Tuesday 16 April 2013

hello hello

Assalamualaikum.......

Tak tahulah ade lagi tak agak-agak orang baca blog nii. Maaf la kalau ade orang masuk rindukan I tapi takde update kan. Ngehehe. I masih lagi begini. Poyo seperti dulu. Tapi kekangan masa menghalang diri dari terus poyo disini. Tapi masih lagi meneruskan kepoyoan diistagram. Hihi. Dan isyaallah kalauade video gedik anak akan diupload kat keek. Video gediksendiri takut ramai muntah darah.

I malas nk letak gambar anak- anak kat entry ni sebab nk fokus kat diri sendiri. Lama dah hoi diri ini terbiar. So ade beberapa perkara yang buat saya sentiasa mengejar masa sekarang

1) misi msk ape yang sempat dan berkhasiat

2) kemas rumah (bukan baru)

3) lipat kain (juga bukan baru)

4) misi mengejar *ehem*  . Hehe. I perempuan yang berlebihan isipadu sedang cubain mengurangankan isipadu. Target semasa 65 pastu 63 pastu 60 pastu 55. 55 tu berat zaman anak dara dizaman kegemilangan. Ecece. Berusahalah!

5) misi menjahit baju raya anak ( I langsung tak pandai menjahit tapi :p)

Itulah misi yang cuba dibuat hari-hari selain menjaga makan pakai anak2 dan suami. Eh. Makan dah sebut kat atas. Tu la kut yangpaling penting sampai mention 2 kali. Haha dan insyaallah cubain mengimprove diri untuk masa depan di SANA jugak.

Dengan benda benda di atas ni tak cukup masa 24 mak. No 5 tu pon xberkesempatan biasanya. Huhu

Kecoh kan. Padahal diatas memang list mak mak. Kagum la ngan wanita bekerjaya. Dan mak mak yang boleh buat semua kat atas dan masih langsing bergaya.

Hei. Jangan jual ubat kurus kat I. Kalau I nk I boleh kembali ke herbalife. Tapi nk cuba caralebih sihat. Sokongi saya ya!

Haish..entry rapuan pendek macam ni pon makan masa yang lama. Tengok list kat atas. Blogging takde dalam senarai buat masani. Tapi kalau rasa gian insyaAllah jumpalagi.

Bye. Assalamualaikum

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 5 April 2013

kakak

Sekarang ni maryam selalu bahasakan diri dia kakak

"baby ' mai' kakak"  (baby smile kat kakak)

"kak eat" ( kakak nak eat, sambil gosok perut. Lapa. Heeee)

Byk lah. Semua kakak

I suka bila naik kereta, dia akan excited tengok kenderaan.

Woww, red kar, white lowi
Car kakak
Lowi kakak
Woww woww woww

Gitu lah sepanjang perjalanan. Heheh

Alhamdulillah la. Walaupon merangkak- rangkak bercakap tapi dah banyak menunjuk kemajuan.

Suka main masak-masak. Selalu la mintak nak masak kek. Sebab I pernah buat brownies ngan dia. Tapi masa ru selalunya tak kene. Bila tak bagi amukan la di situ. Setakat bagi bekas bagi dia main tak main dah sekarang. Nak tepung, nak ade isi dalam bekas. Kalau bagi maib playdoh suka sangat la dia

Suka sangat berlakon. Kalau adik nangis, dia akam tumpang nangis sekali. Pastu suka main sipi-sipi katil or sofa. Bila I tegur ' kakak nanti jatuh' dia akan buat-buat jatuh sambil jerit 'help! Help!'

Suka buat lawak. Tapi kalau dia buat lawak, nanti dia yang akan gelak lebih -lebih dari orang.

Suka paksa orang dengar dia bercakap. Huhu. Selagi tak repeat balik ape dia cakap dengan bahasa yang betul selagi tu la dia dok jerit.

Budak tengah membesar and tengah sedap main. Tapi ummi la pulak ade banyak benda nak buat selain bermain ngan awak maryam. Kadang- kadang tal terlayan ummi.

Sekarang ni hari-hari bangun tido I berazam nak berlembut dengan maryam. Tak nak tinggikan suara. Hampir hari-hari tewas. Menyesal bila tengok anak-anak dah tido dimalam hari. Dan mulalah berazam balik nak berlemah lembut.

Tak tahu kenapa. Kesabaran sekarang sangat lah kurang. Sebelum maryam ada adik susah sangat lah I nak marah dia. Sekarang ni susahnya nak bersabar ngan dia. Maybe sebab dia kakak so I expecy dia behave sedangkan dia still kanak2 yang usianya baru 2 tahun 3 bulan. Tapi I rase dia macam dah besar bila ade baby ni.

Kesabaran pon kurang sekarang sebab kepenatan kut. Sebelum ade fateemah ni, I yang selalu suuh husband bersabar bila maryam buat perangai. I share ilmu-ilmu parwnting dengan dia dengan harapan sama-sama belajar dan saling ingat mengingati. Alhamdulillah. Dia sangat lah sabar sekarang melayan kerenah maryam. Terbalik la pulak sekarang. Dia yang tegur I pulak sebab sekarang I cepat nak marah-marah. Hurmmm

Maryam pon tak membantu ummi. Disebalik perangai comel dia yangvsuka dilayan tu, ada la jugak perangai kurang xomel nye. Dia ni serba serbi susah. Nak mandi, nak gosok gigi, nak sabun, nak lap, nak pakai baju, pakai pampers, basuh poopoo, makan, semuaaaaa susah. Sama je perangainya dari dulu. Tapi sekarang bila dah ade 2 anak ni semua bemda I nak kene buat dengan cepat, xleh la nak melayan perangai dia. Dan kalau mak xkuatkan suara takdenye dia nak dengar. Pujuk elok-elok kadang- kadang ok, kadang tak ok. Ti belum lagi part berebut susu, part nak tengok kartun, part nak main bemda ummi tak bagi, part sepah kan rumah, part conteng dinding.

I tahu tu normal. Sebahagian dari proses dia nak membesar kan. Memang hebat la terrible twos ni. Padan la siap ade nama. Ok. Bila semua tu normal makanya I la yang tak normal disini. Tapi mungkin juga ni proses pembelajaran bagi i. Tuhan suruh belajar bersabar sikit.

Mintak maaf sayang ummi tak sempat sangat nak main ngan awak. Nak bagi sepenuh perhatian. Nak berjanji supaya akan lebih sabar pon tak berani. Tapi ummi cuba ok. Ummi love u kakak.

Published with Blogger-droid v2.0.10