Wednesday 31 October 2012

cheesy potato salmon nugget

holla blog!

sungguh la tak sempat nak memebebel di blog sekarang. konon buzy ngan kerja rumah. buat kerja rumah sambil layan maryam. tak habis-habis jugak kerja rumahnye. tak bersinar-sinar jugak rumahnye. bila energy dah habis, kerja rumah still tak setel, mak ingat katil jer. tak kuasa nak bukak blog. hehe. ni terbangun sebab tido awal. ambik masa update blog sambil baca-baca blog. bukak fb sikit. giann.

cheesy potato salmon nugget

semalam bangun awal nak siapkan breakfast husband ingat sempat lah buat nugget ni untuk sarapan maryam. sekali, bila mak bangun awal, dia pon bangun awal jugak la. memang ikut perut ummi, bangun la seawal mana pon, bila bangun tido jer kene terus breakfast. tak sempa la nak makan nugget untuk breakfast. makan mana yang cepat siap dulu.

roti bakar pisang cheese

hiris pisang, tabur cheese. lipar dua. bakar. hehe. sonang.
dah selalu sangat buat dah cheesy banana toast ni sebab sesenang abc kan. heee. biasa bakar dalam sandwich maker. ni malas nak keluarkan dari gobok. bakar atas pan jer. letak sikit unsalted butter.

 habsi sekeping roti untuk breakfast

lepas saya makan baru boleh start aktiviti. aktiviti selepas makan adalah 'tolong' ummi siapkan nugget terbengkalai sebab saya bagun awal. 

senget benget rambut maryam ni. art walid kata. huhu. dah panjang balik. kene potong lagi dah masuk mata.

ok, mari kita mulakan kerja menggentel nugget.


bahan-bahan:

potato
salmon
brokoli floret
bawang holland
daun bawang
daun sup
brokoli
serbuk lada sulah
cheese
homemade serbuk roti
telur
tepung atta (whole grain flour ke, unbleached ke..semua boleh)

homemade serbuk roti:
kita mulakan dengan serbuk roti dulu. serbuk roti ni kalau ade roti yang dah nak expired, or roti atas bawah yang tak nak makan tu boleh la buat. senang jer. kalau ikut oven i, bakar pada suhu 160-170 degree  selama 20-25 minit sampai dia kering. lepas tu nak blend kering boleh. nak tumbuk pakai lesung boleh. i tumbuk pakai lesung jer. senang. 

cara nak buat nugget pulak:

1. rebus potato sampai lembut
2. grill salmon. minyak yang keluar masa salmon di grill tu guna buat tumis bawang holand. 
3. lepas tu gaul sebati semua bahan kecuali serbuk roti, telur dan tepung atta.
4. bentukkan adunan. kalau lembik susah nak bentuk boleh tambah tepung sikit. jagung ke atta ke sikit. tapi jangan banyak sangat sebab bila masak nanti keras. macam i buat kali ni tak tambah ape-ape tepung pon. dah memang boleh bentukkan dah.
5. adunan yang dibentuk tadi golek atas tepung atta, celup telur, golek atas serbuk roti pulak.
6. biarkan dia set sekejapan. boleh simpan dalam peti cepat sikit, lepas tu boleh shallow fried-kan.

 tips:

- jangan guna potato yang orang buat mashed potato tu. jangan guna jenis russetkalau boleh sebab nanti susah nak bentukkan. guna potato yang harga murah-murah jer tu. hehe

- nak senangkan kerja, i kepal-kepal dulu semua adunan, pastu letak atas tepung atta. baru start kerja celup mencelup tu. adunan jadi set sikit, senang nak buat kerja celup-celup

- boleh buat awal, frozenkan, boleh lah guna dalam masa 3-4 hari.

i frozen lapik plastik camni. senang nak keluarkan.

 dah siap goreng untuk snek ibu dan anak =)

resepi ni tanpa garam dan gula. tapi orang tua pon boleh makan sebab ade cheese kan. maryam habis 5 ketul, dia cilok yang i punya seketul. banyak betul makan. berbaloi la renyah sikit pon. tapi tak lama pon buat benda ni kalau tak de 'penolong'. ade penolong sekejap nak air, sekejap nak tu, sekejap nak ni. sekejap nak kacau, sekejap bergantung kak kaki soh teman tengok tv. macam-macam. =)





lepas mandi boleh la makan snack pulak. 

buat ni sebab nak sembunyikan salmon tu sebenarnya. maryam dah kureng dah salmon. dia lagi suka ikan murah-murah. hahahaha. ikan paling menduduki carta hati dia buat masa ni adalah ikan khonge aka ikan jaket besi aka ikan cencaru. kalau buat ikan tu, dia macam sangkut dagu kat pinggan marah-marah orang suap lambat. kalau ikan salmon ni slow jer. buat macam ni lajuuu jer makan. lagipon hidangan ni dah lengkap dah. ade karbo, ade protein, ade sayur brokoli floret tu.

boleh pelbagaikan salutan tu. kalau xnak guna serbuk roti boleh guna oat. macam resepi all in one chicken nugget ni. pastu bawah setahun, boleh bakar jer. xnak celup telur kalau budak allergic telur pon boleh buat. lepas kepal-kepal terus golek dalam serbuk roti/ oat. boleh pelbagaikan sayur. macam resepi kat atas tu i guna labu. boleh pelbagaikan protein.

Monday 29 October 2012

dah pulang ke alam nyata

Alhamdulillah semalam perjalanan lancar. Siap singgah bagi maryam main air kat air terjun sekejap sambil suapkan dia lunch pon jadual perjalanan tak lari sangat.

Hari ni dah kembali ke alam yang nyata. Mengemas memasak. Bestnya kat kampong. Makan food sedap tak payah masak pon. Hehehe

Niat nak mengurut kat kg tak tertunai pon. Buzy ape entah kat kg semua benda pon tak sempat. Badan makin sakit ado. Perjalanan jauh. Jalan 'cantik'. Huhuhu. Tapi syukur raya kali ni larat jugak blik kg. Rasa jugak suasana meriah.

Semoga jumpa lagi insyaAllah... Banyak kerja nak urusinnnn

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 23 October 2012

international

Penat sangat muka nampak. Kuat betul dia 'tolong' ummi mengemas hari ni. Ummi buzy, dia pon buzy.Walid, ade surprise kat dinding. Cakap awal-awal supaya balik kerja nanti takdelah terkejut sangat.

Maryam sekarang suka la tanggalkan baju, seluar sendiri. Mentang-mentang la dah pandai kan. Paling tak tahan bukak pampers pon! Kalau pakai cd ok la sikit selamat sbb dia tak pandai lag
i bukak butang cd tu. Susah. Nak potty train pong dia xpandai cakap lg.

Tadi lepas mandi pakai pampers xsempat pakai baju dia dah lari keluar. Nak orang kejar. Suka main kkejar kejar sekarang. Mak malas nak kejar. Nanti dia masuk bilik balik kalau orang tak layan. Memang betul pon. Bukan boleh dok sorang-sorang budak ni. Tapi dah bogelll. Grrrr

"maryam...mane pampers?"

"pecak"

Wahhhh...cakap german uuuu. Haha. Dia tau bahasa london ngan german jer. International tak anak mak? =D

Published with Blogger-droid v2.0.9

maryam keluar berita harian yo!

ni cerita semalam semalam sebenarnya. haha

sori..tak sempat nak update pon semalam. pagi tu ok, tapi banyak kerja la pulak nak buat. lepas tu i sakit gigi. apa pon tak boleh. rasa nak mengamuk jer manjang. menahan diri jer melayan maryam yang macam-macam.

ni pon kene packing nak balik kampung. update cepat-cepat.

mula-mula nak cakap terima kasih kat kak shasha diatas peluang. bak kata kak zara. buke seney nak masuk akhbar perdana. wahh gitew kan.

 walaupon ade salah la sikit salah dalam article tu. aish. i tak sempat nak ambik gambar. and nak betulkan. lepas raya lah aci dok?

hehehe. mula-mula baca macam terpikir jugak. alamak, nanti ape orang kata. pastu ohsem husband cakap, alah, biasa lah tu, mane ade orang lepas melakukan kesilapan. bukan salah reporter pon. lepas tu mak rilex-rilex sajalah. at the first place, i buat semua ni bukan nak suruh orang pikir or ape orang kata pon. i just want the best for our daughter. so belajar lah sikit-sikit lepas kene paksa dengan husband. (yer, dia sungguh ohsem kan.) kalau harap usaha sendiri, saya adalah pemalas. 

bila dah start sikit-sikit share resepi, ade beberapa mommies cakap boleh bagi dieorang idea i semakin seronok lah memasak boleh jadi sumber inspirasi dieorang. so segala resepi i share ni bukan nak tunjuk pakar, nak tunjuk kau sorang jelah yang terer (haha..i know ramai lagi mommies kat luar sana banyak lagi ilmunya, and buat lagi baik untuk anak dia, tapi kekangan masa mungkin tak boleh nak share) . i buat semua ni dengan harapan orang tahu, masak untuk anak is seronok dan tak susah pong. tu jelah yang i boleh buat dengan segala ilmu yang basic-basic jer yang i ade. bukan banyak sangat ilmu and rajin sangat nak study pon kan. kadang-kadang pelik jugak orang cakap informative. celah mana informativenya. =D hahaha. tapi thanks for your support. wahhh. giler ayat retis ni kan. tapi sungguh. saya sangat rasa di hargai bila dengar kata-kata reader yang kat luar langsung tak kenal pon.

atas sebab itu rasa sedikit bertanggungjawab lah nak betulkan ralat semalam. walaupon dalam paper itu tak de benda dah i boleh buat. tapi boleh betulkan kat blog ni kan. walaubagaimanapon, masa sungguhlah terhad. nak kene packing, nak kene layan maryam, nak kene buat pesanan-pesanan husband sebelum dia keluar pergi kerja tadi. semua kene setel sebelum pukul 5. kiteorang nak nak balik raya u olsss. raya kat key ell ape barang.

kenapa raya haji orang tak mintak maaf eh. raya puasa dok bermaaf-maafan. teringat hari raya baru ni my husband merajuk sebab i lupa nak mintak maaf ngan dia dipagi raya. so i cakap kat dia. i sokmo mintak maaf ngan u bie. ade dosa lagi ke i ngan u? hahaha. kenapa entah raya baru nak mintak maaf. hari- hari pon i mintak maaf ngan dia. 

ok. tengs. bai. nak g masak bubur share ngan maryam. mak is sakit gigi tak boleh mengunyah. mood tak berapa ok ni. rasa nak makan orang jer. maryam sila la behave.




Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday 21 October 2012

bie ummi lahhh

Assalamuaikum dan hai...

Budak kecik ni setahun 10 weekend ni. 22 bulan.

Perkembangan terbesar sempena umur makin bertambah adalah dia start panggil walid dia 'bieee'

Semalam keluar pergi jusco. Dia panggil walid dia suruh angkat naik troli..

"bie...bie..."

Semalam nak pakaikan baju, dia tak nak i pakaikan nak suruh walid pakaikan dia ambik baju, cakap 'bie' lari bagi baju kat walid dia.

I nak sapu minyak ubat sebab dia kene gigit semut, dia soh walid dia yang letak ubat pon dia tunjuk walid dia sambil ckp 'bie' :o

Suka hati maryam jer kannnn..tu bie ummi lahhhh.

Dan pagi ni dia dah panggil i 'mi'. Mula-mula 'emmikk', pastu 'mimi' kadang-kadang 'mi'. Tapi ade masa dia lupa kut, panggil 'abah' jgk. Suka hati dia jer.

Tapi bila i betulkan balik ckp,

"bukan abah. Ummi"

Dia sebut balik,

"miiii"

Ok la tewww maryam. Lepas setahun 10 bulan :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 18 October 2012

puding oat

 puding oat bersama pisang dan kismis

sejak maryam sangat lalu makan ni, dah lama jugak tak berpuding dengan oat ni. dah 5 bulan dia lalu makan ape sahaja! cepat jer masa berlalu kan. teringat dulu macamana hari-hari mak struggle masak macam-macam. end up, sendiri masak, sendiri makan. hahaha. 

resepi puding oat boleh rujuk kat sini PUDING OAT jugak.

kali ni i lebihkan air. untuk air boleh guna air ke susu. suka hati. kesedapan puding aot ni bergantung kepada buah. oat pulak, kalau nak rendam pon boleh semalaman. perah lemon sikit. selin membantu nutrient senang diserap oleh badan, boleh cepatkan process memasak jugak. tapi boleh kurangkan air

1/4 cawan rolled oat
3/4 cawan air
telur sebiji
pisang sebiji saiz besar
kismis

campur jer semua. kukus sehingga masak dalam remekin. dalam 15 minit gitu. nak bakar pon boleh. lama la sikit ambik masa. 

layan gambar maryam makan puding oat.






i buat dapat 2 remekin tu. dia dah habiskan satu bekas dia makan sorang-sorang. lepas dia makan, i ambik lagi satu bekas ingat nak makan, tapi offer dia jugak. pastu dia datang mengendeng cakap "nakkk". so i tak makan lagi, suap dia dulu. mak makan kang tak cukup anak plak kang. tengok-tengok habis jugak lagi sebekas. =O banyak nye makan. mak nye terpaksa la breakfast benda lain. akibat kekenyangan snek ngan lunch tak makan sangat. huhu

*resepi ni untuk 1y+ sebab guna sebiji telur. kalau bawah setahun, nak makan jugak bila dah 8 ++ and tak allergic boleh la guna kuning telur jer dan make sure masak sepenuhnya.

Monday 15 October 2012

ratu hati beta~












lagi 4 hari dah nak setahun 10 bulan dah! lagi 2 bulan nak umur 2 tahun. ummi ngan walid tak sure lagi nak celebrate birthday maryam macammana. kalau ade rezeki adalah eh maryam. kalau tak de rezeki betul-betul maryam dua tahun pon, lepas pantang kita buat. insyaAllah. biarlah lambat pon. maryam bukan tahu. =P yang penting nanti ade gambar. hahahaha

perkembangan maryam tak ade yang membimbangkan kan. semua sesuai dengan usia dia. kecuali mak nak sangat dia bercakap dengan cepat since sekarang tantrum dia kuat. dan kiteorang kenal pasti sebabnya dia tak dapat sampaikan ape yang dia nak. so bila dia amuk tu, kalau mood dia baik sedikit dia heret l tangan kita pergi tempat dia nak, tunjuk ape dia nak. sebab dia tak tahu nak cakap nak ape kan. tapi kadang-kadang tu, kita la kene angkat ke tempat man-mana kawasan yang dia nak tu soh tunjuk nak ape.

alhamdulillah cara tu berkesan la kalau dia mengamuk. 2-3 bulan kebelakangan ni pon kiteorang ubah cara komunikasi ngan dia. walaupon cara termudah adalah suruh dia tunjuk, kita sebut, tapi slow-slow ubah, kita yang tunjuk, suruh dia yang sebut. kalau tengok gambar-gambar or tengok tv.

kalau dulu, " maryam mana banana?", sekarang tukar, " maryam ni ape?" so dia ade lah kene berusaha bercakap sedikit kan.

dulu i suka tanya, " maryam, walid mana?" so dia tunjuk la walid pegi mana-mana. or goyang-goyang tangan cakap walid takde.

tapi sekarang dia dah jawab dah. " work"

kalau dia tengok tv ngan i, i try lah bercakap ape yang dalam tv tu. kalau dulu mana lah dia nak layan. so jadi lah nampak mak ni mak yang excited sorang-sorang anak takde perasaan pon. macam tu jugak kalau ajar baca buku ke ape.sebab tu dulu rasa macam maryam ni, kalau i ajar, semuaaaa dia tak nak ikut. tapi sampai masa dia akan slow-slow ikut kita kut. sekarang tengok tv mulut bising bukan main. point and sebut semua benda dalam tv, tepi jalan, baca buku.

tengok pergerakan pon dia tahu, tu jump, tu cry, dancing, clap.

satu lagi perkembangan terbaru baru pagi ni, dia tengah makan mangga. ade urat-urat mangga yang kasar tu, dia luah balik. so tangan ngan paha dia kotor. dia bising panggil i,

pastu bila datang kat dia, sofa, peha, tangan dia benuh ngan urat-urat mangga yang kasar tu. diacakp,

"eeeee...dirty" dia sebut dirty pastu heret tangan i pergi kat sink soh basuh.

perkembangan bercakap dia agak memberangsangkan lah. akhir-akhir ni banyak sangat perkataan yang keluar. jumpa nenek ngan nenek saudara dia baru ni pon dia dieorang perasan. padahal bukan lama sangat pon tak jumpa. mak nye pon makin excited bila setiap kali keluar perkataan baru mesti wasap walid. hahaha. setiap mak pon excited kan anak pandai benda baruuuuu..biarlah satu perkataan jer pong. lagipon memang ni lah pon yang i nak sangat.

 tapi tak leh nak tunjuk sangat, takut dia stress.rilex-rilex sudoh orang kampung mak cakap. walaupon kita nak dia bercakap, bagi galakan jelah. jangan memaksa. setiap anak ade perkembangan sendiri. insyaAllah, sampai masa bercakap lah tu. peer pressure, cakap-cakap orang luar dush-dush. tempis. hari-hari dok hadap, kita tahu perkembangan dia camane. and kita tahu ape yang terbaik. sambil-sambil berusaha sikit-sikit. doa banyak-banyak sebab Dia jer yang buat semua benda ni. insyaAllah.

sardine roll maryam


 cheesy sardine roll

roti
cheese
telur

serbuk roti (i bakar roti selama 10-15 minit sampai garing pada suhu 180 degree C. pastu blend kering/ tumbuk)

inti sardin.

2 ekor ikan sardin yang direbus dengan sedikit asam keping (nak abaikan asam keping pon boleh)
bawang merah
bawang putih
sedikit halia
carrot
daun sawi

tumbuk bawang merah, bawang putih dengan halia. tumis sehingga wangi. masukkan isi sardin, carrot. akhir sekali masukkan daun sawi dihiris halus.

cara buat:

leperkan roti. tabur cheese atas sekeping roti, kemudian ratakan inti. gulung kemas-kemas. celup telur, salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak sedikit. (shallow fried) balik-balikkan supaya masak sekata.

 rupa bentuk lepas digoreng

 hiris-hiris untuk senang makan. hehe

comot anak mak dipagi hari >..<

hari tu ade yang bertanya guna ikan sardin ape untuk maryam, guna yang dalam tin kah. takkk..jangan. kalau boleh, food budak-budak ni jangan lah yang datang dari dalam tin, dalam botol. guna yang fresh-fresh sahajo. kalau dalam tin tu sure banyak dah bahan-bahan tambahan. preservative, pewarna tiruan, perisa tambahan. not good. not good. orang sini panggil sardin. mak dulu kejutan budaya jugak. masa dok german dulu, panggil ike selaye jah.

Thursday 11 October 2012

kembar

ni perut xsampai 7 bulan pon lagi. sekarang 7 bulan seminggu, besar sikit lagi la kut. seiring dengan penambahan berat. muahaha

ramai sangat tegur i pregnant kembar. how i wish! hahaha... comei kan ade anak kembar. pakai baju sama. main sama-sama. makan sama-sama. gaduh sama-sama, nangis sama-sama =O 

pregnancy kali ni, i tak kisah sangat pon nak anak laki ke perempuan. bukan nak anak dua orang jer kan nak kene wajib lelaki. jauh disudut hati (apesal ayat novel sangat ni) i nak anak girl ade 2 anak perempuan dekat-dekat adalah nampak comel, ala-ala kembar tapi muka lain-lain. saiz lain-lain. macam i ngan kakak i. eh

alhamdulillah dapat. eh. insyaallah dapat. ok. kembali kepada cerita.  baru-baru ni ade lagi sorang tanya, i pregnant kembar ke? haha. mula lah berangan kan. tanya husband,

"logic tak kalau scan nampak sorang, tapi keluar kembar?"

nak jugakkkk. hahaha. ok. berangan sahaja. jangan lah allah makbulkan permintaan ku yang ini. anak sorang pon berpeluh ketiak. risau camane nak handle 2 orang anak nih. apelagi kembar kene handle 3 orang. tapi kalau rezeki, mak terimaaaa. =P

sebenarnya i agak suka lah jugak kondisi pregnant dikurniakan perut yang besar ni. (kalau tak pikir susah payah nak kecikkan balik nanti lepas bersalin). berperut besar ketika pregnant ni sikit-sikit menimbulakan rasa seksi. haha. (silajangan muntah darah). tapi banyak-banyak menimbulkan rasa seksa. kadang-kadang i rasa slow sangat pergerakan. macam dok tunggu hari jer. cepat penat. cepat mengah. kutip mainan maryam pon mengah. ape lagi dok tunduk-tunduk bangun membuat kerja rumah. tapi mak ok jer. boleh lagi buat semua benda sendiri. nak dukung maryam berjam-jam pon mak larat jer lagi. 

kaki jelah dok lenguh-lenguh. menampung berat yang snagat berlebihan.

semoga baby selesa la dok dalam tu ye. ummi sediakan alphard ok. tak main kenderaan kecik-kecik ni. sempit.

layan breakfast maryam last week kut

nak resepi buat cekodok? hahaha

tak tahu nak masak ape dah pagi-pagi. godek-godek peti jumpa pisang frozen. kadang-kadang 'terbeli' buah secara berlebihan. mana buah yang boleh frozen tu, mak frozen lah daripada melakukan pembaziran. itu kegunaan ade deep freezer. senang nak menyumbat semua benda. berries, pisang, yang cepat rosak ni. or nampak dah hampir-hampir menemui ajal, tapi banyak sangat lagi buah yang nak kene habiskan, i frozenkan jer. guna bila perlu.



camanelah agaknya kalau maryam ni ade kembar. mungkin kah kemanjaan kededekan dia tu akan berkurang?

*ok. berhenti nak ade kembar sekarang*

layan anak

I jarang urusin maryam malam-malam kalau husband ade. Kalau dia keluar main badminton, melepak mana-mana ke baru la mak amik tugas. Malam-malam tugas walid main-main and melayan maryam. Termasuk lah basuh poopoo kalau dia poopoo dimalam hati. Pekej la tuuu..Mak cuci tangan. Heeee

Tapi biasanya kalau main-main tu dia cari ummi jugak. Panjat-panjat pon cari ummi jugak. Nak buat camane. Ummi dia empuk.

Mlm ni husband keluar tengok bola. So maryam serang ummi jer. Habis perut kene lenyek. Dah penat main isap susu, sambung main, isap susu. Tido nye idok...

Pastu teringat ade kawan bagi crayon doorgift birthday anak dia hari tu. Dia tulis toxic free. Belasah lahhhh...bagi kertas sehelai. Bagi crayon. Ajak masuk bilik main dia. Masterchef pon dah habes. Senyap la kejap. Senyap disini maknenye tak melompat, dan memanjat. Keadaan terkawal.........10 minit. Hahhaa

Pastu masa untuk mengkirai bilik. Hangkut tu, hangkut ni. Main masak-masak, suap ummi makan. Sampai lah nampak dia penat, ajak masuk bilik, dengan rela hatinya dia panjat katil, minum milk. Selamatttt. Now, ummi kene lipat kain, tunggu walid balik. Dia hutang urut. Good night!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 10 October 2012

keria labu

labu salah satu makanan kesukaan rasulullah. antara makanan awal-awal maryam makan jugak. since baby sampai sekarang. memang tak putus bekalan labu. nenek dia bawak from kelantan, orang bagi, walid beli. ade jelah stock labu tu. masak mcm2. buat breakfast, lunch, dinner. tapi sekarang kalau buat sayur, makan labu seketul-seketul macam tu dia tak nak dah. bosan gamoknye. kene buat cucur, lempeng, and ni try buat keria labu pulok.

keria labu

 bahan-bahan diperlukan

labu 
tepung atta

sahajaaaa

steam labu, lenyek-lenyek. tunggu sejuk sikit. campur tepung atta sampai boleh bentukkan bentuk donat.

heee. senang jer. i tak reti sangat nak berseni-seni buat bentuk santek-santek ni. plus adunan ni i biar dia lembik sikit takut banyak tepung tak sedap plak kan.

goreng sekejap, done!

kalau bawah setahun. baik bakar.