Tuesday 17 March 2009

Monday 9 March 2009

menghitung hari

mulai esok saya akan banyak kan berehat..untuk mengelakkan lesu dihari kawen..=) persiapan saya alhamdulillah semua dah hampir siap..dan semenjak dua menjak ni dah ramai saudara terdekat datang membantu..

kalau kamu-kamu mahu seorang bibik yang juge boleh membuat kerja-kerja buruh, sila hubungi saya..ngehehe

di sebabkan kerja-kerja mengecat dan mengangkat barang, bibik tersebut terpaksa berjumpa tukang urut traditional..untuk melegakan sakit-sakit badan..hehe..dan juga sambil meng'tuttt'kan mana-mana yang 'tuttt'(untuk mengelakkan entry ini menjadi 18sx)..sangat best,sangat geli dan sangat sakit..

bile dah nak dekat kawen ni jadi makin sayu bile tengok syahir. die dah jadi sangat-sangat-sangat-sangat rapat dengan saya. sekarang ni syahir tak nak makan nasi kalau bukan saya yang suap (mengada).gosok gigi,mandi, u ut tok sah cakap lah..ni memang kerja harian saya. masa tido saja die mencari bonda. sebab budak kecik ni kene tido dalam ekon n bilik saye takde ekon..naseb baek la kan..kalau tak, 1st nite kami bertige..hehe

kemanjaan syahir semenjak dua menjak ni semakin terserlah..bonda cakap die tau, ade orang dah nak ambik kakak die...huuu~ T_T (ok.sebenarnye sebab hari-hari die dok ngan saye, so die manja ngan saya la..huhu)




akibat teruje dengan dinding yang baru di cat


hei u! kalau la kamu tau betapa sayang nye kak cik kepada kamu..mesti kamu tau kan=) dan kamu kesayangan jantung manis kak cik no 1 walaupon kak cik dah kawen empat(wow!) dan beranak 10 (super wow!)




saya jumpa encik bakal suami hari ni..die dah sampai kelantan=) jumpe lagi hari kawen yer

Friday 6 March 2009

sudah tiada jumaat lagi untuk saya

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dari setinggi dan seluas kasih kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinmu. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMU. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke ahir usia. Dengan taufik dan hidayah Mu beruntunglah keduanya dalam kehidupan didunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Amin, Ya Rabal-Alamin

saya sangat penat penat penat penat