Monday 31 May 2010

hari jumaat ke seremban


pasangan orang kurang upaya

jumaat lepas kami ke seremban. ke rumah kawan husband buat akikah anak dia. macam small gathering jugak untuk gang2 dia sebab yang available dan ade kat kl semua pergi. yang kat kk or bekerja tu tak dapat lah join. hehe

bila gathering gang-gang husband maknanya akan dipenuhi baby-baby yang cute. siap standby camera bateri pon siap bawak spare konon-konon nak amik gambar baby. KONON!

sekali bila sampai tengahari panas nya malaysia! bercampur pulak aku tengah pening sebenarnya tapi kene control ayu sebab tak kan nak tido telentang tengah-tengah majlis kan. (walaupon pening makan tetap bertambah. sedap. sedap.ngehehe) so tak amik pon gambar baby. nak main ngan baby pon macam tak semangat sangat. tengok jer dieorang maen.

and baby-baby ni walaupon panas boleh jer dieorang seronok main-main. tak de yang cranky pon. hebat.hebat. kalah aunty.

jalan pagi tu jem giler. budak-budak dalam kereta termuntah-muntah. jangan cakap budak. aku pon pening tengok kereta banyak sangat. sapa suruh bertolak lambat. haha

petang tu kami balik terus pengsan kat umah. sepanjang hari weh tahan pening. giler hebat.

macam takde motif jer bila kurang gambar kan. haha. aku nak amik gambar food segan la pulak kan. tapi nasi minyak die sangat sedap. tanpa segan silu i makan bertambah=p tu kelebihan datang lambat. tinggal kiteorang jer yang makan masa tu. so kurang lah segan .hehe

semakin sihat

saya rasa saya dah semakin sihat. berkat doa semua orang. huhu. terima kasih.
baby saya sihat dan kuat macam bapak dia. insyaallah boleh bertahan. masa scan hari tu pon saiz dia dah macam 9 minggu 2 hari. maknanya membesar dengan jayanya. tak sia-sia ibunya juga sedang membesarkan badan. gahaha. insayaallah kami ok-ok sajor.


gambar baby kami dalam timbunan makanan.ngahaha

nak tunjuk pon macam tak de pape lagi. so tayah la zoom dekat-dekat.

saya monitor berat badan saya. lepas bleeding terus timbang. masa tu tengah lapa sebab makanan last amik masa breakfast berat 62.5 kg. berat tak turun. so lega lah sikit. siap naik lagi 0.5 kg. pastu semalam timbang lagi petang sementara tunggu husband balik. masa tu tak lapar dan tak jugak kenyang. last makan masa lunch makan kfc. berat 63.5. woh! naik sekilo~ takpelah at least tak turun so hati gue tenang.

semalam masih pening-pening. ketegangan pada breast juga masih ada maknanya tanpa-tanda pregnant masih belum hilang so pregnant lagi lah tuh. huhu. pagi tadi pon masih pening-pening. jadi saya lega. sejak pregnant memang pening membuatkan saya lega. at least bila pening saya tahu saya masih pregnant. huhu.

sup sayur

patang semalam tak terasa nak makan sangat. rasa tak de selera, jadi saya mintak suami tapaukan sup sayur saja. lagi pon ada lagi seketul ayam ngan mash potato. tapi bila tengok ayam rasa tak de selera suruh suami habis kan. saya makan mash potato dan separuh daripada sup sayur. dah kenyang lah konon-konon. suruh suami habiskan sup sayur. (owh. nasi goreng tom yam semalam sangat sedap tapi makan 3 mulut sudah tak boleh telan).kurus lah i kalau macam ni hari-hari. eh. belum habis cerita lagi.

saya dinner semalam dalam pukul 9 lepas semayang isyak. dah kenyang membuntal lah konon-konon. sekali pukul 10 sudah lapar balik. mintak ngan suami susu panas sambil kunyah-kunyah chipsmore.

"jap lagi i buat"

30 minit berlalu..mintak lagi..

"jap..jap..tunggu 'ngepeng' " info tambahan: ngepeng adalah iklan. masa tu tengah tengok tv.

ok..tunggu lagi. dah 2,3 kali 'ngepeng' dah.

"bie, u janji nak buat air ke i"

"eh..jap..jap..kejap lagi i buat"

"bie, i lapa"

"la..yeke..sian. sekarang jugak i buat"

SEKARANG TAPI TAK GERAK-GERAK PON LAGI!!!

"bie!!"

"ye lah. i buat"

baru bangun buat. isk. tekanan betul.

itu belum lagi tekanan nak suruh tido ngan nak kejut tido. suruh tido awal-awal tak nak. pastu bangun pagi tak puas tido mula lah susah nak bangun.

isk kan aku dah jadi mak cik pagi-pagi hari ni. dah. nak g baca blog semua orang yang dah tertinggakl 2,3 hari.bye

Sunday 30 May 2010

tawakkal mode ON

suami masak semalam

hehe. ok tipu sikit. ikan rebus goreng ngan nasi dia masak. sayur kirim kat along yang kebetulan nak datang ngan abang helmi semalam. haha~

menu ikan rebus goreng sepatutnya menu lunch semalam. bangun tido nak masak lunch lah konon-konon. masuk toilet dulu, sekali,

" bie darah!!"

terus tak jadi masak. mandi siap-siap pegi jumpa doc. balik tak de mood sangat nak makan. g tapau mc d sajor.

habis gak semangkuk besar bubur ayam sambil-sambil takde mood tuh. kalau ade mood gamaknya mega mac tu pon i telan.

semalam tido awal. kalau boleh setiap masa pon nak tido. bila tido otak tak pikir pape. walaupon tayah risau pon sebenarnya. kalau benda nak jadi jadi jugak. jadi sia-sia tambah stress ke atas badan. tapi susah nya nak tak risau.

semalam suami iron baju sendiri. basuh baju sendiri. vacuum rumah. kemas rumah. semua dia buat sorang. bujang kembali kan?=p

hari ni dah tak bleeding.

tengah tunggu kfc black pepper delivery. hahaha. kfc pon ade delivery sekarang ok~

along berkancil hijau jadi 'akak delivery' =p

bleeding

baru balik dr hospital. setakat ni selamat

tapi mcm sama jer ngan dulu

hanya boleh berdoa dan tawakal

doakan kami selamat

Saturday 29 May 2010

penting

*sticky post*

kepada rakan-rakan customer yang saya belum jumpa lagi bulan ni, sila hubungi saya.

maaf kerana banyak no phone yang hilang memandangkan phone kesayangan masuk air.

sekian terima kasih.

=)

Friday 28 May 2010

most embarrassing moment in my life!

tajuk tokse kaloh. ikut mat salleh hanyar. tp ambo nok tulis entry ni kuk bahaso klate. dulik la dop?huhuhu

nok cerito pasa pagi takdi. lepah smaye subuh tu duk kecek2 nga mek parah. "yang, kito nok make gapo eh pagi ni? takdop bendo nok masok dop?" mek parah pon jawab "u g beli roti cana la. i nok roti kosong 2".

amboi2. sedak nyo la dio oda. tak dop aroh la mugo dio ibu mengandung. keno la ambo g beli. pahtu pulok adik ambo tdo umoh ambo smale. br sapa dr kuching. so transit la dlu di umoh ambo ni.

pahtu g amik oda nga adik ambo pulok. "aku nok g beli roti cana ni. mu nok make roti gapo?" dio pon jawab "nok roti telor la 2 butir. kuoh kari deh" okkkkk. mugo dio tetamu tu gak. bereh blako.

lepah 2 ore tu oda, ambo pon masuk la bilik paka baju denga tukar seluar pakai seluar pendek poket byk tuh. pahtu ambo pon amik la hp kot2 la mek parah nok tamboh oda ko gapo blh dio tepon ambo. pahtu ambo pon tubik la. start enjin keto pahtu broommmmmm g lah ko keda.

sapa di keda tu ambo pon oda la roti kosong 3 butir ngan roti telor 3 butir. mugo nyo ambo nok make roti telo so, roti kosong so. capo nga hok demo ni oda takdi jd la 3kosong 3 telor. beley2 tunggu roti siap ambo pon tgk la tv. dale 15 minit gtu budok buat roti tu pon panggil "bang, roti dah siap". ambo pon kelih dale supik tu dio bubuh kuoh dal nga sambal jah. ambo pon oyat la ko budok takdi "dik, nak kuah kari sket blh?" dio pon bubuh la kuoh kari 3 senduk ko ambo.

pah doh siap blako tu gak ambo pon bwk la roti tu g kaunter. nok bayar la key. tokkey nok wak kelik sajo. buke keda tu pok ambo jd tokey nok ambik pree key? ambo pon oyat la ko bdk jago kaunter tu "bape ringgit eh? roti kosong 3, roti telur 3". dio pon tok tek tok tek tekey kalkleter. "8 hinggit sposen bang". pahtu ambo pon gaga la dale poket. duk gaga2 tu tiba2 dale ati ambo "sudooohhhhhhhhhhhh dohh la. tok igt nok bawok wallettttttttt" nyupoh banga ambo dale hati. bakpo la ya tebolah molek arini. buleh pulok tetinggal walet.

ambo pon bui ayat cover la ko bdk jago kaunter tu. "jap eh dik, wallet tetinggal dlm kete la". ambo pon nyok nyok g jale ko keto. meme tau doh dale keto pon tadop wallet sbb ambo takdop igt pon ambik wallet before tubik takdi. habih ambo kubey cari pitih dale keto tu. skalo byk jgk pitih ado dale tu. tp gak mugo 2 3 ari lepah tubik tok igt bwk touch n go, abih doh la duit dale keto tu wak byr tol. cari cari cari, ado la jgk pat riyal 55sen. demmmmmmm!! tok cukup jgk ni. takpo la pado tadop sen kurap.

g la ambo smula ke kaunter tu. oyat ko bdk tu "kalo roti telor 2 roti kosong 2 brapa dik? dio pon tek tek tek tekey kalkleter. "5 hinggit pat posen bang". ayyyaakkkkkk. xcukup nih pitih aku. pah ambo oyat smula "hhmmmm.. kalo roti kosong 3 roti telor 1 brapa? dio pon kiro pulok. "pat hinggit setengah bang" fuuuhhhhhhhhhhhhhh. lego tu gak ambo sero. ambo pon oyat pulok "ok buang la roti telor 2. saya nk 1 jer roti telor". so bdk hok jaga kaunter tu pon bawok la roti hok bukuh doh tu g tpt buat roti tu suruh bdk buat roti tu buang 2 roti telor. (bellit la plop sero ayat ni). lepah tu dio pon bui la ko ambo.

lepah bui pitih tu gak ambo pon cepat2 la lari g ko keto. start enjin cepat2 pahtu brrrooooommmmmmmmmm balik. malu nyo la adik kakok wehh. supo ore mitok sedekoh pon ado sero. doh la ore tgh rama kt keda tu. pahtu malu jgk ko bdk hok jo tebar roti tu. takdi demand nok kuoh kari la apo la. last2 siap keno bue lagi. malu2. sero po tokse g doh keda tu pahh2 ni.

pesanan utk mek parah: yang, u bo la oda roti cana pahni deh. i malah nok g doh keda tu. nok g keda lain malah mugo jauh. hahhahaha..

jadi pagi takdi ambo pon tokleh la nok make roti cana ko, roti telor ko. mek parah bakar roti jah la ko ambo. tu pon kulit jah ado. sedih molek sero. doh la nya tok tawar lasung ko kito. kelik pah kelik pah kito duk tengok dio make :~(

soooo moral of the story, please check everything that necessary before you left your house.

Thursday 27 May 2010

sensitif di malam hari

adeh. semua benda pon nak syahdu.

saya sedang menunggu husband balik. pergi amik adik ipar kat lcct.

sambil menunggu saya baca satu blog.

tak pasal-pasal syahdu di malam hari.

saya bersyukur dengan apa yang saya ade.

along, i love u!!!!


tempoyak kawan-kawan!!tempoyak!!

hehe..sori over sikit. hari ni janji ngan along nak lunch sama-sama. tapi tengahari tadi pening pulak. so dia tapaukan food. ikan bakar, ulam dan TEMPOYAK.

sedap sangat makan sampai habis semua nasi ulam dan ikan. tapi tempoyak tak habis. boleh simpan makan lepas-lepas ni pulak. hehe

dan sekarang rumah bau tempoyak. ouh. macam bau aroma terapi. heaven!

haha.

thanks long. love you so much~

haha

Wednesday 26 May 2010

esok cuti yeay!

walaupon hari-hari pon cuti, tapi bila suami cuti lah baru betul-betul cuti. banyak nak kene buat ni cuti 3 hari ni,

1. malam ni adik ipar tiba dari sarawak. kena kemas bilik tetamu sikit-sikit. vacuum rumah sikit-sikit. memandangkan sepanjang pagi saya tido, jadi lepas update blog la saya buat. eh. lepas mandi semayang makan lah. eh. tunggu suami balik buatkan lah. yes. itu yang terbalik.

2. rambut gugur bagaikan juara. setiap genap ruang pon ade rambut. dem. syampoo mustika RATU pun tak membantu. kene ikut nasihat suami jugak akhirnya. kasi potong sama itu rambut. isk. tak seksi la rambut pendek. eh

3. jumpa doctor.

4. aaahhhhh..tolong lah setel hal rumah. tolonglah! sebab kami ade masa yang panjang jadi kami main-main asyik tak setel. kalau masa pendek sure dah setel. survey ekon sampai 50 buah kedai. ok melampau. ade perubahan sikit pada rumah. mun siap semua kamik madah sitok. (mood cakap sarawak sempenan adik ipar pulang ke malaya.belasah~)

6. bila cuti saya nak makan best-best. bukan benda pelik pon. nak mee celup jer. rindu nye mee celup. (bai, ko punya pasal la ni =p). sape tahu kedai mee celup paling kaw king kaw?errr..area kl-selangor saja yer. kalau kelantan terpaksa lah menunggu seminggu lagi.

eh. tiba-tiba 6. lima takde. 5 saya simpan sorang-sorang. agenda tersembunyi. muahahaha

makanan suami semalam

masih malas nak masak sayur. haih.

selamat bercuti kawan-kawan~

cepat pasang heater kat rumah masing-masing!

ribut salji menyerang~ ribut salji menyerang~


ampun kan saya cik jaket biru berbulu. hehe

"sejuk dowh malaysia, kalau pakai jaket haruslah bulu-bulu..baru boleh panaskan badan"


gambar bukan hasil google-an. jadi paparazi hari sabtu yang lepas kat bukit jalil.hehe

Tuesday 25 May 2010

kembali beraksi~

holla~

saya baru bangun tido. chatting kejap, panas kan lauk, makan dan terus update blog. hehe. kurang productive hari ni. eh. macam lah hari-hari biasa productive. sebelum saya pening kembali. baik cepat-cepat update blog.

jadual pening dah berubah sekarang ni. petang dah 2 hari tak pening. so boleh la i main masak-masak. tapi pening lepas maghrib jadi tak boleh lah saya nak mengaji (kalo zaman kanak-kanak suka bebeno lah ni kalau tak payah mengaji. kalau time mak period dan abah buzy kene pergi khusus pon suka jugak. tak payah mengaji) hak hak.

tapi husband tolong mengajikan untuk saya. so cuba korang bayangkan, saya tengah baring, dan suami bacakan yaasin. bukan kah sangat sesuatu? hehe

semenjak dua menjak ni suami selalu merungut dia makan kat kedai macam tak puas (kecuali kalau makan beriani kambing katanya). tasteless. dia training pon dia tak makan nasi lunch semalam. tak lalu kata nya. dia nak makan yang saya masak. dah puas makan luar. saya cakap die poyo. baru setahun kahwin dah tak boleh makan luar. masa bujang elok jer hari-hari makan luar. dalam hati tayah cerita la nokssss. kembang berbunga-bunga. sape tak kembang bila suami rindu masakan sendiri kan? ha ha ha..

walaupon begitu, mood memasak saya lain macam. saya suka goreng-goreng jer sekarang. dan sungguh lah malas nak masak sayur. tapi semalam terasa rajin nak masak kari terung. suami tak makan terung. jadi saya masak untuk saya sorang saja. dia makan kuah jer.

makanan suami, semua lauk~

masakkan dia ikan masak kicap. (dia tak bagi saya makan kicap), telur mata hiris bawang, letak sos dan kicap, dan ikan goreng. haha. tak de sayur pon. tapi dah letak sikit sayur-sayur dalam ikan kicap tuh. kira ok lah tu~

sangat puas hati sebab dia makan bertambah-tambah sampai tak cukup nasi kena panaskan nasi dalam peti yang simpan untuk nasi goreng. hehe. baru berbaloi pening-pening pon masak. bagus. kalau nak i masak sila lah bodek macam semalam lagi.

ai punya. puas hati makan.

kari terung tanpa santan, telur mata hiris bawang ngan sos jer (kicap takde T_T) dan ikan goreng bodo. haha

kali kedua buat kari lepas kahwin. masa 1st time buat kari hari tu kari sotong rasa lain macam aka tak jadi. kali ni jadi. hehe. yeay. boleh masak kari ikan pulak lepas ni.

ni food malam kelmarin

lagi sempoi. daging goreng, ikan rebus goreng, sayur sawi goreng berkuah. semua goreng-goreng. mak malas noks.

hari ni kering idea nak masak ape.hurmmm....

Monday 24 May 2010

hari sabtu

rasa macam tak de mood nak ud date blog hari ni. terpaksa jer rasa. ceh berblog pon terpaksa. nanti korang masuk blog ni tak de update korang kecewa. gahaha. so i memaksa diri update blog dengan cerita basi.

sabtu lepas birthday azhani, tapi kiteorang pergi amik aisha rohaya bawak dia g makan konon-konon saya nak belanja dia makan sempena birthday dia yang dah lepas. tapi mesti lah suami saya yang bayar. tapi yang frust nya..yang frustnya..lupa nak amik gambar. ah jarang berlaku kepada seorang blogger yang tegar! grrrr..marah diri sendiri.

tak best tau bercerita tanpa gambar. kami pergi makan kat anis putri lagi. sebab tengok tempoyak dan ikan patin (bukan ikan patin masak tempoyak yer) kami amik amik asing-asing. sebab salah pilih lauk. ah. yang penting ade tempoyak. amik gambar pon lupa sebab rasa tak sabar nak terkam tempoyak. isk.

pastu bila sampai rumah. on latop.

"oh! penat i bawak camera. lupa nak amik gambar"

"i ingat u malu ngan aisha. tak amik gambar. i ingat jer"


MALU NGAN AISHA? NGAN AISHA? *pengsan*

tak pelah. gambar kami makan pon semeh sebab semua dah kelaparan. (ok. mungkin aku jer yang sememeh)

lepas tu kitaorang pergi tengok anak gadafi. juga tiada gambar. tapi i curi kat fb. hehe. biasalah.


gad, mintak kebenaran yer. asyik promote anak-anak ko jer.anak ko comel. mane tahu kut2 ade agensi model kanak-kanak baca blog aku. nanti anak ko juga yang glamer macam mia@ amani nanti. hahaha

baby mohammad *rasa nak nangis tengok baby fresh dr oven macam ni*

" aizat, baby nama ape?"

" baby nama mohd dah tu jer"

"panjang nya nama baby, MOhd dah tu jer bin *nama bapak die*"

sengal kan uncle peja ni aizat.


malam nya kami ke alamanda beli groceries. beli jer penting. masak ke tak tu lain cerita ok~ hahaha

dia tak suka sangat ayam. ni kemahuan bini.tapi nampak macam suka jer kfc black paper ni.

bini dia macam biasa. makan kfc kena dengan soso tomato. baru feel lebih.

ok lah rasa kfc baru ni. tapi seketul boleh la kut. ketul yang kedua mak dah kemuakan. kene makan dengan banyak-banyak sos tomato supaya hilang rasa muak. tapi sekarang macam terasa nak makan lagi.

itu sajor aktiviti hari sabtu kami. hehe

Sunday 23 May 2010

dinner semalam


dinner yang heaven hanya sesimple ini.

ikan rebus+ ikan rebus goreng+timun+ budu

saja nak tunjuk kat anak-anak sek sok mitahali nye ayoh mung bila mok mung pregnant dia tolong buat breakfast. roti bakar ngan nutella pon dah ok sangat dah tuh!

nasi beriani gam

saya bukan lah penggemar nasi beriani. makan nasi beriani pon boleh bilang dengan jari lagi. tapi husband pengegmar nasi beriani. tambah-tambah kalau beriani kambing. semalam balik dari jumpa customer kiteorang pergi makan beriani gam dekat dengan uniten. tak sure lah ape nama kedai tu. tapi signboard dia kalau dari highway memang nampak lah. besar terpampang.

tapi kedai dia agak kedalam sikit dan rupa kedai pon tak de lah meriah sangat tapi orang sangat meriah! malam mungkin ade live band kut kedai ni, sebab nampak ade alat-alat muzik atas stage. kereta-kereta yang orang yang makan kat kedai ni pon agak mewah. kereta kami rasa nya terkecik yang parking depan kedai. hak hak. tapi kalo pakai kereta mewah tak semesti nya kaya kan. boleh jadi jugak driver. haha. dah. dah. berhenti merapu.


ayam kuzi untuk i

kambing kampung untuk beliau

model nasi beriani. haha

mak cik ni kalau dah boleh food!

pinggan dia bukan saiz biasa. pinggan die besar dan portion beriani dia sangat besar. saya mintak separuh saja nasi. tu pon 1/3 daripada separuh tu bagi kat husband. kenyang membuntal. memandangkan semenjak-dua menjak ni selalu sangat makan kambing jadi saya mintak ayam kuzi. ayam kuzi dia sangat best! beriani kambing jugak sedap. kuah pekat nyum. nyum. teringat-ingat rasa dia.

tapi sebab lauk dan nasi banyak sangat agak nak muntah jugak lah kemuakan selepas makan. tapi masa makan sebab sedap jadi tak sedar dah habiskan satu pinggan. lepas makan perut dah macam ibu mengandung 6 bulan. hahaha

huhu..i rasa perbelajaan makan bulan ni agak keterlaluan. sebab asyik makan luar dan asyik nak makan tempat best-best jer. bukan salah i sebenarnya. sebab bukan selera i nak makan nasi beriani segala ni. selera encik suami. harga nasi beriani dia semalam kalau pergi makan nasi kerabu daging bakar besolok lada ber bawang jeruk segala dah boleh pergi makan 3-4 kali nasi kerabu dah. tapi memandangkan dia yang bayar, marilah kita tumpang perut sekali. hak hak.

walaupon nasi beriani gam ni sangat sedap kata husband yang juga penggemar nasi beriani. tapi kalau next week die ajak makan lagi mintak maaf lah. nasi beriani bukan makanan saya. dan bulan ni dan 2 kali layan dia makan nasi beriani. cukup-cukup lah~~~~

i nok makey nasi ikey rebuh goreng jah.

ouh. semalam die siap cakap bini no 2 nak cari orang johorlah. boleh ajak g makan nasi beriani hari-hari.

grrrrrr...

8 minggu

weekend susah nak update blog sebab penuh dengan aktiviti berjalan dan makan. bila balik rumah dalam keadaan kenyang dan pening tido adalah pilihan yang sangat tepat. hehe

last week kesihatan berada di dalam keadaan paling tidak mengizinkan. macam sepanjang hari pening kecuali pukul 3-4 petang sihat. jadi tiada aktiviti masak-memasak.

berat badan pon turun last week. berat minggu lepas 60 lebih sahaja. turun hampir satu kilo. risau la jugak tapi mungkin jugak sebab kurang selera makan. dan hari ni dah tak risau lagi. 2 hari suami jamu makanan yang enak-enak jadi berat i sudah 62 kg. wohhoooo! (saya tak pernah rasa happy macam ni sebab berat naik. haha)

saya rasa tiada perubahan ketara sangat pada saya kecuali selera makan yang lebih kekampungan. western dan fastfood adalah sangat muak ketika ini. keinginan ade, tapi bila makan tekak menolak.

perubahan lebih banyak ketara pada husband. di mana dia loya lebih dari saya. saya jarang jer loya kecuali makan tak kena dengan selera. dia juga minggu lepas kurang menghadap nasi. dan mengalami masalah deria rasa yang kronik dimana semua makanan yang dimakan adalah kurang rasa. akibat kurang makan last week kandungan dia dah mengecik sedikit tapi weekend ni macam membesar balik dan minggu ni dia ade training dan saya sangat yakin bila training perut kandungan membesar bagaikan juara. gahahah

perasaan risau memang akan ade selagi tak lepas 12 minggu dan disebabkan itu saya tidak merancang ape-ape setakat ini.

suami sudah buat appointment dengan doc untuk check-up 3 bulan nanti walaupon bagi saya masih terlalu awal. tapi dia nak saya dengan dr. seri kali ni jadi kene booking dr seri ni awal-awal kalau tak jadi macam tahun lepas jadual dia sudah penuh. jadi sudah tiada peluang saya nak mengorat doc lelaki lepas ini. eh.

di kala bosan sambil kutuk-kutuk hidung saya dan perasan hidung beliau sangat mancung, beliau suka berangan rupa anak sendiri. tak nak cerita di sini sebab sangat kelakar. yang pasti semua pon nak ikut dia kecuali kulit dan sesetengah perkara mestilah kene ikut ibunya. gahahahahah.

eh. sudah lah update pasal 8 minggu sebelum sesi update ni di delete oleh beliau kerana macam banyak pulak aktiviti mengutuk beliau.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Thursday 20 May 2010

wey la anok

wei la anok, marin mok mung beraso nak make nasi ule timun cicoh budu. pah nok masok ikey goreng. wak tubek doh ikey daley peti. sihat walafiat jah mok mung pukul 3-4 petey tuh. dok ralik chatting. mugonyo nak masok awa telajok.

dale kul 5 gituh nyo mari pening. mok mung telepong la ke ayoh mung. mok mung oyat ke ayoh mung, mok mung nak tido. pening palo tok leh nok masok doh ni. ayoh mung tapau lah makane gapo-gapo. mok mung takpo blako.

pah ayoh mung bagi suggestion, make pizza lah mok mung maley ni. seney. dio mari hata.

oloh la ayoh mung. bakpo gak hilir sangat. mok mung ni nok mutoh sero denga perkatae pizza tuh. makey nye dok lagi. dok leh ke makane laen ayoh mung?

doh takpo lah mok mung tok se pizza gak. kito beli la nasi dekat-dekat rumoh nati.

lalu tido la mok mung depey tv. beley-beley tengok AFC channel. memang ni feveret channel mok mung. pah tido la mok mung sapa pukul 630 petey ayoh mung telepong.

ayoh mung oyat dio dok kat kedai makey doh. ado nasi khabu kalu nak makey nasi khabu pulok ko? olos. pucuk dicita ulam mendatang lah mok mung. mesti la nok.

pah semaley ayoh mung makey satey. mok mung makey nasi khabu

sedak wei anok nasi khabu ni. tok tahu lah ayoh mung beli mano. dio kato keda kat rumoh. tok tahu pulok kat rumoh kito ni ade keda nasi khabu buleh kiro.

pah pagi tadi mok mung tok tahu nok makey gapo. masok la bodo-bodo. letok jah gapo ado kat dapo

muok wei anok. memey mok mung tok leh gi doh masakey raso sememeh lagu ni.

3 jey wei anok mok mung breakfast pagi tadi. tupong tok habis anok wei. meme tekok mok mung tok leh gi doh makaney gini anok. muokkk.muookkk. sapa tertido mok mung nak perabih ko breakfast hari ni. duga tebalik sero.

sedak nyo la wei anok kalu ado nasi belauk ikey ayo. dok pong nasi khabu daging bakar. dok pong nasik kapik cicoh sambal nyor. owoh sedak nye anok.

ni mok mung sero nok balik kelatey ni anok T_T

pah pukul 12 tadi mok mung bangun tido. palo sero lagi pening. tapi sero nyo nak makey nasi la pulok anok. makaney breakfast pagi tadi ado lagi. mok mung tohok daley tong sapoh jah anok.bazir mok mung ni. jange dok tiru la anok wei .tapi gak mok mung tengok pong nak mutoh wei anok. kalu mok mung makey tok tahu lah gano.

mok mung mencekalkan diri masok tengahari ni anok.

ikey singgey, uley timun cicoh budu,anok!


namboh dua kali wei anok, mok mung makey tengahari ni.

mok mung tok tahu lah bakpo lah kappong sangat selera mok mung loni. mung ko anok nok makey budu-budu nasi kerabu segalo ni anok? oloh laaaa...bakpo la nyo menurun ayoh mung sangat.

andai ku tahu-ramli sarip



bagi aku ramli sarip nyanyi lagi menyentuh hati dan perasaan berbanding ungu nyanyi. mungkin sebab suara tua serak-serak basah. suara macam betulbetul menyesal dan bertaubat. huhu. tersentuh jugak jiwa sensitif i mula-mula dengar. syahdu. syahdu.

layan~

Lirik Andai Ku Tahu - Ramli Sarip (Ost Filem 2 Alam)

Andai ku tahu….
Bila tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Bila tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak layak disurga…T_T


Bila ku tahu….
Bilakan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Wednesday 19 May 2010

sanggul tinggi


semenjak-dua menjak ni kan fesyen orang pakai pesen tudung syria ni. saya tengok cantik dan kemas pulak stail ikat sanggul tinggi-tinggi ni kan. so dua tiga hari ni dok berangan bila keluar nak pergi beli pengikat rambut yang tebal-tebal boleh buat bonggol unta nanti.

sekali hari ni ade seorang kawan yang sedang keboringan kat ofice keboringang paste link INI.

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

saya paste yang dua ni je lah yang penting. kalau nak baca versi penuh sila lah click kat link kat atas tu.

naseb baek kawan saya paste link ni. sebab saya tak pernah tahu pon pasal benda-benda ni semua. tapi sebab dah tahu mari kita sebar-sebarkan~

nasi kerabu caiyo bistro

nasi kerabu caiyo bistro

yeay. semalam saya makan nasi kerabu caiyo bistro. tapi entah lah kali rasa nasi kerabu dia tak se-umph biasa. samaada tukang masak dia dah bertukar. tekak saya yang dah berubah or mood masa tu kurang ok.

walaupon tak de anak kecik, cabaran besar jugak kalau nak makan kat luar. tambah-tambah kalau masa dinner. kiteorang biasa makan sebelum maghrib, tapi kalau nak keluar sebelum maghrib rushing nak semayang. kalo keluar lepas maghrib jawap nya perut dua-dua orang sudah sangat lapar. dan salah satu tuan kepada perut yang lapar ni adalah sangat bekeng di kala lapar. haih.

dah la bekeng. tuan perut ni jugak sangat tak boleh tolerate dengan kedai makan yang service nya lembab. walaupon memang dah tahu kedai ni memang lah sangat lembab service nya dan suka hantar air ke meja yang salah.

tapi sebab nasi kerabu kedai ni sedap jadi sorang lagi tuan perut yang perut nya semakin besar itu nak juga makan kat situ.

ni tuan perut yang nak sangat makan kat kedai lembab ni

eh? makan nasi kerabu ngan sudu? sangat salah!

ok. ni baru betul

owh. ni lah tuan perut yang bekeng.

geram ok! tak boleh nak sabar sikit. haish. tak pasal-pasal aku emo tak boleh nak menikmati nasi kerabu yang sedap itu. tak pasal-pasal tibe-tibe rasa nasi kerabu tu kureng. emo!

di sebabkan tak boleh nak menikmati nasi kerabu itu saya nak makan nasi kerabu kat kedai sup UK pulak. ah. tak kira~

dan banyak kali order a la carte kat sini. tapi selalu fail. kiteorang suka makanan kat luar-luar kedai jer. nasi kerabu, kerabu dan char kue tiaw. nasi goreng daging merah tu pon fail. dia cakap aku masak sendiri lagi sedap. eh. hint nak suruh i masak ke hari ni?

i nak nasuk kerabu UK!

terima kasih=)

kepada yang sudi beri komen dan turun kan petua-petua masing-masing. akan ku cuba dan benda yang tak boleh makan akan akan ku save dan elak semampu yang mungkin awal-awal ni. seorang kawan masa mrsm siap call semalam cakap petua nak hilangkan batuk yang mak dia ajar. huhu. terima kasih-terima kasih.

bab romen tu bukan semua orang boleh terima untuk di sebutkan dalam blog. huhu. yer saya faham ade orang yang menjaga tatatertib sebagai gadis melayu dan sebagainya. saya juga gadis melayu lor. ade nampak mate saye kaler biru? (eh. gadis lagi ke kalau dah kawen?=p)tapi saya sedikit open bercakap pasal ni. erm. bukan cerita pasal details membuka hal dalam kelambu pon. just share sedikit sahaja. kalau jumpa saya depan-depan pon macam dalam blog juga saya bercakap. tapi kalau di luar mungkin saya di kelilingi kawan-kawan yang juga suka melucah. eh. salah. yang boleh terima kalau sikit. kalau banyak-banyak dieorang menyampah. saya pon menyampah.

orang tua kita tak suka bercakap pasal ni selagi tak terpaksa.

dulu masa first time pregnant tak de orang pernah pesan kat saya awal-awal ni jangan bersama suami sangat. jaga pergerakan ngan jaga makan memang ramai orang pesan. so saya search dalam internet, baca majalah dan saya tertengok wanita hari ini dia berbincang pasal hubungan seks semasa pregnant. semua cakap selamat!

sebab nya dia tak cakap secara details. masa awal pregnant ke. akhir pregnant ke. tengah-tengah ke. memang die ade cakap juga pasal sex semasa pregnant boleh menyenangkan proses beranak. tapi die cakap lah tu bila akhir-akhir pregnancy. awal-awal pregnancy ni tidak pula dibincangkan. aku sebagai orang yang jahil ni percaya lah. plus, masa awal-awal pregnant keinginan terhadap *ehem* adalah sangat tinggi. percaya lah kerana ianya benar!

bila dah second pregnancy ni, memandangkan ade sejarah, ibunda pon dah bersuara. tu pon dalam nada berlapis-lapis. dia cakap masa 1st pregnancy dia lupa nak pesan pasal ni. i rasa bukan lupa. tapi orang kita tak suka bercakap pasal ni melainkan bila dah terpaksa macam ibu saya tu. haha

doctor pon dah pesan jangan terlalu kerap sangat. sebab tak kuat lagi. kawan-kawan pon dah semakin ramai dan semakin ramai yang berpesan so saya kurangkan kali ni. bukan stop terus yer. merana kami berdua. buat dengan cara selamat dan hadkan. malas lah nak ajar secara details kat sini. korang baca lah kat mana-mana. kalau nak tahu email saya. tulis kat sini kang ade orang marah kang.

sebab saya jahil dulu dan saya telah terima akibat. (walaupon saya tak tahu sebab ape saya miscariaged dulu dan doctor pon cakap bukan salah saya, tapi memang baby tu dah tak mampu nak membesar dengan normal mungkin ade kecacatan kat mana-mana). tapi baik kita beringat kan? tapi kalau terjadi jugak sesuatu yang tak diingini tu terpaksa lah kita anggap takde rezeki.

memang lah orang kata belajar dari kesilapan. tapi baik dari kesilapan orang lain dari kesilapan sendiri. saya silap. saya tak nak orang lain silap. sakit tahu miscarriaged! saudara saya (awoh,mungkin ade yang kenal dia. saya selalu cerita) sampai sekarang trauma teringat-ingat masa sakit. saya idoklah sampai trauma. mungkin sebab keinginan nak ade anak membuak-buak.

saya tahu ramai kawan-kawan saya yang belum kawen baca blog ni. so kut-kut lah ade orang sejahil saya dulu yang tak pernah tahu pon. at least dieorang berjaga-jaga sikit.


kan kan kan?

tolong saya!

huhu..

bila baca kak ena komen pasal madu tak bagus untuk awal2 pregnant terus tak tentu arah. sebab nya tak pernah tahu pasal madu tak boleh. tahu madu panas. tapi macam tak tahu pulak effect dia kan. T_T

so terus call mak tanya pasal madu. dia cakap ok kalo makan sikit. tapi dia pon tak sure then tanya rakan sekerja die, dengan lantang plus cuak sorang kawan dia menjawab saya dengar dengan cukup jelas die cakap,

"ayah, jangan makan madu awal-awal ni. panas. dok molek!"

T_T. aiyyakk. mana tahu~~

aku sedang batuk sekarang ni. doctor cakap kene hilang kan batuk ni. nanti kalau perut gegar-gegar boleh menyebabkan bleeding. bahaya.

tapi ramai suruh aku jangan amik ubat batuk walaupon doc bagi ubat batuk baby jer. ramai suruh aku guna cara traditional jer.

biasa aku kalau batuk makan asam limau plus kicap. memang lega tekak.

tapi sebab pregnant ramai pesan jangan makan asam kuat sangat. so aku takut nak makan asam. jadi limau nipis +kicap terpaksa dilupakan. mak aku cakap makan madu satu sudu teh ok kut. tapi jangan banyak. tapi sekarang madu pon tak boleh. so aku kene tahan jer ke? or makan jer ubat batuk doktor bagi sebab nya doktor cakap dok tahan-tahan batuk pon tak bagus jugak untuk baby.

ah. semua benda tak boleh buat. ape aku nak buat ni?

boleh sape-sape tolong i yang tak berpengalaman ni? T_T

i sangat nak jaga kali ni sebab tak nak jadi sebab.

orang cakap jangan makan pedas. i makan jugak pedas. tapi kurangkan. naseb baek lada-lada sekrang menag tak pedas langsung.

jangan makan masam. yer memang kurang pon makan asam sekarang. masak tom yam pon tak nikmat sebab kene redha kurang kan rasa masam dan pedas. T_T

tak makan junk food. asam masin lagi lah tak.

nenas dah lama aku haram kan memang sejak zaman 'berusaha' lagi aku dah pantang.

kopi lagi lah tak.

makanan mentah or separuh masak aku jauhkan diri buat sementara. babai sushi.

babai hati goreng rangup pasar malam.

ape lagi eh yang perlu di jauhkan?

dah la nak bergerak pon terhad. nak beromen pon tak boleh. T_T

kalo sape-sape terbaca entry ni tolong senaraikan semua benda orang pregnant tak boleh buat dan tak boleh makan. boleh jadi rujukan i.

yang traditional lah. sebab kalo ikut yang modern memang sikit je lah kalau tak boleh makan pon. kalau ikut doctor lagi lah. dia cakap makan jer semua kan.

mood sedih on. sori baby. tak pernah tahu madu tak boleh T_T

Tuesday 18 May 2010

halloo~


brunch =p


sebagaimana blog tak berupdate pagi ni.begitu jugak perut i. hehe.

sedang mengalami tekanan hidung. ade sesatu di dapur yang merosakkan mood makan i. dah banyak hari aku mengadu kat suami. bau dia ala-ala gas. tapi bukan bau gas. yang pasti sangat memeningkan kepala. sebelum ni bau tak teruk sangat tapi semalam aku rasa bau dia makin kuat.

saya tak boleh dok lama-lama kat dapo. pening. goreng telur pon dah cukup memeningkan. mula-mula saya kesan bau tu dekat kawasan bawang. tapi bukan bau bawang pon. cek-cek pon tak de bawang busuk ke benda-benda yang tak di ingini mati ke.

lagi menyesakkan hidung dapo dan ruang tamu bersambung. jadinya bau tuh bermaharaja lela di dalam rumah.isk!

suami janji nak cari sumber bau tu hari ni. good luck untuk dia. kerana dia cakap dia tak bau benda pelik pon. i jer yang terbau-bau. kalau i yang terbau-bau ni dah 2-3 hari mencari sumber bau tapi tak jumpa, ape lagi beliau yang tak terhidu bau--bau pelik pon.

tiada gambar food semalam. semalam berehat. hari pasar malam.=p

Monday 17 May 2010

tak jadi balik~

sape nak tiket balik kelantan 30/05?haha.


saya suka naik train. sebab hati lagi tenang dari naik bas walaupon memakan masa lebih dari 12 jam. tapi takpe. saya suka amik tempat tido. boleh tido dengan selesa sepanjang malam nanti bila siang tengok-tengok dah sampai. so tak terasa sangat pon 13 jam tuh

saya nak balik kelantan sorang-sorang. balik awal seminggu dari suami. memandangkan train adalah public transportation termudah so suruh la suami amik tiket train.

tapi banyak pula halangan. semua orang di kampung risau pasal baby saya. train tahu lah bergoyang-goyang. dan bergegar-gegar. yeke? saya rasa kalau tempat tido tak rasa sangat. sebab biasa aku boleh jer tido dengan jayanya. kalau tempat nak ke gerabak sebelah or nak ke toilet or nak ke surau tu mungkin lah sangat bergoyang-goyang.

baek beringat sebelum kena kan. dah orang-orang tua dah risau tu. baik ikut jer. so saya tak jadi lah balik kelantan 30 hari bulan tuh. balik jer ngan suami weekend lepas tu dan mungkin stay seminggu kat kelantan selepas tu, pastu naik jer flight.

berita baik nya, kalau stay seminggu lepas tu maknanya masa tu cuti sekolah. jadi boleh la 'berembas-rembas' ngan adik-adik beradik. eh. tipu. dah tak boleh berlasak-lasak. so acara gusti dah tiada.

nanti mesti sedih nak bagi suami balik kl sorang-sorang. dah la minggu lepas tu birthday dia.

ah. benci bila kena buat keputusan.

boleh tak nak angkut semua family datang kl?=(

ketegaran

bertemu lagi~

hehe. saya baru lepas lunch dengan benjo yang sedap, lepas tu rasa nak buat kuiz ni.

keputusan nya:


89%

Change Google Name - Change Google Logo



boleh try buat kuiz tu kat sini

hehe. tak boleh lawan ketegaran kak eynda.

i raso dah sangat tegar dah. sampai tak berapa nak sihat nak buat benda lain tak boleh tapi berblogging masih jugak larat.

maknanya saya tak lah tegar sangat yer en.suami~

semalam hari tido sedunia

selamat pagi~

saya kekurangan idea nak merapu. sebab semalam tiada benda menarik pon berlaku. dari pagi sampai petang, tido, bangun, ngadap latop sekejap then tido balik, bangun chatting sekejap then tido balik. petang baru lah ok. lepas maghrib pening balik.

haha.

pastu malam kene paksa dengan husband pergi klinik sebab dia risaukan blood pressure saya. ye lah. pening sepanjang masa. masa pergi jumpa doktor tu pon saya pening. tapi blood pressure normal. so mungkin pening-pening ni hanya sebab penyakit buatan orang. so lega!

tapi sebab batuk tak hilang-hilang lagi doctor bagi ubat batuk ngan ubat sesema kanak-kanak. cute nya rasa makan ubat kanak-kanak. eh. tapi saya tak makan pon sebab bukan selalu pon batuk. sangat kadang-kadang. pastu kalau pening doc cakap panadol selamat untuk perempuan pregnant. tapi saya tak bercadang nak amik pon sebab kalau pening saya lagi suka tido. haha. lagi pon aku bukan ade keje ke ape kan. so kalau boleh boleh malas lah nak amik ubat-ubat ni.

semalam pergi klinik Lita Alis kat bangi. suka lah klinik ni. aku merancang nk buat check-up kat klinik ni lah sampai 3 bulan. aku suka doctor dia. nurse pon baik dan cantik. haha

dinner semalam


Sunday 16 May 2010

ani sup utara

giler vain. saya tahu.haha

suami saya buzy orang nya. sambil makan pon phone tak lepas. bukti-buktinya adalah

food belum sampai


food dah sampai

masih lagi

masih lagi??

sekeping jer gambar i sebab suami malu tapi i paksa jugak. haha

lai ci kang dia sedap!

kedai yang aku pergi ni kat bandar sri permaisuri kat cheras.

i makan sup jer sebab i dah berjaya telan sebiji burger malaysia sebelum tu. sebelum ni kami pergi kedai melayu kat tepi-tepi jalan. kedai sangat horror dan pekerjanya pon sangat tak menyelerakan. jadi i mintak burger jer yang jual depan kedai makan tu.

stended ah kedai melayu. nak berniaga ngan tak nak berniaga sama banyak. burger i dah sampai pon dia tak clear lagi meja kami. amik order memang belum lagi lah. tunggu dua tiga minit tak nampak macam ade orang nak amik order pon, jadi suami naik angin blah jer dari kedai tu. naseb abek i makan burger jer. senang nak tapau. bekeng lah tok laki aku.

lepas tu jumpa ani sup utara ni terus pergi makan situ jer. mentang-mentang kedai nama dia sup dia jual sup sajor. mintak telur dadar pon tak dak. sup dia boleh tahan lah. tapi aku suka sup UK kat bangi lagi. suka sup rasa masam-masam.

=)

selamat hari isnin~

=)


dinner semalam.

oat+pisang+honey+kismis untuk saya

*campuran yang entah pape main letak jer asalkan ade rasa*

benjo untuk suami

weekend ni macam weekend yang fail untuk saya.

bangun pagi suami dah siap basuh baju bersoftlan segala. tinggal nak jemur jer. bangun tengahari suami dah siap vacuum satu rumah. masak lunch nya belum lagi.

dan semalam masak benjo jer untuk suami. tu pon dah nk dekat kul 10. naseb baek petang beliau keluar beli cendol ngan kuih. so takde lah kelaparan sangat. walaupon tahu dia makan burger double special pon kena sebiji setengah. benjo ni tak mengenyangkan pon bagi dia. tapi dia tak complain.

u memang calon bapa mithali la bie. i love you so seterong la. huhu

insyaAllah i jaga baby ni dengan baek supaya segala usaha dan penat lelah u berbaloi. huhu
kalau ade rezeki kita. kan? kan?kan?

sekarang masa untuk tido pagi. pehning sudah.

aizat dan aiman dalam entry ini dah selamat ade adik lelaki pukul 630 pagi tadi. lambat 3 hari dari tarikh asal. rasa macam nak pergi melawat. tapi sure tak sempat kalo weekdays.

selamat hari guru


comel giler google hari ni kan?

selamat hari guru saya ucapkan kepada guru-guru. bakal guru sila sabar dulu. nanti bila dah jadi guru saya wish yer. hehe. =p

semasa saya membesar saya di kelilingi guru-guru. abah dan ramai mak cik dan pak cik saya adalah guru.

jadi masa orang bercakap pasal tugas guru yang ringan dan banyak berehat. saya tidak setuju. saya tahu hal sebenar. benda ada depan mata.

kata cuti banyak. sebanarnya masa cuti pon di panggil mengajar, khusus, program sekolah, ko-kurikulum, dan menjaga peperiksaan.

dah la nak amik cuti masa hari biasa pon sangat susah. cuti sekolah yang konon nya menjadi cuti kepada cikgu-cikgu pon di ganggu. di mana ringan nya tugas mereka?

mungkin ade lah cikgu yang boleh berehat banyak sedikit. kalau pandai mengelat. hehe.

walaubagaimanapun cita-cita saya dari kecik nak jadi cikgu. nak mengajar kat kelantan, nak buat rumah sebelah rumah mak ngan abah. (padahal kawasan rumah dah takde kawasan kosong dah)

tapi bila besar kenpa entah amik engineering. sebab nak suruh jadi suri rumah kut.haha

selamat hari guru kepada guru-guru.

7 minggu 1 hari

dah 7 bulan minggu satu hari baby kami. sangat-sangat berharap 7 bulan! haha

lambat betul bergerak masa ni time orang nak suruh cepat. tak sabar nak lepas 12 minggu. selagi tak lepas hati tak tenang.

perkembangan baby tidak lah tahu. bila 8 minggu nak pergi klinik lagi. perkembangan saya, saya tahu.

semalam berat sudah 61.5 kg! wahaha. memang berkembang dengan jaya nya. tahniah! tahniah!

tapi kalau nak compare dengan first pregnancy, berat kali ni tak naik dengan dengan pesat sangat. dulu masa minggu ke 7-8 berat saya sudah 64kg. kali ni kurang pesat mungkin kesedaran sudah tinggi. dulu memang buruk lantak. sekarang buruk jugak. tapi mungkin memilih sikit compare ngan dulu semua benda depan mata aku telan.

dari segi emosi sudah stabil compare dengan awal-awal dulu asyik nak emo sahaja.

kesihatan pula morning sickness muntah-muntah setakat ni tak de. loya tapi tak sampai muntah. cuma kalau paling teruk pon pening dan rasa macam tak berpijak pada bumi. so saya kene baring sahaja. orang malas macam saya suka lah. boleh baring-baring rehat-rehat lebih.

tapi yang saya risau saya pening sepanjang hari pagi petang siang malam. takut ade masalah blood pressure. saya biasa darah rendah. tapi mintak-mintak ni hanya sebab pregnant. pening sepanjang hari, tapi tak sepanjang masa. kadang-kadang pening. dok diam sekejap nanti dia hilang. lapar pening, makan ok balik. 3 minit lepas makan pening balik. nanti 10 minit lepas tu ok balik. macam tu sepanjang hari sampai suami pon dah tak kecoh sangat dah kalau saya pening. dah biasa sangat. (selamba cakap suami kecoh. mati i kalau dia tak hiraukan aku kalau aku pening lepas ni)

perkembangan suami pula. dia semenjak dua menjak ni mengalami pening-pening dan loya. tak tahu sebab ape. orang kata suami boleh jangkit kan? bagus. bagus. susah harus lah sama-sama susah kan?

selera makan?

semenjak dua menjak ni dia agak redha apa saja yang saya masak tanpa sebarang rungutan kerana dia tahu bertapa isteri memaksa diri untuk memasak. kalau ikut hati mahu makan telur mata kicap jer hari-hari.

perkembangan perut pula. dah lama tak timbang suami sendiri. asyik timbang orang saja. tapi perut dah semakin membulat. lagi bulat dari aku. kadang-kadang ade rasa baby menendang. haha.ok.tipu. jangan percaya.

perkembangan janji. dulu dia cakap sebaik saja saya pregnant maka beliau akan berhenti rokok. tapi rasanya masih belum tertunai janji itu. masih ade sisa-sisa bau. oleh itu saya buat perjanjian dengan dia. setiap kali saya tercium bau pada badan dia, dia kene bagi RM 100 sebagai denda. dan setakat ni denda terkumpul adalah RM300. seronok juga main macam ni. tiba-tiba rasa nak cakap,

bie, hisap la rokok banyak-banyak lagi.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Saturday 15 May 2010

roti canai?

saya bukan penggemar tegar roti canai. roti telur lagi lah. dulu masa zaman anak dara melepak sangat suka melepak dengan mamak pon sangat jarang order roti canai. aku suka tosai, capati dan paling selalu order nan. kalo rasa nak benda lemak manis bercream pon mungkin roti bakar telur manis. RBTM. rindu nya roti bakar telur manis kongsi ramai-ramai! eh. tiba-tiba mengimbau nostalgia di situ.

semalam bangun pagi. rasa malas nak makan menu-menu biasa breakfast. weekend memang aku jarang shake pagi. semalam pagi-pagi rasa macam kalau makan roti telur best jugak ni. hehe. suami memang anti mamak. jarang dia nak layan aku request makan mamak-mamak ni. kalau sangatsusahjumpakedaimakantakdetempatsangatnakmakan baru dia pergi mamak. semalam senang sajor dia tunaikan permintaan. hak hak. suka!

roti telur

bukan dia beli kat mamak pon. ni roti canai kedai melayu. belasah sajor.

lepas makan sambung tido sebab pening. haha. bagus.bagus. mari semua tiru petua sihat bersama maghfarah.

bangun dah lambat nak masak lunch. suami dah kelaparan. haha. kesian. dia kesian nak kejut i katanya.

hajah sapinah bangga anak perempuan dia tumbuk sambal belacan.eh.blend jer.haha

kailan dan tauhu telur masak sos tiram

sotong paprik

jemput makan.=)

ini antara sebab mengapa i sayang suami i lebih. haha


semalam seharian dok rumah saja. malam baru keluar. nak pergi beli barang dapo. tapi malas nak g bersesak-sesak kat alamanda. sure ramai orang. mesti jalam jem dengan ade sure heboh and hari belia negara dan segala macam. jadi mari lah berehat-rehat sahaja di rumah.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Thursday 13 May 2010

busuk hati mode

kadang-kadang hati rasa berbulu

bila baca status pasangan yang lepas i love u, i miss u, lepas tu i love, lepas tu i miss u.

ye.ye. kami tahu. bahagia nya kamu.

pastu teringat blog sendiri.

adakah aku pernah buat kamu-kamu berbulu??

ke memang selalu buat korang berbulu?

maaf lah kalau ade yang berbulu

sebab aku memang begitu.

berbulu tengok orang. tapi diri sendiri tidak tahu.

tapi aku tak pernah buat status begituuuuuu



adeh. bulu-bulu di badan sudah ku buang.

bulu di mata dan hati camno nak ilang?

isk. buat hal sendiri maghfarah!!

tapi diaorang tunjuk.

bukan saja aku menyibuk.

dah.dah. mari bersihkan hati.

bogel lagi cantik


sudah di bogelkan

masa beli memang aku tak belek-belek pon handphone ni. dah tu. takde teknologi yang canggih pon nak diexplore. tunjuk. dan suami bayar. macam beli biskut raya pulak rasa.

bila beli baru tahu dalam dia kaler oren. cantik nya oren hitam! kenapa dia letak oren kat dalam? kenapa tak campur kat luar sekali? kat kuar hitam legam. tak menarik langsung.

sekali fikir macam fitrah perempuan kan?

cantik kat dalam. (cantik ke?) tapi kene tutup, orang tak nampak dalaman. nampak luaran jer.

tapi kita ramai yang lagi suka mencantik kan luaran. dalaman tak jaga. sudahnya yang cantik tunjuk kat orang. yang tak terjaga dalaman hidangkan kat suami.

terbalik sudah.

eh. ape kau merapu ni?

dah. hari ni hari jumaat. jom potong kuku dan buang semua bulu.

tebus kesalahan sambil celebrate

semalam sebenarnya saya kurang sihat pagi. lepas sembahyang subuh tido balik sebab pening. tapi blog tetap meriah! hahaha. walaupon tak sihat blog tetap berupdate. kerja rumah jer tak jalan. sebab blog boleh update sambil tido. agak-agak dah pening sangat tido la balik kan. kerja rumah kene berdiri. so kalo pening bahaya berdiri. nanti pengsan. (ni alasan paling bijak yang boleh saya pikir)ngehehe.

ok.sambung cerita. semalam lepas subuh tu saya baring tak tido lagi. masih dengar bunyi-bunyi sekeliling suami bersiap nak pergi kerja. pastu GEDEGANG! bunyi dia tutup pintu rumah menandakan dia dah pergi kerja tak kiss saya dulu. dari pening sikit-sikit terus pening banyak! terus tido bangun pukul 930.

bangun tido hantar sms kat suami wish anniversary nada biasa walaupon hati membengkak. dia reply dengan nada tak bersalah lupa ape kesalahan dia buat pagi tadi. lepas tu berterus terang je lah. suami ku ini kalo tak cakap sampai esok lusa pon dia tak sedar. naseb baek dia terus mintak maaf.

lepas dia mintak maaf terus pening hilang siap boleh goreng nasi lagi untuk makan lunch. haha. orang perempuan ni bukan susah sangat nak di handle kan.

petangnya tak tahu lah menebus rasa bersalah ke, nak sambut anniversary yang ke 14 ke, dia call,

"hari tayah masak lah. kita makan luar"

yeay. rezeki jangan di tolak orang kata. memang sesuai lah mood malas masak ni dengan perkataan 'makan luar'.

tapi petang semalam hujan sangat lebat la pulak, husband sampai rumah lambat. macam kesian jer balik dah la lambat nak kene keluar dinner pulak. jadi kami call abang kesayangan kami jelah. abang domino.








yeay. hari ni tayah masak lunch. panaskan pizza semalam jer.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah