Friday 31 December 2010

1.1.11

dah masuk tahun baru!

umur tak berubah lagi yer selagi belum birthday.=p kalau ikut tahun maknanye maryam dah setahun hari ni. jadi tak boleh ikut tahun.

sori diatas kesenyapan yang melampau. tak boleh gunakan maryam sebagai alasan sebab maryam sangat lah baik 'berjurus' budak nye. jadi kalau nak ikut mummy dia ade masa yang cukup nak update blog. tapi malangnya masa dok rumah MIL internet connection hampes sikit. buang masa jer mengadap lappy asyik kene refresh.

sekarang dah dok di tanah merah tanah airku. boleh lah kembali beraksi. kalau tak terupdate jugak blog ni maknanya saja lah tuan blog ni pemalas. dah jadi mummy dah tak boleh nak mengadap lappy beria sangat. heheh

ape yer azam tahun ni. sebab dah dah dapat benda paling besar and paling nak 20 haibulan baru ni macam dah tak de permintaan lain dah. tapi jom tengok balik azam tahun lepas yang diambil dari blog lama.

1.kerja

sori kerja. saya tak dapat nak mengomen pasal kamu.=p

2.turun berat ke 56 kg

dah turun. (kire dah tercapai lah sebenarnya kan?=p) tapi dan naik berganda-ganda-ganda-ganda-ganda. berat badan semasa lepas bersalin adalah 74. cepat kira berapa kilo nak kene turunkan ni! so azam ini akan diteruskan untuk tahun ini =)

3.latop kecik

aka netbook. tq hubby~

4.anak sebelum 2010 berakhir

alhamdulillah. hajat paling besar tercapai jugak.=)

5.buat bisnes

agak tergendala. insyaAllah akan start balik ikut permintaan.

6.membalas jasa ibubapa

masih tak tercapai =(

7.nak jadi isteri terbaek

ni kene lah tanya husband. tapi dia cakap sambal bilis saya terbaik di korea. gahaha. balik malaysia dah tak laku lah sebab sambal bilis senang nak dapat kat malaysia.=p

banyak lagi benda tak achieve dalam hidup ni. so i akan sambung ini tahun lepas punya cita-cita. kecuali yang no 4 itu. takkan lah nak letak 'anak sebelum 2011 berakhir' pulak kan. itu namanya melampau. tapi kalau rezeki i terima. ngehehe

tapi untuk azam tahun ni nak tambah lagi satu. selain jadi isteri terbaek, nak jadi mommy terbaik untuk maryam.

Monday 20 December 2010

fresh dari ladang

Photobucket

hello aunty2~

saya maryam=) mommy saya buzy layan saya la.nanti dia update panjang-panjang

Sunday 19 December 2010

dah kat hospital!

halu..halu..bersiaran dari pcmc. wiwiwi. wireless sangat laju tau~ hahaha

tadi ade air keluar. xtahu air ape so confius sebenarnya nak pergi hospital.

sekarang dah admitted. tapi die cek dah terbukak. tapi sikit sangat. and i tak sakit pon sebenarnya lagi.

pagi esok doc cek lagi. tapi sekarang kene tido simpan energy untuk esok. doakan i yer semua.

nota tambahan: cara dia seluk nak cek bukaan rahim adalah sangat tak sangka. begitu rupanya. padan la orang tak suka sangat. isk.

Saturday 18 December 2010

weekend terakhir

asal wiken jer bosan! macam la ade beze wiken ngan weekdays kan. hari-hari pon tak buat pape. tapi kalau weekend jer mesti rasa bosan amat.

last week timbang berat turun 2 kg. sungguh wow. sejak pregnant tak pernah berat turun. maybe sebab husband tak ade, malas nak masak, makan ala kadar jer, mood nak makan pon kelaut. tapi risau jugak berat turun. so last week dah start masak-masak kat rumah walaupon simple-simple. baru ade mood balik makan. makanan beli mematikan selera. dan sekarang berat dah naik balik 3kg. ciss.

berbalik kepada title, weekend terakhir lain benor bunyi nye kan. weekend terakhir perut boyot maryam dok dalam perut. next week dia dah keluar dah. insyaAllah. huhu. doa-doakan lah kami selamat. perasaan nerves tu tak ade lagi, sebab sekarang ade perasaan tak sabar-sabar. tak sabar nak bersalin, tak sabar nak tengok maryam, tak sabar nak jumpa husband. bila dah dekat-dekat sangat baru nerves kut. tak pun bila masuk hospital karang baru nerves.

banyak sangat cerita-cerita induce yang tak sedap didengari sampai kat telinga. tapi tak mematahkan semangat. mak dah mood redha dah. lautan api kuredahi. eceh.

terutamanya my mom. dia agak risau ngan keputusan i nak induce. sebabnya dia tak yakin i yang cengeng ni boleh tahan ngan sakit induce. dia cakap induce sangat sakit. mak pernah induce ke? tak delah, kawan mak cakap. gihihi. boleh lagi poyo-poyo ngan mak sendiri. padahal mak risau aku tak mampu jer. don't worry mom. walaupon saya cengeng tapi saya rasa saya mampu. walaupon hati saya lembik tapi saya kuat. heheh. bukan berlagak tapi mahu membina semangat.

dah banyak kali dia call tanya betul ke nak induce last-last bila aku cakap

'orang takut gak nak induce. orang tahu sakit. tapi orang kesian abe ja. dia mesti nak qomatkan anak die. mesti nak tengok anak dia sebelum dia pergi korea dah alang-alang dia balik. so orang tak kisah pon kene induce'

barulah dia berhenti pujuk tak payah induce. huhuhu. saya tahu dia risau. tapi dia kene berhenti risau. kalau tak i yang akan berganda-ganda risau jadi tak tetap pendirian nak induce ke tak.

lagipon husband ade. ingat lagi masa buat D&C dulu. lepas kesan bius dah hilang rasa sakit sampai menangis. bila husband kiss and gosok kepala terus rasa kurang sakit and boleh sambung tido. haha

tapi bila ingat balik D&C takdelah sakit sangat. malam tu rasa sangat lemah doctor cakap sebab kesan ubat bius jer. sebab bius satu badan. doktor cakap sebenarnya masa tu sakit emosi yang lagi kuat dari sakit fizikal. huhuh. betul jugak kut. sebab esoknya bila bangun dah boleh berjalan mandi and bergelak ketawa dah.

tapi masa tuh emosi memang sakit. sedih pulak bila ingat balik. harap-harap kali ni semuanya selamat. biarlah sakit pon. i nak dengar husband i qomatkan anak dia. nak pegang maryam. nak breast feed maryam. mesti masa tu sakit induce dah tak ingat langsung dah.

esok MIL operate. semoga selamat semuanya.

Thursday 16 December 2010

senarai barang ke hospital

dah nak bersalin baru kalut aku ni. sebenarnya aku dah lama start asing kan barang-barang nak nak bawak masa bersalin. tapi malas bebeno nak satukan dalam satu bag. barang-barang baby still aku letak atas bag baby, barang aku pon dah asingkan. tapi tu lah, tak de drive nak setelkan betul-betul. mak cik kan suka menangguh kerja. heheh.

semalam aku bosan sangat. ajak pok we pergi giant lepas dinner. masa jalan-jalan kat giant tuh aku rasa sangat baby ni memang dah kat bawah kut. sangat terasa baby menekan-nekan kat situ. aish. terus rasa insaf baik aku balik nanti habiskan aktiviti packing yang tak siap-siap ni.

Photobucket
aktiviti wajib sebelum keluar =p

perasan tak camera?

ni pinjam ngan zac. camera i jatuh lalu rosak kat ikea wiken haritu. sedih. camera ni lagi penting dari ic bagi i.huhu. nanti husband balik boleh lah mintak camera sebagai hadiah. hadiah sempena ape eh? hadiah lahirkan anak dia boleh? gihihihi.

Photobucket
okeh. ni bag yang akan dibawa ke hospital.

barang mommy baby

1. baju sehelai (pakai masa keluar hospital)
2. seluar cotton, kain batik (tak tahu nak pakai ape, so bawak dua-dua)=p
3. tudung 2 helai
4. nursing bra
5. disposable nursing pad
6. panties (beli yang disposable senang, tapi bawak jugak panties cotton biasa. orang cakap yang disposable ni tak selesa bila pakai. lepas beranak *ehem* sensitive katanya)
7. stokin 2 pasang
8. pad (hospital dah sediakan kan? bawak jugak in case pad dia bagi tak best)
9. minyak panas- minyak herbanika nona roguy beli masa miscarriaged dulu
10. tuala (towel ni pon hospital sediakan sebenarnya. tapi bawak jugak towel kecik)
11.selipar jepun
12. deodorant, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi. benda lain guna jer yang hospital punya

barang baby

baju baby untuk dipakai masa keluar hospital jer

1. baju lengan pendek selai, lengan panjang selai (kes tak tahu nak pilih baju mana satu. nanti nak keluar hospital karang decide.=p)
2. 2-3 helai diapers
3. 2 pasang booties & mittens
4. selimut baby (bawak yang hooded tayah pakai topi)
5. towel mandi 1. towel kecik-kecik lap mulut 2
6. 2 helai barut
7. 2 helai kain lampin (juga berfungsi sebagai bedung)
8. toiletries baby

rasa macam lebih-lebih jer benda aku bawak ni. huhu. tak pelah dari tak cukup kan. lagipon bukan i pon yang nak angkut bag tuh.=p

macam toiletries baby tuh tak perlu pon kan. dah pihak hospital yang mandikan mestilah guna dia punya. tapi aku bawak jer sekali ngan minyak segala.

barang-barang baby yang nak bawak balik kampung dah berkurun aku simpan. tak tahu lah kenapa yang nak bawak pegi hospital malas bebeno nak packing. padahal nye yang nak bawak pegi hospital lagi penting. `

err..bengkung perlu ke? kat hospital dah pakai bengkung ke?

Wednesday 15 December 2010

redup

angin sepoi-sepoi bahasa

perut kenyang makan asam pedas ikan pari, ulam, tempoyak

sedap bangat ni kalau tido.

selamat malam

=p

mari mengira. 7 hari dari sekarang yo~

Tuesday 14 December 2010

rejeki itu datang dalam pelbagai bentuk

bukan rezeki aku nak bekerja dalam bidang yang dipelajari setelah berhempas pulas belajar 5 tahun di tanah gersang yang banyak tasik. tak tahulah memang sudah ditakdirkan ataupon sebab aku tak berusaha ke arah itu.

melihat kejayaan rakan-rakan yang semakin hari semakin hebat. melihat mereka berusaha menambah asset. melihat mereka yang semakin hari semakin bergaya dengan duit hasil titik peluh. melihat mereka bergembira melakukan aktiviti dengan duit hasil titik peluh.

sepatutnya semua tu membakar semangat aku la kan? tapi malang nya tak.

semakin mereka berjaya, semakin mereka kaya, semakin mereka gembira, semakin aku aku tenggelam dalam comfort zone aku. mane entah hilang semangat ingin bersaing. mana entah hilang rasa hasad dengki yang boleh menaikkan semangat sendiri. semua perasaan negative yang dulu pernah wujud dah tak ade. bangga bila melihat kejayaan kawan-kawan ade. gembira bila melihat mereka gembira juga ade.

sebab perasaan negative tu tak ada. hidup jadi semakin tenang. bila tenang semakin sukar lah nak keluar dari comfort zone aku.

punyai suami yang memahami dan menyayangi
punyai keluarga yang sentiasa ade menyokong
punyai rakan yang tak pernah gagal membawa kegembiraan
hidup hari-hari goyang bontot jer (bak kata kawan aku) tunggu kelahiran baby

menjadi hamba yang tak reti bersyukur lah kalau aku cakap aku tak suka dengan hidup aku sekarang.

keinginan terhadap benda-benda keduniaan?

saya tak tahu. mungkin sebab tak dididik dengan barangan berjenama sejak kecik, benda-benda mahal bukan buruan (setakat ni)

masih berpuas hati dengan handbag dari sogo
masih boleh memakai tudung dari pasar malam
suka tengok designer bag. tapi keinginan untuk memiliki masih tiada.
suka tengok baju cantik-cantik, tapi tak mengejar jenama. jenama dalam jj dah terlalu memadai. dari pasar-pasar malam pon rembat asalkan menarik dihati.

kalaupon kadang-kadang datang nafsu keduniaan, insyaAllah akan dapat. cuma cepat atau lambat. (dan semestinya husband yang belikan)

dan benda-benda begitu tak menggugat ketenangan yang aku miliki.

walaupon tak hidup mewah, makan pakai tak pernah menjadi masalah dalam hidup aku. so ape lagi yang aku nak kejar dalam hidup?

kalau kesetiaan dan kasih sayang suami berkekalan sampai ke akhir hayat
kalau sokongan keluarga kekal sampai bila-bila
kalaulah rakan-rakan kekal ade di saat memerlukan

tak pernah kisah kalau sampai bila-bila pon hidup begini. malahan sangat bersyukur kalau sampai bila-bila pon i ditakdirkan hidup begini. aku mendapat ketenangan yang tak pernah aku dapat selama ini.

mungkin itu rezeki aku buat masa ni. ketenangan.

bila ditanyakan soalan tentang kerja dan masa depan.

secara jujurnya, sangat ingin mengekalkan status sekarang. suri rumah sepenuh masa.

tapi tak boleh pentingkan diri sendiri. banyak lagi tanggungjawab lain yang harus aku tunaikan.

biarlah DIA yang tentukan. ape yang terbaik untuk aku.

berbalik kepada REJEKI

alhamdulillah, semalam aku dapat berita yang sangat menggembirakan!

suami: yang
suami: kalu u rajin
suami: and cekak la
suami: blh wak sambal bilis pulok ko i?
suami: kalu xcekak takpo la
isteri: meme i nak wak pon
isteri: wiken ni kut
isteri: tp i asingkan kut sambal ngan bilis
isteri: ok?
suami: ikut la
suami: u cekak dop yang?
suami: kalu susoh2 xpo las
isteri: cekak la bie
isteri: demi u
suami: :D
isteri: ;)
suami: ni saye ko bini i neh
suami: hehehe
isteri: hahaha

faham ke? faham ke?

hahaha..itu perbualan seorang suami yang meminta isterinya buat sambal bilis lagi untuk dia makan kat korea.

nak suruh post kan ke?

TAKKKKK

SUAMI KESAYANGAN BUAH HATI PENGARANG JANTUNG I AKAN BALIK TEMAN I BERSALIN.

*smile*smile*semile*sengeh*

kalau ade rejeki lah. kalau tak de rezeki baby nak di qamatkan oleh daddy die maka i akan bersalin awal dari tarikh induce.

kalau dulu sangat nak bersalin awal sebab tak nak kene induce, tapi sekarang sangat nak induce sebab nak suruh husband ade disisi. boleh?

walaubagaimanapon. semua telah tertulis. tunggu dan lihat jelah.

(sambil tekan-tekan kaki. haih kaki, bila nak bengkak ni?)

Monday 13 December 2010

big girls don't cry

mood blogging ni jahat lah. bila paksa diri nak update blog dia tak datang pon. bila dah cakap babai baru lah dia membuak-buak datang.

thanks yang komen kata-kata semangat untuk entry semalam. =)

sebenarnya bagi i urusan deliver-mendeliver sudah settle. err. bukan lah sudah selamat bersalin. tapi sudah boleh terima kenyataan. sudah redha. sama ada husband boleh balik atau tidak, i tetap semangat nak tengok baby maryam. tak sabar! 10 hari lagi. insyaAllah. =)

perkara yang meresahkan sekarang adalah pasal MIL. akan di operate 20 haribulan 12 ni. sebab ade ketumbuhan kat dalam rahim. dah 12 cm. MIL memang selalu mengadu sakit belakang. ingatkan sebab urat. so selalu lah pergi mengurut. tapi tak hilang-hilang. 2-3 bulan lepas pergi scan baru lah tahu. masa tu baru 6 cm. 2-3 minggu lepas masa balik kampung sebelum husband pergi korea dah 10 cm. sekarang dah 12 cm. cepat sangat membesar. sekarang perut mak dah macam pregnant 4 bulan. and bila operate nanti rahim memang kene buang terus.

i know my husband sangat tak tenang dok kat sana. pikir pasal wife nak bersalin ditambah lagi dengan mak yang nak operate. tapi setakat ni bos dia belum bagi respond lagi pasal dia punya cuti. so i harap dia kuat. jangan hilang focus. kalaupon tak boleh balik insyaAllah semuanya selamat.

Photobucket
*entry pasal ni akan menyusul tak lama lagi mengikut mood tuan blog*

selain daripada tu, mood i sekarang adalah sangat happy. allah pisahkan i dengan husband sekejap. dan dia hantar pari-pari kat atas untuk memastikan hidup i tak kosong walaupon husband tiada masa ni.

so i kene berhenti merungut dan kene bersyukur kan?

Sunday 12 December 2010

sebak

my emotion control semakin worst.

happy, sad, terharu, risau, rasa bersalah.

bersatu.

sehingga keadaan stabil, babai blog.

bie, kuat ok. allah nak menguji u.

Friday 10 December 2010

tido lah baby...

dah nak pukul 4 dan saya tak tido lagi. err..dah tido tapi asyik tersedar jer..my baby nak kan perhatian. bergerak-gerak and mengeras. maybe ni latihan dia nak bagi mommy dia sebelum dia betul-betul keluar.

lagipon siang dah tido banyak ngan dia so malam baby dah tak ngantuk kut. tp i ngantukkk. tp perut yang keras ni buat i tak selesa nak tido. ouh daddy baby i need ubat tido.=p

baru sedar malam ni, bila husband balik status kiteorang dah berubah. dah jadi mommy kepada anak dia!dia dah jadi daddy kepada anak i. sekarang husband and wife sahaja.

macammana agaknya nak kongsi kasih sayang ngan anak?

haha..ok..agak tak logik. mestilah kasih sayang kat anak lain, kasih sayang kat wife lain.

so ape yer yang akan berkongsi? perhatian mungkin..

huhu..tak boleh nak imagine i ade anak sebenarnya. tak boleh jugak nak imagine keadaan kiteorang bila ade anak kat tengah-tengah.

okeh baby..jangan rampas bie mommy. daddy jer untuk kamu. bie mommy punya ok.huahaha

arghhh..ngantuk~

mode: cintailah aku sepenuh hati-arilaso

Wednesday 8 December 2010

buat ape bila husband tak de?

dah berape hari yer kene tinggal? baru 9 hari..lama lagi nak menghintung hari. ingatkan bila husband takde boleh la update blog 10 kali sehari kan. ngehehehe. tapi bila dia takde takde idea pulak nak merapu.

dulu ramai tanya, takde anak buat ape je kat rumah kan?

kalau ade husband ade jugak lah aktiviti berfaedah yang boleh dibuat. layan husband. masak. blablabla.. (kerja bosan seorang suri rumah)

dah takde husband ni semua benda malas. kemas rumah? malassss. tak de orang nak merungut rumah bersepah. basuh baju? rajinnnn. sebab masuk mesin jer. lipat kain. errr...dah takde bakul dah nak letak baju yang dah dibasuh. gahaha. 9 hari tak lipat kain. basuhnya hampir tiap-tiap hari. malam ni i lipat kain. (kalau rajin). masak? masak la jugak. tapi sangat lah simple. tak tahu consider masak ke tak.

nak bejalan-jalan. bosan. tapi nak pergi mane? shopping? banyak duit kauuu~~

akibat tak buat ape-ape nak update blog pon tak de idea. huhu. tapi percaya lah saya habiskan banyak masa sedar saya depan lappy tapi nak buat satu entry pon susah. bace blog orang je lah. tu pon macam malas giler nak mengomen. duhh! rajin giler perempuan ni.

boleh jer nak update blog dengan letak makanan yang ditapau kan..tapi kesian pulak kat husband. kat sana dah la dia mengalami kesukaran mencari makanan yang halal dan enak tanpa perlu masak sendiri. i cakap makan tomyam (walaupon masak guna paste) pon dia dah meroyan sampai dinner dia masak megi tomyam (cair!hahaha. fail~).

untuk dinner dia masih lagi makan sambal bilis penuh kasih sayang i ngan sambal daging yang mil bekalkan. sebab dia malas nak bukak paste-paste bekalan sebab jumaat ni nak pindah masuk apartment lain. kesian giler dinner hari-hari makan nasik ngan sambal ikan bilis. isk. dah la lunch makan ape yang ade jugak.

masalah betul bila ade penyakit ragu yang tinggi ni. kat malaysia pon dia memilih tempat makan and tak pergi kedai yang dia rasa status nya 'ragu' ape lagi kat tempat orang. tapi bagus jugak ragu dari dok menelan makanan yang entah pape kan. lagi pon stock makanan dari malaysia ade lagi. kalau dah darurat tu tawakal je lah.

hopefully bila masuk apartment baru u boleh masak lah bie. makan lah banyak-banyak sikit. jangan kurus sangat nanti penat i nak kene diet kuruskan badan bila lepas bersalin. mestilah i nak kene lagi kurus dari u. haish..dah la sekarang i lagi berat dari u. dengdeng!

sekarang dia dah ade internet connection kat office so senang lah hati i. walaupon bukan chatting sangat pon tapi bila tengok die online dah rasa senang hati. pastu kalau nak cakap pape senang dapat jawapan tak payah lah i nak kumpul semua pertanyaan dan aduan cakap bila malam jer.

malam pulak semestinyalah kembali ke zaman bercinta. bagus jugak berjauhan kadang-kadang ni. gihihi. dan bila tengah malam sayang nak shutdown lappy. kadang-kadang saja tunggu dia tido supaya boleh tengok dia tido. aish. i memang betul-betul angau kat husband sendiri. i really miss him.=(

wifey-wifey kat luar sana macam mana korang boleh hidup berbulan-bulan tak jumpa husband eh? masa bercinta paling lama tak jumpa pon sebulan je kut. isk. ade tips? nak distract perasaan ni pon tak boleh sebab i tak de buat pape pon.

ni tak masuk lagi cara-cara nak mengatasi masalah gersang lagi. haruslah pergi menuntut cara nak self service. =p



i dah cakap kan yang i rindu dia?

saya betulbetulbetulbetul rindu suami saya.

Tuesday 7 December 2010

cafe kat sini dah bukak!

Photobucket

dah lama tunggu cafe dan kedai-kedai bawah ni bukak sebenarnya. tak payah nak pergi makan jauh-jauh kalau mood malas melanda kan. lagi best kalau kedai runcit dah bukak. kalau setakat nak beli sikit-sikit or nak beli bahan masakan yang tak cukup tak payah bersusah payah nak pergi giant.

semalam balik check up singgah mid valley. pastu tak sempat makan sebab mengejar masa tak sembahyang asar lagi. bila sampai rumah perut sangat lapar tapi malas nak masak. bukak facebook Gee kata cafe bawah dah buka terus suruh pok we siap-siap ajak dia makan kat cafe bawah jer.

Photobucket
lapar!
Photobucket
sejuk sangat sebab baru lepas hujan

Photobucket
horlick ngan teh ais

Photobucket
nasi goreng kampung telur mata pok we punya

i makan mee goreng telur mata. tapi baru nak snap bateri habis. cess.

total RM 9.90. portion dia banyak jugak lah. mee goreng tuh membukit. rasa biasa-biasa jer. tapi lepas ni dah senang la sikit nak makan kalau malas nak keluar.

Monday 6 December 2010

memang baby tak nak tunjuk muka=(

semalam check up lagi. alhamdulillah mommy dan baby sihat. cuma tak de rezeki nak nak tengok muka baby. huhu. position dia memang ke bawah so memang tak boleh nak ejas-ejas dah tengok muka. 22 haribulan nanti last check-up. xpelah kalau baby tak nak tunjuk muka pon. tinggal dua tiga minggu jer lagi. kita tengok bila baby kat luar lah.

berat baby dah 2.7 kg. bertambah lagi 400 g dalam masa 2 minggu. walaupon baby slim berat juga kamu ni yer. maybe berat tulang. sebab doc cakap baby panjang tapi slim. dia berat sebab dia panjang. doc cakap ikut daddy dia. haha. mentang-mentang mommy tak slim kan. tapi tak pelah slim pon, asalkan sihat. besau-besau sangat nanti susah mommy nak push. kalau nak membesar pon membesar lah kat luar. kalau ikut daddy punya gen masa kecik chubby bila besar kurus. kalau ikut mommy kecik kurus, bila besar 'comel'. hehe. nanti baby ikut daddy lah. cute siket. haha

dan akhir sekali i telah berjaya menempatkan diri di dalam satu slot dalam diary doctor seri untuk meng-induce kan diri.

horror kan?

i amik masa 2 minggu untuk buat keputusan pasal benda ni.
diatas bermacam-macam sebab yang kemudian nya i pon tak tahu sebab ape.
diatas bermacam-macam alasan dan akhirnya i pon tak tahu ape alasan i.

tapi buat masa sekarang, kalau i tak deliver sebelum 24 haribulan ni induction labor lah menanti i.

so dalam masa kurang dari 3 minggu insyaAllah i akan jadi ibu. takut? bila pikir induce tu yang buat i takut. tapi bila pikir tu jalan terbaik so i rase i ok jer kut induce pon. tu pon kalau check baby dah ready.

tapi i still berdoa i akan bersalin sebelum 24 haribulan sebab tak nak induce. kalau boleh nak normal senormal-normalnya.

Photobucket

saya yang takut tapi mahu tanpa paksaan.

tapi semuanya bergantung kepada keadaan baby jugak. kalau baby dah ready baru buat.

i tak tahu ape yang i buat ni sebenarnya. tak pernah terpikir pon.

entahlahentahlahentahlahhhhh -_____-"

Sunday 5 December 2010

antenatal class at kpj selangor

selamat hari isnin semua~=)

sabtu lepas i dah berjaya pergi antenatal class. akhirnya! ingatkan i jelah golongan terlewat pergi. tapi ade lagi 2,3 orang ibu yang dah 9 bulan jugak. tak pe pergi lambat-lambat. barulah ingat ye dok? masih fresh dalam kepala. (kalau dah sakit ingat lagi ke?)

i pergi dengan zac dan semestinya kiteorang jelah pasangan lesbian. yang lain semuanya pasangan normal. dan malangnya bagi i, i duduk di belakang pasangan yang over romantik di saat-saat gersang tak de laki. dalam kelas pon nak manja-manja rasa macam nak cakap,

'hoih. ko ingat ko sorang je ke ade laki?'

*ade unsur hasad dengki kat sini sebenarnya =p*

pastu siap toleh-toleh belakang wat muka tak puas hati bila i ngan zac bising. dia dok buat aksi tak sabar nak romen depan aku tak pe pulak (ade unsur exaggerate kat sini sebab ade unsur hasad dengki dalam diri penulis).

selain sakit mata melihat aksi manja pasangan didepan i, sepanjang hari i memang berseronok sampai rasa macam tak cukup jer masa walaupon dah nak malam baru habis. seronok!



Photobucket
ok. kita mulakan dengan gambar perut =p

kelas mula-mula start dengan antenatal talk. iaitu pasal diet, food pyramid, nutrient-nutrient tuh dimana kalau korang tak pergi kelas pon korang boleh baca kat mana-mana saja. tapi since dah pergi kelas ni ko dengar je lah as if ni baru first time korang tahu. haha.

tapi ade satu benda i baru tahu betik ade acid yang effect tajam nya sama jer ngan nenas boleh menyebabkan miscarriage kalau amik berlebihan di awal pregnancy. tapi rasanya dulu i balun jer betik. hehe. sikit tak pe. jangan berlebihan.

lepas tu talk pasal epidural, gas dan suntikan yang nak kurangkan sakit bersalin dari seorang doc lelaki yang rugged tapi suara perlahan bosan nak mati naseb baek ko cakap pasal benda yang harus amik tahu kalau tak habislah semua orang tido. tapi dari sini i baru tahu sakit belakang kalau amik epidural adalah mitos semata-mata. so walaupon awak bosan, tapi awak berguna jugak.=p

lepas tu talk pasal labor yang ditunggu oleh doc siti. talk yang ditunggu-tunggu. i rasa ni sangat membantu sebab ni antara sebab i nak pergi kelas. die tunjuk video yang menyebabkan i menangis bila habis tengok video tuh. sebab menangis? bercampur-campur. satu, sebab macam susah jer nampak baby tu keluar tapi bila keluar macam terharu jer. huhuhu. dua, bersalin nampak sangat sakit. dan i pulak akan sorang-sorang jer tanpa suami? deng!! tak pe, nurse ngan doc ade...huaaaa. (pergi antenatal class lagi buat aku emosi pasal ni sebenarnya sebab die asyik tekankan pentingnye kewujudan suami di sisi isteri. tapi untuk menyedapkan hati sendiri pujuk lah diri sendiri. takpelah, kalau ade suami pon yang meneran nye kita sorang jer.)

-_-"

lepas tu banyak practical. ajar care bersenam urutan-urutan untuk kurangkan sakit belakang dan sebagainya. dia ajar jugak nak kegel exercise untuk buat masa berpantang untuk ketatkan mana yang longgar untuk keharmonian rumah tangga. ngehehe. nanti i buat entri special untuk kegel exercise lepas bersalin nanti. ngehehe

Photobucket
ok, ready puan perut besar?

Photobucket
kita gerakkan kaki dulu. (gerak-gerak kaki pon berpeluh dah walaupon dalam ekon)

Photobucket
deng! dah tak sampai~

Photobucket
ok. belah ni sampai.

Photobucket
walaupon sakit giler sebenarnya

Photobucket
sedang dalam cubaan menonggekkan vontot dan mendonggakkan kepala

Photobucket
senaman bonggol (tundukkan kepala, lonjakkan badan setinggi boleh)
ni sangat berguna masa sakit pinggang nak bersalin

Photobucket
bakal ibu dan bapak

lepas tu pasal breast feed. topic yang di tunggu-tunggu.

Photobucket
busuk breast ni sebenarnya. melekat kat tangan. ciss

Photobucket
anak angkat=p

Photobucket
ok. ni contoh yang salah. haha. perut atas bahu. bukan dada=p

Photobucket
olololo. tak sabar nak breast feed anak sendiri

lepas tu dia ajar cara bernafas dan last sekali die tunjuk cara nak mandikan baby. aktiviti akhir sekali pergi melawa ward dan labor room.

secara keseluruhannya, i rasa class ni sangat membantu. dan penyampaian puan. faridah membuatkan class ni tak bosan. class paling lama yang i pernah pergi. dan kelas paling seronok. kursus kawen pon tak seseronok ni. heheh. so bakal-bakal ibu, awal-awal sila lah mencari tempat nak attend kelas ni. sebab kiteorang cari masa i 8 bulan dulu semua class fully booked. macam goreng pisang panas!

kalau nak booking kelas kat kpj selangor ni, call 03-5543 1111, sambung ke antenatal class. harga rm 80 untuk sepasang suami isteri. pergi sorang pon rm 80 jugak=p. pastu makan 3 kali sampai perut berboyas.

Photobucket
tq zac sebab temankan.



Thursday 2 December 2010

makan untuk hidup

dah lama blog ni sunyi dari gambar-gambar food. bukan tak masak. *ehem* masak tapi jenis yang cepat dimasak dan sedap di makan. (bukan maggi yer bie, i masih berpegang kepada janji melayu). seperti sos-sos pasta yang tinggal nak tambah air dan lauk pauk jer sikit. dan juga roti yang sungguh enak dimakan begitu saja ataupon dimakan dengan sapuan-sapuan ataupon bakar letak planta. sungguh senang. dapur pon tak kotor so kurang lah kerja harian satu. tak payah nak kemas dapur.

kali terakhir makan nasi adalah bersama husband hari selasa lepas. sekarang dah mula rindukan nasi. tapi malas mengatasi segalanya. so nak buat macammano? makan je lah roti.

buah-buahan juga tak makan. dah bosan sebenarnya. kalau husband ade menyenangkan proses pengambilan buah dengan blend buah jadi juice. rasa lagi sedap dan jadi semangat sikit nak minum. alang-alang petang memang kene buatkan dia air, blend jer buah, sambil menyelam minum air. bila dia takde nak buat air milo pon malas. haish.

Photobucket
lunch

lunch hari ni gabungan benjo dan salad. roti+telur+sos cili+ thousand island dressing. ouhhh. sedap giler. tapi masih rindukan nasi. haha

waktu-waktu husband-less ni terasa jer nak pergi giant dan beli makanan yang goreng-goreng jer terus boleh ngap. rasa nak penuhkan peti ngan nugget, sosej, fries. tapi sebab dah janji dengan hsuband untuk makan dengan lebih sihat untuk anak dia terpaksa lah pikir benda yang senang di ngap tapi masih boleh dianggap sihat.

i rase esok dah nak start shake kembali lah. dah lama sangat tak shake. nak sediakan susu dengan khasiat-khasiat yang bagus-bagus untuk baby nanti. kalau ikutkan hati dan perasaan ade harapan baby minum susu ber-msg jer nanti. huk huk.


air selusuh and antenatal class

esok baru nak pergi antenatal class. ape? lambat bebeno? hahaha..ni lah class paling awal yang kiteorang bleh cari. masa kiteorang mencari-mencari class hari tu semua class dah penuh. antenatal class ni kan biasa orang pergi berpasangan, so dia dah pesan awal-awal hari tu dia nak pasangan ade jugak. sebab pasangan yang betul-betul pasangan takde sekarang ni, so terpaksa lah i mencari pengganti. samaada pok we, ataupon pasangan lesbian zac.

malu lah nak pegi ngan pok we. tahu-tahulah class tu macam mana kan. so tadi call hospital tanya boleh tak bawak kawan. die cakap boleh as long as kawan tak pregnant. zac, u tak pregnant kan? heheh. so boleh lah. tapi dia tambah lagi lepas tu dia still prefer husband datang sekali masa class. isk. tak paham-paham. i cakap husband tak boleh teman jadi tak boleh lah.

jadi esok mari lah kita menonton aksi orang pregnant sedang bermanja-manja dengan husband masing-masing. deng!

saya nak mintak pendapat korang pasal air selusuh. hari tu mak ade tanya pasal nak ke tak air selusuh. tapi dia tak guna air selusuh pon masa bersalin dulu. sebab dia cakap dia pon tak guna so i abaikan je lah air selusuh ni.

tapi semalam bila bercakap dengan seorang kawan dia tanya dah ade air selusuh ke?

perlu ke air selusuh ni?

sekarang air yang i minum adalah air sembahyang hajat ngan air zam-zam.

air selusuh ni mane nak dapat?

ade orang cakap seelok-elok nye mak mertua yang buatkan. tapi MIL takde cakap pape pon pasal air selusuh. ke zaman sekarang orang dah tak guna air selusuh? tapi kalau nak suruh MIL buatkan memang tak sempatlah sebab dah tak balik kelantan. camano? camano?

selepas di google, aku baca kat sini dan sini, dia cakap lebih afdal kalau husband yang buatkan. holoh..saja nak bagi aku sedih.

erm bie, boleh tak u buatkan air selusuh jarak jauh untuk i? =p

sekarang air selusuh boleh beli jer. tapi tak tahu nak beli kat mana. dan tak tahu perlu ke tak.

9 bulan!

selamat hari jumaat semua. maaflah semalam teremosi sedikit. salah kan hormon yer. perempuan mengandung boleh jadi sensitive tak kira masa dan tak memerlukan sebab yang munasabah. heheh. lepas bercakap dengan husband mood kembalik ok. hoho.

sedar tak sedar i dah 9 bulan dah rupanye. 36 minggu sudah. next week ade appointment lagi ngan doc. tapi entry untuk appointment last week pon belum ade lagi. masa tuh 34 minggu. masa check up haritu sangat berharap pergi nanti baby tunjuk muka. tapi baby memang tak nak tunjuk muka lah. biasa-biasa nampak jugak sikit-sikit dagu ke, mulut ke, telinga ke, hari tu memang tak nampak langsung muka. so tak de lah gambar baby last week. harap-harapnye next week dia tunjuk muka.

berat dia last week dah 2.3 kg. dalam masa 2 minggu dia naik 500g la lebih kurang. mommy nye naik berapa kilo? 2 kg ok! sabor je lah...

Photobucket
34 minggu

minggu ni sangat rasa baby kuat bergerak. perut berbonjol-bonjol dan dia sangat active. ade amik video dia tengah active bergerak. memang nampak kelakar sebab nampak macam gerak guling-guling. owh. mesti nanti rindu saat-saat ini.

Photobucket
baby, ni daddy yang tak senonoh. main internet selagi boleh. ape-ape position pon boleh.

*haih..rindu*

lepas check up pergi mid valley. husband teman breakfast kejap. sebab masa ni tinggal beberapa hari jer masa boleh spend ngan dia, so dia teman breakfast. kalau tak tak de maknenye. mesti dia drop jer pastu terus g ofis.=p

Photobucket


Photobucket

saja letak gambar husband banyak-banyak untuk tatapan sendiri


Photobucket



next week pergi jumpa doctor seri pok we yang temankan. huhu. first time lah check-up husband tak de. takpe bie, kalau baby tunjuk muka nanti i tempek kat sini yer. huhu.

kami rindu kamu~~