Sunday 29 January 2012

ikan kukus maryam

 panjang dah rambut budak kecik ni. sedang menikmati lunch. nasi nganikan kukus. zucchini ngan carrot makan sendiri

 sebelum kukus


sepotong ikan merah
sebatang serai
hirisan halia
bawang putih seulas
hirisan bawang hollang setengah biji tomato cincang
sayur-sayuran (carrot, zucchini, cendawang tiram)
daun sup
setitis dua air limau nipis (untuk setahun ke atas)

semua bahan ditabur atas ikan. kukus sehingga masak. sayur-sayuran dipotong nipis supaya cepat masak. ni first time letak limau dalam ikan kukus maryam. biasa bergantung ngan rasa masam tomato jer

 lepas kukus


 makan dengan beras perang+ beras siam


masa kat kampung hari tu elok jer dia makan nasi keras. ni nasi tanak untuk ummi ngan walid cuma lebihkan air sikit sebab maryam nak join. beras siam+ beras perang. ok jer dia telan. poopoo pon ok. so lepas ni moleh la kasi nasi keras.

lempeng kentang

 happy baby (tak baby mana dah) breakfast di pagi hari

i bangun pagi hari ni terus bukak group HSFFYB . terasa nak buat donat la, pie la. hahaha. tapi last-last lempeng kentang resepi dari SINI menjadi pilihan.

tapi resepi tu kene bakar segala. mak malas lah nak bermain oven dipagi hari. so i parut halus-halus masak atas non stick pan guna api slow. pastu tutup masa masak.pastu skip mana-mana step yang ku rasa malas nak ikut.hahaha

1/2 cawan kentang diparut (2 biji kentang)
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit bawang holland (cincang halus)
2 sudu makan puree jagung 

kacau sebati semua bahan. letak sedikit unsalted butter atas non stick pan. masak dengan api perlahan. tutup non stick pan masa memasak. masak sehingga kedua-dua belah keperangan.


 siap

inspection sebelum makan adalah wajib

menu 3 dalam 1

 yogurlicious banana pancake untuk breakfast. resepi sini. cuma hari tu hiris2..kali ni lenyek campur terus.

 happy masa breakfast=)

 ni resepi masa husband OS hari tu...hehe..masa ni mood masak menurun. buat yang senang-senang, campak-campak, siap~=)

salmon soup with pumpkin, peas, mushroom. makan dengan pasta


 bahan-bahan untuk soup

salmon (steam)
bawang holland (cincang)
bawang putih (hiris)
halia
celery stick
2 oz puree peas
2 oz puri labu
cendawan butang (cincang)

tumis bawang dengan olive oil sehingga lembut dan wangi. masukkan air, celery stick dan puree (peas dan labu) masak sehingga menggelegak dan pekat. masukkan salmon yang sudah disteam tadi. 
pecah-pecahkan isi salmon. gaul sebati. sedia untuk dihidangkan.

 makan dengan penne, hiris kecik-kecik. 


dinner, masak rolled oat, bila mengembang dengan jayanya masukkan sup.

nyummm~

pakai baju mok sa bagi. bali mali

tapi ade lebih lagi daaa..ummi frozen kan untuk breakfast esoknya

mashed potato and sweet potato with salmon+pumpkin+peas+mushroom gravy

mashed potato+ sweet potato dengan unsalted butter sikit masa panas2. nak tambah susu pon boleh. tapi i tak tambah pon.

kentang ngan keledek beli kat cameron itu hari. setapppp~

gravy pulak, blend hancur jer itu sup.

sudah siap breakfast



maryam dah boleh terima mashed potato dah. dulu dia tak nak. mesti luah balik kalau suap..huhu

Saturday 28 January 2012

13 bulan baru kenal rumput






 walid jom lawan





mula-mula pijak rumput dia nangis tak nak..hehe..geli..lepas tu baru ok berdiri..tu pon tak gerak-gerak. penggeli rupanya budak ni..

main air embun sambil breakfast pagi..best kan dok kampung maryam?=)

Monday 23 January 2012

sesi perabis puree

 scheduled post..tuan blog tengah breakfast nasi kerabu daging bakar dengan solok lada bawang putih jeruk.nyummmm (jangan jeles orang saudi arabia=P)

nasi peas, salmon grill masak merah

nasi campur millet, quinoa, beras perang, beras wangi. masak lembik

 bahan untuk nasi

rempah 4 beradik
unsalted butter
bawang merah
bawang putih
puree peas

 bahan untuk grilled salmon masak merah

puree tomato
puree labu
puree carrot
serai
halia
bawang merah
bawang putih


 makan macam ni pon boleh dah. hehe

salmon grill kosong dengan unsalted butter jer







 bye!!

Sunday 22 January 2012

mari memureeee~

*ni scheduled post..tuan blog tengah makan nasi belauk serati gulai.nyummmmm*


hari ni kita nak main puree-puree

bahan yang mahu dipureekan nectarine+ plum, peas carrot dan labu

kita steam sehingga lembut. kita steam untuk kurangkan nutrisi yang hilang semaa process memasak..kalau rebus rugi. banyak nutrisi hilang. lagipon, kalau steam lagi setap!


ok, kita mulakan dengan puree nectarine +plum. ini step untuk mommy-mommy yang anaknya baru mahu belajar makan. texture haruslah lembut dan halus. senang baby nak hadam. elak sembelit juga. 

lepas steam, blend. blend sekali dengan air yang ade dalam piring lepas steam tadi.

lepas tu kita tapis. guna tapis besi yang jarang ni. 

tapi sambil tekan-tekan untuk keluarkan puree texture lagi halus dan mulus
ok dah siap..halus dan mulus. hehe

boleh simpan dalam bekas kecik. frozenkan, hapas yang kasar tu kita buang. (eh..mommy makan pon setap)

manyak senang bukan?

next..peas. selepas di steam, kita blend

maryam baby besar. i blend kasar jer. dan of cos tak tapis.

next. labu. mula-mula steam sekali ngan kulit


scoop isi from kulit guna sudu


dan lepas tu lenyek-lenyek jer. (maryam kan baby besau. tak payah tapis dah)

lepas semua dilenyek, moleh lah disimpan didalam bekas tertutup. 
atas sekali : puree jagung. guna jagung fresh. lepas steam, hiris ambik isi, blend.=)

yang kedua, puree jagung dan carrot. caroot buat 2 jenis. satu lenyek halus. lagi satu simpan dalam bentuk stick. maryam boleh buat snek or nanti campur dalam food ada la texture

ke 3, labu. superfruit tersedap

ke 4, peas dan nectarine+plum




ice tray ni beli kat giant. buat saiz kecik-kecik puree ni senang nak masak ambik sikit-sikit. sebab kalau dah keluarkan, cairkan kita dah xboleh bekukan balik. kene habiskan dalam masa 24 jam simpan dalam fridge. so kalau buat letak dalam bekan besar, membazir kan?

simpan puree dalam peti kat bahagian dalam. jangan simpan di pintu peti. lagi tahan freshnessnya. boleh tahan 3-6 bulan. tapi untuk baby kita cuba habiskan dalam masa sebulan. yang terbaik, kita buat sikit-sikit, untuk 1-2 minggu sahaja. senang bukan?

lagi pantas dan tuntas masak guna puree ni. contoh, baby bolognese.



bawang holland, bawang putih (cincang)
cendawan butang
celery
puree tomato
puree labu
isi ayam
italian mixherb

tumis bawang dengan olive oil, masukkan isi ayam dan cendawan kacau sehingga masak. masukkan celery. puree tomato, labu. dan italian mixherb. kacau sekejap jer sebab puree memang dah masak. sambil-sambil tu rebus pasta.

less than 15 minit kita dah siap masak pasta dengan bolognese sos. masuk thermos, iap untuk jalan-jalan. hehe


so sape kata homemade susah?