Saturday 31 October 2009

exercise di malam hari setelah kenyang

saya baca dalam rapi yang terbaru saya baca, yang dipinjam dari along kalau kita tiba-tiba terasa moody sila belek gambar lama-lama. maka mood kamu akan kembali. ni gambar tak berapa lama, tapi happy dong bila tengok balik!

saya moody kerana saya seseme, sakit tekak, mata rasa panas, hidung juga rasa panas. makan tak rasa pape. mengundang rasa marah.

hidup mesti selalu happy dong~!

kegembiraan saya

orang sebelah~

pernah dengar tak cerita hantu kanak-kanak, hantu orang sebelah?

hindustan betul!

gambar ini diupload supaya en.suami sedar wife nye bukan glow in the dark. amik gambar dalam gelap harusla ade flash

macam ni baru betul

haha..hindustan lagi

model pohon kelapa?

model papan tanda harga..

model papan notice

model jam dinding

saya perasan saya banyak amik gamba en.suami isap okok. saya memang sangat beria suruh die berhenti rokok. tapi sebenarnya saya suka orang isap okok. nampak macho. haha

habes la die tak benti rokok lepas ni. tapi kan. macho tu tak ke mana. i lagi sayangkan paru-paru you. pesanan terakhir..

dont break my heart!

gambar blur. tapi nak juga upload

gambar romantika haruslah diletak

sebelum pulang berehat *ehem*

suruh en. suami belikan rojak buah kat pasar malam pon tak rasa pape. kembalikan deriaku~

Friday 30 October 2009

saya yang jakun

maafkan saya diatas kejakunan saya. tapi saya teruuuuujaaaaaaaaaa

haha..saya teruja dengan bilik kat awana haritu. bukan setakat bilik, pekerjanya pon saya suka. kerana semuanya orang tempatan. tak guna khidmat bangla or indon langsung. baru la malaysia kan! dah la ramah tamah. sesungguhnya 6 hari di awana saya tak bosan langsung. nak dibandingkan dengan kuantan hari tu.

makanan la yang sedikit fail. tapi mak tak kisah sangat pasal food. makanan tak best adalah sangat bagus. kurang la godaan mak nak shake kan..

ni adalah malam pertama kami sampai.. love love love cermin besar. nanti masa ada rumah sendiri i nak cermin sebesar-besar dinding. macam hotel kami pergi masa pre-honeymoon hari tu. (pre-honeymoon pah ceros) buat apa pon dalam bilik komfem nampak diri sendiri. sebesar-besar alam. dah la masa tu baru kahwin. masih malu-malu katak. *ehem*

bukti en.suami bila ade internet die dah tak kisah kan isterinya.

masih tak cukup bukti?

suke bangat!

'ape la bini aku buat?'

akhirnya dia join saya (gambar blur juga mau di letak)

yeah..gambar ni cantik sikit

harus letak banyak-banyak sikit kalau tak sia-sia snap banyak-banyak sampai lambat pergi makan

sekian

owh..masa ni muka saya masih puteh (la sangat) berseri lagi

emosi lebih

buka blog bace komen *ehem* cerita di tapis untuk jaga perasaan semua

buka fecebook *ehem* cerita di tapis

baca blog *ehem* juga ditapis

giler bosan kan keadaan blog kalau semua bende tak boleh cakap

nak cerita pasal diri sendiri nanti kan orang kata menunjuk. walhalnye takde bende pon nak ditunjuk.

nak meluahkan perasaan. tak boleh. satu donia baca woo

nak bagi pendapat. tak boleh woo. manusia ni suka di puji. kalau pendapat ko negative kang orang emo. jadilah orang yang plastik. puji semua orang. maka anda akan di sayangi. kalau takde komen positive ataupon malas nak mengampu. sila senyap. anda tak diperlukan. orang yang pengampu adalah orang yang disayangi. walaupon kebenaran di depan mata.

semua tak boleh jadinya saya emo. menangis sorang-sorang.en. suami keluar beli ikan untuk makan tengahari. dia balik die pelik tiba-tiba isteri nya menangis. si isteri pula malas nak bercerita kerana hal nya remeh sangat. nanti akan digelakkan saja.

tapi en. suami tetap peluk sambil usap-usap kepala. macam magic.

ting!!

masalah hilang.

(note selingan untuk along:kan i dah cakap kawen awal tak rugi. ni la contohnye.hehe..nak contoh laen lagi?)

dan saya ke dapur masak untuk makan tengahari

persetan kan semua benda. saya adalah saya. apa yang kamu baca kat blog ni. ini lah saya. kalau nyekik. nyekik lah. kalau menyampah. menyampah lah. kalau bosan.bosan lah. kalau bodoh. bodohlah. yang pasti saya tak plastik.

long, ni contoh kedua.lalala~

(hoho. i tahu ade orang tengah pikir ayat nak hentam i)

i.tak.kesah.

masa saya tulis entri ni en.suami yang kebuntalan makan tengari sedang tengok nabil. tayah tengok nabil, i dengar en.suami gelak pon rasa nak tergelak. kamu penyelamat saya. love u love u love u.

selamat kembali

dah berada di bangi. penat banget rasenye nak mengupdate blog ni.
nantikan kemunculan gambar-gambar dari terengganu yer

da~

Tuesday 27 October 2009

perasaan hasad dengki

*bukan ditujukan kepada siapa-siapa..hanya mau merepek*

terjebak dengan dunia blog ni boleh mendatangkan bahaya. boleh buat kita rasa kurang bersyukur. asyik tengok kehidupan orang yang best jer.

boleh jugak memupuk perangai yang busuk bila suka meninggalkan komen yang busuk di blog orang yang korang rasa busuk. aish.tak bagus. tak bagus. kalau rasa busuk ke, hanyir ke, close la window..hehe idok ke senang jer teknologi manusia cipta ni

bagi i sendiri, rase jugak jelesnye kalau tengok orang shopping sampai berbelas ribu sekali shopping kan. i nak masuk toilet pon mintak duit suami. tapi i tak rasa loser pon

sebab bagi i dalam blog ni mesti la kita letak benda yang best-best jer. takkan la keburukan diri sendiri pon nak cerita kan.

ade korang terbaca cerita orang pergi tido hotel, malam sebelum tu suaminya dah beria ajar cara nak bukak pintu. tapi dia bodoh sombong pandang sebelah mata jer. padahnya esok bila pulang dari breakfast die tak boleh bukak pintu. suaminya dah keluar bekerja. terpaksa panggil orang tolong ajar bukakan pintu. ade pernah terbaca cerita macam ni?

takdenye orang nak cerita bende memalukan diri sendiri begitu.

so kalau saya jeles kat orang (i la orang laen lantak kamu la) saya akan pikir dia mesti ada kekurangan jugak. takkan la hidup die sempurna sangat. jadi saya pon jadi kurang jeles.

perasaan hasad dengki boleh merosakkan hubungan tau.

nak tau satu kisah benar?

saya ada kawan yang cantek yang saya rapat dari mrsm. di mrsm tido sekatil lagi. dan kami sama-sama masuk utp.

di utp die die sangat glamer menjadi perhatian jejaka-jejaka. mungkin terdorong oleh perasaan hasad dengki, i jadi menyampah dengan dia. i rasa dia ni melayan semua orang sedangkan dia ada boyfriend. so i pon jadi tak baek ngan die masa tu. (bila pikir balik ape hak saya nak menyampah? saya bukan kakak ipar die)

sebenarnya masa tu dia terputus hubungan ke ade masalah ape ntah nga boyfriend die. tapi saya tak tahu sebab tak rapat. saya menjauhkan diri sebab manyampah. saya memang macam ni. kalau saya tak suka saya ignore je.

sampai la saya ada masalah. dia lah yang beria-ria membantu and bagi sokongan padu lagi. lepas tu saya sedar. buruk sungguh perangai saya. dan lepas tu saya ngan dia rapat balik. kembali seperti dahulu.

dan bila kita rapat baru la kita tahu. jadi orang cantik ni takdelah sentiasa bahagia. jadi kita kurang la jelesnya dan mula bersyukur dengan apa yang kita ada.

jadi moral of the story, kalau jeles sangat ngan orang tu sila berfikiran waras. kenali dia maka anda rasa tak jeles sangat.

nanti anda menyesal. saya bernaseb baek kerana saya berpeluang untuk sedar. kalu tak saya dah hilang seorang sahabat yang indah. kamu-kamu boleh belajar dari kesilapan saya. tayah la menyesal baru nak sedar kan. boleh belajar dari kesilapan orang laen jugak.

untuk orang yang dijelesi (perkataan baru untuk dicemburui). kasi kentut sama itu orang. takyah la nak pikir sangat. nanti pandai-pandai la die nak menyedarkan diri.

so, ade sapa-sapa nak kenal saya? hahaha..saya takde ape-ape yang special dalam hidup saya. tidak ade yang perlu didengkikan. hanya ada en.suami, family and kawan yang indah. sudah cukup bagi saya setakat ini. peace, say no to war~

cerita honeymoon

tadi lepas jumpa kawan en. suami niat nak berjalan di tepi pantai. malam-malam buta. untung-untung kene tangkap ngan jabatan agama islam. seperti biasa, bila berjalan tak pernah rasa teringain nak bawak sijil nikah. tapi hujan. kami berjalan sekitar hotel jer.

pergi kat kawasan suite. nak skodeng ape ada dalam pagar. tapi tak cukup tinggi, jadi suruh en.suami angkat. naseb baek die tak mengalami sebarang kecederaan mengangkat i yang berat ini. santek nye!

lalu perbualan pon bermula,

'best nye honeymoon kat bilik camni. tayah nak keluar bilik dah. dok je dalam bilik' =p

'kita bila nak honeymoon. asyik pre-honeymoon jer'

'kalau honeymoon nanti mesti dah tak rasa special dah'

ye betul! kami tak honeymoon lagi. kami sepatut honeymoon masa beday saya haritu. tapi tadak rezeki, i miscarriaged la pulek. dan en. suami pulak dah nak kehabisan cuti. dah la adik die nak kawen dengan mengejut raya haji ni (nanti i cerita kisah ni..tapi bukan kene tangkap khalwat tau =p). maknenye taun depan la baru honey moon.

kalau taun depan dah takde honey dah..dah basi dong!

mungkin babymoon..ngahaha..amin~

kepada bakal pengantin. sila la honeymoon terus lepas kawen. nanti asyik tertangguh jer

Sunday 25 October 2009

penat giler

semalam bangun pagi teman en. suami breakfast. tak shake pon. sekali makanan kat awana ni xsedap pon. jadi saya menyesal. sangat tak suka makan makanan tak sedap. sia-sia je tambah kalori.

lepas naek bilik buat star jump 200 kali. lari setempat 25 minit. pastu buat sit up xingat berape kali sebab tertido masa buat sit up.huhu. tapi yang sempat ingat 30 kali. capek bangat lame tak exercise..dan tak warming up pon.ngehehe

sejak kawen ni saya jogging beberapa kali jer. tu pon masa sebelum pregnant dulu. lepas miscarriaged ni saya kurus ngan herbalife jer..exercise sikit pon tak buat.

ingat dulu masa zaman utp, saya jogging kat padang utp boleh buat 2 round non stop pastu round jalan kali sambil usha mamat ensem main bola 2-3 round. hari-hari. kalau tak sempat nak g jogging, saya buat star jump 1000 kali tak pon skipping 1000 kali. pastu sit up bangun pagi 30 kali petang 50 kali.sebelum tido baring sambil kaki macam kayuh basikal tu sampai penat kaki. tapi tak kurus pon..ngahahah

semalam 200 tu dah capek bangat. sampai tertido masa exercise.stamina dah lari.huhu dan sekarang sakit badan sebab tak warming up..salah sendiri sila jangan merungut.esok saya nak jogging. menyampah betul stamina dah kurang ni..rasa macam mak cik tua.

sebenarnya, bukan star jump yang hanya 200 kali tu mencapekkan i..semalam, dalam kul 10 lebih zac datang bawak amalin. kami teman amalin main pool hampir sepanjang hari. naek masa lunch jer. pergi jumpa lin, lunch (jumpe pok we yang semakin hensem kerana semakin nampak kaya kerana semakin berisi sihat), naek rehat-rehat kat bilik pastu turun main air balik.sampai kul 6 petang!

masa dalam air penat seronok la swimming bagai. naek jer penat giler nak mati. dan lapar giler. hehe

pastu kami pegi minum petang kat tepi pantai paka. (air jagung sangat sedap, tapi air kelapa sungguh tak sedap) kesian en. suami yang tunggu kat situ dah lama. hehe.bukan salah kami. amalin yang tak nak naik. (amalin la sangat!)

balik tu kami singgah kat mesra mall sebab nak beli lens, and nak pegi guardian. masa ni rasa macam nak suruh n. suami dukung jer. saya dah kehabisan energy.

balik jer bilik terus pengsan. en. suami kejut soh buang lens la, gosok gigi la, basuh muka la, buang bra la. siryes i tak larat mau layan. tak mampu nak bangun. tapi i bangun tadi dah bebas dari bra. mungkin i bangun jugak. or mungkin en.suami yang tolong. haha..kalau u yang buat tq! isterimu ini memang pengsan tak sedar diri..bangun jer berblogginng bukan nye nak pergi gosok baju suami.

keseluruhannya, hari ni mak capek bangat. seronok bangat and amalin sofea cute bangat. asyik nak gaduh ngan i jer. kami siap main kejar-kejar lagi. semalam hari menjadi kanak-kanak sedunia. nanti balik kl la upload gambar.

sudah la dulu. mau gosok baju en. suami.


tq z, tq lin, tq amalin and semestinya tq en. suami. semalam sangat indah kan? =)

Saturday 24 October 2009

pelepasan pengetua part 4

okeh..mari kita menyambung cerita basi. motif utama kami ke terengganu adalah pergi wedding iteq (ni nick beliau kat utp). mesti orang ingat i rapat giler ngan die sampai sanggup g terengganu. i rase die tak kenal i pon. muahahaha

tapi i pernah la dengar nama disebut-sebut dulu.

i pergi sebab nak spend masa dan kawan-kawan and saya memang suke pergi wedding orang. die tak ajak i..tapi die ajak z and z ajak i.hehe


excited sungguh bergambar

petai itu watak utama dalam gambar ini

bunga itu watak pembantu, dan lin watak sampingan


semangat nak makan free watak utama dalam gambar ini

jom balik~

di terengganu sudah

sangat tak penat dan dan tak ngantuk. en. suami sudah tido. saya masih berjalan-jalan ke blog orang.

saya tak bawak kebel nak transfer gambar. jadinya tak boleh la nak update pasal terengganu. nanti i nak sambung cerita pasal kuantan la.

hoho..

sudah basi cerita kuantan tu..tapi nak update jugek~

saya jakun tengok bilik kat awana.

Friday 23 October 2009

misi gagal

tak pe..usaha lagi!!

hoho..

esok saya ke kerteh. (insert muke seronok)

walaupon saya tahu disana semestinya akan berakhir dengan peristiwa mati kutu kerana bosan selepas ditinggalkan en.suami yang keluar mencari nafkah...

tetapi..

semestinya ada peristiwa bertemu dengan wajah-wajah kesayangan

wajah-wajah ini bisa membuatkan saya lupa status diri..miahaha

tapi i suka~

okeh..ini cerita selingan..dah dua hari terganggu. semalam baca metro pasal budak 3 tahun yang mati sebab kene seksa kat lelaki sudan yang konon-konon pakwe mak budak tu.

hari ni ade lagi dalam berita. dia tunjuk lelaki sudan tu.

eeee..tengok muke dah tau jahat.

boleh lagi mak die nak bela lelaki sudan itu..bongek sungguh

3tahun sangat kecik kan. seksa nya die kene rogol and kene liwat. kalau tengok dalam paper muke penuh lebam and luka macam orang kene serang beramai-ramai.

giler kejamm



tanak itu anak bagi i la~

Wednesday 21 October 2009

surat cinta pak gad

heh..ingat dah tinggalkan zaman belajar maknenye dah takde nak bercintan cintun ngan pak gad ni..sekali sekarang bercinta dengan pak gad UKM la pulek..

saya rindu zaman belajar. rindu part-part meronggeng sajor. part ni kamek sik suka..

presenting..

watak utama dalam entri ini.....


saman pertama =0

memang la tayah bayar..i pendatang haram jer kat ukm ni..tapi kalau lebih 3 kali kene saman kesan nya seperi di bawah..

ni kereta kawan along..die dah pernah kene saman 3+1 kali..hebat giler pak gad..siap tulis kat surat saman

ni watak sampingan jer.. kuih Akok fresh diterbangkan dari kelantan..kuih yang buruk rupa ini sangat sedap..memang begitu teori memilih kuih akok..makin buruk rupa makin sedap..nyumm!



walaupon semalam kene salam hari ni masih parkir di tempat yang sama. heh!





rindu

Tuesday 20 October 2009

bibik

sekarang kalau balik umah PIL macam dah senang sikit. tayah nak beria-ria tunjuk rajen. dan tayah nak beria-ria rasa bersalah sebab tak masak. (tolong kopek bawang je la kalau paling berjaya pon). sejak nenek en. suami yang lumpuh tu dok kat umah tu, umah tu dah ade bibik. yang super extra rajen dan buat keje cepat giler.

dan juga sangat banyak cakap sampai MIL dah tak larat nak layan sekarang. saya pulak suka melayan die. sebab kat umah tu pon saya tak tau nak buat ape. ade bibik ni kurang sikit bosan. sebenarnya tak faham pon ape die cakap..kalau yang xfaham tu assume jelah..pastu iyekan saja.

yang paling best die masak sangat kene ngan selere i. saya akan makan beria (ouuhh..xbagus untuk diet sebab die suke masak goreng-goreng) dan family en. suami pulak jenis yang makan memilih. i neh semua bedal.

sape tak suke kalau orang suke die masak kan?
sampai suatu hari..

'farah, bila balik ke kuala lumpur'

'esok bik'

' cepat nye, kamu mau itu masak tempe..nanti saya buat kan. nanti saya masakkan bla bla bla bekal kamu balik kuala lumpur. kamu suka?'

'ok jer bik.saya nak bla bla bla (siap order!)'

MIL masuk..

'farah sudah mau pulang esok.kejap sangat balik nya. SAYA SAYANG BANGAT SAMA FARAH'

'huhu.kenapa kamu saya farah bik? ramai lagi orang laen'

'iyalah..laen sekali die..mula-mula tengok dulu pon dah rasa sayang'

bodek la bik..bukan saya bayar gaji kamu.

miahahahahaha

ok..sesi perasan di hentikan. tak berjaya tambat hati MIL pon, tambat hati bibik pon jadi la!boleh makan bende yang tak pernah dimakan.

sendirian lagi

hoho..ok tipu..saya enggak sendirian. saya ditemanin along saya di kala ditinggalin en. suami. tq ya long..pasni u kawen sape nak teman i? =D

mau update perjalan balik kampung sebenarnya. kami dengan semangat wajar bertolak dari rumah kul 530 pagi..sembahyang subuh kat bentong. kerana kami mau picnic di jeram ape ntah name die yang pastinya kat tepi jalan sebelah kiri kalau kamu ke kelantan lalu kuala lipis. ngahaha

makanan lebihan malam sebelum itu dengan wedges nya yang habis sebelum destinasi.

kenyang perut suke hati?

ke kenyang perut bakar paru-paru?

joget lambak?

sudah tukar..asyik i je kiss kan..ini tidak adil!

buah keranji di dalam perahu

project balik dr kampung

bulan ni macam penat la..mau kehidupan yang teratur balik..

Thursday 15 October 2009

yeay!

hari ni en. suami pulang ke pangkal jalan..

dan esok balik kelantan..

seronok.seronok.seronok.

tadi g mid terjumpe purse yang berpatutan untuk menggantikan purse i yang buruk lagi busuk ni..tapi xbeli..sekarang menyesal =(

Tuesday 13 October 2009

derma dara


masa dah derma dara baru cakap kat en suami.

' i derma dara'

dia mereply

'hahaha..u ade dara lagi ke nak di derma'

hehehe
=P

ade kanak-kanak ke baca blog i?

saya macam dah addicted derma darah. kalau saya tau, mesti saya pergi. kali ni pergi kat ukm. dengan Nad and Dee. tapi malangnya mereka tak cukup darah. hanya saya yang menderma. tapi kat borang tu ada tanya mengandung ke tak. so saya tanya la budak yang jaga tempat nak register tuh.

''kalau pregnant tak leh derma eh? saya tak pregnant, tapi tengah 'berusaha'..ade efek tak?''

'tak tahu la kak..cuma tanya akak kat sana'

lepas tu saya g timbang berat ngan cek jenis darah, dan saya tanya lagi

'saya tak pregnant, tapi tengah berusaha..ade efek tak?'

'takde lah..kalau dah komfem baru tak boleh'

lepas tu g counter sebelah buat ape ntah.saya tanya lagi

'saya tak pregnant tapi tengaoh berusaha. ade efek tak?'

'takde..jangan risau'

pastu baru lah g dudk kat kerusi derma darah..macam biasa..urat i neh memang susah nak dikesan..sampai 2 nurse yang datang xjumpa urat.sebab lama sangat, saya naek bosan, dan tanya lagi..

'saya tak pregnant tapi tengah berusaha..takde efek kan?'

nurse senyum,

'takde'

hahahaha..ok..giler kecoh i! macam i sorang je tengah berusaha..hohoho..ade rezeki ade la tuh..tayah nak kecoh-kecoh..

tapi walaupon 2 orang nurse yang datang..saya masih di inject dua kali kerana yang first gagal. ibunda i jer yang boleh tahu mane saluran darah i dengan sekali inject jer..

ok..babai..jom makan

7 bulan

sudah 7 bulan jadi isteri orang.



7 bulan yang bahagia kan?



love you en. suami

Monday 12 October 2009

tergendala

segala kerja mengupload photo dan meng update cerita di kuantan tergendala kerana en. suami transfer gambar ke laptopnye dan membawa laptop tersebut ke miri. gambar dalam camere juga sudah didelete.

jadinya tiada apa yang perlu di update sekarang.

along saya tido di rumah saya. kami sedang berusaha menghabiskan gossip girl yang sudah setahun di burn oleh aisha.semoga bertemu lagi

Sunday 11 October 2009

pelepasan pengetua part 2

ok. sambung cerita kita. oleh kerana kami bersemangat waja mahu pergi wedding, kami bertolak awal dan sampai ke kuala terengganu sangat awal. sampai ke kuala terengganu kami pergi beli tiket saya mahu balik ke kuantan dulu. lepas tu baru kami pergi test suara.g karok pakai baju kurung memang menarik perhatian budak-budak form 3.

pose mahal dr lin and zac

lin menyanyi dengan penuh perasaan




buruk giler muka

zac

lin

tuan blog.

luar bilik ni penuh dengan budak form 3 sedang mengintai kami menyanyi. gilos. bajet kami nak contrl ayu la sebab korang tengok. heh. adik i lagi matured muke dr derang. takde nafsu langsung.

lama-lama kami rimas.
zac menjerit

'sadaaaaaaaaaappppppppppppp!!'

sangat nyaring sebab masa tu baru lepas nyanyi lagu meet uncle hussain. maka mereka terkedu lalu diam.


puas hati! budak sekarang ni kecik-kecik sibuk nak mengorat