Monday 31 October 2011

maryam..please sleep~

maryam kan sekarang tengah nak explore semua benda. tengah nak bermain. sampai tak nak tidor. susah sangat nak tido kan dia sekarang. kalau dulu bagi susu jer pukul 9 lebih, nanti tido lah sendiri.

sekarang bagi susu sampai kenyang pon dia tak nak tido. bila dah kenyang susu dia dah lali, pastu dia lawan bangun main balik. pastu kalau i ambik dodoi sampai lengung pinggang pon, nampak macam dah tido, tapi kalau letak die bangun main balik. geram tau. setiap hari kene paksa tido.

kalau dah pukul 11 still tak nak tido lagi (dia gosok-gosok mata, crankymacam nak tido. tapi masalahnye tak nak tido) dan dah bagi susu pon tak nak tido i dodoilah. kadang-kadang ok jer i dodoi. tapi most of the time maryam ni tak nak tido kalau i dodoi. ngan walid jer berkesan kalau dodoi ni. kalau ngan i guna the power of t*t*k jer. kadang-kadang kalau orang dodoi die, die tolak-tolak badan kita nak turun sambil nangis-nangis marah orang tidokan dia.

kalau i dodoi die, i kene dukung die. berjam-jam dukung sambil dodi. lenguh satu badan. kalau walid die dodoi, sambil baring pon dia tido jer.

tapi masalahnye, walid die ni akan ambik bila i dah penat bekerja keras nak tidokan or bila walid dah nak tido. bila ngan ummi-ummi sekali dah cranky masa tuh. ingat tak penat ke nak tido kan baby yang tak nak tido. kalau tak nak tido nak main senyap-senyap ok jugak. ni mata dah ngantuk sangat, asyik nangis jer, tapi orang dodoi tido die tak nak.haish

kalau tak dipaksa tido sampai pukul 12, sampai pukul 1 pon dia taknak tido lagi. terganggu aktiviti ummi ngan walid. eh.

nak kata siang tido banyak, tak pon. siang pon tido kejap-kejap. macammane yer nak buat? ke baby umur ni memang begini perangainye so ummi ngan walid kene redah jer? penat weh!

cottage pie melayu stail: baby food 9 bulan ke atas


cottage pie with love

must try recipe!

sangat sedap ok! satu yang ade love tu for maryam. takde garam gula. yang lagi satu i tambah garam sikit. untuk i. setap!

i ambik resepi kak SINI. thanks kak farah rahim for the recipe. banyak sangat maryam makan sampai ummi rasa nak buat pie lagi untuk hari ni. dan resepi ini juga adalah sangat senang untuk disediakan. tapi i ubah sikitlah mengikut ke-available-an bahan di dapur. cek cek cekidout~


bahan-bahan:

1 ulas bawang putih- cincang
1/4 ulas bawang besar holland-cincang
1 sudu teh rempah sup adabi
isi ayam-cincang gaul dengan sedikit tepung
carrot-hiris kasar sikit. (sebab nak bagi maryam makan sendiri carrot, kalau nak suap, cincang)
brokoli-cincang
tomato- cincang
batang celery-cincang
satu biji kentang-lenyek bersama sedikit cheese. (i guna 1 sudu cheddar cheese diparut)

cara: tumis bawang dengan unsalted butter sehingga wangi, masukkan isi ayam yang sudah digaul dengan tepung gandum dan rempah sup adabi. kacau sehingga isi ayam masak. masukkan sayur-mayur dan air. masak sehingga sayur lembut. masukkan air secukup pastikan tak terlalu kering. masukkan ke dalam casserole. selepas itu, tutup inti dengan kentang lenyek dengan cheese tadi. bakar dengan temperature 200 darjah celcius, lebih kurang 20 minit. sebab maryam yang nak makan, so i buat sampai kentang tu perang sikit-sikit jer. lembut sikit.

inti

sedia untuk dibakar

dah siap cottage pie penuh kasih sayang

sedia untuk di makan

makan sambil mengadap boy friend best wuh!

maryam makan banyak semalam. alhamdulillah~

Sunday 30 October 2011

saya memerlukan mereka

seriously saya sangat ingin mahu memiliki satu compact camera. sebab tak larat nak mengusung dslr ni kalau keluar husband takde. deym u pencuri camera. curi camera hadiah beranak i. aku penat-penat beranak suka-suku sajor kamu ambik. sikalang i kene beranak lagi barulah dapat camera baru kut. urghhh!

sabtu lepas keluar dengan kawan-kawan. sebab nak jumpa aliah jugak. yang baru balik dari sambung master.


saya yak kenal auntie ni.macam tak pernah tengok jer. kata maryam

keluar makan kat nasi ulam belakang giant kinrara

wah maryam!

bila keluar dengan mereka-mereka ni i boleh berjalan lenggang kangkung

best kaN?! HAHA..tu jer gambar yang menari i malas nak ambik gambar sebab camera berat. huhu

kali ni, yang join acara breakfast (breakfast ke?) adalah ain, hazirah, aliah, zek. moksa.raja. lama melepak kat nasi ulam tu sambil buat bising kat situ sambil makan jelly bean.

kembali kepada title entry, saya sangat memerlukan mereka untuk buat saya ketawa macam zaman dahulu kala. ketawa sampai lupa, 'eh. dah beranak satu rupanya'. ketawa sampai lupa, 'eh, kat kedai makan rupanya. ingatkan hostel'. huhu

setiap kali jumpa mesti ketawa sampai lenguh rahang. and mesti rasa macam malas nye nak balik rumah. haha

Thursday 27 October 2011

sutchi fillet

adeh..sungguh banyak membuang masa lah hari ni. nanti i cerita. sebelum tu tayang makanan breakfast maryam dan umminya.

sopan sangat lah duduk macam tu sayang.

macam-macam gaya kalau dia makan. tu tak masuk bab berdiri atas baby chair lagi. haish.

hari ni ummi nak masakkan maryam potato salad sebenarnya, tapi resepi yang ummi jumpa semua benda yang maryam tak makan lagi, so ummi try buat macam ni dulu nak tengok maryam suka ke tak, lain kali kita try tambah benda lain pulak.

potato salad

1 biji kentang(rebus, buang kulit, potong dadu)
1 sudu kecil yogurt plain

gaul sebati.

potato ni manis, boleh lah hilangkan sikit rasa masam yogurt. lagipon maryam memang suka yogut. dia makan lah 7- ketul. selebihnye ummi makan. heheh. macam biasa. sekarang ni food harian i adalah baby food. -____-"

nak tahu kenapa i banyak membuang masa hari ni? sebab i dok membaca pasal sutchi fillet ni.

kami tak sempat lagi nak pergi pasar nak top-up lauk pauk and sayur mayur. pergi giant jer sebab nak kene beli sayur and lauk jugak untuk maryam. haritu pergi cari ikan salmon tapi takde, so i ambik fillet ikan frozen. nak try. i ingatkan fillet tu ikan dori, sebab tanda harga besar tu dia tulis ikan dori so i ambik jer lah satu, sekali bila balik dia tengok-tengok sutchi fillet.

i google la nak tengok sutchi fillet ni ikan menatang ape kan. siyesly tak pernah dengar. so jumpa lah macam-macam cerita baik dan buruk. antara yang buruk adalah disini. kat internet ade bermacam-macam cerita baik dan buruk, kita yang kena nilai sendiri. so i menilai ni maybe propaganda jer kut sebab artikel tu tak meyakinkan. hurmmm...

walaupon begitu, i tak bagi lah maryam makan sebab tak pernah tengok pon nama ikan tu dalam senarai ikan yang selamat dimakan oleh baby. next time kene baca label betul-betul maghfarah! tak pon i kene belajar buat fillet ikan sendiri. wah-wah. lama-lama boleh join masterchef macam ni.

tapi untuk ummi boleh lah sebab dah beli kan. letak lada hitam, garam, mintak zaiton, lalu grill di atas non stick pan. pastu grill tumbuh-tumbuhan. siap sudah lunchy for ummi. (makan pon dalam pinggan baby-___-")

sedap lah jugak. hihi




lunch untuk maryam: butter beef porridge

lama tak masakkan maryam porridge. kali ni saya try letak butter sikit untuk menambah rasa sebab porridge kosong dia sudah tidak mahu itu hari

1 ulas bawang putih
sedikit unsalted butter
1/3 pot beras wangi
1 cawan air
satu batang daun sup
carrot
brokoli
1 sudu besar daging di cincang

1. tumis bawang dengan butter, lepas keperangan masukkan beras kacau sehingga sedikit perang.
2. masukkan air dan daging. bila nasi dah lembut baru masukkan sayur.

habis dia makan 3 sudu besar. kira dah sangat banyak dah tu bagi maryam. tak tahu lah sebab tambah butter ke sebab die dah nak makan balik porridge. esok nak try masak tanpa butter mcm dulu-dulu nak tengok dia makan ke tak.

Wednesday 26 October 2011

scrambled egg for baby

seronok pulak cik jah main masak-masak untuk budak kecik ni. untuk breakfast pagi ni maryam makan scrambled egg dengan hirisan timun. kalau nak tahu, timun ni antara sayur feveret maryam. dia kunyah-kunyah macam tu jer. teether semula jadi lagi. kalau baby takde alergik, boleh bagi telur seawal 8 bulan. dulu i takut-takut. maklumlah orang kata telur ni alergik. tapi masa check-up maryam 9 bulan paed dia cakap dah boleh bagi.


bahan-bahan:

satu biji telur (untuk kanak-kanak tak sampai setahun egg yolk sajor)
sedikit unsalted butter
2 sudu EMB/ fm


cara: pukul telur sikit campur EBM. dalam non stick pan letak butter sikit and kacau telur sehingga masak.

done!

maklumat pasal bila nak bagi telur ni kat sini. dia kata telur putih antara benda elergic yang tak boleh bagi pada baby. jangan bagi baby telur putih selagi dia tak berumur setahun. so kalau tak berani, bagi ajo telur merah. telur putih omak nye makan, buek macaron ke, pavlova ke. eceh!

ummi..setiap kali makan nak kene ambik gambar ke?

yeay! maryam suka~

semestinyalah tak habis sebiji telur tu. huhu

saya prektis ni walid

ummi selalu tanya maryam,

"maryam, bila awak nak belajar step ni..berdiri sambil lepas tangan dah lama"

heheh..tak sabar betul ummi ni kan. bila saya dah jalan nanti tak terkejar baru tahu. sebenarnya saya dah steady tau berdiri lepas tangan. siap boleh bangun duduk ambik barang semua lepas tangan. masalahnye saya macam tak confident nak melangkah.

kalau berdiri sambil pegang sofa or meja or dinding pon saya tak berjalan sangat. saya akan berjalan kalau aim sesuatu jer. kalau takde benda saya aim saya berdiri jelah kat situ posing ayu sampai kaki saya penat. bila saya penat saya duduk.

ummi cakap kat walid maryam perlukan sesuatu untuk membantu dia tambah confident nak berjalan. ummi suggest kat walid kereta yang ade pemegang kat belakang tuh. menarik jugak. boleh maryam tolak macam abang afeef. siap ade hon lagi. boleh tekan-tekan buat bising dalam rumah. pergi jusco semalam jumpa, so try lah.

walid cakap laju sangat kereta tu bergerak kalau pegang. sebab dia ringan. nanti maryam 'nunggeng nyo'.takdak safety bagi budak baru nak belajar melangkah macam maryam. kalau dah pro nanti baru boleh beli. pergi try walker, maryam suka mainan-mainan kat walker tu, so walid tutup mata lah jugak bayar walker tu demi anak. heee

walid pesan kat maryam,

"maryam kene rajin-rajin prektis tau"

maryam suka la walker ni walid

walker jer gerak depan belakang. dia stay. boleh?

cuak nak melangkah

oyeahhh..steady dah..tapi tonggek2 lagi takut. haha

ok. cukup la tu prektis. bye!

aktiviti hari deepavali

semalam menerima berita sedih from seorang jiran, Im. mak dia meninggal semalam. jom lah kita sedekahkan arwah alfatihah semoga arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman. walaupon baru beberapa kali jumpa rasa jugak kehilangan sebab teringat-ringat arwah yang lembut jer bila bercakap and suka bercerita. semoga im dan family tabah dengan ujian ini.

semalam bagun pagi lambat sikit. maklumlah mood cuti kannn. bangun dari bermalas-malasan di atas katil pukul 9. malas-malas jugak. perut sendiri takpe boleh sumbat dengan ape saja, lagi dua perut tu kene isi. so masak lah mee goreng untuk santapan suami isteri.

mee goreng dengan api kopi. husband cakap mee goreng hari ni sedap dari yang terlebih kicap hari tuh. haha

padahal sama jer legamnye. beza nya kali ni i tambah telur jer.


budak kicik ni makan puree labu.

alhamdulillah. semua perut happy dengan breakfast masing-masing. memandangkan tiada aktiviti pada hari tu, maka 3 perut duduklah melepak depan tv. 2 perut besar melayan satu perut kecik. tiba-tiba si perut sederhana besar bersuara,

"i nak pergi ofis lah. i tertinggal something. u nak ikut?"

omg. mestilah nak! rezeki jangan ditolak. maka teruslah excited si perut paling besar.

"NAKKKK!"

tapi masalahnya masa tuh sudah menghampiri masa lunch si perut kecik. nak keluar mestilah kene masak untuk perut kecik ni dulu. so kene masak something yang cepat dimasak. lepas mandi, siapkan si perut kecik, start prepare luch perut kecik.

sup pasta dengan sayur campur dan tofu. cepat dimasak dan sedap di makan

bahan-bahan: bawang putih, spaghetti, tomato cincang, carrot cincang, brokoli, tofu

cara:
1. tumis bawang dengan minyak zaiton sampai lembut, masukkan air, carrot dan spaghetti.
2. bila carrot and spaghetti dah lembut masukkan tomato, tofu dan brokoli. kacau sekejap. tutup api.
3. tak payah tambah garam gula. tambah kasih sayang jer banyak-banyak. insyaAllah food akan menjadi sedap. haha

sambil siap-siap pakai baju, tempek beberapa biji bedak kat muka, pakai tudung semua, sambil masak kan si perut kecik lunch. setengah jam sudah ready untuk keluar.

pergi ofis si perut sederhana besar je ker?

of cos la TAK. si perut sederhana besar ajak pergi the garden. bukan si perut paling besar yang ajak ok.

(si perut kecik moody baru bangu tido. haha)

si perut sederhana besar nak pergi beli pakaian pergi kerja. lagipon sekarang tengah sale. masa yang sesuai lah nak mengirai duit.

si perut kecik masih lagi moody. dibiarkan di tepi cermin supaya boleh melayan diri sendiri sementara nak tolong si perut sederhana besar pilih seluar.

tiba-tiba...eh senyum? vain ko ni nak-____-"

pergi garden mane boleh tak pergi tempat kesayangan beta kan. midvalley harus ku jejaki

si perut sedehana besar, kalau i kata u ambik gambar tak pernah nak cantik u kata faktor model. tapi boleh tak lain kali at least ambik gambar biar i nampak ready sikit. boleh tak??? grrr.. (ni jer satu-satu nye gambar senonoh i pada hari itu)


perlu ke buat kepala macam tu maryam?huhu

saya lunch dengan makanan penuh kasih sayang ummi, ummi makan asam laksa, walid makan nasi lemak. tempat feveret ummi kalau masuk jj. bau asam laksa buat ummi tak boleh tahan ummi cakap. terpaksa makan jugak. (terpaksa?)

thanks walid belikan saya walker! saya bejanji akan prektis berjalan bersungguh-sungguh...


Tuesday 25 October 2011

pumpkin soup for baby

saya tahu labu adala sejenis buah bila saya ade seorang anak. huhuhu. mase buat research nak suap maryam solid food awal-awal dulu. mase tu jugak la i tau yang labu ni buah yang super bagus. kandungan beta corotena nye, mineral nye, mengurangkan risiko cancer and sakit jantungnye. hebat buah ni. kalau kat kampung orang tak pandang pon.

eh. tipu la tak pandangkan. i adalah penggemar tegar labu sejak dari kecik. rasenye semua family i suka labu and labu tak pernah putus bekalan sebab nenek i tanam labu. kalau putus pon nak beli bukan susah, mana-mana ade, dah la murah. dah la tahan lama. kalau labu macam-macam boleh masak kat rumah i dulu. sayur lemak labu, pengat labu, sira labu, cucur labu (pernah try?). soup labu tak pernah la pulak try. tengok along makan labu terasa nak buat soup labu, so i google. tapi resepi yang i google tu kene tumis bawang segala malas la pulok. lagi pon nak buat untuk maryam jugak. i tak bagi die makan bawang besar. bawang putih jer i bagi. so kita buat version serba serbi senang. sebab bahan nye bukan bahan yang pelik,baby umur 7-8 bulan dah bole bagi dah.

pumpkin soup with garlic bread

sup labu sesenang abc untu baby

2 hiris labu.
1 cawan homemade stok ayam (kalau takde ganti ngan air biasa pon boleh)
sedikit batang saleri

cara: rebus labu dan saleri dengan stok ayam seingga lembut. lecek seingaa lembut, kacau seingga pekat. boleh juga nak masukkan EBM selepas masak sebelum dimakan.

garlic bread

cincang bawang, campurkan dengan minyak zaiton, sapu pada roti, bakar didalam pan seingga keperangan.

maryam suka, ummi lagi suka. sebab senang. ahaha. ummi pon tumpang makan sekali!

Monday 24 October 2011

berbaloi-baloi

stress ade di mana-mana. orang bekerja stress nya begitu, orang dok kat rumah ni stress nya begini. lagi menyakitkan orang kat rumah ni stress dia dengan orang terdekat dan tersayang. lagi parahkan.

semalam saya telah sedar saya selalu menambah unnecessary stress di dalam badan. itu stress tak patut wujud pon sebenarnya, saya perlu menguatkan diri and mengentalkan hati. dan kene belajar buat 'donno' jer biar ape pon orang nak kata.

macam susah nak buat. tapi perlu belajar buat. kalau tak nanti benda sama berulang-ulang akan berlaku padahal takde benda pon yang berubah. kau tetap dengan keputusan kau, biar ape pon orang nak kata. so stress sebelum ni adalah tak perlu. buat tambah kedut kat muka jer.

orang putih kata, five simple rules to be happy:

1. free your heart from hatred
2. free your mind from worries
3. live simply
4. give more
5. expect less

tu cara dia. cara kita? kepada-Mu ku berserah.

Photobucket

Photobucket

boleh tempis-tempis unnecessary stress. sambil tengok muka macam ni...

ummi takde beg LV pon takpe maryam

berbaloi-baloi

*ehem*

upload jugak guna blogspot sebab tak nak bagi orang yang kat ofis yang tak boleh tengok photobucket stress. haha!


dah pandai memanjat yo!

pagi-pagi macam biasa lah breakfast sambil menyuap budak kecik ni makan. budak kecik pon nak breakfast kan. dia makan oat denga grated apple, gue makan lebihan domino pizza dinner malam sebelum tuh.

sesudah bagi dia makan, tiba-tiba kene menyahut panggilan alam. emergency case. letak dia kat lantai sebab sekarang ni dah pandai memanjat berdiri atas baby chair dah. tak boleh nak biar sorang-sorang dah. from toilet i dengar lah dia menjerit-jerit. ingatkan jeritan biasa lah kan, budak ni boleh tahan suka menjerit masa bermain. sekali bila keluar toilet,

dia dah buat muka vogue atas coffee table!

naseb baik tak dicampak nye pinggan dan mug tu ke bawah. macam mana dia panjat coffee table tu adalah misteri.

semalam, masa i dok tengok master chef malaysia sambil lipat kain dia buat lagi. (eh. tengok rancangan masterchef malaysia macam tengok trancangan tv pendidikan kan? skema habis. tak best betol!)



dia panjat sofa dulu rupanya

aim kain yang ummi lipat

dah berjaya!

ok. now dah berjaya 'tolong' ummi lipat kain

semalam baru tunjuk skill menajat dia. bila dah dapat skill baru ni semalam asyik nak memanjat jelah kan.


dinner semalam: bihun lakna


Sunday 23 October 2011

hari sabtu

weekend ni macam biasalah, hari sabtu jer kiteorang keluar. hari ahad melepak-lepak di rumah. semalam kawan-kawan husband datang melepak kat rumah sambil tengok bola. huhu. best semalam. meriah. tapi kawan husband yang penyukong MU tak dapat datang pulak semalam. kalau tak mesti lagi meriah dia kene kutuk. hak hak


mulakan hari dengan cucu udang dan secawan kopi. samakan depan tv alas surat khabar. haha

hari sabtu tu keluar rumah lambat sikit dari biasa. appointment fisio husband sepatutnya pagi, tapi tukar ke tengahari sebab lepas tu nak pergi ke birthday anak kawan husband kat PV8.

besor kondo dia husband cakap kalau rumah besar tu takde rumah landed pon takpe. lagipon dia baru pindah kut, perabot takde lagi, lagi lah nampak keluasan nye. best jer maryam mem-buas sebab luas and lapang.


birthday boy. setahun tapi lagi kecik dari maryam. dia baru lepas sakit. turun sampai 2 kilo. kesian.=(

lepas tu baru lah sesi mengirai duit. pergi OU. dah lama giler kut kiteorang tak pergi OU. last sekali kiteorang pergi adalah 3 tahun lepas. giler lama kan? huhu. asyik pergi midvalley jer. 3 tahun lepas pergi beli jam hantaran. masa tu saya adalah student, masa tu saya adalah tak kawen lagi, dan yang penting masa tu saya adalah kurus. -____-"

rasanya lama giler tak pergi mall. so lama giler tak guna stroller maryam. bila letak atas stroller nampak maryam dah besar sangat dah. dah panjang dah dia.
dah tak nak duduk macam ni dah. nak tengok orang kut


bila tukar mengadap depan baru lah dia senyap

lepas tu pergi IKEA beli barang sikit sambil tukar lampin, mandi, minum susu. hik hik. maryam ni keluar pon rutin tak berubah.

dalam nursing room

pastu bila malam dinner kat ghulam mee. kawan husband ajak. first time try. glamor sangat ingat kan mee macammana, rupanya mee goreng. bagi i sedap, oklah. husband cakap biasa jer. huhu

lapar tunggu food lama sangat ke?

tapi tempat dia besar and orang adalah sangat ramai, so service adalah suck. lama giler nak tunggu food kiteorang sampai. air i dah habis baru food sampai.

itu sajor. sampai rumah pukul 12, badan dah sangat penat, mata sangat mengantuk, maryam tak nak tido sebab dah tido dalam kereta, terjaga. bagus!