, nak habis kan ikan tongkol rebus yang lebih buat nasik lemak. so buat gulai kuning. ni makanan breakfast ni. nasi belauk ikey ayo. tapi buat dinner pon ok sajor~

nasi belauk ike ayo

nasi lemak ikang aye =p

selamat bekerja kawan-kawan~ jangan stress-stress kerja. stress tak menambah gaji. heheh. esok dah wiken yeay~!

Wednesday 20 October 2010

lunch ape?

hurm..hari ni tak tido. tak ade pulak orang nak datang melawat. huhu

orang pregnant bagus makan kurma ngan kismis kan. lepas bulan puasa ni bercinta betul nak makan kurma. kotak kurma pon dah tak pandang. tak teringin langsung nak makan. husband dah hint-hint. kesian baby i tak makan makanan sihat. dah la kat kampung dulu belasah maggi kari sikit. (sikit ke???)heheh. teringin. (wahh..alasan!)

banyak lagi kurma dalam peti. zaman dulu-dulu awoh selalu buat cucur kurma kalau dah lepas bulan puasa. sebab kurma ni memang biasa akan dimakan masa bulan puasa jer. bulan lain tak laku kalau rumah i dulu. bila dah jadi cucur baru lah berebut-rebut nak makan.

so sebagai langkah memaksa diri untuk makan kurma. tengahari ni buat cucur kurma. cucur ni tak letak gula. letak garam jer sikit. so sumber pemanis adalah kurma. kurma memang dah cukup manis dah. i hiris kurma kecik-kecik. kalau goreng kurma tu sebijik-sebijik dah jadi kurma celup tepung dah. hehe

cucur kurma+ oren+ air yogurt strawberry

masalah sekarang nak makan kismis pulak. tak pernah la pulak makan cucur kismis kan. hehe. sekarang nak makan kismis pon bercinta jugak. liat betul. awal-awal jer disiplin aku neh. sekarang dah bosan. lagi pon kismis yang husband baru beli kismis hitam. memang lah harga mahal sikit. tapi mak dah biasa makan kismis murah nyah. kismis kuning yang timbang tuh mak suka. kismis hitam ni manis sangat.

"kismis ni tak habis-habis. u makan tak?"

"eh..makan. entah la kenape tak habis-habis."

mak tak tipu laki mak okeh. bercakap benar tuh. memang la makan. tapi kalau kismis timbang tuh hari-hari lah i makan. kalau kismis hitam ni makan-ketika-terasa-nak-makan. seminggu sekali ke..heheh. boleh?

almond idok lah pulak dia ingat. heheh. nak buat camno. dah penat beli mungkin. asyik habis jer. dah jadi kudapan ketika memonton tv dah. hehe. bukan makan sebab baby ni. makan sebab nak sedap kan mulut sendiri.

ding dong!

semalam satu entry jer sebab semalam hari malas sedunia. lepas breakfast, tulis entry, blog walking sikit-sikit masuk bilik balik sambung tido. ngehehe

tengah sedap-sedap tido bunyi orang tekan loceng rumah. banyak kali gak. 3 kali kalau tak silap. tapi ignore jer sebab semalam tak de sape-sape janji nak datang so i assume jurujual or contractor mane-mane nak promote something. malas nak bangun sebenarnya. heheh. dasar pemalas.

sebab pernah sekali ade orang tekan loceng beria-ria. kalau dalam rumah sure lah berpakaian tak lepas piawaian tontonan umum, so kalau nak bukak pintu tanya nak ape kene lah salin baju pakai tudung segala. pastu bila kita keluar, dia promote pasal tinted cermin rumah? marah betul!

tapi semalam bangun tido tengok-tengok ade 3 missed call dari jiran blok sebelah. rupanya dia yang tekan loceng pagi tadi. saja datang berjalan. adesh. malu stokol. pukul 930 pagi pon tido lagi. eh. bukan tido lagi. tido balik. heheh

sebab dah termalu, bangun tido rasa semangat nak buat kerja rumah. bangun vacuum rumah, mop lantai and alih kedudukan sofa sebab bosan tengok susunan sama. husband balik kene marah sebab sofa and coffee table tu berat sebenarnya.

bila petang dah penat. nak masak pon malas. jadi semalam tak masak nasi pong. masak spaghetti hailam.
bahan metah

*husband balik sangat lambat semalam, jadi boleh masak sambil main-main. siap boleh buat sesi photoshoot dengan bahan-bahan mentah didapor*


spaghetti hailam husband punya

dulu ade orang pernah mintak resepi mee hailam ni, pernah letak kat blog resepi. semalam sebab masak sambil main-main siap boleh ukur lagi banyak mana sos letak. so ni resepi tepat la sikit. tapi ikut selera masing-masing lah nak tambah mane yang kurang. heheh

bahan:

4 ulas bawang putih(tumbuk)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil lada hitam(serbuk)
1 sudu kecil lada sulah(serbuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
kicap manis secukup rasa
sos ikan secukup rasa (tak letak pon takpe)
garam/gula

2 cawan air rebusan udang (air biasa pon boleh kalau takde)
sayur mayur (ikut ke-available-an bahan dalam peti)
lauk pauk (ikut ape saja yang ade dalam peti)
fish cake/fish ball

1. tumis bawang ngan cili kisar sampai wangi.
2. masukkan air, semua sos,kicap, lada hitam, lada sulah, fish cake, lauk pauk.
3. masukkan sayur, garam dan gula.
4. kalau nak pekat boleh campurkan air bancuhan tepung jagung or masukkan sebijik telur, kacau sampai masak. tapi farah tak letak pon. sos-sos tu dah buat kuah pekat.

siap~ selamat mencuba. hehe

Tuesday 19 October 2010

20102010

semalam malam yang bahagia sebab boleh jamu mata tengok asmara dan yang paling penting tak payah kejut husband masuk tido dalam bilik. heheh. berguna betul blog ni kalau bab nak melepaskan nafsu amarah terhadap pasangan anda. cepat jer dia berubah.=p

lagi pon semalam dia mengadu badan penat so i janji nak bagi full body massage dengan syarat urut dalam bilik. selagi tak masuk bilik selagi tu i tak nak urut. full body massage punya pasal pukul 10 dengan rela hatinya dia dah masuk tido dalam bilik. (walaupon i tahu dia nak tido awal sebab ape, diam kan sajo)

masa tengah enak tido bunyi alarm phone husband. rasa macam baru jer tido. takkan dah pukul 6. meraba-raba dalam kegelapan malam cari phone sendiri nak tengok pukul berape. 2.45 PAGI!

"bieeee. alarm phone u bunyi. awalnyeeeee"

*dia tutup alarm sambung tido balik*

baru nak terlelap tersedar balik sebab husband bangun cepat-cepat macam dah lambat sangat dah nak pergi kerja. bunyi dia ejas-ejas ekon. tinggi kan temperature mungkin. bunyi dia bukak pintu dengan perlahan dan cermat sekali, pastu tutup pintu bilik dengan sangat sopan santun. (mungkin dengan harapan supaya tak mengganggu tido isteri. padahalnya dah memang cukup mengganggu dah)

cesss...tinggalkan i tido sorang-sorang tak bukak lampu!

urghhhh. kenapa masa beli lampu dalam bilik tak beli lampu yang ade remote? terlalu malas and mengantuk dan suiz lampu terlalu jauh. jadi redha jer tido dalam gelap sorang-sorang.

baru nak tido balik terdengar husband bersorak dari luar. *senyum* ade berita baik la tuh kalau bersorak macam tuh. sambung tido tak sedar ape-ape sampai lah bunyi alarm pagi.

lepas sembahyang subuh sambil tunggu dia bersiap-siap nak pergi kerja,

"real menang semalam?"

"of cos la menang!"

"kalau pasal bola senang jer nak bangun"

*sengeh dan terdiam pikir ayat-ayat seterusnya mungkin*

"ouh..u sedar ke semalam? boleh pulak tido dalam gelap sorang-sorang?"

turn i pulak sengeh. ngehehe. NGANTUK tahu? gelap ke cerah ke..asal kan tak panas boleh jer tido.


dinner semalam: tomyam udang, sotong celup tepung, homemade pencicah, telur dadar

Monday 18 October 2010

i miss her...

dah penat makan roti. rasa macam dah banyak sangat yis dalam badan. so hari ni untuk lunch (awal sungguh lunch sebab hari ni breakfast pukul 615 pagi) makan lempeng kosong ngan sambal sardin.

lempeng kosong dengan sambal sardin cili padi and kicap lebih adalah makanan ruji beliau. huhu. tapi i punya version kicap tak banyak sangat.

lempeng kosng dengan sambal sardin

sapekah beliau?

my alom

semakin hari semakin jauh. memang macam ni ke bila membesar? jom jadi kecik balik lah kalau macam tuh.

mari berpesta pasta

my husband sedikit buzy 2-3 minggu ni. jarang dia balik sebelum maghrib. jadi kami dinner lambat sikit dari biasa.

sebab banyak kerja kat office, setiap malam konon-konon nak sambung buat kerja di rumah tapi biasanya akan tertido sebelum sempat on laptop pon. and nak kejut dia bila dia tertido adalah sangat stressful. jalan selamat adalah kene halang dia tido. bila dah tido sadakallahulazim lah semua kerja-kerja.

sebab sekarang ni macam tiap-tiap malam jer dia tertido depan tv, i ingatkan sebab makan food berat malam-malam buat dia mengantuk. so semalam i tak nak masak nasi. masak spaghetti tak delah kenyang sangat. cukup lah untuk dinner kan?

bahan mentah

spaghetti aglio olio with prawn lagi. hehe

lagipon dah lama bebeno rasanya tak makan pasta. sejak bulan puasa lagi rasanya.

so adakah makanan yang kurang berat berjaya menahan husband dari tertido depan tv?

TAK!

jadinya bukan sebab food. so malam ni boleh la masak nasi.

maybe sebab penat. maybe sebab stress. tapi i pon tumpang stress kejut dia malam-malam suruh masuk tido dalam bilik. sekali dua kejut boleh lah kejut suara lembut kejut dengan penuh kasih sayang. okeh, sebab consider semenjak dua menjak ni dia penat, kali ke sepuluh kejut pon i kejut dengan penuh kasih sayang.

tapi kalau dari pukul 11 sampai kul 2-3 pagi kejut tak bangun-bangun sape-sape pon akan bertukar jadi hulk. tak pasal-pasal bertambah dosa i. haishhh

so semalam sebab i kejut dia tak bangun-bangun, i malas nak menambah dosa cakap kasar-kasar, and i nak dia rasa bersalah i kejut dia tak bangun-bangun, i join dia tido kat luar. bangun pagi sakit pinggang padan muka diri sendiri.

"yang, kenapa tido luar?kesian baby. tak sakit badan ke? kenapa tak kejut i?"

yeahhhhh!! memang i tak kejut u. memang saja lah tido kat luar ni. sebab SELESA!

MARAH!

Sunday 17 October 2010

haishh..jangan merungut!

i rasa pengalaman masa pregnant ni adalah benda paling menggembirakan buat masa ni. setiap kali tengok perut semakin membesar tak pernah fail buat i tersenyum. hati berbunga-bunga setiap kali baby bergerak. masih lagi jakun setiap kali dia bergerak. masih boleh ketawa sorang-sorang kalau tiba-tiba perut berbonjol. masih lagi kecoh sibuk nak bagitahu husband. kalau dia tak de kat sebelah msg pon jadi. dia redha je lah sebab wife dia memang akan sentiasa over excited dari sekecik-kecik benda hingga sebesar-besar benda. (tapi dia pon excited bila dia boleh rasa baby gerak-gerak).

rasa bersyukur sangat lepas usaha keras (ngehehe), air mata drama tiap-tiap bulan, luka fizikal and mental masa first pregnancy akhirnya dapat juga rasa pengalaman ni.jadi setiap kali saya rasa susah or rasa tak best masa pregnancy kali ni, i just ingatkan diri sendiri ni yang kiteorang nak, so kalau ade susah sikit terima and enjoy the moment. bukan selalu pon pregnant kan!

1. bleeding

sebab kedudukan baby ni rendah so sangat senang lah nak bleeding. jadi tak boleh nak ganas-ganas sangat masa awal-awal pregancy dulu. masa bleeding dulu perasaan jangan cakap lah. sebagai orang yang emosi lebih, peristiwa first pregnancy memang sentiasa bermain-main kat otak masa tuh. nak berdepan kali ke dua? tak sanggup. hanya boleh berdoa semoga semua selamat. dan alhamdulillah baby ni kuat, boleh bertahan sampai sekarang. kene bed ridden adalah pengalaman yang bosan. tapi masa tuh baru kita tahu setakat mana kita boleh harapkan husband kita bila kita tak berupaya. heheh. dia memang boleh diharap. dia buat semua benda. masa tu i macam puteri beradu tapi tak tido yang kerja baring tengok tv dan main internet jer. heheh. (bila ingat balik best jugak)=p

2. morning sickness

tengok kawan-kawan yang morning sickness sampai tak boleh makan and berat turun rasa kesian pulak. sebab i tak teruk sangat pon. pening-pening sikit masa pagi and petang, tak boleh masak sebab bau dapor adalah busuk, tapi makan jangan cakap lah! berselera lebih dari orang tak pening. so masa 1st trimester memang masa untuk berehat i, dah la tak kerja, tak boleh buat kerja rumah, tak boleh masak, tapi makan banyak. hahaha. masa yang sesuai untuk ternak lemak gitu=p tapi sampai sekarang pon, kalau jadual makan tak betul or lapar memang akan pening. makanan memang sahabat sejati. camano tak memebesar dengan jayanya kan? hahah. alasan.alasan.

3. heart burn

pedih ulu hati. masalah timbul bila lepas musim makan-makan sedunia. masa raya kat kampung memang sentiasa makan, bila balik kl asyik pergi open house jer. jadi perut dah terbiasa makan banyak. bila hari biasa dok sorang-sorang nak makan pon malas. akibatnya perut merembeskan asid secara berlebihan. sengsara jugak lah masa first time kene. semua benda masuk akan keluar balik di tambah pulak ngan rasa pedih kat ulu hati. seksa nyah. naseb baek ade penyelamat.

gaviscon bertindak macam magic.

*macam iklan pulak*

sampai sekarang pon tak boleh salah makan makanan pedas or makan tak ikut masa. mesti rasa tak sedap. sekarang terlebih makan pon tak boleh, tak makan pon tak boleh. kene makan dengan kerap tapi sikit-sikit.

4. stretch mark.

i start pakai minyak dan segala jenis losyen sejak pregnant 4 bulan lagi. sejak perut mula menonjol. konon-konon tak nak ade stretch mark pon. konon! and masa check up doctor puji perut dah besar tapi stretch mark tak ade lagi. rasa berbaloi-baloi sentiasa membiarkan perut belengas. tapi 2-3 hari lepas doctor puji tiba-tiba ade 2 garisan biru kemerahan kat bawah perut.

deng! stretch mark pregnant memang mengerikan. macam pendarahan dalaman gituh. warna merah-merah campur biru. makin gigih letak losyen dengan harapan berhentilah naik. please. please. tapi 2-3 hari lepas tuh kulit perut pedih macam nak pecah. bila rasa edih jer letak losyen banyak-banyak. tapi usaha sia-sia. stretch mark naik bagaikan juara. ngeri tengok. naseb baik tak nampak dari pandangan atas and depan.

kecoh kat husband tapi dia gelak jer. sampai lah dia tengok sendiri. dalam masa seminggu kulit perut bertukar dengan jayanya. T_T. mak redha jer sekarang nyah (sambil lumur-lumur minyak)

jadi husband, bila rasa ade perasaan nak pasang lain tuh, ingatlah perut i yang merekah sebab bawak zuriat u neh. tu tak masuk benda-benda lain yang akan rosak lepas-lepas ni lagi.

5.sakit pinggang

masa awal pregnancy tak de masalah sakit pinggang pon. masalah ni baru jer timbul sejak dok ulang alik naik kereta raya and pergi johor hari tu kut. dan sekarang sakit pinggang adalah masalah utama. gosok-gosok hanya menyamankan sahaja. sakit tak hilang. dan sekarang kalau bangun dari tido dah macam nenek tua nak bangun dah gaya nya. duduk lama tak best. berdiri lama tak best. tido lama best~ ngehehe

6.penat memanjang.

cepat sangat mengah. semangat berkobar-kobar nak kemas rumah (ye ke?) pastu buat 15 minit berehat setengah jam. ngahaha. penat weh. haish.

7. panas.

dah. panas ni malas nak komen. ngan cuaca sekarang. hemo. hemo!

tu benda-benda obvious lah. benda-benda lain macam berat, pengembangan tuh tayah cerita lah semua orang tahu. tapi kadang-kadang masih tak sedar diri jugak rasa macam tak de lah mngembang sangat, tapi bilatengok gambar terkejut. wowo! besar nya i. hehe

kadang-kadang bila berjalan masih jugak tak sedar diri nak lalu kat ruang-ruang sempit nak menyelit-nyelit. kalau dulu-dulu muat jer. sekarang tersekat kat montot lah, kat perut lah. kadang-kadang sampai kene sound.

"yang, kecik tuh jalan tuh, ruang besar banyak lagih, tolong lah sedar diri"

T_T

19 bulan

masa husband outstation hari tu pecah rekod tidur sorang-sorang tak de orang teman. *bangga* mungkin dok kat sini tak de masalah kut duduk sorang-sorang sebab tak rasa sunyi sangat pon. atas rumah kiteorang sekarang student yang sewa. pukul 530 setengah pagi dah dengar bunyi dieorang bersiap. malam-malam pon boleh dengar dieorang bising-bising kalau bukak sliding door. teringat zaman remaja. sekarang dah tak remaja=(

tapi 3 malam jer. lepas tu pergi johor untuk majlis along and konvo pokwe dan lepas balik dari johor pok we stay kat rumah sebelum balik kelantan. teman sampai husband balik atas sebab kesihatan. hehe

hari husband balik adalah hari 19 bulan kawen. sila salahkan hormon pregnant. kali ni i lupa lagi! isk. dia pagi-pagi dah wish. jadi untuk menghilangkan rasa bersalah merancang masak special sikit untuk sambut kepulangan suami. ajak pok we pergi bahan mentah kat giant.

ikan siakap 3 rasa.

dengan sayur kailan ikan masin and telur dadar

*telur dadar menu wajib yang tak boleh tingggal* =p

tak de lah special sangat pon. gihihi. cuma masak kali ni tambah lagi satu bahan yang tak pernah guna. sos plum. i dah makan makanan makanan yang campur nenas, tapi tak makan nenas lagi. eh. makan sikit.=p



dan sebagai hadiah kene tinggal and 19 bulan kahwin, ter overdose benda kat kat ni. nyum nyum.

Friday 15 October 2010

weekend

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..weekend sudah~

dan husband saya sedang berada di ofis

*deng*

hari sabtu tak de rancangan best kat tv. tengok kimora buat kali ke seratus juta. episode dia lahirkan baby kenzo. nangis sikit sebab terharu. boohooo..tolonglah tengok kimora pon boleh menangis!

haih. lama-lama tak update mood lari terus lor. mood belum datang. sila bersabar yer sayang-sayang.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...bosan!

Tuesday 12 October 2010

kalio udang katanya

saya tak masak dengan beria kalau husband tak de. masak benda senang asalkan kenyang jer. so ni menu last week masa husband ade lagi. heheh

my husband sangat lah suka makan udang. sampai i dah naik muak nak masak. ok. bukan naik muak nak makan. nak masak tu dah tak de idea dah. paprik, masak kunyit, masak kering, sambal, isk. bosan. bosan. benda sama jer. kari dia kureng.

so last week i week i menggodek-godek, menggoogle-google jumpa lah resepi Kalio Udang ni.

kalio udang

tak tahu lah mana asalnya kalio udang ni. tapi dia macam gabungan masak lemak cili padi ngan gulai lemak kuning kelantan. tapi letak daun limau purut jugak. so menarik jugak lah rasa dia sebab ade serai, daun kunyit, daun limau purut dan extra hot cili padi. my husband suka jadi lain kali boleh cuba buat lagi.

makan dengan sayur celur cicah budu.

heheh. budu tak boleh tinggal. lepas tu garu-garu hidung. resdung.=p

the moment of truth

hai!

i kehilangan nafsu berblogging dua tiga hari ni. di landa kemurungan dan kehilangan semangat. hari ni baru bangun dengan muka bersinar-sinar bercahaya berseri-seri sebab husband balik hari ni. hehe. nak cakap mak hover pon cakap la nyah.

ramai tanya kenapa saya tukar link and tutup blog lama. eh. blog lama tak tutup. masih wujud. cuma link ditukar. sayang la nak delete. banyak kenangan-kenangan and cerita-cerita dalam tuh. tunggu masa yang sesuai saya akan bukak balik.

sekarang ni lebih selesa dengan blog baru ni walaupon terasa sedikit menyampah sebab blog dah jadi kosong, link-link hilang, and follower pon dah kene mula dari awal balik. heheh.

jadi. kenapa tukar link? meh saya bagi jawapan dalam bentuk multiple choice. korang fikir lah yang mana yang logik.=p

A. blog dulu banyak betul mencarut, melucah, mengarut. sejak pregnant ni, i cuba sedaya upaya (tapi masih lagi fail) untuk menjaga percakapan, perbuatan, penulisan untuk menjadi sedikit bermoral. sebab nak jadi mak orang kene la tunjuk contoh yang baik kan? lagi pon sekarang baby dah boleh mendengar. takkan die nak dengan carutan sejak dalam kandungan kan? tak bagus. tak bagus. dulu saya berazam sebaik saja bergelar ibu, saya nak tukar link, berblog ala-ala mommy pulak. tapi nampaknya terawal la pulak. (moga-moga impian nak berblog dengan cara sopan ni jadi kenyataan. gaha)

B.dulu saya guna nama betul saya kat link blog konon-konon nya sebab nanti-nanti kalau kawan-kawan yang dah lama lost contact tiba-tiba teringat kat saya dia boleh google nama saya and boleh tahu pasal saya. lagi pon nama saya unik (perasan). biasanya kawan-kawan lama saya akan ingat nama saya walaupon muka dah tak ingat. tapi lain pulak jadinya. bila guna nama sendiri terasa terlalu terdedah and macam tak de privacy pulak. lagi pon lepas ni kalau kerja saya tak nak kawan-kawan sepejabat baca blog, and buat analisis pasal saya dulu berdasarkan blog sebelum dia kenal saya secara personal. sebab dari penulisan ni dia boleh salah faham and fikir bukan-bukan. tak bagus. tak bagus.

C. sejak pregnant saya cuba untuk tidak stress. nanti terjejas emosi baby. saya malas nak fikir benda-benda remeh. malas juga nak kurang ajar. malas juga nak layan orang ignorance sebab nanti diri sendiri yang nampak vodoh. so buat masa sekarang saya lagi suka lari dari masalah remeh sebab banyak lagi masalah tak remeh yang melibatkan rumah tangga, suami, parents, adik beradik and orang yang penting dalam hidup. orang yang kurang penting yang wujud dalam hidup ketika senang jer biarlah dia nak cakap ape. dia boleh judge saya, tapi orang yang betul-betul sentiasa wujud dalam hidup saya jer kenal saya. so buat lah nak buat ape. tapi jangan lebih-lebih sangat. kesabaran orang orang ade batas.

D. semua diatas adalah benar. tapi sebab utama adalah C. hehe

sorry. tak boleh lah nak bercerita secara detail. sebabnya blog ni tak private pon. kalau orang semangat nak cari salah saya still boleh jumpa. lagi pon emosi i dah tenang sekarang. masalah-masalah walaupon masih tak setel tapi sesungguhnya i don't give a damn.

sekian. terima kasih=)

Sunday 10 October 2010

10.10.10

weekend ni sangat buzy sebab family dari kelantan datang rumah. badan sakit-sakit sebab travel. adeh.

10.10.10 banyak peristiwa penting kan. terutamanya semuaorang berebut-rebut nak kahwin semalam. huhuh

1. majlis sambut menantu along kat johor. tak de gambar. tunggu lah update bergambar dari tuan badan.

2. convo pok we. juga kat johor. dan juga tak de gambar.

ish. bie, saya memerlukan camera. tak pon satio, heheh.

semalam ade accident kat highway. berita lanjut kat sini.

dan i salah seorang mangsa! bukan mangsa kejadian, mangsa keadaan. accidentnya jalan belah sana, tapi belah sini pon sama naik sebab orang nak tengok accident. isk. isk. sepatut sampai kl kul 1, tapi kul 1230 masih lagi dok melangut dalam jem.

dah la sakit pinggang, dah lah abah yang drive ni mengantuk. dugaan betul.

Thursday 7 October 2010

lunch pelik

pergi dapur rasa macam nak makan cucur kentang. hiris kentang nipis-nipis supaya cepat masak. bila dah campur sesudu kentang baru teringat nanti xde sumber protein. so campak sebijik telur. sebab telur saiz besar, tepung dah jadi sikit sangat nampak macam buat omelet lagi ok kut. kira halal je lah tepung sesudu tadi. pastu campak bawang, carrot, brokoli ngan cendawan untuk kesan yang lebih sihat. dan campak jugak beberapa ekor udang supaya bertambah menarik. hah amik! semangkuk besar. oh lupa. perisakan dengan lada hitam and garam. dan akhir sekali masa masak letak cheese untuk lebih kalori. omelet sebesar-besar pinggan

dah! lunch sudah siap. sepatutnya ni menu breakfast kan? fedulik!

makan dengan sos sambil tengok csi. rasa? kurang masin dan agak muak. tapi belasah sajor.

habis makan tanpa sedar. makan dengan tak de perasaan. hanya perlu makan untuk kenyang.

perasaan lain masa makan: RINDU!

haih.

7 bulan

cepat sangat masa berlalu sekarang. rasa macam tak terkejar. bangun pagi dok kejap tengok-tengok dah tengahari. ke sebab menggemuk pergerakan terbatas dan slow jadi masa meninggalkan i dengan pantas? heheh

selasa lepas pergi intai baby tapi jumaat baru berkesempatan nak update. alhamdulillah baby sihat walafiat macam biasa. kali ni amik darah and inject kancing gigi kat montot. kene inject tak rasa pon, tapi amik darah rasa sebab jarum dia guna segabak-gabak jarum.=(

next appointment maybe kene buat diabetes test. sebab tengok mummy-mummy yang dah 8 bulan berkelah minum air gula beramai-ramai. heheh. i baru 7 bulan masa check-up hari tuh. yeay! terlepas.=p bersedialah nak minum gula stock seminggu minum pon tak habis next appointment. ngehehe

perut i sentiasa beralun sekarang. berbonggol-bonggol dia tendang tak tahu tangan ke, siku ke lengan ke, lutut. kadang-kadang macam pelik baby ni tak tidur ke asyik gerak jer. bila scan rupanya memang betul, baby tak duduk diam sekejap pon. sampai nak amik gambar pon susah asyik blur jer. tapi tengok dia gerak best la. siap menguap-nguap. tapi sambil menguap pon still active bergerak. sangat cute!

position dia sekarang tulang belakang dia selari ngan tulang belakang i, dan muka facing perut i. so kalau dia menendang ke bergusti ke kat dlam tu memang akan rasa kat perut. padan lah kuat sangat berbonjol-bonjol.

berat dia dah sekilo lebih. pipi dia dah chubby. tangan dia dah tak kurus sangat nampak. jari cute-cute jer nampak. eee..tak sabar nak tengok dia kat luar. sabor mummy. sabor

image paling clear yang berjaya di snap. susah tau!

pipi saya tembam kan? dagu sejemput=)

ni last month punya image

hehe.letak je lah image last month punya. last month bulan yang buzy, tak sempat nak update pon. tapi saiz last month dengan this month macam sangat berbeza jer. cepat jer dia membesar.

sekarang ni sebab pergerakan dia jelas i perasan sesuatu. masa i mengaji, semayang or pasang zikir ke kat latop mesti dia senyap jer. kalau bergerak pon sopan-sopan jer. tapi kalo pasang lagu mesti bergerak melompat-lompat. dia tahu beza eh? masa orang mengaji kene sopan tanda hormat. or mungkin dia menghayati sampai tertido. =p masa ade muzik kita joget. heheh

Wednesday 6 October 2010

kembali dengan aktiviti

sejak raya aktiviti blogging serta aktiviti harian sedikit berubah. dan bila balik kl pon ambik masa balik nak kembali ke rutin ditambah-tambah lagi dengan kesihatan minggu ni kurang memuaskan.

walaubagaimanapon blog-blog yang u follow i masih jugak jenguk. tipu lah kalau kata seminggu tak bukak blog kan. heheh. tapi tak sempat nak tinggalkan komen pon. just baca jer nak tahu perkembangan semasa.

masalah utama sekarang adalah blog yang i hari-hari baca tapi tak follow. sejak tukar link blog lama tuh, blog list kat tepi blog hilang. now i kene berjalan-jalan melompat-lompat pergi mengumpul balik blog-blog yang wajib dibaca hari-hari tuh.

tak pe. pelan-pelan kayuh.

dengan layout blog ni yang skema habis. harus juga tukar template bagai. tapi malas nye ya allah~ biarlah bogel macam ni dulu. malas nak serabut-serabut dengan code2 lagi.

so kepada kawan-kawan yang dah lama tak tengok jejak i kat blog masing-masing, jom kita terjah~

nota tambahan untuk suami: huiiii..internet laju giler. tq sebab sudi tukar bb. ngehehe. tulah. kutuk2 lagi celcom i, time nak travel celcom jugek yang anda usung. selamat menambah pressure hidup dengan celcom bb. i nak g melayan youtube. ngehe

aiyyya..

saya kene tinggal lagi! maybe kali ni seminggu. tiket 13 haribulan. tapi kalau kerja siap cepat die balik cepat. jom doa biar kerja dia siap cepat..

macam tak biasa jer kan. tapi i tak suka short notice. i kene prepare. dari segi mental fizikal zahir batin. batin tu yang penting.

semalam masa tengah masak dinner die bagitahu,

"maybe i kene g bintulu esok"

bagi respond lebih kurang jer sebab dalam kepala, 'alahhh..maybe pah cerosss. tak jadinye'

sebab biasanya kalo maybe ni kebarangkalian nak jadi kenyataan tu sikit biasanya.

petang semalam balik sangat lambat sebab nak siapkan kerja katanya. pastu jalan malam-malam pon jem lagi. haish. sampai sejuk lauk wife masak sementara tunggu husband balik makan. lapar cerok.=(

tapi sebab nak jadi wife mithali muka sambut husband pulang kerja haruslah manis. hati masam tak pe. hati tak nampak. lauk boleh panaskan balik. perut lapar boleh makan pisang dulu.

bila husband balik boleh lah menyantap dengan jayanya. perut dah lapar ape nak tunggu lagi kan? muka yang tadi manis bertambah manis sebab dah boleh makan.

"flight i esok pagi"

"hah??!! i ingat tak jadi"

*untuk tambah kesan dramatik sila bayangkan mulut ternganga hati crack pecah jatuh berderai-derai segala*

T_T

jangan banyak bunyik kalau nak terus makan nasi. redha sahaja walaupon tak sempat prepare fizikal mental zahir batin.


cute kan?amik gambar masa tengah kemas kagum dengan kekecikan saiz dia sampai dua jari i pon still ketat

*masih dalam mood kagum dengan baju baby yang sangat kecik*

anggap je lah jari berbulu tu bukan jari i T_T

masa kiss-kiss-bye-bye,

"babai baby, daddy pegi kerja seminggu jer. jaga mummy eh. baby dok elok-elok. jangan buat hal daddy tak de nanti mummy susah"

"babai mummy, jangan buat kerja berat-berat. jaga baby"

mummy??? bila dah nak ade anak panggilan sayang laling sweetheart cinta buah hati dah beransur-ansur hilang ke?

hurm..jangan panggil 'mok mung' dah~

Tuesday 5 October 2010

dah start dah

beli barang baby sekali arung memang sangat terasa. sebab harga barang baby adalah sangat tak masuk akal jika nak dicompare dengan saiz nya. haha

pencarian barang baby tak complete sepenuhnya. ade lagi sikit-sikit yang tak kenal jumpa. baju pon nak tambah sikit lagi selai dua kalau jalan-jalan jumpa yang cantik.

barang-barang untuk breast feed beli nanti-nanti. sekarang tengah survey-survey lagi. and tengah pikir keperluan, keinginan and kemampuan. heheh


basuh baju baby

banyak barang baby beli warna putih. sebab rasa putih macam suci jer. (plus barang baby banyak putih pon kan)

baju-baju baby banyak daddy die yang pilih. try mengelak untuk beli color pink sebab takut baby keluar nanti tibe-tibe ade bird. takkan nak pakai baju pink kan? haha. tapi tak boleh lah. sebab dah set baby girl, dan barang kaler pink adalah terlalu cute untuk tidak dibeli. isk!

tapi kaler-kaler universal macam putih, hijau, kuning, oren tetap jadi pilihan.

masa belek-belek barang baby adalah masa paling best. barang-barang baby kecik sangat and boleh bayang kan baby pakai baju tu nanti. olololo. kecik nye kamu. haha

selagi tak basuh selagi tu lah dok membelek barang baby jer kerjanya. so i dah basuh siap-siap barang baby. dah lipat siap-siap susun dalam almari. almari baby tak de, so adjust-adjust space dalam wardrobe mommy and daddy dulu.

nama penuh baby dah ade. =)

tak sabar nak tunggu die keluar. (hoih! lambat lagi lah)

incognito mode

hallu~

thanks kepada yang drop comment and email nak terus baca blog i. sangat-sangat rasa di hargai. *smile*

reason kenapa nak tukar link adalah saja nak berubah angin.

tapi diri sendiri tak sure kemampuan nak berblog secara incognito ni sebab memang suka letak gambar sendiri banyak-banyak kan. hehe. tak pe. kita try. kalau tak mampu kita gelak ramai-ramai.

walaubagaimanapon, isi blog masih tetap sama. hala tuju blog tetap sama, writer pon masih sama, bahasa sama, cuma identiti lebih tertutup.

jadi walaupon link dah lain and nama pon dah lain, kepada yang kenal saya masih tahu ni saya. heheh

jumpa lagi di entry lain.

babai.