Tuesday 28 September 2010

weeee~

rindu bangat ngan blog. mintak-mintak lepas ni dah boleh berblog secara rutin tanpa gangguan. semua zaman-zaman buzy dah berakhir. along dah selamat jadi isteri orang and urat-urat yang tegang akibat bekerja keras plus tido yang tak betul jugak dah kembali kendur.

semalam dah ade kat kl sebenarnya tapi ade seseorang yang terlalu tamak angkut dua-dua broadband pegi ofis so tak dapek lah nak online. tapi bagus jugak. kalau ade broadband pon maybe tak online lagi sebab badan masih penat.

malam semalam bila sampai rumah sangat kagum dengan keadaan rumah. kemas giler. lagi kemas dari i mengemas(agak tercabar di sini). cuma habuk-habuk sebab tinggal dua tiga hari jer yang ado. huhuhu. bagus juga tinggal husband sorang-sorang kat umah ni. dia boring tak de wife nak dikacau die kemas rumah. thanks bie. hehe

update pregnancy, masa kat kampung semua orang cakap perut i dah jatuh.(sebab baby memang dok kat bawah ke?) mak cik-mak cik cakap maybe i akan bersalin awal. adeh jangan lah masin mulut mak cik, i'm not ready yet.

barang-barang baby langsung tak beli. dah list kan senarai barang, tapi baru beli sehelai baju tido. tu pon daddy die saja-saja beli. ilmu-ilmu nak jadi ibu pon masih belum cukup. kene banyak buat reseach or pergi kelas.

ilmu-ilmu breast feed pon macam zero lagi. adakah SAHM memerlukan breast-pump? sure ke SAHM lepas ni? tu masalah jugak nak kene pikir..

ah. banyak lagi tak tahu. jom buat research sekarang~

Wednesday 22 September 2010

ini bukan blog serius

geli pulak bila kadang-kadang perlu serius ni. tapi untuk menjaga hubungan plus membela diri maka harus lah. so dalam tengah buzy-buzy ni update lagi seketul entry supaya entry serius yang sebelum ni cepat-cepat turun bawah. ngehehe

maka maghfarah serius sudah pergi. maghfarah mood normal sudah kembali lagi~

maghfarah mood normal adalah maghfarah yang over excited pasal her pengembangan perut, pergerakan perut, pasal food masuk perut, dan semuanya pasal perut. hehe

semalam tak sempat nak bukak internet pon. mak buzy nyah. sampai tak de masa nak update blog. nak on latop pon tak sempat.

pagi-pagi lagi buzy buat nasi kerabu. bukan jadi chef pon. jadi assistant jer. awoh datang buat nasi kerabu terbaik dari ladang. nyum nyum.

petang sambung buat siso. sampai ke malam. haish. awat tak siap-siap neh~

untuk husband,

ni homemade nasi kerabu sebab takde bunga nasi kerabu so tanak nasi putih biasa jer.

siap masak solok lada ngan beli bawang putih jeruk lagih.


owh..bagi yang bertanya, siso tu merujuk kepada cenderahati untuk tetamu masa kenduri kahwin. tak tahu lah kenapa panggil siso. haha tanya nenek moyang lah nanti.


ni namanya siso yang melimpah ruah

dan ni perut yang melimpah ruah

cermin besar hanya wuujud dalam bilik pengantin jer. so walaupon bilik pengantin masih lagi bersepah terpaksa lah amik gambar sini jugak. hehe. so sila lah abaikan bilik yang penuh dengan barang itu~

seminggu tepat-tepat u tinggal i hari ni bie. perut i membesar dengan jayanya kan. haha.

beza fb and blog

caution: read at your own risk

sebelum membuat clarification, sebab telah membuat salah disini, i kene mintak maaf kat sini lah kan? plus, i tak tahu pon sape yang terasa.

memang sangat salah pon bercerita keaiban family kat blog. macam bukak pekung di dada eh? tapi i tak cakap pon sape kan? so i'm truly sorry pasal bukak pekung sendiri.

tapi ape yang sepatut orang faham adalah benda tu (kalo sape-sape sempat baca post tu) berlaku mane-mane jer. walaupon dalam family sendiri. bukan nya i nak cerita pasal pak cik i kawin lain dan sebagai nya. if nak bercerita i akan buat details siap ngan nama dan jalan cerita bagaimana ianya berlaku. dalam post i i cakap benda yang sangat general. cuma kalau ade yang terasa mungkin lah istilah 'siapa yang makan cili dia terasa pedas nya' berfungsi disini.

yang kedua, perasaan marah. yang ni memang tak boleh tolong. kadang-kadang orang berkata-kata benar boleh adalah orang yang yang salah. sekali lagi saya meminta maaf kerana lantang menyuarakan kemarahan saya. saya patut simpan benda ni dalam diri.

but if my sister dicurangi, i akan marah dengan lantangnya. (ini juga contoh situasi ya. jangan jadi isu pulak lepas ni ok)

tapi sekali lagi, buat contoh dengan masukkan contoh saudara (walaupon tak de nama) dan kemungkinan besar saudara tu baca adalah kesilapan saya. so saya mintak maaf.

if saya memang salah, saya bukan lah orang yang susah nak akui kesilapan. tapi tolong buat dengan saluran yang betul. cakap dengan saya sendiri kalau terasa. jangan main orang-orang tengah. or terasa sorang-sorang then pergi mengadu. sungguh tak boleh terima. sila membesar plis.

pasal private blog. nak private ke? tak lah. tak mungkin. cuma akan lebih berhati-hati. and isu panas mungkin akan timbul lagi if i tak boleh tahan emosi. sekali lagi, tolong respect sikit, ni ruang saya.

ok. berbalik kepada title.

saya tak aktive fb sebab saya rasa sangat terbuka. semua orang boleh baca sebab status or benda kita buat akan keluar kat home friendlist kita. so macam buat announcement jer rase kalau setiap kali type status. (ni pendapat saya ok!)

kat blog pulak, orang akan baca kalau dia memilih untuk nak baca. dengan kata lain kalau rasa nak tahu pasal saya dia akan click pada link blog saya.

i salah besar ke kalau kalau orang baca dairi i senyap-senyap, pastu dia baca benda i tulis, then dia terasa walaupon tak tujukan pada dia pon.

walaubagaimanapon, the damage has been done orang puteh kate. ape yang saya boleh buat adalah mintak maaf. ape yang dia boleh buat plis stop melawat blog ni. ini bukan blog ilmiah yang orang boleh dapat faedah bila maca. ni blog merapu yang ape-ape saja pon boleh tiba-tiba muncul. i share cerita dengan orang orang boleh menerima penulisan i jer. kalau rasa blog ni tak matured, tak bermoral, tak ade adab, tak reti bersyukur, tak berterima kasih, tak cukup memberi perhargaan, then tekan butang 'x'. i tak marah. sebab obviously, blog ni lebih kepada yang rapat dengan saya, yang care pasal saya, yang tahu saya luar dan dalam.

banyak pasal rumah tangga i pon. banyak pasal cerita dengan husband pon. banyak pasal benda yang i main masak-masak jer pon.

again, this is my space.

for me, macam konsep jiran tetangga. i boleh buat ape i suka kat rumah i. but if i ade buat benda salah, sila tegur dengan BERHEMAH. then i akan consider balik perasaan orang. if i rasa i salah, then i akan buat something.

okeh sayang-sayang yang sedang membaca blog picisan yang suka merapu entah ape-ape ni? adakah anda berpuas hati?

bila blog bukan lagi medium terbaik nak meluahkan perasaan.

seseorang telah offended dengan isi blog ini. tak tahu sape. dan dia pon tak cakap sendiri.

kadang-kadang benda dalam blog ni orang yang dekat ngan aku jer faham. aku akan bercerita yang lain, tapi maksudkan yang lain. bukan dia yang sepatutnya offended. orang lain. so sape-sape yang terasa tu, call saya.



tapi, ni ruang saya kan?


hurmm..dah patut amik langkah privatekan sikit blog ni. terlalu open terlalu banyak isu

sementara saya nak pikir ape yang nak buat dengan blog ni, if ade sape-sape tak puas hati or tak suka. tolong tekan butang 'x'

Monday 20 September 2010

hoh!

*terkejut tengok gambar sendiri*




tak sedar sejak bila membesar sampai macam ni sekali. T_T

deng! semua cermin menipu~

aktiviti di kampung

dah terasa kebusanan sebab dah tak de tugas nak buat. hanya tugas-tugas rutin jer buat hari-hari.

bangun pagi-pagi breakfast. kalau tak de orang yang rajin nak pergi beli nasi belauk or nasi kerabu terpaksa masak. lepas breakfast kalo syahir dah bangun suap syahir nasik. tapi biasanya budak kecik tu jarang bangun pagi. so aktiviti lepas makan adalah buat kerja rumah yang ringan-ringan sambil online sampai lah tengahari sediakan lunch.

lepas lunch aktiviti bebas. nak sambung online or nak tido. tengok tv memang tak de harapan budak kecik tu tengok cartoon. dah la chanel 613. untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah. heh! tv kat dapo takde astro. jadi busan. hurmmm

tapi semalam best sikit sebab dah start mengisi 'siso' untuk tetamu-tetamu dalam paper bag. suka aktiviti neh. hehe

koko jelly. masa kecik-kecik suka makan. dulu rasa macam coklat paling sedap dah rasanya. tapi sekarang tak sedap langsung.


Sunday 19 September 2010

kembali bekerja

heheh..bukan i. sesiapa yang bekerja lah. i yang kat kampung ni walaupon tak kerja tapi mood raya dah tak de dah. semua orang dah balik ke negeri tempat mencari rezeki masing-masing. kereta-kereta pon dah kurang. kalau sebelum ni satu rumah ade 5-6 bijik kereta sekarang tinggal satu jer. huhu

jalan pon dah lengang. yeay! raya sangat menyampahkan. asal keluar rumah jer kene istighfar banyak-banyak. menguji kesabaran betul keluar raya. ikut hati rasa nak stay jer kat umah tengok tv. keluar raya nanti tensyen dengan jem. tapi kalau stay kat rumah macam lah ade cerita senonoh nak tengok. semua cerita tak pregnant friendly. satu rumah larang i tengok cerita hantu or cerita bodoh2 yang lain. nanti kenan anak. hahah. pisau cukur jer i tengok raya ni. habis la gedik anak aku.=p

hari ni mak dah start cuti. nak buat last preparation untuk along kahwin. pagi ni makan pulut ikan kering. heheh. best! tengahari pulak beli jer lauk. masak sayur jer. ngehehe. senang kerja i.

tak banyak sangat pon kerja yang boleh i tolong walaupon stay kat kampung ni. terbatas sungguh senarai kerja yang boleh i tolong walaupon banyak lagi benda tak setel.

kalut jugak nak buat majlis kawen ni ek. i dah tak ingat dah perasaan masa seminggu nak kawen dulu. ni dah bukan seminggu dah ni. lagi empat hari. tapi banyak sangat lagi benda nak buat. hopefully semua berjalan lancar.

semoga along buat pilihan yang tepat dan keputusan yang tepat dalam hidup dia.

semoga dia bahagia dengan lelaki yang dia pilih.

semoga lelaki yang pilih along untuk jadi teman hidup dia sedar akan tanggungjawab dia dan bersedia untuk menjadi suami terbaik untuk along.

semoga lelaki yang dipilih along tahu yang kahwin adalah bukan benda main-main.

alah. kita semua belajar tinggi. kita tahu lah mainkan peranan masing-masing. orang belajar tinggi pon kadang-kadang buat benda bodoh dari orang yang tak belajar tinggi.

bukan belajar tinggi menentukan kematangan tindak tanduk seseorang. kesedaran dalam diri. lagipon kalau setakat degree tu tidak lah tinggi pon kalau zaman sekarang. kalau 30 tahun lepas boleh la cakap tinggi.

adeh. semakin menaip semakin terserlah ke-bitter-an. sindrom sukar melepaskan seseorang?
sindrom ni biasa parents jer yang rasa kan? kenapa aku sebagai adik pon terasa.

aku rasa kalau aku betul-betul yakin 'he's the one' then mungkin aku akan tenang. tapi masalah sekarang tak. tak langsung. langsung tak. isk.

entry ni mengandungi emosi sebenar. bermula dengan happy berakhir dengan gusar. sesungguhnya kehappyan menutup hati yang gusar.

ya allah ya tuhan ku. berilah kami petunjuk.

hello daddy~

assalamualaikum..saya baby f.

petang tadi mommy saya rasa nak minum air kelapa. kalo daddy ade kat kelantan sure daddy dah carikan mommy air kelapa kan? (kalo daddy rajin)

semalam ayah ngah yang amik alih tugas daddy. amik buah kelapa mawar kat rumah tok ayoh long nun jauh di kampung (15 minit jauh la sangat). maklumlah rumah mommy ni tak de pohon kelapa. mana nak cari buah. kalau kampung belah daddy pokok kelapa belakang rumah jer.

gigih giler ayah ngah. huhu

4 biji kelapa dapat 2 liter air kelapa. tahu tak mommy habiskan sorang-sorang? dia cakap jangan bagitahu orang lain. ni rahsia. masa mommy tengah minum air kelapa sambil online petang tu mommy rasa saya menendang dengan kuat. mesti lah kan. sebab saya suka boleh minum air kelapa.

so mommy pergi kat mak long yang tengah tengok tv. mak long rasa saya menendang. then ayah ngah pon nak rasa jugak tapi saya malu. saya senyap. hehehe

saya malu dengan lelaki la. setakat ni daddy pon tak rasa lagi sebab bila daddy pegang masa saya tengah aktive pon saya senyap. saya nak ngan perempuan jer.

hai, saya ade dalam ni

mommy pakai selipar nenek. sebab nenek pakai selipar mommy pergi kerja. habis lah kembang semangkuk nanti selipar mommy sebab kaki nenek kembang. T_T

nanti mommy nak bagi je lah selipar raya mommy tu kat nenek. sebab mesti kembangnya. dah tak best nak pakai. mommy nak selipar raya ke dua boleh daddy?

akhir sekali tadi mommy cakap kat saya dia call daddy banyak kali tapi daddy tak angkat. takkan pukul 10 dah tidur kut. kata arbain bujang kembali. tak bujang la kul 10 malam dah tido. kalo daddy baca entry ni baik daddy call mommy balik cepat-cepat. kalau mommy merajuk saya tak tahu.

ok lah. saya mintak diri dulu. tak boleh online lama-lama sangat. babai semua.

miss u daddy

setahun setengah

dah setahun setengah dan saya lupa tarikh 13 haribulan tuh. heheh. maklumlah sibuk beraya kan. sibuk makan jem jugak kat kelantan. asal keluar rumah jer jem. menyampahkan betul.

husband yang ingatkan kali ni tu pon lambat dah lambat. i? tak ingat langsung. ngehehe

kawen setahun setengah, baby setengah tahun. ermmm..nampaknya baby ni dihasilkan sekitar masa anniversary yang ke setahun. gaha

i love you bie. miss u so much!

Thursday 16 September 2010

bulan ke 6

orang dok sibuk pasal raya tapi i malas. mood raya dah habis. biskut raya pon hampir habis. so i nak update pasal pregnancy.

alhamdulillah setakat ni baby and ibu baby sihat. baby dah menendang dengan kuat tapi daddy tak pernah rasa lagi. hik hik

baby dah merasa makan nenas. tu pon tak sengaja. masa raya ni pergi raya semua rumah ade hidang tapai, tapi tak berani nak makan tapai lagi. so telan air liur jer tengok tapai. tak pe baby, tahun depan kita melantak tapai puas-puas.

masa jumpa doctor sebelum balik raya hari tu position baby masih tak berubah. masih di bawah. tak pe lah yang penting semuanya selamat.

kut-kut lah ade orang rindu i, i tempek gambar pagi raya ke 2 tengah siap-siap nak pergi beraya kat terengganu amik gambar family dulu rumah mertua. tempek gambar ni sebab ni jer gambar dari tepi. heheh

macam tengah gaduh

gambar yang lagi proper insyaallah akan di upload dari masa ke semasa. sekarang tengah membuzy kan diri di kampung. husband dah jadi arba'i bujang kembali kat kl sebab dia balik kl sorang-sorang. i masih berseronok di kampung. heheh

jangan rindu i and baby yer bie. =)

Monday 6 September 2010

holoh la baby

masa husband tak de, baby bergerak tendang-tendang dengan hebat nya. buat i happy di kala bosan tak de suami.

tapi bila daddy dia balik dia gerak manja-manja jer.

dan sekarang i bukan dalam mood baik sangat. dan dia bergerak bagaikan juara.

i rasa dia nak happy kan i kut. hehe. bila daddy ade die tahu mommy dia dah happy so die nak berehat jer, tak mainkan peranan.

hehe

hari ni husband ade majlis bukak puasa dengan ofismate dia. i tak ikut sebab takut terlebih makan nanti esok nak jumpa doctor berat naik. boleh?

fuhhh..esok tolong lah berat jangan naik. fuuhhhh...fuhhhh..kalau tak sia-sia melepaskan peluang makan sedap.

Sunday 5 September 2010

resah

lagi resah dari tuan punya badan ke?

i buat ni sebab i sayangkan u

Friday 3 September 2010

kembali pulang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan


hehe. mood baik hati berbunga riang. husband dah nak pulang ke pangkal jalan.

cepat lah petang. cepat lah petang.

Thursday 2 September 2010

baby afeef


gee, tumpang curi gambar yer. hehe

baru balik dari melawat baby afeef. anak gee, jiran depan umah. baby newborn sangat cute eh. tapi macam biasa tak berani nak pegang. haha.

camano nak jadi mak orang ni. ilmu jaga baby langsung takde. walaupon adik berderet-deret tapi tak pernah nak amik tahu masa adik sangat kecik. bila dah besar baru jaga.

dah la masa pantang ni tak tahu macamane. MIL dah cakap awal-awal, masa aku bersalin nanti dia tak boleh datang kl. mak aku pulak macam susah jer ngan shahir lagi. plus dua-dua kerja. so kalau amik cuti pon maybe 2,3 hari jer. pastu kene lah balik berpantang kat kampung. kat kampung nanti macam lah ade orang nak jaga. sebab MIL and mak mesti lah kerja. nak duduk rumah nenek dia pon tak larat takkan nak jaga aku pulak. nenek husband macam larat lagi. tapi nak balik berpantang kat tanah merah~

hurm..sape aku nak import ni..kene upah orang la jaga nampaknya.

kosong

sape-sape pon kalau kene tinggal ngan husband mesti rasa kehilangan kan. biarlah dekat ke jauh. lama ke sekejap. tetap rasa macam ade something hilang. tak boleh bayang macam mana perasaan orang yang dok jauh-jauh ngan husband. i tak boleh. sehari dua ok. lepas tu i meroyan.

macam biasa, awal-awal boleh lagi bertahan. boleh hidup macam biasa.tapi semalam baru rasa macam kosong sangat-sangat. buat semua benda semua rasa tak seronok.

sebelum-sebelum ni kalau kene tinggal saya ok macam biasa sahaja di siang-siang hari. tak rasa pape. sebabnya kalau die ade pon die akan pergi ofis jugak. so kalau siang rasa macam dia tinggal pergi ofis jer. saya paksa otak pikir macam tu. huhu

bila dah petang dah rasa lain sikit. tapi masih dalam kawalan. masih boleh berseronok-seronok ngan along. setakat ni kalau husband outstation tak pernah lagi dok sorang. balik kampung or along teman.

bila dah tengah malam masa nak tido mula lah rasa tak sedap badan. bukan sebab kegersangan sahaja. (sahaja disini bermaksud gersang juga berkait rapat) tapi memang tak boleh tido. rasa macam tido sorang-sorang walaupon along ade kat sebelah. along kalau saya tido dekat-dekat dengan dia nanti dia lari jauh-jauh. rimas katanya. huk huk. tak best!

tapi kali berjaya tido dengan jayanya. letak jer kepala kat bantal memang terus tido sampai lah alarm bunyi. nak tahu rahsia kejayaan?

1. dua tiga hari ni memang berjalan jer kerja jadi malam sangat penat. dah tak ingat husband, dah tak ingat rindu, dah tak ingat ape dah.

2. kalau along datang dia memang tak suka tido dalam bilik, so angkut bantal selimut tido kat ruang tamu. bujang habis hidup tak de husband.

ape yang saya angkut?

bantal husband!

kalau dulu tak suka tido atas bantal dia sebab tak best. tapi sekarang kami guna bantal sama jenis jer. boleh lah tido atas bantal dia. so boleh lah feeling-feeling masih lagi tido bersama. gahaha

sebab boleh tido atas bantal yang ade air liur husband ke tido jadi lena? bukan. bukan. saya keji sikit dari tu.

kiteorang betting. sebab kami beli bantal tu sama-sama, dan sama jenis, kiteorang nak tengok dalam masa setahun bantal sapa yang paling banyak kesan peta. huhu. betting tak de motif tapi melambangkan maruah seorang wanita yang harus tido ayu mengawal pengeluaran air liur basi so i tak boleh kalah dalam ini betting!

so i guna bantal dia dan tido dengan lena sekali biar lah banyak mana pon peta terbentuk. biar sampai hilang bau lavender yang ade kat bantal tu lagi bagus. gahaha

huhu. ok.serius. serius. i rindu u lah bie. tapi semua perkara di atas adalah benar. tambah-tambah yang no 2 tu. memang tu pon tujuan i guna bantal u.=p

bukan i jer rindu. i rasa baby f pon rindu sebab dia hanya menendang dengan kuat masa u call jer. mesti dia pelik.

'mana daddy yang suka mengacau mommy dia ni?'

'kenapa aman sangat rumah ni tak de orang jerit-jerit kene kacau?'

'kenapa 2,3 hari ni mommy boleh masuk toilet dengan tenang tak payah nak berperang dulu?'

sabor yer baby. sikit jer lagi. sikit jer. sikit jer

eeeeee...natam!

tengah tengok cerita Prebet Jamilah. cerita agak budus tengok sebab ade scha yang cantik and awal yang hensem.

tiba-tiba menyampah sebab kenapa asal watak jahat jer orang kelantan?? kenapa ha???

dah la cakap salah.

eee..

Wednesday 1 September 2010

dalam kepala

saya boring. saya malas mengemas. saya malas semua. duduk depan lappy tenung screen tapi tak buat pape. plan hari ni nak melawat jiran tapi mandi pon blom lagi. hoho. mengemas ape tah lagi.

perbualan semalam dengan along. tentang seorang pak cik yang duduk di kampung, gaji rm 600 sebulan. isteri tak bekerja, anak 3 orang semua kecik masih bersekolah.

dulu hidup agak senang tapi dia telah buat keputusan yang salah dalah hidup dia. hidup jadi susah. keputusan tu salah siapa yang tentukan? kami ke? maybe walaupon hidup makin susah tapi hati makin senang. siapa tahu kan? maybe allah tak bagi dia rezeki dalam bentuk wang tapi dalam bentuk lain rezeki mencurah-curah. rezeki buka duit jer. kesenangan hati pon rezeki. ketenangan. kemudahan nak buat ibadat. permudahkan urusan harian. semua tuh rezeki kan?

duit berkepuk-kepuk. kereta melimpah ruah sampai tak cukup parking. cuba tanya diri. happy ke hidup? masa sentiasa di kejar. duit tak pernah cukup. anak-anak tak pernah nak menenangkan hati. hidup yang macam mana kita nak?

seorang lagi. asal bercakap diri lah yang hebat. asal bercakap orang lah yang salah. asal bercakap ade jer alasan nak tutup kesalahan diri. harus lah buat-buat cerita supaya nampak diri hebat. harus lah cerita kisah-kisah kejayaan. haruslah cerita mengapa orang lain gagal dia berjaya. hebat-hebat. sila lah buat selalu. semakin banyak bercakap semakin nampak kelemahan sebenarnya. maybe dia bercakap untuk menenangkan hati sendiri. sebab sebabnarnya dalam diri dia pon rasa diri tak sehebat mana. tapi dia harus kelihatan hebat supaya semua orang kagum.

suami-isteri.

si suami. seorang yang hebat. bijak pandai. gaji mestilah 5 angka sebulan. seorang suami yang romantik. sangat sayang kan anak-anak. rapat dengan anak macam kawan. kawan yang baik, sentiasa ade ketika memerlukan.

si isteri. bekerjdengan gaji juga 5 angka sebulan.zahirnya isteri kelihatan perfect sekali. muka yang manis pandai melayan. mesra dengan semua orang. pandai memasak pandai menjaga anak. anak semua terjaga terdidik dengan sempurna. di sebalik kesibukan menguruskan urusan-urusan pejabat semua anak-anak membesar dengan susu badan sendiri. diri sendiri yang melihat dia? KAGUM. memang SUPERWOMEN. kalau i bekerja tak tahu lah mampu ke tak jadi sehebat dia.

sebagai orang luar kita asyik jadikan mereka idola. bertapa kita nak duduk dalam situasi mereka. betapa kita nak jadi mereka. hebat giler. tapi bahagia ke mereka?

bila kita selami and kenali, masih ade ruang-ruang kosong yang tak sempurna bagi mereka. dan ruang ksong itu sangat besar. harta kekayaan tak menjanjikan ape-ape bagi mereka. mengapa?

dugaan allah kan? dia bagi rezeki kekayaan melimpah ruah, anak sihat, badan sihat. so dia tarik lah sikit rezeki lain. supaya kita tak lupa DIA. masih ingat kan DIA.

semua benda kita nak. semua benda ke kita dapat?

misi berjaya!

misi mencari barang-barang raya. so semua dah setel. semua di bawah bajet yang telah di tetapkan. tidak over bajet. heheh.

yang bestnya, tak penat pon walaupon semalam panas giler bahang. maybe i ade bakat tersembunyi. bila shopping jer deria penat hilang. heheh. (hurm. bakat ape ni?)

kaki pon tak lenguh walaupon berjalan sepanjang hari. maybe body faham dengan kondisi semasa, tukang urut peribadi tiada buat masa ni, so tak perlu lah nak mengada-ngada lenguh. tak de orang nak layan.

baju shahir paling susah nak cari, yang murah design tak cantik plus kain tak best. yang i and pok we berkenan mesti mahal. heh. so terjadi lah peristiwa di mana baju raya kak dia lagi murah dari baju raya adik. heh! mahal sungguh baju budak-budak ni.

handbag raya i suka~ (mesti lah kan, kalau tak suka tak beli) yang seronok nya dalam bajet yang telah di tetapkan oleh tuan pengerusi. kali ni mencari beg yang saiz besar-besar sikit. konon-konon dah nak jadi mak orang. hand bag haruslah besar-besar nak letak pampers baju dan sebagainya.=p mari verangan bersama maghfarah~

kasut raya last minit baru nampak yang berkenan dihati. benci betul kalau design kasut-kasut yang flat ni. semua ala-ala mak cik. last-last beli kasut yang tinggi jugak sikit. tapi sangat selesa macam ikat bantal kat kaki.

sedang berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya baju husband muat. kalau tak kene pergi tukar.

pastu ade jugak terbeli barang yang tiada dalam list. heheh. (mintak-mintak husband tak terbaca line ni). tapi benda keperluan la jugak. bukan pembaziran. (sedang back up diri sendiri in case dia baca line ni). terbeli telekung sembahyang raya. hehe. terbekenan pulak masa jalan-jalan pilih baju raya husband. bagus lah raya beli telekung kan. nak mengadap allah kene lah pakai cantik-cantik jugak. ni baju raya nak cantik, tapi pergi semayang raya pakai telekung kepam. gihihihi (bernas tak alasan saya?)

dan seketul lagi barang adalah seluar raya. yang ni saya tiada alasan. beli sebab murah dan kaler tak de lagi. boleh?

itu sahaja. semalam balik memang tak tak larat dah nak masak. dah lewat dah sampai rumah, so pergi bazar kinrara. dan membeli ikut nafsu serakah. semalam beli nasi ambeng. sedap giler sampai rasa hari ni pon nak makan lagi. banyak giler portion dia. tapi mak habis nyah. licin~

dan pagi tadi macam biasa, bagun pukul 4 lagi sebab nak kejut husband sahur. senang sikit kejut hari ni ambik masa 15 minit jer. rupa-rupanya die berlakon konon-konon dah bangun dan dah nak bersiap-siap turun tengok food. sebenarnya dia sambung tido. i call dia tak angkat ingatkan turun sahur tak bawak phone. bila dah subuh baru angkat suara bangun tido!

dan tengahari ni hantar message cakap azab giler tak sahur, tak minum air, tapi kene masuk site. ni first time die tak sempat bangun sahur langsung. i tak nak komen ape-ape yer bie. tapi kalau u depan mata dah lama dah i tukar jadi hulk ni.