Wednesday 31 March 2010

packing

packing! packing! packing!

*sambil hempas-hempas baju, sumbat-sumbat dalam beg*

antara benda yang paling aku tak suka kalau travel adalah packing dan nak unpack balik..

arghhhh..rasa nak nangis T_T

tambah-tambah kalau tengah kenyang baru lepas makan.

makanan pasar malam. i love makanan pasar malam

dan baru start nak menerjah blog rakan-rakan.

lalu suami menggunakan kuasa veto nak merampas latop dari gue.

'yang g lah packing. esok nak nak check out'

terpaksa lah start packing sebab kalau nak packing esok memang terkial-kial lah saya. tak sempat. barang bersepah-sepah. hehe.

esok saya dah nak balik kelantan.

rasa excited kali ni. rindukan syahir.

tapi balik rumah PIL dulu. saya teringin nak minum air kelapa pandan yang manis. kalo ade rezeki nanti tok ayoh datang dengan moto bawak durian. hehe

balik rumah nak gomol syahir sampai lenyek.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


ZZzzzz

aku perlu tido awal malam ni

esok tak boleh tido sepanjang hari

buat kali pertama dalam masa 2 minggu tido awal.

nak betulkan sistem badan esok dah nak balik kampung

sempat ke sehari?

kang aku terbongkang tdo umah PIL

umah sendiri tak de hal

hehehe

tdo mata. tdo mata

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

tag 8

tag dari mimy

Syarat2 nyer...


1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!


sebelum pape, ampun suami. nak buat macam mana, memang ni gambar ke lapan. lain kali sila la senonoh kalau i nak amik gambar.

*kalau nanti tibe-tibe gambar ni takde sah la orang dalam gambar yang remove*


ceritanya.

kami baru sampai kat hotel Pan pacific KLIA. bercuti ke? ape kejadah nye masa tu aku dok kat seri putra lagi nak g bercuti kat KLIA. perjalanan tak sampai setengah jam. urusan kerja dia. aku macam biasa kalo dekat-dekat boleh lah jadi ekor.

peristiwa mengapa dia begini?

baru sampai dan aku nak amik gambar bilik. dia sangat jaki kalau aku nak amik gambar nak letak kat blog. begini lah akhirnya.

nak tag.

sape-sape yang suka tempek banyak-banyak gambar kat blog macam aku. sure komputer korang penuh ngan gambar kan? kan? kan?

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Tuesday 30 March 2010

ikan bakar

perbualan petang yang biasa,

'dinner nak makan ape?'

'uh? i teman jer lah. i nak shake'

'i nak makan ikan bakar'

'ok tak jadi lah shake. nak makan ikan bakar jugak'

gahaha.

aku baru perasan kat area-area paka-kerteh ni susah nak cari kedai ikan bakar. ke kami yang tak jumpa tempat? sapa yang tahu tempat angkat tangan! (yang dekat-dekat je lah)

kami tahu kat keteh satu kedai kat jeti tu jer. tu pon ikan bakar dia idok lah 'wow sedap nye kena datang makan lagi ni!' punya kelas. dia berada dalam kelas, 'ok lah. kalau kemaruk sangat nak makan ikan bakar boleh lah datang sini lagi' sahaja.

kat tepi paka residence ni ade satu kedai makan betul-betul tepi pagar hotel. jual ikan bakar. tapi tak pernah nak try. sebab kedai macam tak ramai orang sangat. so tak menggamit perasaan nak try ikan bakar. tapi kami pernah la makan keropok lekor dan makanan panas kedai tuh.ok lah. ikan bakar jer tak try.

jadi semalam kami terbukak hati.

ikan bakar kami

rasanya?

'wow sedap nye kena datang makan lagi ni!'

punya kelas.

kena dengan selera kami.

sup sayur

sangat kena dengan selera i, tapi fail dengan selera suami sebab dia letak ayam

merenung masa depan

boleh tak lain kali u try amik gambar biar hidung i nampak kecik?


hummmpphh

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

bulu mata i dah cantik

bahjet sungguh tuan blog. title pun dah bahjet

bulu mate pelesu orang german panggil


suka tengok orang pakai bulu mata palsu. pernah merasa lah jugak pakai 2,3 kali masa kawin itu hari. bila pakai jer terus ade perasaan 'aku lah paling cantik'. hehe

berat memang berat lah noks. tambah-tambah masa first time pakai masa akad nikah. bila buang jer terus rasa.

'wah, hilang beban kat mata!'

dah 2, 3 kali pakai dah tak rasa pape. dah rasa macam bulu mata aku memang semula jadi melentik panjang sedepa begitu. rasa tak nak buang sampai malam.=p

nak cerita pasal pengalaman pakai bulu mata ke mak cik? nonono..mak cik nak mengumpat.
kalo tak nak dosa sila jangan teruskan pembacaan.

*tapi mengumpat takde nama tak kira mengumpat kan?*

dua tiga hari lepas masa aku tengah menikmati keropok lekor di tepi pantai yang ombak nya super menakutkan, tiba-tiba ade segerombolan aweks muncul dari pantai.

maka sibuk lah pelayan lelaki dok try market. contoh ayat mengorat..

'feewiit..feewit..baju hijau..baju hijau..'

aku pon berkata kepada suami.

' ape lah pelayan ni. lari lah anak dara orang kacau macam tuh..rugi la kalau customer lari. behave la sket.'

*kedai kat tepi pantai tu banyak, so persaingan tinggi*

'mana u tahu? i rasa awek tu suka jer'

'kalau i , i g cari kedai lain'

tak sempat habis mak cik berkata-kata segerombolan awek tuh dah duduk dah kat satu meja kat kedai yang mak cik makan ni. adeh. bijok ah tok laki aku. respek lah memahami perasaan anak gadis. kalah aku! mungkin sebab aku dah mak cik sekarang.

stended makcik lah. kalau dah ade gadis mak cik suka lah cari kut ade yang hot. memang betul lah taste pelayan tuh. baju hijau tu paling hot.

'awek baju hijau hot tak bie?'

'isk u neh, kanak-kanak baligh pon belum. mana nak hot'

sebab aku membelakangi aweks-aweks tu aku dah malas lah nak usha. lagi pon naluri mak cik-mak cik aku neh menyampah. lagi pelayan tuh kacau, lagi galak dieorang ni. adakah aku jeles aku sudah mak cik jadi sudah tidak di kacau? oh tidak!

tiba-tiba suami bersuara,

' mak aiiihh..siap pakai bulu mata palsu tu~'

hamboih dik. agak-agak la kan. nak makan kat gerai tepi pantai jer pon. buka dinner kat hotel-hotelan. rasa macam nak g tanya jer,

'dik, angin kuat-kuat kat tepi pantai macam ni tak takut ke bulu mata tuh terbang?'

mak cik ni merana dok pegang hujung tudung sebab angin kat pantai ni memang lah kuat. tudung asyik berselak-selak.

makcik-makcik memang jaki tengok gadis hot. kan? kan? kan?

kata-kata jari,
Fabulous.Farah

Monday 29 March 2010

heyyy,orang sakit pon nak deting tau~

*updated tambah seketul pic. nak sambung cerita dah tak ingat nak cerita ape*

(sila baca title ikut nada elly mazlin dalam cerita puteri bunian)

semalam awal-awal dah sms suami cakap tak nak dinner. suruh dia tapau untuk diri sendiri jer ataupon makan jer luar ngan kawan-kawan die.

tapi dia balik jugak bilik dulu sebab risau kat isteri dia.

sweet tak husband saya?

oh please jangan percaya kata-kata manis dia.

dia siap dah pergi jalan-jalan ngan kawan dia belikan aku goggle nga roti.

naseb baek belikan barang untuk i. kire sweet la jugak sikit. kalau die balik terus lagi sweet.kalau die merendek-rendek yang takde kene mengene dengan aku terus masam!

ok. sambung cerita.

dia tanya aku 42 kali betul ke aku tak nak pegi dinner. dia cukup tak senang hati kalau aku tak nak makan. camano aku tak gemok.

aku tak dak selera lagi nak makan. nak shake jer.

bila dah give-up memujuk aku makan, dia cakap,

'takpe lah, i makan kedai tepi hotel ni je lah'

aku bajet dia tak nak pergi lagi, (khusyuk ngadap latop, tak perasan suami dah kat kat pintu)skali aku dengar bunyi dia bukak pintu bilik.

'bie, u dah nak pergi ke?'

'ye lah. lapar ni'

'jap..jap..i nak ikut..nak amik angin segar'

'ish.tadi orang ajak tak nak.bla bla bla bla (panjang berjela-jela sampai aku siap salin baju)'



mood berblogging hilang sebab tak boleh upload gambar ni boley?


makanan

*mood bercerita terputus bila blogger tak leh upload gambar*

makin tak sihat jadinye

semalam lepas aku makan ubat, aku cakap kat blog lalok sambil terketar-ketar kan. tapi masih gagah mengadap blog.

lepas aku buat entry ke-3 mak dah tak tahan dah. rasa dunia dah terbalik dah. mak baring cepat-cepat.

tapi tak dapat nak tido sebab pening sangat. dalam kul3 bangun sebab muntah 2,3 kali. lepas tu baru lah lega. boleh tido ngan aman.

bangun pagi perut lapa giler (sebab muntah semalam keluar habis isi perut) tapi pening-pening lalat. husband dah pergi kerja. terpaksa lah gagahkan diri turun breakfast sambil jalan rasa melayang-layang tangan ketar-ketar macam parkinson dah. (naseb baek tak pengsan, dah la tak guna lift, turun tangga. sakit-sakit pon ade hati nak exercise)

makan rasa macam semua pahit. adakah aku dah demam? rasa kepala sendiri..sejuk jer.

naik terus makan ubat. (naik dah guna lift, tak larat dah nak naik guna tangga) aku tido sampai tengahari. bangun pon macam tak bangun sebab lemah semacam jer rasa badan.

call mak die cakap aku pregnant ke?

ayah tengah period mak. -__-" *ayah panggilan manja kalau kat rumah*

die cakap badan tak dapat terima ubat tu kot. dia suruh aku bacakan nama ubat tu kat dia. dia cakap ubat tu dah macam 2nd stage la baru boleh makan. aku kene makan ubat 1st stage dulu. kalau tak jalan baru makan ubat tu.

mak suruh aku stop makan ubat tu.

yeay!

ajaibnye seseme dan batuk terus yilek!

sekarang aku ade reason untuk tidak makan ubat lain kali bila sakit.

badan aku memang tak suka ubat~!

babai ubat batuk rasa macam bluekk!

*masa tgh menaip pon tangan terketar-ketar lagi ok. giler lah ubat ni!*

Sunday 28 March 2010

tag kasut kegemaran

satu lagi tag yang dalam draft


nampak sangat kegemaran sebab kasut-kasut ni memang almari kasut dia adalah kereta. senang!

nak menampakkan lagi kegemaran semuanya kepam!

Brand : kerok ngan kelak


Harga : FOC (duit suami)

Tahun beli : tahun lepas 2009

Reason beli: hadiah

tag

dah lalok giler tapi tak nak biarkan u ol rindu ai..hak hak..perasan!

publishkan apo yang ado kat draft jer.

tag amik dari has

ARAHAN :

+BOLD the statements that ARE true to you.
+ITALICIZE the statements that you WISH were true.
+Leave the fibs alone.
+Then, tag 5 people to do the same test.

170cm tall.
I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy.
•I hate my friends.
•I hate my life.
•I hate my grades.
•I can drive.
•I’m bored of driving.
•I have a white handbag.
•I love dancing.
•I go clubbing every week.
•Shopping is bullshit.
•I have a tattoo of a star.
•I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
•90% of my friends smoke.
•I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
I’m studying Fashion.
I have a business running.
•I hate cartoons.
I hate someone.
•I have 10 Lollipops handbags.
•I buy CLEO every month.
•My parents don’t know about my blog.

I have an iPod.
•I don’t have faith in the current “one”.
My school mates know about my blog.
•I wanted to be a fashion designer.
•I love rock emo bands.
I hate it when people cancel last minute meet ups.
•I’m a rebel.
•I don’t believe in love.
•High school's filled with drama.
•My parents have faith in me.
•I’ve bought shoes this month.
•A blogger bitched about me before.
•I hate sports.
I heart Italian food.
•I hate meeting new people.
I hate nail polish.
•The mother bear gives me hugs.
•People should start appreciating me.
•High school was the worst time of my life.
•I have red hair.
One Utama is my second home.
•I’m a guy.
•I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow.
•I hate vacations.
•We’ll last :)
•I believe in long distance relationships.
•I’m going to get high and smoke weed one day soon.
•I’ve robbed an old lady.
•I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
•At times I think I still am a tomboy.
•I love bitching about people behind their backs
•I still have a best friend.
•I have a cat.
•I hate surprise parties.
•I hate planning parties.
•I’m hot. *wink*
•I’m a sinner.
•I’ve got a DS light.
•I have a Wii.
•I cant live without music.
•Video games are a waste of time.
•I miss the father bear.
•I love being in love.
•I know how to cook.
•I have 100% freedom.
•Boys are assholes.
•I hate Math.
•I’m happy with what I have
•I love horror films.
•I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
•My old friends keep in touch with me.
•I don’t read newspapers.
•The news is such a waste of time.
•Blogging is a waste of time.
•I hate animals.
•I can’t live without make-up.
•I curse like a pirate.
•I’m happy with my 11 year old car.
•I hate people that are smart.
•I love Orange juice.
•I can’t drink for nuts.
•I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
•I’ve got a new phone.
•I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
•I love swimming.

•I haven’t worked out since March.
•I think I’m fat
•I love my friends and family



surrender

masa mak cik menaip entry ni mak cik sedang terketar-ketar lalok makan ubat tapi gigih jugak berblog.

setelah sebulan bertahan tak nak makan ubat.

pergi klinik yang sama masa aku konon-konon kene virus H1n1 hari tuh.

doctor ni memang terbaek saiko dia punya pesakit

batuk ngan flu jer pon. tapi dia punya syarahan tuh macam esok dah aku nak mati.dia marah sebab aku tak datang awal-awal dok biar virus merebak sebulan. tebaek punya.

balik-balik terus aku makan semua ubat. ubat batuk air pon. aku mintak ubat sedap. haram dia bagi ubat rasa macam bluekkk..

dia cakap dia kene bagi ubat kuat. sebab aku dah sebulan dok tahan virus. aku rasa betul kut ubat ni kuat. aku tak pernah makan ubat effect sampai terketar-ketar.biasa lalok jer.

dah. dah. doakan mak hidup lagi esok

*effect kene saiko ngan doctor*

Saturday 27 March 2010

dinner earth hour



kuih ni dah jadi feveret

semalam pasar malam. jadi beli kat pasar malam jer.

cerah jugak kan?

ngelat~~

hahahah

penghijrahan

perpindahan dari benda baik kepada benda yang kurang baek orang panggil hijrah ke?

hahah

ade la jugak baeknye..dekat sikit husband ulang-alik pergi kerja
*awana jauh sangat katanya*

so cepat la sikit aku boleh jumpa dia petang-petang

pastu sini dekat dengan keropok dan air jagung sedap..

hari ni kami check out awana datang sini..sini mana?


sini lah!

paka residence


aku suka environment sini. lebih kampung

yang tidak di sukai adalah..

katil king hanya wujud di suite sahaja katanya

kat awana deluxe pon dah dapat katil king

seperti biasa, aku memang mementingkan katil

dengan saiz dua-dua orang yang 'sasa' ini

queen adalah muat-muat


tengok lah gambar di atas. space yang tinggal untuk aku golek-golek. nak gerak lebih-lebih takut tertendang suami. aku ni dok dalam kategori makhluk 'buas'. jadi aku memang sentiasa memerlukan space yang luas. kalau sempit begini terpaksa lah statik.

bilik ni besar jer. aku rasa lebih kurang jer ngan awana. awat la kedekut sangat nak letak katil king.

pool die lebih kecik dan orang tak ramai sangat. last time aku datang takde orang pon swim pagi-pagi. bukan ke kalau orang tak ramai sangat itu sesuatu yang bagus?

bagi aku tak..kalau dah pool kecik pastu kalau aku sorang jer dok swim situ bukan ke aku dah jadi center of attention?

pastu restaurant adalah betul-betul mengadap pool tersebut. kalau aku nak swim memang akan macam dolphin tengah buat persembahan.

bukan ke maghfarah attention whore ke? *wah..pengakuan*

yes memang kalau aku berenang memang macam dolphin. ni banyak tenggelam dari berenang. umur 24 baru terhegeh-hegeh nak belajar. kene lah sorok-sorok sikit. malulah orang tengok. kalau dah terer nanti baru show off. ahaha

jadinye aku tak mungkin akan swim di sini. T_T

faktor terakhir adalah air-cond. mak ni kampung jer noks. memang allergic lah dengan ekon ni. kat rumah pon pasang ekon bila nak tido jer. tu pon set kul dua dah off. takde nye nak hidup 24 jam dengan ekon. kat awana ade kipas. kalau dok sorang siang-siang takde maknanye aku nak pasang ekon. kipas dah cukup. tu pon sejuk siap berselimut. balik husband aku nanti kang dia merungut lah.

'bilik macam oven!'

katannya. jadi bila husband aku balik baru lah ekon terpasang. pastu bila dia dah tido malam mak off lah. bukan dia sedar. hehehe. keji.

kat sini takde kipas kalau tak on ekon memang betul-betul macam oven lah. nak tak nak terpaksa lah on.

dah habis merungut?

dah. yang lain yang kecik-kecik jer boleh tolerate. macam bantal bau kepam. haha. nanti esok mintak tukar..

jadi start semalam sampai khamis di sini lah saya terdampar. insyaAllah wiken ni balik kampung.

Friday 26 March 2010

a day of detoxing



aku beli buku ni masa pregnant tahun lepas. 2 minggu lepas beli aku miscarriaged. haha..baru sempat baca dua tiga helai masa tu.

so lepas miscarriaged aku decide untuk simpan buku ni dalam kotak sampai lah aku pregnant balik. aku sampai dah lupa aku pernah beli buku ni sampai lah masa kiteorang pindah hari tu aku jumpa balik.

dan memandangkan masa tu aku dah kehabisan bahan bacaan aku pon start lah baca. apa salahnya tambah pengetahuan kan. lagi pon buku ni bukan pasal pregnancy jer, banyak jugak pasal natural fertility dan aku dah try sikit-sikit. pasal pemakanan, dan preparation nak pregnant. banyak lah!

program a day of detox ni pon aku amik dari buku ni.

program ni sangat flexible. kita boleh ubah ikut kesesuain dan keselesaan kita. yang penting:
-minum at least 2 liter
-amik makanan kuantiti kecik setiap 2-3 jam. amik makanan high fibre, buah, sayur mentah/stim, whole grain cereal.
-ingat ni masa untuk relax, bukan tengok tv, blogging ataupon main facebook. so kurangkan terlibat ngan benda ni.


1. sebaik sahaja kita bangun, kita minum segelas air suam yang diperah sehiris lemon. (lemon memang membantu proses detox)
-makan 1 hiris buat atau wholemeal bread jangan letak butter atau spread. (untuk membantu sistem penghadaman start bekerja)
*husband minum tea-mix dan shake



2. buat stretching, brisk exercise selama 30 minit. (exercise macam jogging or brisk-walk yang buat kita rasa sedikit breathless tapi masih lagi boleh bercakap)
*kiteorang swim
-brisk exercise bagus untuk circulation system membawa oxygen dan nutrien ke semua bahagian badan kita
-lepas tu minum banyak air kosong dan segelas juice ataupon buah atau sayur.

3. lepas tu, dry-brush seluruh badan untuk buang sel-sel mati at least 5 minit. mandi ngan air suam dan scrub seluruh badan.
*urut-urut sikit sambil scrub


4. lepas mandi deep-cleanse muka. letak air panas dalam bowl. buat ala-ala stim muka dengan tutup kepala kita dengan towel untuk beberapa minit. keringkan. then basuh muka dengan air sejuk untuk tutup balik liang roma yang terbuka.
-boleh tambah minyak chamomile, lavender, lemongrass dalam air panas
*skip. scrub muka jer

5. buat full body massage. untuk boost circulation dan mempercepatkan lagi proses pembuangan toxin. tumpukan pada bahagian kaki di mana tempat toxin banyak berkumpul.

6. berehat at least 30 minit ke satu jam lepas di urut. lepas tu buat stretching untuk membantu blood circulation.

7. amik small lunch makan buah dan cereal. duduk dengan tegak selama 15 minit selepas makan untuk membantu penghadaman. lepas tu keluar berjalan-jalan sekejap.


8. lepas tu biarkan badan berehat selama dua jam. breath deeply untuk membantu banyak oxygen ke otot dan organ. lepas tu bersedia untuk satu lagi sesi exercise.
*keluar semayang jumaat kira exercise la tuh. haha

9. buat salt rub. untuk bersihkan pores. boleh guna ape saja jenis garam tambah dengan sikit olive oil. gosok secara membulat (ala..macam kita masuh muka), menjauhi jantung. ini juga membantu circulation dan proses detox.

10. mandi dengan lama. guna aromatherapy oil jika ade. lepas tu sapu lotion ke seluruh badan sambil urut.

11. malam berehat dan tidur awal.

*petang kami makan nasi.haha

my husband sangat happy hari ni dan dia nampak sangat relax. no more stressed-face yang dia selalu tayang. senyum jer for the whole day.

proses nak buat senang jer. boleh buat aktiviti suami isteri di kala wiken.

boleh dijadikan sebagai hadiah anniversary ni. monthly annniversary. ataupun sebagai hukuman. sapa buat salah kena jadi orang yang men-detox.sebab nya husband memang relax habis hari ni. and i macam penat habis. ye lah. i kene exercise sama dengan dia plus kene buat 3 session mengurut.

but it's worth it. hahaha. i dapat banyak duit upah!

hahaha..tayah pergi spa nak buat buat sauna, scrub badan urut-urut segala. tapi kalau kat spa beberapa jam jer kan. tak puas. i ni sepanjang hari ok. dan layanan of course terbaik dari ladang. bila pikir-pikir balik murah la pulak upah i charge. hahaha.

eh ko ni maghfarah. tak. tak. i buat dengan ikhlas. tetapi sebagai cutomer yang puas hati dia bagi tip. hahaha

happy customer =)

muka sepet aku dikala bangun dari terbongkang kepenatan

detox

hari ni aku men-detox husband. senang jer program nye..nanti lain kali aku cakap. sangat senang nak buat.

sesuai di jadikan aktiviti hari minggu setelah penat hari-hari bekerja. kadang-kadang badan kita terlalu penat. hari-hari guna. manjakan badan sekali sekala.



orang lain dok sibuk upload gambar anak aku sibuk upload gambar suami. haha

na buat camno. dia je lah 'baby' yang ado. layan~

Thursday 25 March 2010

zara sajor

semalam kami dah tak nak pening-pening pasal makan. pergi jer zara depan hotel, pastu biar pening kat situ jer. pening pilih menu. kalau pening pilih kedai memang mengambil masa yang lama.

khusyuk

bukan baca menu

kami berdua makan bihun hailam

best jugak..suami cakap malam ni makan bihun hailam lagi

dia kalau dah suka habis lahhhhhh

vainggg

marah la kat perokok yang hisap rokok tak pikir orang lain. dah lah dia tuh sedang membakar paru-paru sendiri pastu nak bakar jugak paru-paru orang di sekeliling dia. dah effect orang sekeliling ni lagi teruk.

dia hembus asap rokok tu jauh-jauh dari bini dia. konon-konon tak nak bagi bini dia kene la asap rokok tu. dia tak sedar orang lain pon bukan suka pon asap rokok kau tuh..

aku suruh laki aku isap rokok hembus betul-betul depan muka bini ko baru tahu. haih!

ah meng

Chinese yang kami deal untuk renovate rumah kami namanya Ah Meng.

dulu aku tanya husband aku,

' sape ek bie nama chinese pendek yang cakap ngan kita tadi?'

'uish, u ni kalau tak mengutuk tak boleh'

'holoh.bukan kutuk. betul la kan die pendek? takkan i nak cakap tinggi.ade 2 orang kan, sorang lagi tinggi. okeh lah. sori.. sape eh nama contractor yang kurang tinggi tadi?'

'ah meng'

'ouh. klasiknya nama die. memang nama chinese betul. u ingat tak dulu lagu kita belajar masa darjah satu ke darjah dua?'

lalu aku pon nyanyi.

'..ada seorang kawan namanya ah meng,
dia juga berkawan namanya muthu,
kami berkawan baek sama sedarjah,
belajar bersama main bersama,
hei..hei..hei..hei..hei..hei,
kita sekawan..'

'kanak-kanak lah u neh~'

T_T

semangat aku nyanyi..dia tak tahu pon lagu tuh..takkan sekolah aku jer belajar.korang mesti belajar jugak kan? kan? kan?

hehe..entry ni bukan nak bercerita pasal lagu tu sebenarnya, nak bercerita pasal rumah. semalam si ah meng call cakap rumah dah hampir siap. bila suami cakap kat aku, aku macam,

'hah? biar betik seminggu jer baru kita datang kerteh dia dah siap buat. kerja siang malam ke ape?'

*tak sampai seminggu pon lagi sebenarnya*

memang la dia pasang grill, buat dapor, plaster ceiling jer. wardrobe amik tempat lain. tapi giler lah! aku nak cakap cepat jugak. nanti kan buat cepat sangat nanti hasil kerja tak memuaskan orang german cakap 'kokse kokdam'.

naseb baek kenal jiran kat dunia blog ni. idok lah aku mampu nak pergi menjenguk kalau aku dok terdampar kat terengganu ni. jadi aku mintak tolong dia jenguk-jenguk siket. ape ke benda yang siap nye. cepat bebeno kerja nya. tak percaya mak.

akak, nanti heret la faiq pegi intai rumah tu. hehe

godek-godek phone husband tengok-tengok ade gambar rumah. mak tak amik dek non. entoh lah kenapa tak amik. biasanya mak ni semua benda nak amik gambar. mungkin terlalu excited kut.

ni versi virgin. bojel tak buat pape. husband amik masa hari first dia pergi rumah ni. pergi amik kunci. aku tak ikut. dia pergi ofis hour. sebab tu dia amik gambar bagi aku tengok. kalau tak amik gambar mau meroyan bini dia.

ni tempat tv

ni sofa

luar yard tempat aku mendobi

tempat main masak-masak

nanti kalau syahir datang mesti dia tak nak naik atas rumah

gambar bilik takde. tapi aku suka lah semua bilik dia. sebab pencahayaan adalah terbaik. hahaha. aku suka masuk bilik bukak tingkap luas-luas masuk semua cahaya dan udara-udara segar. (segar ke?)

bilik dia ade 4. eh bukan. 3+1. huhu. 3+1 bukan ke equal to 4? kenapa tak cakap 4 jer?

mungkin sebab lagi satu bilik tu kecik jer. boleh muat satu katil single ngan almari jer. bilik bibik r kut kalo sape-sape ade bibik tuh. sebab kiteorang takde bibik bilik stor lah jawabnye.

rasa tak sabar lah nak tunggu rumah siap renovate sepenuhnya. ai excited ngan u ol jer. nak excited ngan husband dia macam takde perasaan. pening duit banyak habis gamaknye..

sekian terima kasih=)

suami

tempat: dalam bilik, awana kijal
masa: 3.50 pagi

aku baring sebelah suami sambil berblog hopping

suami gerak-gerak,

'yang semayang doh ke?'

(dalam hati..hurm..mengigau la ni..layan kan ajor)

'semayang gapo bie?'

'subuh'

'subuh apo mase ni'

senyap..

haha..dia memang suka bercakap masa tido..pastu kalau kita layan dia akan balas.=)

tak jadi balik kampung

berehat-rehat

jalan-jalan

detox

Wednesday 24 March 2010

kiwi

sape suka kiwi?

jom jadi gang saya.

sapa suka makan buah kiwi tapi kedekut nak beli sebab mahal?

jom jadi gang saya jugak.

hehe.

aku suka kiwi. antara buah-buah yang kalau dimakan tidak cukup sebiji sekali makan. lepas makan sebiji makan sebiji lagi. pastu sebiji lagi. pastu sebiji lagi. tak sedar dah habis 4 biji rupanya. biasanya kalau saya beli, paling murah saya jumpa 4 biji harga 4 ringgit lebih. maknanya seringgit lebih lah sebiji. tu pon kadang-kadang jer jumpa. biasa 6 biji 8 ringgit lebih.
( aku memang suka kira harga ikut biji, selalu bawak calculator masa beli barang dapo, kalau harga lebih dari biasa sila jangan beli. beli lain kali. mesti ade time die murah. kedekut tak saya?)

*calculator tu aku tipu*

ke aku yang asyik jumpa yang mahal, korang selalu jumpa yang murah?

semalam kat giant mesra mall saya nak beli buah plum. buah kegemaran juga. tapi dia murah dari kiwi. boleh la dibeli selalu. hehe

tapi belek-belek jugak buah kiwi. sungguh mengujakan.

' bie, murah giler RM 7.56 sekilo'

'tipu lah. harga buah lain tuh.'

'betul.' *sambil tunjuk tanda harga*

kiwi murah

aku rasa mesti kiwi ni masam. sebab murah kan. aku belasah jer manis ke masam. tapi kalau manis mesti la lagi suka. suami kalau masam dia reject terus. nak yang manis-manis sahaja.

buah first

*sori nyah, mak tak dak pisau, kene la kopek macam makan pisang, pastu cedok guna sudu*

manis okeh. jangan pandang rendah kepada buah yang murah. yang ni bagi husband makan.

buah second

masam. hahaha. tapi takde lah masam sangat. beli buah mahal pon selalu kadang-kadang masam. yang ni mak kene makan. T_T

yang ke, 3,4,5 tayah la ambik gambar. takde kiwi kaler pink. semua sama. kesimpulannya 5 biji aku makan. 3 manis 2 masam.

mari berblog pasal benda yang ilmiah sikit. pasal khasiat buah kiwi ni. berita baik untuk penggemar kiwi yang di anggap 'super fruit'

  • Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh.
  • Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain.
  • Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

buntu

semalam kiteorang dua-dua tak tahu nak makan kat mana. sebetulnya kami dah bosan dok makan kedai yang sama. tapi tak tahu kedai mana yang kat tepi-tepi jalan tuh yang mungkin best sebab semuanya tak menarik.

bab makan i suka kuantan lagi. pilihan luas terbentang.

kata suami,

'i kenyang hari ni. u decide mana nak makan'

'i ok jer mana-mana asalkan bukan roti tempayan or zara'

'ok. u kata nak makan beriani kfc tu. kita g kfc la.'

'pagi tadi i makan nasi minyak, takkan malam nak makan kfc.'

'mcd?'

'ok. bukan zara, bukan roti tempayan, bukan kfc, bukan mcd, bukan burger king' *nada hemo*

' pizza?' *kenapa asyik fastfood yang dicadangkan?*

'hurm..boleh dipertimbangkan. kita g jalan-jalan mesra mall la amik mood makan'

jumpa abrak, dia cadangkan nasi ayam. hurm..bukan mood nasi ayam walaupon nasi ayam macam menarik.

tawaf food court dua tiga round, masih jugak tak boleh decide nak makan ape. sebelum husband aku naik panas melayan aku, baik aku alihkan perhatian dia dari memilih makanan.

masuk guardian habiskan duit dengan beli benda mengarut. (tak pernah fail menghabiskan duit kat watson dan guardian) pastu masuk giant beli buah.

'u kata pizza boleh dipertimbangkan?'

'balik je lah hotel. kalau ade kedai menarik tepi jalan kita stop. kalo tak de kita makan kat zara la. tak pon tapau burger malaysia ni best jugak.'

on the way kiteorang balik ade satu restaurant yang jual burger malaysia. kedai tu sebenarnya sungguh tak menarik. kami berhenti sebab nak makan burger malaysia jer. mungkin rezeki kedai tu malam ni.

ingat nak tapau jer. tapi kami makan sebab husband mengidam air epal.

burger double special

order burger paling mahal kat kedai tu baru berbaloi-baloi usaha mencari makanan malam ni. paling mahal pon baru RM 3.60.

menang mengarut lah makanan aku semalam. burger + air halia susu bersoya. jangan la cirit hari ni.

dia tak lapar, tapi akhirnya dia makan half dari burger ni. haha

mak memang cepat kenyang. nafsu jer besar. naseb ah!

burger tu sedap lah. entah mimpi ape tiba-tiba hari ni terlintas burger malaysia. memang rezeki brother tu gamaknye.

aku tak suka lah makanan kedai sekarang ni. sekarang ni dah jadi masalah kiteorang kalau ke kedai tak tahu nak makan ape. last-last makan makanan merapu macam ni. ni yang buat aku rasa nak angkut dapo masuk hotel ni. kan best kalau husband aku nak dok Rumbia. boleh main masak-masak sebab situ ade dapor.

lama tak tempek gambar vain kan?

ni vain sambil pikir ' haih. nak makan ape ni? nak makan ape ni?'

resultnya, muka vain yang sungguh confuse.

esok pulang ke kampung

bila tiba masa begini, hati menjadi gusar tidak tenang

bukan aku mintak perasaan ini

malahan sudah cuba menjauhi diri

ya allah ya tuhan ku, kau sucikan lah hati ku

aku tahu semua masalah datang dari diri sendiri

perlu mengubah diri sendiri.mahu mengubah orang adalah susah

aku harap suatu hari benda ni akan berubah

susahnya bila hati keras

susahnya bila senang memaafkan susah melupakan

ya allah. kau lembutkan lah hati ku

aku mahu menjadi isteri, anak, menantu yang baik

mahu. sangat mahu. tu lah impian aku dulu

benda ni menghalang aku

aku perlu lakukan sesuatu

sampai bila mahu begini?

pms + kampung = i hope allah melindungi aku dari melakukan benda bodoh lagi

kadang-kadang aku rasa aku perlukan therapy. terapi jiwa.

tambah-tambah bila pms menyerang

aku rindu perasaan excited balik kampung

suami. susahnya begini. susahnya menanggung seorang diri. meluahkan tidak mungkin. cuma mengharap kamu mengerti.

Tuesday 23 March 2010

haish

antara salah satu sebab mengapa awana ni aku suka sebab mak cik housekeeping dia orang tempatan dan perempuan. so aku tayah bersiap bagai bila dieorang datang kemas bilik.

tapi idok la aku berbojel dalam bilik masa dia datang kemas, kalo time pakai kurang sopan tu (ade ke orang pakai sopan kalau dok ngan husben je or dok sorang-sorang?) aku pakai lah bathrobe.

tadi aku makcik datang, aku pakai bathrobe, tapi sebab aku sopan sikit harini sebab dah brakfast bagai, aku tak ikat. tapi masih tak lulus untuk piawaian pandangan lelaki bukan muhrim.

tiba-tiba mak cik datang bawak seorang budak lelaki. terkejut beruk aku cepat-cepat tarik bathrobe. eh. selamba jer mak cik ni. kalo yer pon cakap la dulu. biasanye dia sorang jer. dia perempuan, so xpe lah.

budak tu trainee kut. mak cik tu dok ajar-ajar kemas katil vacuum lantai, cuci toilet bagai.

die lupe ke kehadiran aku?

tak boleh ke dia cari bilik kosong jer kalau pon nak training.

pastu tolong la cakap, ade lelaki nak masuk.

dia pon pakai tudung. takkan dia tak tahu..

aku tak tahu nak buat ape..nak pergi amik tudung ke dalam alamari? budak tu dah nampak dah pon. nak suruh laki tu keluar ke? last-last aku dok jer atas sofa main latop sambil sebenarnya malu giler +marah giler+ rasa nak sepak jer dieorang bising-bisng sebab makcik tu tengah mengajar budak lelaki tuh

bising sebenarnya ok jer. tapi sebab aku panas hati.

bab-bab aurat ni memang lah aku bukan tutup semua. tapi at least rambut aku tak tayang.

husband selalu bising dulu-dulu (sekarang dah fed-up kut)

'buat ape pakai tudung kalau nak pakai lengan pendek?'

'at least i pakai tudung. kalau tak pakai tudung pastu pakai lengan pendek bukan ke dah jadi dosa kuasa dua?'

pandai-pandai jer aku buat formula di situ..

tapi tak puas hati gak kat makcikkkkk!!! eeeeeeee

breakfast saya berlemak

semalam kami berdua tak pergi dinner. sebab dua-dua tertido bangun kul 9 lebih. pastu dua-dua sayang nak keluar sebab semalam ade cerita best kat 8tv. cerita wajib tengok ghost whisperer dan desperate housewife.

*eh.julie mati ke eh?siannye..*

tapi sang suami terpaksa jugak keluar beli roti kat stesen minyak sebab roti dah habis. so dinner kami roti jer 2 keping. pastu sambil-sambil tengok tv makan kacang.

so pagi ni rasa macam malas nak shake sebab sehari tak jumpa nasi. alasan saya cun tak? hehe. padahalnye dulu bertahun-tahun tak makan nasi ade aku kesah?

saya 'teman' suami breakfast. teman kena lah join sekali kan.

dia makan nasi lemak ikan tongkol

kalau ke terengganu memang wajib makan nasi lemak ikan tongkol ni. aku suke.

tapi aku nak makan nasi minyak hari ni

hehe..unik nye terengganu. kat negeri lain mana nak jumpa nasi minyak masa breakfast?

gambar adalah di google. malas lah nak amik gambar sebelum makan.

ok masa untuk kira-kira kalori..hehe..makan pulut panggang jugak..nyum.nyum.

diet oh diet



semestilah breakfast aku hari ni tak leh lawan shake-shake aku pada hari biasa.

korang breakfast ape hari ni?

perjuangan mendapatkan password

semalam i merayu-rayu, memujuk-mujuk, merengek-rengek mintak password dengan suami. i cakap balik kl nanti tukar la balik. kat hotel ni aku takde masalah tido. antara langkah-langkah perjuangan

1. mintak cara baik
-tak dilayan

2. mogok tengok rancangan tv yang dia tak suka
-aku tengok dairi af pastu tengok disney channel.


'yang, tolong la tukar channel'
'ok u bagi pw dulu'
'ok. takpe lah. u tengok la kartun tu'

heh. misi gagal

3. mintak password sebelum service harian

' u nak suruh i urut u?'
'boleh gak'
'nak password dulu'
'u urut pastu i cakap'

bila aku siap urut..

'i tak tukar pon password tu sebenarnye, i tak tahu kenapa u takleh masuk.i boleh jer tapi'

cess.sia-sia usaha. memang dia tak tukar pon. T_T

tapi kenapa aku tak leh masuk semalam?

budu

i suka budu, budu tak suka i

eh..dah la cakap pasal budu sibuk nak ber-i-u pulak

aku dengan tak sedar diri menikmati budu bertempoyak satu mangkuk kecik masa kat anis puteri hari tu. aku kena lah menanggung akibat nye. banyak sangat aku makan budu hari tu. nasi aku makan tak banyak, lepas habis nasik aku rantah ulam cicah budu ngan tempoyak sampai licin mangkuk. sungguh nikmat menjilat jari.

dan lepas tu hidung aku start sok sek dah .semalam rasa macam ade bau bila bernafas. aku resdong memang kronik kat hidung.

aku kalo makan budu dalam botol takde masalah sangat. tu pon kene pilih-pilih jenama jugak. aku rasa budu kat anis puteri tu 'budu timbang' orang panggil. budu timbang ni murah sikit. rasa sedap dua kali ganda. bau harum dua kali ganda. dan effect resdong lepas makan pon dua kali ganda.

mak aku marah beli budu ni. sebab biasanya budu ni kaler dia merah-merah sikit. mak cakap die campur pewarna.

tapi rumah nenek aku guna makan budu timbang jer. lagi sedap. orang tua ape kisah dengan kaler-kaler ni. aku kalau balik umah nenek aku makan nasi ngan budu pon dah sedap.

tapi lepas makan tanggung sendiri.

hurmmmmmm

Monday 22 March 2010

tak boleh tolak kambing

semalam suami ade bbq dinner. aku tak tahu bbq, kalau aku tahu bbq mesti aku ikut. sebab kalau bbq mesti lah ade kambing kan. ape aku kisah tak diinvite pon.haha. giler muka tak malu.

being me yang tak suka menyusahkan suami, sebab dia dinner malas la nak susahkan dia bawak saya pergi makan walaupon dia offer. so saya shake jer semalam.

kul 9.00 malam dia call dah nak balik katanya. saja buat-buat tanya makan ape.

'bbq stended la. kambing, seafood, makan bihun goreng sikit'

'ala...nak kambing~~~'

'eh? ade banyok ni..betul ke nak?'

'nak!'

hehe..aku shake sebenarnya. baru lepas setengah jam shake.adei..

dia bawak balik banyak..aku makan sikit je lah..yang lain terpaksa dibazirkan. kalo mak tak shake sumpah mak makan lagi.tapi sebab shake perut dah penuh. kalo makan banyak lagi sure muntah.

jangan terpedaya dengan pinggan yang penuh. ni piring jer. sos black paper tuh dalam cawan jer..


nyum.nyum.

otak-otak ikan ni sedap.

sotong tak makan sebab keras.

' u kata nak shake?'

'hee..baru jer shake..ala takpe..makan sikit jer'

'isk..suke suki jer. pastu berat tak turun merungut'

sebab suami bising. ok lah i buat tea pekat-pekat. minum sepanjang malam. 2 scoops. konon-konon exercise 40 minit la ni...

penat togok air malam-malam

ni berat petang semalam. di hari yang ke-22 berat aku masih lagi stagnant. ke sebab nak period.

untuk pengetahuan yang tidak tahu, semasa kita period berat kita akan naik lebih kurang sekilo. sebab masa tu badan kita memerlukan banyak air untuk bekerja. so badan simpan lagi banyak air masa period.




tak. i tak merungut.tak.

wah..saya beautiful!!!


dapat award ni dua kali dari KV ngan Puterikurekure. thanks2..lain kali bagi lagi.huhu..sori kv..lambat sikit menjalankan tugas. =p

dapat dua kali maknanya beautiful kuasa dua la kan??

Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

ok. sekarang kene bagi kat orang lain pulak. tapi aku rasa macam almost semua kawan blog dah dapat lor. so aku bagi kat kawan-kawan aku kat real life lah. termasuk along jugak. tapi dia share blog ngan abang long. so kire abang helmey pon beautiful jugak lah. haha

aku tahu derang tak layan benda alah ni semua. buzy dengan kerja sorang-sorang. tapi i nak korang tahu korang semua 'beautiful friends' of mine. yang takde blog tapi masih baca blog ni pon beautiful jugak.

eh. i bodek ni. gaji dah nak dekat. ape laga~

personal assistant

sekarang kalau sapa-sapa tanya aku kerja ape aku cakap PA. hehe. lagi up dari suri rumah tangga. ngehehehe

sebabnya scope kerja aku bukan terhad nak uruskan makan pakai dia jer. kadang-kadang report dia pon aku kene buat. eh. tipu. bukan aku dia tolong buat isi report la. aku tak baca pon. aku just mencantikkan report. edit siket-siket. pastu banyak la benda-benda remeh berkaitan ngan kerja dia aku buat. of course benda yang sangat remeh. benda yang sangat tak ilmiah yang tak perlu study dulu baru boleh buat.

kadang-kadang aku salah buat jugak. pastu aku cakap lah, alah biasalah, aku macam budak tengah intern la. tengah belajar. nanti jadi PA yang pro takde nye salah-salah. dan masa tuh gaji mestilah kene naik. kalau tak i tukar pergi cari company lain. =p

hari tu packing barang suami alhamdulillah takde yang tinggal. siap benda-benda yang suami tak ingat pon aku amik.

'oh crap, hadiah abah lupa nak amik'

' i dah amik' *insert muka bangga kat sini*

' oh shito i lupa nak bawak seluar yang nak alter tu'

'i dah amik, dok skali ngan coverall S(bukan nama sebenar)' *insert muka berlagak kat sini*

'wah..terer la bini i'

'bonus kene up ni'

ngehehe..baru sekali buat kerja dengan betul dah berlagak. penat tau masa nak siap-siap datang sini. sebab masa tu lah nak kena habiskan kerja-kerja aku, masa tu lah nak kene uruskan pasal renovate rumah, owh weekend hari tu pon aku join gathering geng-geng kereta husband aku. dieorang ni kalau tak kul 3 pagi memang masing-masing tak nak gerakkan bontot tu dari kerusi.

dah la aku kat rumah nak kene siap-siapkan rumah nak tinggal, nak basuh baju, nak packing barang.

huhu..mungkin jugak aku membesar-besarkan situasi ni. aku rasa sangat penat sebab aku jarang bekerja keras kut.=p

so kat sini masa untuk berehat. giliran suami aku pulak bersusah-susah pikir pasal aku. sibuk tanya setiap setengah jam aku makan ke tak. ish. kalo lapa tahu lah aku mencari makanan.

the only 'kerja' yang aku kene buat adalah iron baju.



tu pon untuk beberapa hari ni jer sampai baju habis stock. nanti lepas ni bila baju hantar dobi idok la perlu aku iron baju lagi.

owh...heaven!