Thursday 26 November 2009

hari raya

saya dirumah PIL.sepatutnya raya ni turn rumah saya. tapi sebab rumah ni banyak benda nk prepare, saya mengalah. kesian en. suami tersepit antara kehendak isteri dan ibu sendiri. ok saya mengalah.

tak perlu puji cakap saya baek

sebab saya tahu saya memang baek!

wahahaha

tapi sedih

T_T

dah kawen macam ni la kan

ikut cakap suami

suami pulak kene utama kan ibu die

family kita?

yang pasti tahun depan dua-dua raya rumah saya. tak kire~

Wednesday 25 November 2009

friendster

kesian kat friendster semua orang sekarang ni kan. saya percaya semua terabai. semua berpaling tadah kat facebook. tibe-tibe terasa nak bukak balik. agak terkejut kerana masih ada orang active friendster. dieorang ni takde facebook ke? ke active semua bende yang die ade. hebat!

macam kat facebook, dari zaman friendster lagi malas nak update gamba. kat blog terlebih rajen la pulak. adelah beberapa ketul yang menarik.

ni masa 2nd year kut. perhatikan kechubbyan i

i dengan nyamuk kesayangan

zaman jahiliah?

naek cameron.cari saya =p

pastu ni zaman habes intern. sebab masa intern berat 54, balik utp dah gemuk balik. berat masa ni dalam 58 kut. pastu bila final sem 60++ balik. -_-" mcm yoyo!

#kelate tampat saya dan en.suami bertemu.

jogging aktiviti harian saya

gambar ni kerel yang amik. tapi masa tu die takde kemre lagi. guna kemre bali kalau tak silap

ni masa zaman kegemilangan habes. berat 54.

masa berintern, walaupon masa intern banyak buat kerja technician tapi sangat semangat nak jadi engineer. sekarang?

sekian dari saya yang bosan

Tuesday 24 November 2009

aturcara raya

saya kene packing baju untuk 3 orang ni. baju sendiri, en.suami, baju pok we.

petang ni g amik en.suami kat office die (semestinya bukan i yang drive), lepas tu zasssssss balik kampung. camana aturcara raya kali ni ni. masih belum bincang. rumah PIL ade kenduri adik ipar kawin.

hari raya first, malam tu akad nikah

raya second umah pengantin perempuan. nanti i ade lagi sorang adik ipar yang tua lagi i..awww..terasa sedikit janggal sebenarnya. terasa tua pon ade jugek. tapi belasah je lah. sape soh ko kawen ngan orang yang ade adik lagi tua dr ko!

raya ke-3 ni harusla masih berada di umah PIL. prepare untuk majlis esok

raya ke-4 komfem la kat masih di rumah PIL kan!

raya ke 5 dah balik kl.

bila nak balik p beraya umah cek??T_T

adik ipar i ni buat keputusan nak kawen last minit giler. sepatutnya raya ni dia bertunang. jadinya, sebulan yang lepas family en.suami g la merisik. sekali derang cakap kahwin je la terus!

so, dalam masa sebulan derang prepare semua. kad pon tak buat weh!

ajak orang kampung ngan sedara mara jer. haih. mad.mad. kawin hanya sekali tau! jangan nanti kamu buat alasan nak kawen lagi sebab kawin 1st ni macam tak cukup prepare. tak rasa raja sehari.=p hehe

so, dia memang bz giler macam bisnes man sebulan ni. naseb baek ade herbalife bagi energy (haha..sempat taruk iklan kat sini) =p

biasanya i dapat bilik yang cantek setiap kali balik umah PIL. almaklum la kan. pengantin baru la konon-konon nya. lepas ni mesti dah downgrade sket.hehe

bilik i tak kesah. camno kalo nanti wife mad yang pregnant dulu dari i. idok ke menambahkan lagi pressure i? tapi kalau rezeki die dulu i tumpang happy.huhu.

eh. lupe. i dah tak nak cerita pasal pressure pregnant segala kat blog ni. tak pe. ni last. i nak pakai makan macam orang biasa balik. tak perlu la berpantang sangat takut kononnya susah nak ''lekat'' kalau makan tak jaga. akan ku pakai balik kasut-kasut tinggi melangit i yang sudah berhabuk dalam almari.

sebab. kalau ade rezeki tak kemane. kalu dah komfem baru jaga.hehe

bunyi macam orang frust je kan? tak lah. redha.

dan lepas ni i dah bukan the only menantu dalam rumah tu. bukan lagi the only cucu menantu. bukan the only anak sedara menantu segala bagai. dah ade pesaing.kah kah. pesaing ke? kawan lah! tak la rasa janggal kut. ke caner ye kakak-kakak yang dah lama berkahwin?

saya tak ade adik perempuan. so macam susah nak layan orang macam adik. adik ipar i dulu pon mengambil masa la nak baik macam sekarang. saya tak ade tokoh jadi kakak!

kepada jun, kalau la jun baca blog kak farah suatu hari nanti, kalau nak anggap kak farah ni sebagai adik pon ok jugak. haha. takde lah. kak farah mengalu-alukan jun dalam family ni. lagi meriah! idok la kak farah bosan melayan bibik.

udah-udah la merapik. peking!!!


chow cin caw~

suami manis

hari ni pasar malam kat bandar seri putra yer. i makan kebabon pita tak nak mayonis nak sayur lebih banyak-banyak. en.suami pulak nasi kukus. dia teringin nak makan. mengidam ke cik abang? tapi pak cik kelatey yang jual nasi kukus tak de. dah balik raya haji gamaknye. so beli kat tempat laen. mengecawakan katanya. isk.isk. u mana la boleh nak compare ngan nasi kukus d'naim tuh.

korang pernah makan tak nasi kukus kat kat d'naim kat pantai dalam?

kiteorang panggil nasi kukus ganja. rasa sekali nak lagi! mengikut rasa tekak kami, nasi kukus d'naim tuh toorbaek~

kebabon dan nasik kukus kuah cair.

mochaccino ni saya buat untuk pok we masa lunch sebab saya malas masak lunch

ok. kembali kepada cerita. atas tadi selingan jer.tadi kami pergi jumpa customer balik lambat siket kerana hal yang tak dapat dielakkan. kul 1230 lebih baru sampai rumah. kesian en. suami. balik saya terus basuh baju sebab nak balik kampung takkan nak tinggal baju kotor kan.

pastu dia cakap,

'yang, baju i u tak gosok lagi, mane baju hijau i'

ayamak! weekend hari tu i gosok 2 helai jer sebab bajet esok dia dah tak kerja. malam ni sepatutnya kami balik kelantan dah.

'ade. u nak pakai baju tu eh? nanti i gosok. g la tido. dah lewat'

sambil menyambung letak sabun kat koler baju. bila dah siap,

'heeeyyyyy..biar la i gosok baju u. g tido!'

'ala..i kesian ke u. tak pe la. sehelai jer.'

'aaahhh..tak de. tak de. g tido. ni kerja i'

ape la....kesian kat i? i tak penat pon! ape je i buat hari-hari.

tapi untuk kemanisan u sebab cuba meringankan beban i (ade beban ke?) i ucapkan terima kasih.. =)

Monday 23 November 2009

No Compromise for Mister Potato Fiesta 2009

snack faveret sepanjang zaman syahir sudah tentunya potato chip yang menggode, rangup, rasa sekeping nak lagi, Mister Potato~

mister potato ni syahir panggil 'balapok' adalah makanan yang harus ada kat rumah setiap hari. tak boleh share. satu bekas dia sorang jer. noooo compromiiiise!

saya suka balapok~!


kelazatan dan kerangupan potato chip ni memang tidak boleh disangkal. lagipon syahir suka potato chip, jadi ibunda pilih mister potato sebab Mister Potato original kurang bahan perisa tambahan. kefreshan dan ketinggian mutu potato adalah tanpa ragu-ragu lagi. NO COMPROMISE ! dah la trans-fat free. anak suka ibu setuju~ (eh. salah iklan)

original pilihan kami. anda bagaimana?


mahu menang cash yang berjumlah RM 20 000?

suke hadiah-hadiah di bawah ni?

Grand Prize – RM5,000 Cash Prize
First Runner Up – RM3,000 Cash Prize
Second Runner Up – RM2,000 Cash Prize


hoho. ni bukan cubaan. ini betul-betul. kepada sesiapa terlepas tarikh tutup hari tu (i la tu).naffnang telah berbesar hati mengumumkan Peraduan Nombor 1 Mister Potato telah dilanjutkan sehingga 27 haribulan November 2009.

nak tahu dengan lebih lanjut, click saja di sini

penah tengok iklan potato yang ada pak cik misai yang annoying giler tu tak? urghh... menyampah giler nak mati kan. kat sini kita boleh jumpa dia. just masuk dan register dan boleh main-main kan pak cik misai ni. i dah register. jom kita start pengembaraan.

sebab benci i cut separuh muke die. eh kenapa nama i maghfaral?

mencabar tau permainan ni

penat giler nak habiskan level ni. sebab tak pakai mouse kut. kene gurak-gerak kan jari atas touch pad ni. lenguh. kalau la boleh skip-skip level. hehe. game ni kene pilih potato yang segar letak dalam raga yang segar. yang tak segar dan kecut no compromise. reject!. mesti lah kan. potato harus la yang berkualiti dan segar untuk buat potato chip Mister Potato ni

kalau kita kalah pakcik annoying ni kuar. tak ape. membakar semangat untuk main lagi


kalau menang pak cik kiut suke joget ni nyanyikan lagu untuk kita.berbaloi-baloi

hehe.akhirnya sampai ke level 7

level 7 ni paling best, sebab kita boleh kene kan pak cik annoying ni. kena hafal huruf yang dia bagi dan type bila dia suruh. seronok. skali try dah lepas. (hoho..bangga diri) tapi main banyak-banyak kali jugak sebab game ni paling best. lepas kita berjaya, kita boleh jatuhkan pak cik annoying ni. no compromise~

masa ni dia gelakkan kita dengan gelak annoying die tu

tau takut!

pastu ni kita boleh upload gamba kita. nanti orang boleh vote kalau kita creative jadi pakcik mister potato ni. i takde idea lagi stakat ni. untung-untung boleh
Mister Potato Fiesta


ade macam-macam kat sini. bukan game jer. ade informasi pasal mister potato ni dalam animasi yang cute. kelakar pon ade jugak. jom mulakan pengembaraan bersama Mister Potato No Compromise hari ini jugak~

hey, ni first time i join contest naffnang!

hari yang excellento

sori lah yer. hari-hari update pasal food. huhu

tadi untuk breaksfast buat nasik goreng letak ikan bilis ngan carrot jer. (owh sori adikku. ore soh shake kamu tidak mahu) dan itu adalah makanan terakhir yang saya masak sebelum balik kampong. malam ni pasar malam.public holiday i.=p peti dah berjaya dikosongkan. sepatut kiteorang balik kampung malam ni, tapi adik terpaksa balik UTHM balik setelkan kerja dia. if tak tunggu kang rayo sorang-sorang pulak kat johor tu. nak cari tiket last minute ni memang tak dapat la kan.

so esok la baru kami bertolak ke kelantan.hohohoyeah~!

semalam hari rajin saya. update blog disiang hari. sebab pok we ade boleh la pinjam latop die. i masakkan pok we cucur untuk breakfast, spaghetti peperoncino untuk lunch, en.suami balik kerja i hidangkan goreng cucur siket dan homemade frozen lemonade, cake coklat, buat puding, dan masak untuk makan malam. dan malam g jumpe customer. pergi melawat kawasan sebelum balik raya.

poyo je bunyi spaghetti peperoncino ni, nama habih gempak. tapi senang jer nak membuat ni. ni first time buat. sangat senang. bau fantastika giler dengan bantuan rempah ratus tu. tapi i rasa kalau letak udang or daging lagi rasa la. tak pon letak stock maggi tu. rumah i tak gune stock maggi tu. so rasa sedikit kurang ummphh. nak letak udang pok we resdong elergik udang. i letak ayam je lah. xpelah pokwe, nak kick tambah cili sos.haha

gune angle hair spaghetti. halus mulus

cucur ikan bilis en.suami. 4 ketul. berape kalori? =p


gigih tak buat sendiri frozen lemonade? hoho. bukan susah pon. buat air simpan dalam freezer. yang lagi best buat sendiri tiada colour tambahan!

makan malam kami. bile ade pok we kat rumah ni baru la nampak ayam terhidang atas meja.

sayor goreng campur ikan bilis edisi nak habiskan stock sayur, campak semua, sawi, carrot, cendawan tiram kacang buncis.

tauhu masak pedas campur kentang siket

udang dengan petai kombinasi resdong terbaek

gambar kek takde disini. ade entri khas untuk kek. hehe. ni malam makan puding sambil tengok tv and main internet yang semakin hari semakin sucks

abaikan background gambar. tuan barang-barang semua tu ade dalam gambar diatas. die dah abis belajar kat uthm. lepas ni praktikel. tahniah~!

ni pulek pujaan hati i.

ade orang kat umah lebih dari 2 orang best tau. boleh maen masak-masak dengan jayanya!

Sunday 22 November 2009

noodle station@east coast mall

en. suami tak berapa suka makanan kat sini. saya pon tidak lah terlalu gemar. tapi semua makanan saya telan dengan gembira. tapi sebab perut saya lapar dah tak boleh menerima alasan melambatkan masa makan, kami singgah jer makan kat sini selepas aktiviti mengexplore TiGA mall bersama zac selesai. dalam masa sehari kami ke 3 mall. tanpa rasa penat. dan tak sedar pon masa berlalu dengan sangat pantas.

walaupon kami pergi 3 mall tapi kami berjaya merembat sehelai baju jer.hebat tak kami menahan nafsu. dah la orang tu duit gaji baru masuk. tapi masuk fitting tak yah cerita la. semua kedai kami try. pastu masuk fitting room berjam-jam sebab sibuk bercakap.

memang bakar kalori! mulut i pon dah ramping =P

hasil tangkapan masa di kuantan. suke.zac yang pilih. tq zac. bj ni beh giler

makanan i. air tak larat nak minum. tapau minum dalam kerete.hujan-hujan minum ais.brrrr~(ikut iklan coca-cola)

makanan en.suami

i tau u penat, tapi i suke jugak buat perangai. camno?

pastu kami terus bertolak ke kl.

masak lemak cili api daging salai

Align Left
ke daging salai masak lemak cili api?

gambar hanya di google

gambar tak berapa menyelerekan. yang saya makan lagi menyelerekan. saya first time try hari tu kat kuantan (walaupon ni makanan negori 9) kat kedai yang zac bawak. teringat-ringat. sedap nye. mane nak cr kat sini ye..

terus masuk dalam list senarai makanan yang harus try masak. resepi sudah di google. bila mau buat? lepas raya paling cepat =p


pok we ade di rumah saya

pok we adik saya =)

masa dia mula-mula sampai, kekasih hatinya juga singgah. jadi i masak lah yang senang-senang. hehe.sebenarnya sesapa datang umah i memang i hidang bihun goreng je. cepat, senang dan komfem sedap kan? dan mihun memang jadi stock, tak pernah putus stock. mak mertua i datang umah pon i tunjuk bakat masak mihun jer =p menu laen i tak berani. malu nak nak tunjuk bakat. nanti kalau dia suka setiap kali balik kampung i kene masak. ceh. belagak!

bihun goreng cap Pn. Farah

menu pagi semua orang kene shake. kejam tak?

takde lah =p

breakfast merangkap lunch sebenarnya sebab i terlambat bangun. ding dong ding dong pergi jumpe customer balik kul 10 baru masak breakfast boleh? kesian kat lelaki-lelaki umah i lapar.

vegeroni goreng cap Pn. FArah

saya nak mengajar en.suami makan pelbagai jenis pasta. macaroni dia reject. muak kata nya. yang ni dia boleh terima. letak daging dengan cendawan tiram.

lepas lunch pok we ke rumah kekasih hatinya faiza, dan i g mereonggeng beli barang dapur kat alamanda. orang ramai nak mati.

balik terus masak dinner

paprik daging cap pn farah

sayur kailan goreng cap Pn. farah

telur dadar tak tinggal =D

esok last maen masak-masak. lepas ni 2 minggu pulak tak masak. rararaya~!


Saturday 21 November 2009

tag

tq kak zaila sebab tag saya. sebab saya memang malas nak transfer gambar nak bercerita pasal semalam.

okeh.kita terus ke tujuan asal kita

a. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.

1) kak zaila berasal dari kelantan macam i jugek
2) ada sepasang anak yang comel. nur ameera husna tu sangat tak boleh blah kecomelan dalam nakal die bile die potong rambut ari tuh! tak nak tambah lagi sorang ke?hehe
3)semenjak dua menjak ni suka tempek resepi kat blog die. saya suke resepi ikan bakar yang nampak menarik tu. harus la dicuba
4)saya rasa dia seorang yang suka berniaga macam saya. sebab darah dari negeri yang sama ke? haha.
5)blog dia menarik sebab dia ni humble orang nya walaupon die orang yang hebat. bekerja+anak 2 orang+suami. tapi takde bibik pn! hebat kan? saya yang tak kerja pon tak larat nak layan kecerewetan suami saya =p

b. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...

1)saya menarik kerana nama saya menarik maghfarah binti che manshor. dan lagi membuatkan saya lagi menarik adalah kerana saya telah berkahwin dengan suami yang menarik bernama mohd faizal b rusli.

2)saya juga menarik kerana dulu saya belajar disebuah ipts yang tersohor (pada nama) selama 5 tahun untuk pergi konvo sebab nak salam ngan tun mahathir. tapi masa saya konvo hassan merican yang tak senyum langsung tu je ade =(. dan tambah menarik lagi lepas ade degree saya malas mintak keje.hehe

3)saya juga menarik kerana dulu saya adalah minah rempit underground. bukan rempit naik rxz okeh. motor-motor besar. tapi saya naek skuter. (hanya awek dibenarkan naek skuter)hehe.saya pernah naek cameron highland naek motor. sudah insaf bila kenal en.suami.hehe

4)saya juga menarik kerana sekarang bila jumpa orang, orang akan cakap saya lembut. dan keibuan. sungguh comel(wtf!). adakah sekarang saya pandai berlakon ataupon saya dah berubah?????-_-"

5)yang menariknya saya tak banyak cakap dengan orang yang tak kenal sangat. oleh kerana sekarang saya dikelilingi oleh orang yang saya tak rapat. so, saya dilebel sebagai pendiam. tapi en.suami yang menarik tuh boleh cakap dengan siapa-siapa saja sampai satu taman perumahan ni kenal die. polis yang saya buat polis report haritu pon sampai ajak g rumah raya ni. tapi kalau berdua dengan saya, saya yang banyak membebel.dia hanya pendengar(kadang-kadang buat-buat dengar). menarik kan?

6)saya adalah orang menarik kerana saya adalah ratu air mata. masa training hari tu trainer suruh bercerita dan tajuknya bebas. saya dengan menariknya menangis masa bercerita kerana saya bercerita pasal shahir. adik saya yang menarik tuh~

7) saya adalah orang yang menarik kerana saya belajar 3 jam je untuk dapatkan lesen kereta. dan saya memang tak pandai bawak kerete langsung.hebat kan? terer ke saya bawak kerete? lu pikir la sendiri~

8) saya seorang yang menarik kerana saya suka buat semua kerja rumah kecuali lipat kain. bila dah en.suami bagi hint baru lah terhegeh-hegeh nak lipat.saya seorang yang menarik kerana walaupon belajar cara basuh kaen dengan cara yang betul sejak form 3 lagi(kelas kh) dan saya best student untuk subjek kh tapi saya baru praktikkan sejak kawen. dan untuk buat cerita lagi menarik saya dah rosakkan sehelai 2 helai baju en.suami. dan dua-dua sebaik saja dibeli belum dirasmikan tuan baju.hoho (perlu ke bangga?)

9) saya menarik kerana saya tak ada makanan feveret kerana semua makanan dan minuman saya suka. sebutkan saja dan hidanglah depan mata saya. pasti akan habes. sebab tu bibik MIL saya sayang saya. dan yang paling menarik saya ni sentiasa diet. camno tu?

10) saya seorang yang menarik kerana saya suka membaca. saya akan membaca botol shampoo kalau dah takde bende sangat nak baca kalau dalam toilet masa tengah *ehem*. sebab saya suka membaca, maka timbulla hobby baru berblogging bila asyik baca blog orang jer.

saya rasa blog tak meriah la kalu takde gamba. jadi saya upload gamba novel yang terbaru saya habes baca.

c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them

1) en suami : die seorang suami kepada isteri yang sexy. yang terpaksa bekerja keras sikitsebab ada isteri yang malas bekerja. (u tak perlu nak menaip bagai. secara lisan pon sudah ok)=p

2) semua orang yang komen entri ni.ngahaha









Friday 20 November 2009

bendera merah

haih.kene usaha lagi T_T

semalam

semalam saya keluar jumpe customer yang paling jauh yang saya ada. eh.tipu lah.paling jauh adalah kelantan.

lepas timbang hasut customer makan.tanpa rasa besalah. =p

tengok lah si buruk rupa di bawah ni. sape soh dia tido tak ingat dunia. sampai mata sepet pipi tembam. sampai dia kelihatan besar dari suaminya. -_-"


kata seseorang, 'kalau *tuuut* memang ko meroyan'

kenapa kita berdua bermata hanis zalikha?haha.bajet sungguh

saya belajar perkataan baru semalam.kap pung kap. sesuai disebut kalau nak mencarut =D

babai kuantan. kerteh, kita jumpa 6 aribulan! saya vote for awana~

Thursday 19 November 2009

bukan salah i

dah lama i tak tido siang. sangat lama. bangga ngan diri sendiri. tapi sekarang sangat down dengan diri sendiri. asyik tido jer. pagi lepas breakfast i akan tido. bangun untuk lunch. afterlunch sembahyang zohor dan lepas tu komfem akan tido balik. bagun sembahyang, tengok tv (i layan nenek kebaya sekarang) tunggu en.suami bawak balik keropok yang rangup.

maknanya saya hanya mampu bangun untuk mengisi perut sahaja. haih.

tapi bukan salah i. salahkan hujan. hari ni dan semalam hujan tak henti-henti. i nak g jalan-jalan kat pantai dan lepak-lepak kat pool pon tak boleh. hanya boleh lepak kat lobby jer. giler bosan. tapi i buat jugak kalau dah bosan sangat dok dalam bilik.

sebab dah terlebih tidur siang i tak ngantuk la malam. macam sekarang. dah pukul 3.12 pagi. tapi i masih lagi berjalan-jalan ke blog orang. baca keluhan orang. orang marah-marah. tengok orang dengan anak-anak yang comel. ade jugak orang share cerita lucu. bak kata kawan kepada kawan, internet ni macam-macam ada! haha. tapi die takde facebook. kelakar la sham.

hei, korang tak bosan ke baca blog orang yang bagun, tido, makan je kejenye?

bosan kan?

bukan salah i

Wednesday 18 November 2009

sekilas diet

rasa macam nak share. bukan sekadar mahu share, tapi juga macam satu peringatan untuk diri sendiri yang macam dah lupa diri semenjak dua menjak ni.

1. jadikan waktu makan satu tuuan untuk menyihatkan bdan. tanamkan tekad. anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

2. cuba pemanis mulut yang kurang mani ini. koko panas tanpa gula. buah anggur beku. gula-gula getah tanpa gula. aiscream rendah lemak.

3.sekiranya anda mengamalkan minum susu 8 auns sehari, berat badan anda boleh berkurang kira-kira 2.5kg setahun

4. anda benar-benar bencikan sayur? lebihkan buah-buahan. khasiatnya sama sahaja terutamanya buah yang berwarna seperti oren, mangga, tembikai.

5. sebelum anda tidur, elakkan makan makanan pedas, masam dan terlalu berat. walaupon begitu jangan tidur dalam kelaparan.

6.jampi untuk kekal berdiet

'adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk dari berhenti makan sekarang'

7.elakkan pemanis mulut selama 2 minggu. lama-kelamaan selera anda hilang juga. makan lebih banyak buah buahan, manis jugak kan...

8. bagaimana nak mengelak menguyah di waktu malam? makan breakfast, lunch and dinner. jangan skip makan. tapi kalau bagi i. jangan stay up. kalau stay-up memang rasa nak makan malam.

9.sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan. penuhi malam dengan aktiviti berfaedah.

10.sekiranya rasa lapar di waktu petang, nikmati segenggam kacang.

11. tak kenyang lagi? nikmati secawan yogurt rendah lemak.mengambil sedikit makanan berkhasiat memberi ransangan kepada otak dan tubuh anda.

12. membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dengan lebih cepat.

13. sayur-sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baek kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien yang terkandung didalamnya.

14.bimbang tentang kandungan lemak trans dalam mentega kacang? kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang daripada 0.5gm lemak trans.

15. layari laman web yang menawarkan program diet. anda juga boleh bersoal jawab dengan pakar atau kaunselor melalui email.

dipetik dari rapi

seperti dunia ana yang punya~

my customer selalu mengadu kadang-kadang die tak dapat menahan diri tak pon teringin nak makan something yang tak sihat. saya akan cakap, makan jer, tapi makan sikit pastu bagi kat kawan.huhu

ye lah. kita bukan robot yang boleh diprogramkan untuk menjauhi semua makanan yang kita ambik dari kita kecik kan.

i faham. sebab sesekali i pon macam tu jugak. kadang-kadang berkali-kali.ngehe~

macam hari sabtu hari tu. kami mulakan hari kami dengan aktiviti yang sangat sihat. shake, pastu g jalan-jalan sekitar kawasan umah. tapi tak jogging. hehe.malash~

kanak-kanak takde pagi-pagi buta ni, jadi saya la kanak-kanak.

makhluk berbulu

ni betul-betul makhluk berbulu

pastu masak tengahari pulak misinya mengabiskan stok makanan basah di dapur sebab nak tinggal umah.

ni ikan kukus dengan banyaaaakk sayur

makanan tengahari kami

pastu en.suami ajak keluar jalan-jalan. saya sangat malas sebenarnya. rasa nak berehat-rehat saja di rumah. keluar pon takde tujuan. akhirnya kami ke amcorp mall. g beli novel bekalan ke kuantan.

kesian kat die ni, selalu syok sendiri sorang-sorang, suami die kat sebelah tu suke ignore jer die, kadang-kadang cakap pon sorang-sorang sebab takde respon suami die T_T

masa dok jalan-jalan tu, dalam kul 3 i dah terasa lapar. singgah watson jap. hajat di hati nak beli air mineral ngan kacang. sekali takde kacang! i ber-bueno dengan selambernye. tapi makan satu jer. lagi satu bagi kat en.suami.

lepas dapat novel yang dihajati (hajat satu jer, tapi beli sampai 3) dalam kul 5 lebih kami dah nak keluar dari mall i lapar lagi. pergi beli subway sebagai 'pengalas perut'.

en. suami cakap, 'i ingat nak makan kat murni malam ni.'

saya si nafsu sedang membara, 'eh..awal lagi, mesti lapar lagi nanti, ni alas perut jer'

alas perut saya, saya pilih yang paling sihat yang mampu, sumpah!

pastu malam nya terus ke murni. seperti biasa, ramai orang nak mati sampai beratur nak cop meja.

kami makan mee raja

pizza dragon

tembikai special untuk dia, limau kosong suam untuk saya (harapnya boleh bakar lemak)

en.suami cakap die masih kenyang makan subway. tapi takpe, tak abis nanti tapau lah.sekali,

lelincin lelemun

on the way balik umah, kawan en.suami ajak lepaking kat cheras pulak. kat KAYU. saya sorang je kaum wanita. sebab yang laen sudah beristeri dan beranak. dan sorang yang masih tak kawen lagi.

pesanan untuk en.suami: walaupon sudah beranak pinak nanti kalau u kuar lepak i masih jugak mahu ikut.

lepak sampai kul 2 tapi i minum air limau suam ngan air suam jer.

meleleh air liur i tengok dengan makan chesse nan, nasi lemak, nasi beriani. i pon cakap kat en.suami

'cis nan tu nampak menarik' (hint2)

'no yang, u dah makan banyak hari ni'

baheeekkk..i tak makan. i minum air suam jer~

bergelas-gelas air suam i minum. asyik g toilet jer. en.suami pulak dok sebok lindungi i dari asap rokok. kat maple nak jauhi diri dari asap rokok babai lah. serangan 6 penjuru!

jadi, kami sudahi hari kami dengan aktiviti tak elok. makan berlebihan. asap rokok juga berlebihan.