Monday 29 June 2009

bercanda di tepian masjid

what is so great about being pregnant? saaaangat banyak. salah satu nya husband anda akan berusaha mengikut ataupon memenuhi permintaan anda. picnic di malam hari dimana esok nya hari kerja? huhuhu.tapi saya takde la kejam sangat. ni aktiviti bercinta yang tanpa dirancang. tiba-tiba keluar dah sampai putrajaya dah. dan aktiviti yang tidak dirancang semestinya yang terbaek~
makanan yang ditapau

suami siapa la kepalaran ni.wife kat umah tak masak ke incik?

dia dan bini nya no duak.

nyum-nyum, saya memang suka makan!

malam ni memang ramai orang.walaupon esoknye hari isnin.siap ada orang main badminton lagi dengan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa neh.tengok kat belakang tuh. ade budak naek basikal.meriah sungguh

motif upload gamba ni?en. suami hensem dalam gamba ni.hehehe (tak salah i nak puji suami sendiri kan~)

'suke sangat sampai kembang hidung,'kata en.suami

harus juga ada gamba bajet kiut

ouh..jangan dilupakan.gamba skema bajet pelancong.tengok tengok saya ada dua bayang

okeh..sila jangan marah saya.tapi saya memang suka upload gamba rakus..nak panggil orang kat pejabat agama?kami dah kawen~ melanggar etika orang melayu?ade i kesah?huhu

akhirnya terbongkang kepenatan.stamina macam suda makin menurun.jalan-jalan je suda penat.apara~

heee..ini kami

wiken ni mahu ke johor.mengikut en.suami menghantar adindanya pulang ke utm.masih dalam dilema.kalau ikut seronot tapi penat.kalau tak ikut bosan tapi tak penat.

Sunday 28 June 2009

pendarahan...

first bleeding yang berjaya dikesan masa hari khamis lepas, pagi di hotel lin, sedikit terkejut. tapi tak risau sangat sebab pernah baca buku.light bleeding memang berlaku during first trimester. lagipon darah sangat sedikit. call en. suami, dia ajak ke klinik, tapi saya tidak mahu kerana darah sangat sedikit dan saya pasti takde pape.kalau sampai petang masih bleeding kami akan ke klinik.jadi hari itu aktiviti berjalan lancar dan saya sangat active.tiada pendarahan sampai malam, so kami tidak ke klinik.

jumaat pon tiada bleeding.jumaat hari tidak aktiv.kerana penat semalam masih belum hilang.jadi saya tido dan tengok tv sepanjang ari.kerja rumah sedikit terabai, hanya menyapu dan memasak untuk encik suami.

pada keesokan harinya, hari sabtu. ade sedikit.saya sudah sedikit cuak.call ibunda.ibunda kate normal.tapi banyak kan berehat.dan jangan buat kerja berat.kalau berdarah lagi pergi la klinik. kami mengikut arahan.tidak kemana-mana.berehat-rehat saja di rumah. banyak aktiviti wiken ni sebenarnya.terpaksa dibatalkan.tapi darah tu sedikit sahaja dan dah tak keluar sampai malam.sangat bersyukur.tidur dengan aman.

tapi pagi tadi ade lagi...takut sampai menangis. terus bersiap ke klinik berdekatan. doctor cakap banyak kan berehat.jangan buat keja rumah yang berat.dan kalau ade lagi bleeding haruslah membuat pemeriksaan lanjut.(saya tak mop lantai pon sejak pregnant)semua kerja berat en.suami yang buat.saya pon tak tahu nak berehat macam mana lagi.adakah terlebih berehat boleh menyebabkan bleeding?

wajah monyok bertukar jadi ceria bila jumpa baby F untuk kali pertamanya.sakit perut doctor tekan perut sebab baby F sangat kecik dan perut mama sangat tebal lemak nya.


hello, saya baby F~

tak clear eh? memang xnampak sangat pon. sebab baby sangat kecik lagi. dan baby ni kedudukan dia mengiring.jadi kita tengok baby dari pandangan belakang.nampak kepala, tulang belakang ngan pelvik sahaja. yang nampak macam gelap satu lingkungan tu baby punya kantung. nampak kawasan paling gelap kat kiri tu kepala baby. dan badan dia melintang ke kanan.baby dah ade movement. tapi mama still tak rasa. kamu sangat kecik.36.86mm sahaja.mama sepatut dah boleh lihat tangan dan kaki kamu. tapi tak nampak.kamu mengiring.malu ye?dari saiz kamu, kamu mungkin dah 10 minggu 6 hari.EDD pon dah berubah, dah 19 januari 2009.sungguh seronak dapat jumpa kamu baby. nanti dua minggu lagi kita jumpa lagi ek.cepat la baby membesar.senang sikit mama n papa nak tengok.

mama harap lepas ni dah takde bleeding dah. maafkan mama sebab tak hati-hati sangat. baby bertahan lah.mama sangat sayang kamu.mama rasa sangat special bila ada kamu.

doakan saya dan baby F selamat ya

Saturday 27 June 2009

ikan-ikan berenang-berenang

first time merelakan kaki untuk dijadikan makanan ikan. pernah tengok orang buat tapi tak pernah try. tapi biasa saiz ikan yang di lihat adalah kecik-kecik. ikan di kedai ni banyak yang besar-besar.sampai takut nak serah kan kaki. takut ikan makan. tapi tuan kedai ni cakap ikan lagi besa lagi effective...

serius pak, masa awal-awal nak letak kaki, kami asyik gelak sampai mengganggu orang laen. en. suami yang bukan penggeli pon xtahan. saya lagilah. nak amik gambar ni pon manahan diri


tapi bila dah sepuluh minit menahan diri, rasa geli bertukar menjadi best. macam ade vibration kat kaki.sangat seronok. tapi sampai habis mase saya masih takut dengan seekor ikan ni. sangat besa macam ikan sepat. naseb baek ikan tu suka makan kulit encik suami dan pakcik libya yang tak pandai cakap melayu dan english ni. die cakap arab, kami cakap english. last-last kami diam.tengok lah inai di kaki, masih banyak. tak taulah bila nak hilang.rasa sangat buruk.


this is my adik ipar, masih single dan berumur 19 tahun.huhu.sebenarnye kiteorang merelakan kaki kiteorang dijadikan makanan ikan sebab bosan menunggu my adik ipar pergi jumpa dengan kawan die. jadi saya mengajak en. suami menghabiskan masa dan duit dan juga sel mati di kaki di spa ikan. hasil nye sangat memuaskan walaupon baru first time buat. kulit rasa licin macam baby.

kepada encik suami, laen kali boleh la pergi lagi. kamu suka kan?

Friday 26 June 2009

jumpa budak korea ngan budak jepun!

uh uh..pandang atas..11 minggu!

hari kamis yang best di mana saya tidak perlu memerap di rumah. berjalan-jalan sepanjang hari sambil makan free adalah kegemaran. dan yang paling penting gossip 'perangat' dengan lin dan aisha adalah terbaek.


perempuan melayu tulen dengan gadis korea

gadis jepun islam selaku sponser utama untuk makanan pada hari ini juga selaku duta untuk restaurant Rak Thai


pukul 730 dah sampai kat midvalley..(masuk midvalley same waktu ngan makcik cleaner!) terus ke hotel lin dan breakfast sambil gossip sambil tunggu aisha yang konon nya nak datang pagi. aktiviti kami pada hari itu hanya lah berjalan-jalan tgk baju sale tapi takde duit nak beli dan kalau ade murah pon takde saiz(kecuali lin yang bershopping sakan kerana beliau wanita berkerjaya). so, hasil jalan-jalan dengan mereka pada hari itu hanya masker yang di beli di kedai faveret kami sepanjang zaman, watson.


berkat berjalan-jalan sama jam dengan orang berkerja. pada malam nya mengalami sakit-sakit dan lenguh-lenguh. penat giler sampai tido tak ingat sudah bersuami.

Wednesday 17 June 2009

mengidam

mane kite tau kite mengidam ek?sebab dari sebelum pregnant akan ade je makanan yang saya teringin nak makan. kerana hobi utama adalah makan dan hobi kedua adalah complain gemuk.(tak caya sila tanya en. suami) ayat yang biasa saya akan guna adalah.

'lame tak makan XXX, jom wiken ni kite g XXX makan XXX'

ayat ini akan ada setiap minggu.

sekarang ni musim durian. kalau pergi pasar malam dan tepi-tepi jalan mesti akan ada orang jual durian. durian adalah kegemaran sepanjang zaman. walaupon dah beli durian ni. dan dah makan durian ni 2 BIJIK (bukan ulas) sekali makan. tapi masih belum puas. dan akan tetap rasa nak makan durian setiap kali tengok durian.so, saya anggap durian ni nafsu mama.bukan baby.

baru-baru ni sangat terasa nak makan kfc baru tu. fiery crunch namanya. setiap kali tgk iklan rase air liur meleleh-leleh.bile dah beli.tak sabar nak makan.terus makan dalam kerete . walaupon en.suami tak suka orang makan dalam kereta die.nanti bersepah-sepah. tapi i tak kesah. alasan baby sangat nak.hehe..lepas makan dah tak rase nak makan dah. tengok iklan pon air liur dah tak meleleh-leleh. mungkin tu memang baby nak makan.ataupon ayam kfc tu tak sepedas yang digambarkan.

tu jeh setakat ini. en.suami sangat beruntung kan dapat wife macam saya.tak mengidam benda-benda mahal dan susah dicari.

masa tak buat lagi pregnancy test tapi dah agak pregnant saya sangat suka makan saampai rasa khayal setiap kali makan adalah bendalah di bawah nimasa zaman-zaman anak gadis, saya tak suke sangat coklat ni. sekarang sangat suka. tapi haruslah control sedikit makan kerana sangat manis. jadi beli yang mini. kalau beli yang bar saiz biasa sangat bahaya.

air yang saya tidak sentuh lansung kerana tidak sedap semasa zaman anak dara adalah ice lemon tea. walaupon air tuh menjadi feveret rakan-rakan baek dan en.suami. tapi sekarang rase air tuh dah berubah.sudah boleh diterima lidah.

sekarang suka makan bende bercheeseeeee. makan sosej pon nak yang ade cheese. kenape la kamu suke bende menggemukkan baby?

Monday 15 June 2009

hey kamu..

hari ni baru sedar dah 3bulan kite lebih kahwen.maknenye both of us dah lupe 3rd month anniversary sabtu lepas nampak nye. mase 1st month saya yang lupa, 2nd kita sama-sama ingat. and 3rd sama-sama lupa.bagus la tuh.



sabtu lepas kite buat sedikit makan-makan untuk celebrate bithday kamu. sangat sibuk sampai terlupa.tapi bagus kalau dua-dua terlupa. so tak la rasa bersalah kan.



berbalik kepada umur berkahwinan yang 'sudah' menjangkau 3 bulan, adalah masih tidak sesuai untuk kamu berubah tau? masih terlalu awal.



so kalau kamu terpaksa kelaut adalah wajib kamu mengemail khabar berita kamu seperti zaman bercintan cintun. kamu tidak sepatut nya senyap.



adalah wajib juga bagi kamu mereply email walaupon tidak lah perlu sehebat macam zaman bercinta dulu. dimana kamau mereply email sangat cepat macam chatting.tidak perlu. cuma sila reply email yang di hantar.



juga adalah perlu kamu menghantar email good morning kepada isteri kamu ini, seperti mana zaman bercinta jika henfon sudah tidak boleh menjadi medium perhubungan kita. kerana email kamu itu boleh mengembalikan semangat isteri kamu ini yang langsung tidak mendengar khabar suaminya.





sekian sahaja daripada isteri kamu yang marah menunggu kamu online dari semalam.



kamu ingat dengan mengforward email 'betul ke suami berperut boroi lebih bahagia?' boleh buat saya bahagia?

pengintai sensitif


saya adalah stalker. banyak blog yang saya baca saya xkenal pon tuan blog.tapi suke bace dan mula la buat analisa sendiri.




adalah salah satu mangsa intaian saya. sejak zaman saya sibuk buat preparation untuk kawen.sebab die punya tema kahwin juga merah putih dan nama die jugak farah.


die kahwin beberapa bulan awal dari saya, selepas kawen die mengambil masa beberapa bulan untuk pregnant.saya rase mase tu die dah sedikit pressure sebab kawan yang kahwin sama dengan die dah pregnant(analisa sendiri la ni).tapi die sangat sabar saya rase. mase die buat check-up untuk pregnant, mak dan mak mertua die temankan.dan mereka sangat hepi. dah 9 minggu, dan sekarang miscarriage.


mungkin tiada rezeki lagi. tapi saya sangat sedih..sebab saya juga 9 minggu sekarang. saya tidak boleh bayangkan kalau berlaku kepada saya. bila baca blog die, semangat nak jaga baby ni semakin meningkat, rasa dah takut nak skip makan ubat dan vitamin, dan jaga makan.


pregnancy diaries:


alhamdulillah, sepanjang pregnant my baby tak banyak songeh. sampai kadang-kadang mama die lupa die tengah pregnant. tapi sebab baby nak mama die sedar yang die pregnant, ade la jugak die bagi mama die sakit belakang (sekarang macam hari-hari saket) dan kencing memang setiap sejam. berat pon naik macam di pam-pam.perut juge dah semakin naek. walaupon mama die konfius perut naek sebab lemak or sebab baby.
pasal makan dan bau-bauan, baby memang tak memilih. macam mama die, belasah semua. jangan ikut perangai papa ye baby, makan memilih nanti susah nak hidup.


ok.cukuplah tu. belakang menycuk-nyucuk dan mata mengantuk.diakhiri dengan gamba mood honeymoon di saat perasan selim melim.

hei..kawen sangat best..boleh upload gamba macam diatas tanpa menimbulkan berita hangat!

Monday 8 June 2009

mari mengup date cerita basi yo~

hampir dua purnama blog ini tidak terusik..tuan empunya blog sangat busy sehingga tiada mood mahu merapu-rapu...mulai hari ini, tuan blog ini akan kembali merapu.

kita mulakan hari kita dengan cerita susu.bonda saya sangat mementingkan kesihatan. minum susu 2 gelas sehari adalah wajib ketika zaman kecik-kecik. susu rasmi kami adik beradik adalah EVERYDAY (nestle masih belum di ban suatu ketika dahulu). bila meningkat dewasa, ANLENE menjadi pilihan saya. anlene coklat adalah faveret. rasa khayal bila minum susu ini. nikmat tidak terhingga. sekarang saya perlukan susu untuk saya dan baby saya. ANMUM pilihan saya =)


ANMUM, dibeli dipasaraya UO dengan harga RM22.90

seterusnya cerita seorang isteri yang terlebih emosinya. period sudah lambat seminggu pada ketika itu. sangat takut untuk test.kerana sangat takut kecewa. tapi emosi sangat lah tidak stabil. encik suami lah menjadi mangsa. mungkin encik suami faham. encik suami banyak mengalah. kerana terlalu banyak tanda-tanda positif(dan juga tidak tahan saya selalu merungut), encik suami membelikan saya pregnancy test. alhamdulillah...

ini lah result nya

cerita terakhir adalah kisah suami yang nampak macho dan tiada perasaan, tapi rupa-rupanya sungguh sweet walaupon rancangan asal nya tidak menjadi. setelah disahkan pregnant oleh pregnancy test(mase tu belom jumpa doc lagi) saya tidak dibenarkan memakai kasut-kasut yang tinggi. jadi kasut rasmi saya adalah croc pink yang buruk dan kotor dan selipar BATA hitam yang licin tapak nya. en. suami cuba bertindak sweet, konon-konon nya ingin membuat surprise membeli kasut idaman. walaupon rancangan kurang berjaya sedidikt.tapi usaha kamu membuatkan saya terharu.terima kasih~

hadiah untuk mama dari papa..(sila muntah)