Monday 24 September 2012

teman ummi

Smlm check up mengintai adik maryam. Maryam macam biasalah, drama queen, asal jumpa doc jer menggelabah. Padahal bukan nak check dia pon. Kat luar punyalah dia galak berlari- lari.

Daaaaannnnn... I kene minum air gula! Deng deng deng. Lagi dua nunggu kene pergi lagi. Lama plak tu dari pagi sampai petang. Pagi minum, petang pukul 2 jumpa doc. Walid maryam cakap dia kene ambik cuti. Sebab nak teman. I cakap tak perlu la kut. I pergi ngan maryam jer. Beranak boleh sorang, apahal minum air gula nak berteman.

Sebenarnya main concern dia adalah maryam lah kut. Alah. Boleh kut I handle. Kutttt. -___-"

Dengan ini I umumkan kene jaga la sikit makan. Jangan ikut nafsu serakah sangat.

Sebelum balik jumpa kak sally yang dah jadi permanent staff kat pcmc. Tahniah kak sally. And tq sebab bagi kek super setap. Hehe. Eh tapi kenapa kita tak ambil gambar sama-sama?

Lepas habis makan kek kak sally baru nak jaga makan. Weeeeeee~

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 20 September 2012

salam jumaat


assalamualaikum dan selamat pagi~

hari ni hari jemahat kan. orang mood bermalas-malasan nak bekerja, pikir nak weekend jugak. sama lah ngan maryam pagi ni. nak makan pon malasss..haippp. haippp




i wish suatu hari nanti, bangun tido husband surprise kan  dengan breakfast in bed macam ni. eh. tapi maryam ni atas sofa. french toast ngan fresh milk pon dah ok sangat dah. tapi kalau sepinggan nasi kerabu dengan tepung bungkus lagi mak sayang. hahaha! *verangan lah banyak-banyak*

mak suka dengan kata-kata dr zubaidi ni.
  
Dari sudut kaunseling, bersangka baik akan mengurangkan rasa marah, resah dan dendam. Memaafkan mengubati hampir kesemua penyakit jiwa. Jadi kalau ada rakan yang membuat sesuatu yang meragukan kita, sentiasalah bersangka baik. Jika ada yang membuat sesuatu yang menyakitkan hati kita, maafkan mereka.


 bersangka baik yo, bersangka baik. hehe

saya sangat excited dengan activity weekend ni. cant wait! next week kita story mori okeyh~

happy weekend!

Wednesday 19 September 2012

saya. saya. dan saya

 hari ni saya nak memenuhkan blog ummi saya ngan muka saya. sempena saya dah 1 tahun 9 bulan hari ni. dah big girl yeww. tapi awat perangai saya makin baby ah? why why why??

lu langsi lu mati!

susah aih pakai sudu. tangan senang

tapi ummi suruh pakai sudu jugakkkkk 

redha kene makan pakai sudu







 saya lagi suka makan pakai tangan sebenarnya. sebab saya melayu. pakai sudu kejap-kejap boleh lah. hari ni saya makan cheesy steamed banana bread pudding. gitewwww. panjang giler nama. =D

cheesy steamed banana bread pudding

air sikit sampai semua roti terendam.
 (susu pon boleh. tapi rumah saya kehabisan susu. walid tak beli lagi)
sekeping roti
sebii telur
2 biji pisang emas
kismis
cheddar cheese parut

masa saya tak bangun lagi, ummi rendam roti dalam air, campur telur, pisang hiris-hiris, tabur kismis, pastu cheedar cheese secukup rasa. ummi gaul2 jer sebati jer semua bahan. pastu ummi biarkan sekejap. bila saya dah bangun, baru lah ummi kukus selama 5 minit. kejap jer. pastu saya makan panas-panas. sedapppp. ade cheese meleleh-leleh.

eheh. nama melayu nya puding roti pisang kukus bercheese =)

sekarang saya memang memanfaatkan sepenuhnya masa  dan tenaga ummi saya. sehingga ke titisan terakhir. -____-"

kedua-dua ummi ngan walid saya sekarang sangat risau camane ummi nak survive dalam pantang kalau saya masih begini sampai adik keluar. 

dont worry lah ummi ngan walid. sampai masa nya nanti insyaAllah maryam akan jadi kak yang terbaik. siap boleh tolong jaga adik lagi. cuma sekarang bagi lah can kat maryam nak manja-manja ngan walid puas-puas. janji!

Tuesday 18 September 2012

food maryam semalam

 i adalah cemerlang semalam. eheheh

cemerlang sebab berjaya melipat setimbun kain. tapi kerja tak setel lagi sebab princess maryam dah amukan separuh jalan. kain dah siap lipat and kemas, tapi baju dia yang tak kemas lagi. susah jugak anak dara yang rajin 'mengemas' ni. kerja mak dok susun baju dia jer 3-4 kali seminggu. dah la mak dia ni 'rajin' bab2 kemas kain baju niT_T

mak buat kerja rumah ikut mood. kalau bab lipat kain. lipat kain adalah benda paling malas nak buat didunia. ade mesin lipat kain mak berlapar ikat perut beli tau. ade? ade? kalau datang mood malas lipat kain, maka penuh lah katil maryam dengan kain=D tapi semalam datang mood rajin dengan dapat suntikan semangan from husband.

suami memang memainkan peranan penting dalam perubahan mood dan hormon bini kan? kalau cakap baik-baik beserta ciuman dan pelukan insyaAllah hajat akan tertunai. ekekekek. walaupon mintak lipat kain jer pon. hahaha.

apelah masalah bini. lipat kain pon kene laki merayu kan. again. salahkan hormon. =D

i tak de idea nak update blog. tapi nak update jugak. ade request (wah request. dah macam retis) nak tengok food maryam masa lunch. lunch untuk budak-budak setahun ke atas yang masih belum kenalkan garam gula, bahan perisa, msg dan sebagainya. sebab i dok tayang breakfast jer. bukan tak nak tayang, gambar berlambak ambik, tapi akhirnya simpan jadik pekasam tak update. lagipon simple sangat jer pon food maryam. dan menu sama jer dok ulang. buek malu jer masuk blog. tapi akan diusahakan, nanti i akan kumpul letak dalam beberapa entry dalam masa terdekat. tapi dok janji. tunggu mood rajin datang. (salahkan hormon lagi. =D) ni food semalam.

breakfast: lempeng labu

kacau jer sekali telur, tepung atta, labu steam yang dilenyek. masak atas pan letak sedikit minyak. maryam kalau labu buat sayur dia dah macam kureng suka dah. dia lagi suka sayuran hijau. macam sayuran berdaun or brokoli. kalau buat cucur ke lempeng ke, ok la dia makan.

snek pagi. friut salad dengan yogurt

ade yang bertanya pasal yogurt ape yang i guna untuk maryam. i guna full fat natural yogurt jenama Fram fresh untuk maryam. jenama ape pon boleh asalkan dia bukan low fat (budak-budak memerlukan lemak-lemak tu untuk tumbesaran), takde apeape penambahan gula, preservative, perisa. selalu-selalu lah check lebel bila membeli belah. tapi malangnya dekat pasaraya yang selalu i pergi biasanya farm fresh jer memenuhi ciri-ciri. jenama lain macam nestle ke, kalau botol kecil tu memang dia tambah macam-macam walaupon plain xde perisa, pastu kalau bekas besar tu ok, cuma dia low fat. if terdesak tempat takde jenama farm fresh ni ok lah. kalau area kl-selangor ni biasanya ade jer faram fresh kat giant, mydin, jusco, cold storage. tesco jer mak jarang jumpa. setakat ni i guna farm fresh jer lah. kalau takde yogurt ni, habis stok ke ape, tak makan yogurt la maryam sekejapan. i pon makan yogurt ni memandangkan bekas dia besar dan bila dah bukak tahan seminggu jewww. sebab tu la mak lemak bercream disukai ramai. eh

sudu nenek maryam kasi

ni sudu tupperware (betoi dak eja cam ni?) ni adalah first sudu yang dia berjaya guna untuk masukkan food dalam mulut. masa mula-mula belajar makan dulu lah. 

lunch maryam

ikan sardin grill dengan sayur tumis bayam. 

lunch maryam kebanyakan hari ninya macam ni jer. heeee. dia suka ikan. kalau masak macam ni dia boleh marah-marah masa makan sebab lambat suap. =D

senang kan jaga dia. kalau mak dah tak de nanti ade sape-ape nak jadi mak tiri maryam? eh eh eh

Monday 17 September 2012

mee kari

raya dah habis. musim makan sedap tanpa perlu memasak dah habis. so sad~ =( eh. eh eh

open house kali ni, jumpa dua buah rumah jugak yang buat mee kari. tapi rasa macam tak puas jugak makan. rasa nak makan lagi.

setiap kali pregnant i tak tahu mengidam tu macam mana. kalau cakap rasa nak makan, tak pregnant pong ade jer rasa teringin nak makan kan? biasanya benda yang teringin nak makan boleh masak sendiri jer. bukan lah terer boleh masak semua benda, tapi kalau tak reti tu google je lah. ape susah. =D

kalau tak cukup bahan, kita buat jer guna bahan yang ade. hehe. lagi pon dasar orang syok sendiri ni, masak la camane pon, kalau masakan sendiri mesti rasa sedap nye. =P

mee kari serba tak cukup

memang serba tak cukup. tak layak pon panggil mee kari sebab guna spaghetti. hahaha. dah tu jer yang ade dalam gerobok ajaib. tauhu takde, garnishing malas nak buat. sayur tak celur asing, lauk ape yang ade semua campak dalam kuah. asal rasa sedap cukup rasa ditekak mak. makan satu mangkuk penuh tu. puas hatiiii. =D

walid maryam tak makan sangat jenis kari-kanri ni. mee kari pon dia kureng. so malas lah masak masa dia ade. masak masa lunch masa ngan maryam lagi syiok..

mee kari junior

buat mcm kari biasa jer. kurangkan serbuk kari dan tak guna asam keping. guna asam limau jer. sayur-sayuran adalah sayur sawi dan taugeh.

dinner maryam. petang nya makan kari ngan nasi pulak.

i ade jugak terasa nak makan tepung bungkus. sejenis kuih dia bungkus dalam daun pisang. warna putih buat ngan santan campur tepung beras (kut? tak ingat). rasa tepung tu masin-masin lemak sikit. pastu ade inti kelapa yang manis masak ngan gula melaka. memang setap ah! (meleleh ayaq liuq T_T) banyak jer jumpa kat kelantan. masa kat kelantan hari tu lagi rasa nak makan. cakap kat orang teww dia buat tak tahu jer kan, layan tido lagi best dari layan bini. padahal kalau jalan sikit kedai kopi depan rumah dia pon mesti ade nye orang jual masa breakfast. kat kl ni merasa lah mencari. mana nak jumpa kat kawasan rumah i neh.

hurmpphhh. jauh sikit ade kut. ade ke jual kat belauk long?

pernah lah buat ngan my mom masa kecik-kecik zaman muda-muda dulu. tapi leceh *ehem* malasnya nak buat sendiri.

u salah bie. dok kire.

kalau ni adalah mengidam bukan nafsu mak buyong, amboi baby-baby ku sekelian. kelantan habis lah kira nak makan kuih kelantan? maryam dulu giler teringin nak makan lompat tikam.

Thursday 13 September 2012

salam jumaat

assalamualaikum dan selamat pagi... =)

hari ni saja nak share kata-kata ustaz don yang ambik dari fb beliau. sumber di sini


" Rezeki ni ibarat air di lautan. Kalau kita masih risaukan rezeki orang lain lagi banyak dari kita, fikirkanlah mampu ke kita nak minum semua air di lautan?

Hatta kalau semua orang di dunia ni minum sampai kekenyangan pun nescaya takkan habis air di lautan Allah. Begitulah jua akan rezeki. Bersyukurlah nescaya Dia akan tambah nikmat-Nya pada
kita semua .." 


renung-renungkan dan selamat beramal~ 


maryam dia suka sangat ustaz don. kalau tengok ustaz don mesti dok diam jer menyandar kat sofa sampai ternganga mulut. semalam boleh lah mak berehat 30 minit masa tengok ustaz don. lepas tu active balik. =)

ustaz don ni memukau kut cara dia bercakap kan. sedap jer kita dengar. budak pon suka.

Wednesday 12 September 2012

kene tinggal pada malam jemahat


 walid maryam ke bintulu pagi tadi. semoga selamat sampai and selamat kembali. tak lama pon. esok petang pulang lah ke pangkal jalan. so maryam anggap jelah walid balik lambat kerja, maryam tido awal, tak sempat nak jumpa walid. esoknya walid pergi kerja awal maryam tak bangun tido lagi. petang esok boleh jumpa walid lagi. pastu weekend kita ronggeng ke tampin tengok cik sima naik pelamin.

dinner semalam. prawn olio dengan sotong celop tepung rangup.

husband nak main badminton malam. so dinner dia tak nak dinner yang sangat kenyang. kalau makan nasi mesti sangat kenyang sebab ade lauk, ade sayur asing. menambah pulak. hari dia main badminton memang dia tak nak makan nasi. mak lah yang pening pikir menu kan. lakna, goreng, bandung, hailam, dok putar-putar menu sama. dah la semua menu pon guna pasta. jarang rumah ni beli mee, kue tiaw. pastu menu yang sangat selalu keluar balik-balik olio, balik-balik olio. yang tukarnya lauk ngan bahan-bahan sayuran jer. jangan kata orang yang makan, tukang masak pon bosan. 

so setiap kali hari dia nak main badminton mak paksa dia cakap menu nak makan ape. tak payah pening kapla pikir menu. biasanya dia tak membantu pon. jawapan standard dia, " ape-ape jelah yang. semua i makan bini i masak". -____-"

tapi semalam, dia cakap nak makan bihun tomyam. erkkk. tak dak bahan la pulok. tu yang dia malas membantu tu kan. kang kalau cakap nak makan ape, bukan nye dia tahu bahan ape ade dalam peti. hehe.

 goreng sotong asing tak campak sekali ngan olio sebab nak kelainan. ade lah sdikit kelainan kan kan kan. =D

breakfast pagi tadi. nasi goreng nenas. dengan sotong celup tepung lagiiii 
>.<

nampak sangat dah takde idea sangat nak masak kan. i kene beli buku satu hari satu masakan tu lah. mak vuntu lah. vuntu. 

sebab tepung semalam berlebihan. buat la lagi.

walid maryam suka sotong celup tepung versi ni. i is main campak-campak jer semalam. boleh la simpan untuk rujukan untuk masa hadapan.

resepi sotong celup tepung rangup

4 sudu tepung jagung*
2 sudu tepung beras*
setengah sudu teh garam (setengah sudu tak membukit)*
serbuk lada sulah*
serbuk lada hitam*
telur

 campur semua bahan bertanda* dalam bekas tertutup. supaya jimat tenaga, goncang2 jer bekas bekas tu supaya semua bahan bercampur dengan sebati. buang kulit sotong, hiris suka hati nak tebal mana, bentuk camane. celup telur, masukkan kedalam bekas ade campuran tepung tu. tutup dengan penutup. shake-shake lagi supaya tepung tu menyaluti sotong sepenuhnya. goreng lah dalam minyak yang banyak.

 i loike cara ni. sesenang abc, dapur tak bersepah. tak payah risau adunan terlebih cair ke pekat. hihi

kalau terlebih tepung tu. boleh simpan balik dalam peti. guna lain kali.

kekenyangan sepasang suami isteri di pagi hari. tu kira bekal ubat pengasih sebelum keluar outsteseng =P

akibat ummi kenyang. maryam bangun tido ummi dah malas nak masak dah. hahaha. 

ni jer menu breakfast maryam pagi tadi. roti whole grain dengan madu. dan mango lassi

 good girl. anak ummi tak memilih. makan ape sahaja. weeee

 kalau nak minum dalam gelas i kne tuang sikit-sikit dalam gelas dia. kalau dak habis tumapah. kalau minum sikit-sikit clean and clear.

kadang-kadang kalau i lambat dia yang tuang sendiri dalam bekas dia minum tu. sekarang dah pro. tuang dari gelas ke gelas dah tak tumpah. berkat selalu prektis. masa prektis tu jangan cakap laaaa. minum air masak pon dia selalu prektis, pastu habis lantai. pastu siap boleh main pijak-pijak lagi air tu. so sebenarnya tak payah ade masa yang khas untuk belajar pon kan. sambil-sambil makan pon boleh buat montessori aktivit kan. boleh asah motor skill. gitewwww~

tapi comot kat mulut mulut tu tak moleh tolong lah.

takpe, nanti saya jilat-jilat. tak pon kalau ummi tak bagi tisu saya lap ngan tangan. pastu saya sapu tangan saya tu kat meja, kerusi, sofa, baju. -___-" 

saya still kanak-kanak la ummi. what do you expect~

Tuesday 11 September 2012

durian

 assalamualaikum dan selamat pagi~

semalam hujan, mak pulak menjemur di balkoni lupe nak angkat. petang semalam tak kering lagi sebenarnya. jadinya basah lah towel-towel dan selimut yang di basuh. kene buat kerja dua kali. >.<

ade orang teww yang keluar masuk ke balkoni tewww sepuluh kali sehari membakar paru-paru pong bukan nak tolong angkat pon kain tewww.. lagi suka kalau tengok kain-kain tewww mereput di balkoni tu tewww. -_____-"

i adalah emosi tak stabil dua tiga hari ni.

boleh emo ngan sekecil-kecil benda.
boleh sedih ngan benda-benda yang remeh.
merajuk ngan benda-benda tak penting.

i rasa sebab i penat. penat dengan semua benda. dah la duit tak dak. rasa macam nak kerja pon ade.

sampai lah pagi ni, sedar awal dari biasa. bangun awal dari husband. (mungkin allah nak tunjuk sesuatu) tengok maryam ngan husband tido dengan nyenyaknya. rasa tenang pulok. bersyukur allah bagi sehari lagi bangun dengan sihat dapat jaga anak-laki. ko nak merungut ape lagi maghfarah? bahnyak-bahnyak lah bersyukur.

vocab maryam dah makin banyak tambah 2-3 hari ni.

dah pandai mintak nasi. dah pandai cakap poopoo (baru semalam pandai). dan banyak lagi perkataan seketul-seketul yang kita faham tiba-tiba dia sebut. alhamdulillah. i memang selalu doakan, biarlah dia bercakap dengan bahasa yang i faham pon dah ok, sebelum adik dia keluar.

sebab dia sangat kuat tantrum sekarang. selain sebab dah nak dekat 2 tahun dah menghampir terrible 2 , dan emosi berubah nak ade adik, i rasa sebab dia frust bila ape yang dia nak kita tak faham. camane nak faham kalau maryam tak cakap. sekarang at least dah tahu cakap benda-benda basic. nak makan, nak milk, nak tido, nak tv, poopoo, nak bubble.

tapi kemanjaan melampau tu tak dapat nak tolong lah. kadang-kadang suka mak melayan, kadang-kadang bila penat tu. hurmmphhh... i dapat rasakan dia macam makin rapat ngan mak sekarang.

ramai jugak cakap, tak boleh bayangkan camane maryam nak jadi kakak nanti. memaaaaaaang. mak lagi lah tak boleh nak bayangkan. cuma boleh berdoa dan berharap, bila sampai masanya nanti allah permudahkan segala-galanya. amin. ade 3 bulan lagi. sempat lagi maryam nak berubah peranagi kut. mana tahu, bila keluar-keluar jer adik nanti terus jadi kakak penyayang. sekarang pon dah nampak dah sifat-sifat penyayang bila dia jaga baby-baby binatang peliharaan dia tu.

maryam sangat suka durian. (ape jer budak ni tak suka kan)=P

bila dia tengok gambar durian ni, dia cakap " sedap" hehe

tiger tu pulak dia cakap cat. siap buat bunyi lagi. miaammm. yer. kucing dia bunyi miamm. kucing mana entah dia dengar bunyi macam tu.

benda first dia tunjuk bila beli gambar-gambar ni adalah banana

memang kenal betul dia dengan banana. huhu

cucur "sedap" maryam

 buatkan maryam cucur durian

sedap kan cucur "sedap" ?

Monday 10 September 2012

smoothies

assalamualaikum dan selamat pagi. 

cuaca hari ini sangat best untuk buat kerja rumah. mood maryam pon elok jer. bangun-bangun jer terus jenguk ummi tengah goreng cekodok kat dapor. sambil sengih-sengih pegang botol air masak dia. jarang macam ni. 

 banana berries smoothies

2 biji pisang berangan
6 biji strawberry
segenggam blueberry
6 sudu yogurt
air secukupnya
ais (saja tambah. optional, kalau budak tak minum sejuk jangan tambah)

blend semua


 sedang menikmati minum petang. 

sedap hingga menjilat bibir

mango smoothies. yang ni dah biasa sangat dah =)

satu untuk maryam satu untuk ummi

2 biji mangga
secawan yogurt plain
 sedikit air. 

itu sahaja. blend semua.

maryam punya pekat. yang i punya i tambah fresh milk dan sedikit lagi air untuk cair kan. asing dulu siap-siap maryam punya sebab dia tak minum fresh milk lagi. 

rambut tak sikat lagi baru lepas mandi parti buih lapor kekdah nya. >.<


bukti sedap no?

Sunday 9 September 2012

6 bulan 3 hari

dah 6 bulan dahhhh... cepat jer kan kali ni. husband dah suruh listkan barang nak beli. dah boleh slow-slow beli barang baby dah. baju-baju rasanya memang semua kene beli baru. baju kak maryam dia dah buruk sangat dah. sebab maryam dulu kiteorang beli tak banyak pon. and beli pon bukan baju mahal. yang murah-murah sajor. so selalu basuh dok recycle baju sama, cepat la dia buruk. tapi bagus lah jugak, boleh la adik pakai baju baru kan. booties, mitten, barut perut, selimut, tilam, besen mandi, semua tu boleh guna lagi. so sikit2 jelah yang kene beli.

weekend hari tu sangat penat makan. =D

tahun ni jemputan tak sebanyak tahun lepas. orang dah tak buat open house sangat ke? kiteorang pon tak buat tahun ni. rasa macam tak larat jer. tapi walaupon jemputan tak banyak still jugak tak terpergi sebuah dua rumah sebab tak sempat. jadual lari sebab jem teruk. plus malam pon ade jemputan lagi. di campur ngan nak bawak diri dan perut pon tak larat so pergi yang mana sempat jer. keluar rumah tengahari, balik rumah malam. penat nye ya allah. tapi rejeki tak payah masak. masakkan breakfast dengan food maryam jer. food maryam macam biasalah, berbekal lagi. guna thermos bertingkat-tingkat. boleh asingkan lauk, nasi segala. lauk simple-simple jelah tapi. xde lah nak merendang segala kan. =D

layan menu breakfast maryam.

steamed banana bread pudding with blueberry yogurt sauce

bahan-bahan:

setengah cawan fresh milk
sekeping roti
sebiji telur
sebiji pisang

rendam roti dengan fresh milk sekejap. pastu pecahkan telur, kacau sebati. masukkan hirisan pisang. steam selama 5 minit.

sos:

natural yogurt + blue berry lenyek

done!





k lah bye!

nak kemas rumah, basuh baju. terabai rumh 2 hari tuan rumah beraya.