Sunday 28 February 2010

isteri ayu

lokasi: jalan cinta kasih 1

isteri: wife kawan you ayu-ayu lah. cakap slow jer. i dengar tak dengar je mula-mula cakap ngan derang. rasa macam nak kuatkan volume semua orang.

suami: hahaha. u telinga tak korek. tapi memang lah. i masuk rumah slow jer cakap. i kat luar takut ade jiran complain bising. diorang bising.

isteri: haha. sape suruh main luar rumah.

isteri pergi dapor minum air....

isteri: u nak air?

(senyap)

isteri: bie, u nak air tak?!

(senyap)

isteri: bie!!!! u nak air ke tak??!!!

( menjerit walaupon jarak dapor ngan ruang tamu 10 langkah pon tak sampai)

suami: hah??boleh jugak..

isteri: haishhh! camane i nak ayu kalau macam ni. cakap slow kang tak dengar!


takde can la aku nak jadi ayu. suami isteri kalau cakap tak menjerit tak sah.

potluck partey~

maghfarah ni pemalu kamu tahu? pemalu dengan orang tak biasa. tak pernah pon aku upload gambar aku berjimba dengan kawan-kawan suami kan? sebab nye maghfarah belum ready nak tunjuk tabiat buruk diri sendiri. iaitu mengambil gambar untuk diupload kat blog. padahalnya, aku lagi banyak berjimba dengan kawan-kawan dia sekarang.

setelah 10 juta kali jumpa barulah hilang rasa malu. boleh? baru-baru ni first time lah aku amik gambar untuk di upload kat sini. biasanya aku malu. kalau makan kat kedai ramai-ramai nak amik gambar food pon aku malu tau.

* mesti husband aku muntah baca enty ni, malu konon!*

kesian.huhu


ni adam. hero malam tu. nakal betul rasa macam nak gigit

ni orang sakit dan penjaganya

*saja upload gamba buruk sebab semua orang cakap dia adik aku*

OD ngan gaban

asyik gayut jer. bakar nye idok.

*apehal u pakai slipar tu kat luar rumah??!!!*

tuan rumah yang happy

OD lagi

budak tak boleh masuk rumah sebab kene kunci. dia suka main keluar masuk. habis asap masuk dalam rumah


keropok lekor. kuala kemaman mari.


the babies~
tok baby mano doh: mikail adam danish

ahmad adam al-wafiq

* tido jer keje. bangun kejap jer pastu tido balik*

tengku zara yasmeen

*comel giler*

gabriel yusuf darwish

aku suke giler budak ni. dah la suke senyum. comel handsome macam jepun

budak ni boy. saje pakaikan clip. hehe. macam gegirl kan?

ini sajor yang ade malam tuh. yang tiada hasha, anak pot ngan dada. pot datang, dada jer takde sebab dada kerja hari sabtu. anak seroh ngan farah pon takde, arisa ngan baby baru. sori lah. aunty farah tak ingat nama baby baru. lemoh sungguh aunty ni. seroh datang sorang jer sebab baby kecik sangat. tak boleh berjimba lagi. anak nadia and macha pon takde malam tuh. naim ngan baby baru. tu pon aunty tak ingat jugak. kah kah kah. dieorang tak datang sebab bapak dieorang takde kat malaysia. tengah mengumpul harta kat obersi.

anak aunty farah ngan uncle faizal dalam proses lagi. gahahaha.

takde ape pon kiteorang buat malam tuh. hanya lah lepak-lepak borak-borak pasal anak. walaupon aku takde anak kan. aku borak pasal anak orang. hahaha.

kaum bapa pulak dok maen poker face kat luar rumah. poker die best! siap ade chip. macam main dalam game kat face book tu. poyo yang bawak game tuh. aku dah meleleh air liur nak main jugak. 2,3 kali pergi intai kaum bapak main.

*jakun sebab tak pernah tengok game tuh, biasa main poker gune kad jer. cara main die pon lain*

tapi aku kaum ibu malam itu. jadinya dok la borak-borak ngan kaum ibu.

tetamu yang hadir:

bujang: poyo, pesa, gaban
belagak bujang: pot, seroh
ibu bapak: OD & ratna + bibik, punat & dila, edy ngan milly
baby: adam, yusuf, zara, wafiq
tuan rumah: husband, ailahsiapalagi, along, abang helmi

tetamu berfamily balik pukul 2
tetamu bujang dan berlagak bujang balik kul 4 ataupon lebih. tidak sure kerana aku dah pengsan. haha

ade tetamu datang rumah seronok. saya sangat suka jadi tuan rumah. yang agak lemoh nye adalah nak kemas lepas tu. gahahaha.

singo beng

di suatu petang yang panas.

'yang u janji nak buat air 'singo beng' ke i.'

'ade. dalam peti. tadi takde ais, lupe nak buat'

si isteri terkedek-kedek ke dapor.

amik mug. buka peti. try dulu best ke tak air.

'alamak. air singo beng u rasa bawang!'

air singo beng ni kalau bahasa kelate dieorang panggil lime juice. dalam cuaca panas macam sekarang, minum singo beng adalah terbaik.

cappucino shake adalah dinner malam ini.

dalam jug itu adalah singo beng rasa bawang itu. tak sedap. sori. -_-"

ni pulak brunch. nasi goreng cina makan dengan sambal udang kering dan kuah daging black paper semalam.


bile lah cuaca panas ni nak berakhir. haku kalau cuaca panas ni cepat sangat bertukar jadi hulk. nak memasak pon malas. sebab kat dapo tak de ekon. bile masak jer panas berpeluh-peluh. mandi kalau boleh 10 kali sehari. lepas mandi 2 minit dah berpeluh. rasa macam nak tak nak pakai baju jer kat umah. bajet mat saleh berjemur di tepi pantai. kalau takde tetamu memang mak dah buat onar!

Thursday 25 February 2010

bila along aku buat hal

masa kawan along (kak leno) call aku tengah semayang maghrib kat carrefour wangsa maju. baru balik dari kerteh. singgah beli barang dapo esok nak buat makan-makan. 10 kali jugak ah die call gamoknye.

dia cakap along jatuh bas. lutut tercabut bagai. jantung aku dah macam separa tercabut dah. awal tahun hari tuh pokwe adik aku accident. bahu lari. ni kakak aku pulak. nak beli barang hati tak senang. cari barang pon tak jumpa sebab nak cepat. last-last bayar jer ape yang capai.


sekali bila jumpa boleh pulak sengeh-sengeh buat lawak kakak aku neh. buat penat aku sakit jantung jer. lepas simen dah tak sakit katanya.

tengok. siap peace poleh?

kaki kejadian

merah:en. tunang along
aka bakal abang long aku yang jauh datang dari johor terus lepas dengar accident. hehe. memang dia calon suami terbaek ah! nota tambahan: fan MU yang tegar.

putih: fendi, kawan kepada abang long. yang esok nye nak g genting.

biru: suami penulis yang masa tuh dah 22 jam tak tido. (haha.saja upload gamba dia menguap)

syukur sangat takde pape.

bila kite dengar family member kita kene paper memang terus rasa darah berhenti mengalir kan? tahun ni dah 3 kali.

first: pok we accident hari tuh. budak ni memang selalu accident. tapi tetap lah jugak sentap. sebab kali ni masa dapat berita orang cakap tak sedar. isk. sila la berhati hati kalau tak nak ore neh sakit jantung muda. owh. pokwe masih belum sembuh sampai sekarang.

mat rempit yang sudah tak merempit. sudah bawak kereta sekarang. insaf ka?

2nd: nenek en. suami meninggal. walaupon dah lama terlantar sakit. bila dia takde rasa gak kehilangan.

3rd:along. heh!

masa aku kat kerteh aku teringat kat along. sebab macam dah lama tak spend masa ngan dia. aku rasa aku buzy bebeno semenjak dua menjak ni. nak g meronggeng kat ukm pon tak sempat.

sekarang dia dok rumah i. best la ade teman.

Wednesday 24 February 2010

cuti panjang lagi

aku pon sibuk nak bercakap pasal cuti kan! hahahaha

activiti aku wiken ini adalah:

1. mengemas rumah
-banyak baju nak basuh ni. rumah nak kemas sebab ade tetamu nak datang.(tetamu tak datang tak kemas rumah ke maghfarah?)

2. potluck party
-kawan-kawan suami aku ni kalau lama tak jumpa sorang-sorang dah macam orang giler bayang. gay betul! dah lama derang tak berkumpul lepak-lepak ramai-ramai. sorang-sorang call tanya bila nak jumpa. bagus la dieorang ni. so kali ni rumah kami jadi markas berkumpul. ade bbq mungkin. ade makanan pasti. ade baby-baby yang sangat comel juga adalah pasti. tapi tak komfem lagi siapa yang datang. tak sabar!

3. pergi subang parade.
subang parade adalah bukan kawasan jajahan kami. baru sekali jer pergi. kali ni pergi sebab nak g bazar ni. jom la pergi beramai-ramai. khabarnya banyak kedai-kedai yang best. aku dah target sesuatu. hehehe

pergi ke sini untuk maklumat lanjut

4. masak. hahaha. rindu nye dapor i. rindu nye nak masak. rindu. rindu. rindu.

itu sahaja yang dirancang.


selamat bercuti semua~

sanggup ke bermadu?

kawasan umah aku ni dilimpahi manusia duit tak habis nak pakai. korang akan rasa meroyan bila tengok seorang awek muka macam baru habis spm bawak kereta yang korang rasa sampai pencen pon rasanya tak mampu nak pakai. kecuali lah kalau tiba-tiba ada satu kapal terbang bawak duit tercicir satu guni duit lalu terjatuh di depan rumah kita. tu pon kalau rumah kita ade laman. kalau apartment kene share satu bangunan. dapat seratus sorang jer.

eh. jauh nya merapu.

kembali kepada tajuk.

aku dan suami selalu terserempak dengan beliau yang muda hot dan bermak-bapak kaya ni. lalu berlaku lah perbualan yang tidak membina di situ:

'kalau amik jadi awek ni best ni, dah la hot kaya pulak tuh'

'halah, bukan dia yang kaya. parents dia. baek you ngorat mak dia'

'mak season dah la'

'ala, kalau u ngorat datin-datin mesti senang dapat. derang kan kaya. suami buzy bekerja. pastu isteri-isteri mesti gersang.'

'hahaha.ye gak. u ok ke?'

' i ok jer. u mintak r murano sebijik. tapi kalau jalan-jalan u pakai r kereta datin tu. murano tuh i bawak. pastu bulan-bulan mintak la RM 10K. u bagi ke i 3 K pon takpe dah,'

*lepas tu dua-dua gelak setan. perbualan biasanya tamat. dah sampai umah dah*

tu adalah perbualan orang berlagak sebelum kene.

pernah di suatu pagi yang sunyi aku moody ngan husband. lepas buat karangan melalui message, (biasalah meluahkan peresaan) aku pon tido. takde mood perlu lah tido. lalu mimpi husband kawen lain.

owh. sampai sekarang masih ingat mimpi tu. dan mimpi tuh sangat lah real. dia kahwin ngan perempuan lain secara terpaksa. tak tahu seba ape. tak ingat.

tapi dia cakap dia sayang aku. dia kahwin ngan perempuan ni sebab terpaksa jer. but, cara dia pandang perempuan tu, aku tahu suami aku sayang dia. biasa dia pandang macam tu pandang aku jer. sekarang dah kene share!

sampai sekarang aku ingat pandangan tu. dan dalam mimpi tuh aku menangis.

ok. tu baru kene share pandangan. idok lagi bende lain. aku menangis meraung-raung dah.

sedar-sedar jer dari tidur basah dah bantal. nangis betul-betul.

pastu bangun terus mintak maaf. buat puding. ingat tak entry drama ni?

allah bagi amaran kut. jangan derhaka kat suami. lepas mimpi tuh aku dah tak buat perangai extreme yang bisa membuatkan suami hilang sabar. merajuk manja tuh selalu lah. kahwin tak gaduh tak best la kan!

kesimpulan nye. i tak sanggup lah. walaupon dapat payung emas kat syurga. i tak kuat.

weee~

tido kul 4 pagi tadi tapi berjaya bangun kul 630 dengan keadaan segar bugar.

yang penting kualiti. bukan kuantiti.

mau breakfast. kalau lepas breakfast tido balik xtau lah.

hehe.

selamat hari khamis~!

musim dia

kalau cuaca extreme adelah penyakit yang merebak. sekarang ni musim batuk ye? macam ramai jer batuk sekarang.

mak pon batuk sekarang dek non. dari minggu lepas lagi. tapi sekarang makin kronik sebab semalam masa jumpa zek , zek ter-belanja karok. jadi kami pon ter-karok.

mungkin ekon juga menambahkan lagi kekronikan. masa kat rumah walaupon panas peluh melekit bertahan jugak tak pasang ekon. sebab batuk. aku ni kalau batuk ataupon selesema, senang sangat nak diserang athma. kalau panas tak tahan sangat jer baru bukak ekon. tu pon 2, 3 jam jer. untuk sejukkan bilik. kul 2 komfem dah tutup balik.

kat sini tak boleh la. nak tak nak terpaksa lah. tapi sangat-sangat bersyukur. walaupon batuk sampai pedih saluran pernafasan, aku tak diserang athma lagi. tak nak athma. kalau sape selalu athma tahu la azab athma kan? rasa macam satu step lagi nak mati. nyawa dihujung tanduk orang kata. batuk sampai sakit belakang pon tak pe. jangan athma jer.

*memang aku sakit belakang sekarang ni, tak tahu lah sebab batuk ke sebab nak period*

last week, kalau time batuk sikit-sikit tuh, aku buat tea-mix suam-suam hilang ah batuk. semalam kul 3 tak boleh tido. suami buatkan tea-mix suam baru aku lega sikit. baru boleh tido. tu pon masih batuk sikit-sikit. bangun pagi pon minum tea-mix suam terus. hari ni kurang sikit batuk. petang tadi minum air jagung. gahaha. tak pantang langsung!

suami aku ajak g klinik mintak ubat batuk. aku tak nak. mana lah tahu kut-kut pregnant kan. bukan mengaharap ke apa. (walaupon yer mengharap). tapi mak nak jaga la jugak kan. nanti kalau esok lusa period aku g lah klinik amik ubat. tapi sekarang ni tayah la lagi. tunggu period.

aku risau la jugak. sebab dulu masa aku pregnant, dalam proses aku nak pregnant tu macam-macam ubat la jugak aku amik. ngan ubat seseme nye, ubat athma nye, antibiotic nye. maklum lah. mak ni orang german cakap 'nyakitey'. memang tak sia-sia ade ING. kalau tak miskin suami mak. asyik kene g klinik jer. so, aku takut ubat-ubat tu yang menyebab kan kecacatan kat baby aku. sebab tu dia tak dapat bertahan. T_T sebab nak kata aku lasak memang tak la. giler ape ko nak lasak-lasak masa pregnant. yang pastinya takde rezeki.

so, terpaksalah menahan batuk sampai period.

Tuesday 23 February 2010

dinner ape malam?

maaf lah yer. kualiti gambar sangat lah tidak memuaskan. ini kerana phone saya sedang di charge di hotel. pinjam henfon abang kat bawah ni. konon touch screen. tapi camera gambo tak cantik. takdok makno!

abang kat atas ni kalau senyum hensem. tapi dia suka buat muka serius. bahjet macho r tuh!

*ampun. saya tak nak derhaka*

makanan kami. makan kat Zara jer. boleh jalan kaki jer dari hotel. tapi kami tak nak. kalau jalan kaki kurus la kami. rugi r makan banyak kalau kurus. eh!

nak tahu kenapa aku order bihun kung fu?

sebab nak compare rasa dengan cubaan sendiri

bihun kungfu pertama maghfarah!

sudah ready untuk dimakan~!

resepinya di dapor saya lah. macam biaso.

keputusannya:

mesti lah maghfarah punya version lagi sedap!

hehe. hangkat vakul masuk sendirik.

eh bukan. aku masuk bakul dan suami angkat.

bila sampai jer bihun kungfu ni, suami dah awal-awal rasmi. heh. suka rasmi makanan orang!

' u punye bihun kungfu lagi sedap ah!'

'heleh u, agak-agak la nak vodek pon' * padahalnye vontot dah kembang*

' betul. try ah~'

' a ah la. tak sedap'

sebenarnya aku bernaseb baek jer semalam. sebab kedai yang aku pergi tuh bihun kungfu dia tak sedap. kalau pergi tempat sedap nangis r aku bihun kungfu aku kalah. ngehehe

walaupapepon. sedap ke tak sedap ke. masakan sendiri jugak terbaek. kata masak sendiri. mesti r taste sendiri. yang penting perut kenyang!


maaf lah yer. pasal food lagi. nak buat camno. tak de life. tapi ade food~! =p

bihun kungfu

bihun kungfu

bahan-bahan:

kuah:

air rebusan daging
bawang putih 4 ulas
1/2 labu bawang besar
sayur-sayuran (boleh suka hati nak letak ape)
isi ayam
daging
udang
tepung jagung
lada sulah
garam
gula

bihun: (2 orang makan)

2 biji telur
sedikit teping jagung
lada sulah

cara-cara:

1) rebus daging untuk dapat kan stock daging. masukkan isi ayam.

2) pecahkan telur (sebijik untuk satu hidangan ), masukkan sedikit lada sulah dan sedikit tepung jagung.

3) kacau sebati, masukkan bihun, kacau sehingga sebati. sedia untuk di goreng.
hasilnya

4) tumis bawang ptih, masukkan stock danging, daging, isi ayam dan udang. lepas itu masukkan semua sayur dan bawang besar. akhir sekali masukkan lada sulah, garam da gula.5) pekat kan kuah dengan menambah sedikit bancuhan tepung jagung.

6) sedia untuk dihias. dan dimakan.





jemput makan~

Monday 22 February 2010

bihun goreng kicap ala jawa



bukan nak bagi resepi. tapi kalau nak resepi pergi la ke dapor ai. hehe

ade cerita disebalik mihun goreng ni.

masa hari first nak buat tahlil masa arwah nenek suami meninggal, kiteorang tak tempah makanan. sebab tak sempat. jadinya, masak-masak kat rumah jer. benda yang senang mesti lah bihun goreng. ye dok?

aku sangat suka bihun yang warna putih tuh. bihun singapore ye orang panggil? tapi tak reti nak buat. aku suruh la makcik-mak cik ni buat kan. boleh la aku belajar.

tapi dieorang cakap, bihun goreng kicap lagi best. sama jer nak buat dengan bihun singapore. tapi tambah kicap jer.

maka beraksilah 2 orang emak saudara suami, aku dan suami sebagai tukang kacau. maklumlah. buat banyak memerlukan tenaga lelaki. mak cik-mak cik aku tukang campak-campak bahan. aku tukang sibuk.

ke dua-dua orang mak cik suami aku ni nikah dengan orang jawa johor. dieorang cakap ni masakan orang jawa. tapi stended lah kan, walaupon dua-dua nikah dengan orang jawa, tapi setiap orang masak cara lain-lain. dua-dua mencurahkan ilmu kat aku. masa buat macam senang. tapi bila nak buat sendiri kat umah dah pening nak ikut yang mana satu.

so, ini adalah versi aku. gahahah


bihun goreng kicap ala-ala jawa versi kelantan gamoknye

ikut jer semua resepi. tapinya aku tak letak kucai dan taugeh. (orang terengganu panggil ccamboh orang kelatey panggil togey).tapi tambah kubis.

aku pernah terbaca kat mana entah. daun kucai ni mengaktifkan sel cancer. sejak itu seboleh mungkin aku elakkan. tapi kalau makan kat kedai makan ajor. cuma tak beli untuk masakan sendiri.

ni bukan nasik goreng jawa. ni nasi goreng kicap hitam legam rupa tak menyelerakan tapi rasa kene tanya suami aku. mesti lah dia cakap sedap. kata suka kicap.

nasik goreng kicap tuh terbaik ah bagi aku masa zaman kanak-kanak. tapi kalau awoh yang masakkan la. nak lagi best guna kangkung. jangan guna kubis. takde lauk pon tak pe. yang penting ikan bilis dan cili kering. kadang-kadang ikan bilis pon tak letak. kalau terkene cili kering terlebih pedas tu nasib ah. berasap telinga. tapi baru la syiokk~!

hurm..rindunya zaman kanak-kanak. zaman boleh makan nasi goreng 2,3 pinggan. nasi goreng macam ni biasanya awoh goreng malam. bila dia malas nak masak lauk bila lauk makan tengahari dah habis. bagi aku ni lah nasik goreng terbaik.

dih? along dih? we dih? abe cik dih? mi dih?

bihun goreng kicap ala jawa


bihun goreng kicap ala jawa
bahan-bahan

bihun untuk 2 orang makan (1/3 peket atau kurang)-rendam
3 ulas bawang putih
setengah labu bawang besar
carrot
taugeh
kubis
kicap
garam
lada sulah
daun sup dan daun bawang
lada merah besar dan daun sup/bawang(hiris untuk hiasan)
udang
daging

cara-cara:
1.tumis bawang yang diblend sehingga naik bau. masukkan daging, kicap, garam dan sedikit air.
2. masukkan udang dan sayur. (di mulakan denga carrot, lepas tu kubis)
3. masukkan bihun, taugeh, daun sup dan daun bawang.
4. masukkan serbuk lada sulah sesedap rasa (ni sangat penting).masak lah sesedap rasa
5. nak makan hias la ngan bahan tabur

*aku tak letak togeh sebab takde
*lada merah besar pon takde. kalau ade letak la. baru kalerful.
*aku rasa tambah telur pon sodap.



silakan makan

Sunday 21 February 2010

girl ke boy?


muka iras kakak aku masa kecik. tapi kaler kulit nagn rambut lain ah! ahaha

amaran: I'm not pregnant yet!

dulu, aku tak suka la baby girl. aku rasa semua girls ni mengada-ngada la. sebab adik aku semua lelaki kut. sepupu pon ramai lelaki. pastu kalu sepupu tu, mesti aku sayang lelaki lebih. perempuan aku bo layan. gaga. keji pilih kasih.

dulu masa pregnant tak jadi, aku nak anak lelaki. sebab tu aku bagi nama faris. gahaha.

sekarang ni aku dikelilingi girls~ owh.. aku rasa mereka sungguh manawan hati. rasa macam nak melamar. sudikan awak menjadi anak saya?

tapi lelaki pon suka masih lagi suka. tapi sekarang suka perempuan lebih lah yang pastinya.

kalau ade rezeki nak twin lah! satu boy satu girl.. kan best kalau boleh order macam kat kedai mamak jer seme bende yang kita nak.

okeh. satu baby girl satu baby boy bungkus siap~

saya merapu ni. kalau tak percaya tengok tag kat bawah.

Saturday 20 February 2010

wiken yang malas

aku tak tahu lah kenapa wiken ni aku macam malas penat semacam.

semalam bangun kul 11! malam nye aku bukan tido lewat pon. walaupon bila suami keluar merempit adalah peluang aku berblog hoping sepenuh hati, tapi mata sangat mengantuk sampai tido tak semayang isyak. bila suami balik kul 3 kejut suruh tido dalam bilik, rasa macam nak mengamuk sebab terlalu mengantuk, pastu bangun kene semayang dulu baru boleh tido balik.

*sapa suruh tak semayang awal-awal*

bangun jer dari tido, mandi-mandi. kul 12 baru siap. hajat dihati nak shake. tapi kene jugak masak untuk suami. owh. pagi tu awal-awal dia dah bangun sebab dia ade tournament pingpong. baru lepas letak garam kunyit kat ikan, dia balik cakap dah kenyang. hurmm..nasib baek tak sempat tanak nasi lagi. simpan balik ikan dalam peti. takde maknanya aku nak masak nasi sebab nak makan sorang. shake lagi bagus.

generasi hebat

champion tuh!

ok. dia ni sebenarnya hebat kalau bersukan. tapi masalahnya dia sangat malas nak bersukan.


petang kami bermalasan-malasan. tak keluar sebab petang ada tetamu nak datang.

suami bertanya,

'nak masak ape untuk tetamu?'

'hah? perlu masak ke? beli satey dah la..'

buat ape dok kat kajang kalau tak nak hidangkan satey kajang kat tetamu kan? ok. sebenanarnya satey beli kat cawangan dia kat bandar baru bangi jer. so takde kene mengene duduk kat kajang dengan satey. tapi isteri terlalu malas nak menggerakkan her lazy ass. so beli satey adalah yang terbaik kan?

makanya itulah dinner untuk sabtu. malam nya suami mahu keluar lepak dengan kawan-kawan. tanpa tunggu diajak, si isteri dah menolak.

'u keluar sorang la yer. i ngantuk ah. nak tido.'

*ok. malam ni dah belajar dari kesilapan, sebelum tido semayang dulu*

sedar bila suami balik tengok jam nak kul 1. hurm. cakap nak keluar minum kejap. kul 1 kejap apenye. malas nak memanjangkan cerita. mahu tido jer. mata mengantuk. basuh-basuh muka dan gosok gigi. bila tido atas katil mata keras tak nak tido. damn la mata. suami disebelah dah tido. hurm. walaupon semalam hujan, tetap tak boleh menurunkan suhu malaysia kan. tetap panas membahang. tetapi terlalu malas nak pasang ekon. dan juga terlalu malas nak g ambik laptop kat luar walaupon mata tak mengantuk. jadinya redha jer atas katil tu sampai tido.

esoknya pukul 530 pagi dah sedar.hebat giler. boleh awet muda macam sarimah kalau hari-hari macam ni. tapi tak tahu nak buat ape. bukak tv takde rancangan menarik lagi. tapi bukak je lah memeriahkan suasana. pastu baru mengadap laptop sampai pukul 745 baru sediakan breakfast.


suasana pagi. kene tambah lagi satu kipas sebab malaysia panas sangat sekarang ni. kipas atas tak membantu. kene direct kene badan barulah sejuk.

lepas breakfast. tido balik.gahaha. keji giler aktiviti wiken. bangun kul 12 masak. haha. sama ngan aktiviti semalam nampaknya. masak pon goreng ikan tenggiri, sayur rebus bayam ngan telur dadar jer. takde gambar sebab malas nak ambil phone tengah charge dalam bilik. lagi pon masak lauk macam tu macam kelakar jer kalau nak beria-ria nak g amik phone. kalau dah depan mata tak ape. alang-alang orang kata.

sambil makan sambil tengok melodi. lepas makan sambung tengok tv. join suami layan wonder girls kat youtube. pastu jumpa wondergirls versi philippino yang ternyata versinya lagi hot menggoda jiwa. namanya IT Girls. wadehek, name geek habis tapi semua perempuan itu hot habis.

pastu beria-beria nak tunjuk kat suami versi budak lelaki gemuk yang ade kat blog hanis zalikha tu. tapi habis loading jer tengok-tengok dia dah tido. akhirnya aku yang layan tengok video hanis zalikha bagi tips rambut cantik tu.

teruja disitu. tengok aksi dia yang comel beberapa juta kali. sampai bosan. pastu cakap. hurm kalau dulu. kalau kawan-kawan aku cakap slang semacam macam ni sure aku menyampah. kenapa hanis zalikha aku suka? sebab aku suka. lalu tutup ah window dia. kita update blog.

jadi terhasil lah entri ini. sila doakan malam ni aku masak bende yang senonoh sikit. baru rase macam wiken. jangan berlagak konon seorang yang buzy bekerja sampai masak pon simple nak mati. -_-"

betul ke?

orang cakap kalau selalu berak kuku dan rambut cepat panjang.

adakah anda bersetuju?

aku terpaksa bersetuju. sebab rambut aku sekarang cepat sangat la pulek panjangnye.

dulu rambut aku susah bebeno nak panjang. cepatlah jadi hanis zalikha kalau mcm ni. gaha. verangan~!

kene potong lagi ni. kalau dibiarkan panjang sikit lagi makanya rutin aku vacuum rambut hari-hari akan kembali.

Friday 19 February 2010

aku dah tua

dok sorang-sorang lagi.

dah malas nak ikut suami merempit..

rasa dah tak cool la jadi minah rempit

mesti suami suka dah xde ekor dah..hahaha *giler xcool merempit bawak bini*

asalkan xde minah rempit lain ganti tempat i suda. i ramai spy~

hehe

berblog hoping kat umah lagi best. ye dok? =)))) heaveng~

Thursday 18 February 2010

akhirnya~



LAGI 3 HARI!!

hari ni, esok, luse. pastu dah tayah makan hormon dah. dah bebas dah.

macam-macam orang cakap pasal hormon ni.

hormon boleh buat kita bertambah berat badan aka gemok. yer. terbukti.

hormon boleh menyebabkan cancer? mintak jauh~

MIL cakap adik ipar aku masa makan hormon jer period ok. lepas habis makan hormon kucar kacir balik. heh. katanya sia-sia menggemuk kan badan T_T

sape-sape ade pengalaman?

pengalaman yang baik-baik saje ye. tak nak dengar berita buruk lah. demand pulak di sini. hehe

tapi semua Allah yang tentukan. kita hanya berusaha.

mintak-mintak la membuahkan hasil.

amin.

sebab sekarang ramai orang buang anak

aku rasa mereka buang anak ni sebab masyarakat tak akan terima kesalahan yang diorang buat. dia akan dikeji. di sisih oleh keluarga. dan kalau anak tu hidup semua akan menghina. anak tu akan membesar dengan tertekan.

so, masalah buang anak ni berpunca dari kita-kita jugak la kan. aku tak salahkan orang yang membuang tuh sepenuhnya. tapi tindakan dia tuh memang sangat-sangat salah.

mari membaca sedikit.

"Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memanggil wali perempuan ini dan bersabda: Berbuat baiklah kepadanya apabila sudah melahirkan bawalah dia kepadaku." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW tidak sesekali mengeji wanita yang ingin bertaubat ini, tidak mencari dan mengheret lelaki yang melakukannya dan tidak menjatuhkan hudud ke atasnya saat itu juga. Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada ayahnya atau bapa saudaranya atau saudara lelakinya supaya menjaga wanita ini baik-baik. Betapa lembutnya akhlak Nabi SAW, sedangkan ramai anak-anak perempuan di sekelilingnya terlanjur tak dapat menahan marah ke atas mereka. Sehingga menyebabkan wanita itu tetap dalam kejahatannya bahkan bertambah jahat lagi dengan membuang bayi mereka.

Kemudian selepas wanita itu melahirkan dan cukup tempoh penyusuan bayinya, sesudah dia meninggal dalam hudud, baginda mensolatkannya.Umar RA bertanya: Wahai Rasulullah mengapa engkau mensolatkan wanita ini padahal dia berzina. Rasulullah bersabda: Wanita ini benar-benar bertaubat seandainya taubat itu dibahagi kepada 70 orang Madinah nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla".

Seperti kita, Umar mengeji sekeras-kerasnya penzina. Tetapi Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kedudukan taubat lebih tinggi lagi daripada segala kejahatan yang pernah dilakukan manusia.

so, siapalah kita ni nak mengecam berlebih-lebihan.

pesanan khidmat masyarakat dari ustazah. vain

Wednesday 17 February 2010

adeh

semalam dua orang pekerja indon cuba bercakap dengan aku masa dieorang sibuk cantas pokok kat belakang umah. tapi aku berjaya lari.

malas lah nak bersosial.

hari ni masa tengah angkat baju kat ampaian derang berjaya tegur aku.

dan dieorang ingat aku sama negara ngan dia. tanya tuan rumah cina ke melayu!

cis! cis! cis!

aku yang anggun bergaya ni die cakap bibik.

ok. semalam geek. hari ni bibik.

esok ratu cantik. gahaha.

tapi cis la ko indon. agak-agak la.

dia cakap

kailan dan tauhu telur masak sos tiram
resepi di dapo saya

die cakap masa kecik-kecik, kalau mak die paksa die makan something yang dia tak suka. dia akan buang bawah meja. konon-konon terjatuh. nanti lepas makan dia kutip buang dalam tong sampah.

tu dulu.

makan petang dia
sekarang,

die cakap dia tak suka makan tauhu telur. isteri die cakap, ape pelik nye tauhu telur. bukan nye ade rasa pape pon. tak de rasa pon. bukan nya macam tauhu tu.

tapi die cakap asalkan nama tauhu dia tak suka. isteri die tahu sangat dia ni. dia cakap tak suka sebenarnya try pon tak pernah.

isteri dia cakap. kalau dia sayang isteri dia kene try tauhu ni hari.

dia cakap. ok. die tak sayang isteri dia hari ni. esok dia sayang balik.

isteri dia cakap kalau dia tak makan tauhu ni hari ni esok lusa tulat tulit jangan harap dapor rumah akan berasap. isteri dia dah tak nak masak.

isteri dia letak seketul dalam pinggan dia. dia terus kan makan tanpa sentuh pon tauhu tuh. tiba-tiba dia cakap dia ada hidu bau hangit kat dapo.

isteri dia cuak. takut lah terlupa tutup api ke. ade bende hangit ke. terus ke dapo. tapi semua nya selamat dan isteri dia tak terhidu pon bau hangit tersebut. isteri dia kembali ke meja makan.

cis. dia mengelat. dia letak balik seketul tauhu tu dalam pinggan sayur. isteri dia bengang letak 3 ketul tauhu dalam pinggan dia.

hamik! dari satu kan dah jadi triple. sila habiskan sekarang~

dia pon makan ketiga-tiga ketul tauhu telur sekali gus dengan muka macam orang paksa makan racun.

isteri dia bertanya,' ok tak rasa tauhu tu? rasa macam telur putih je kan?'

dia menjawab, 'i nak report polis u dera i'

kesimpulannya, dia tetap tak suka dan siap cakap ayat yang konon sweet.

' tak pe lah, i tahu u suka tauhu tu. i makan kailan jer. nanti u tak cukup' -_-"

suka soya. tapi tak suka tempe. tak suka tauhu. tak suka taucu. tapi kicap sangat suka.

isteri dia pulak. semua bende yang dia tak suka di atas adalah fevevet isteri dia.

eh isteri dia ni semua pon feveret.

sayur kailan dan tauhu telur masak sos tiram


poyo je susun-susun macam ni kan. ahahaha

bahan-bahan:

1 peket tauhu telur dihiris dan digoreng. pastu susun dalam pinggan.
seikat kailan
4 ulas bawang putih
3-4 sudu sos tiram

cara-cara.

1.tumis bawang putih sampai naik bau, pastu masukkan sos tiram dan sedikit air.
2.masukkan batang kailan dulu, sesudah agak lembut masukkan daun.
3.celur-celur sekejap supaya tak overcook, keluarkan kailan sahaja. susun dalam pinggan tuh.
4.pastu curah kuah dia diatas.
5.kalau nak pekat tambah bancuhan 1/4 sudu teh tepung jagung.kacau-kacau, curah atas kailan tadi.


siap versi tak tambah bancuhan tepung jagung~

lauk ikan kukus senang chinese stail

memasak yang ikut betul-betul resepi idok syiok lah kan. lebih kurang lah ni. ikut selere ye dek non.

bahan-bahan:


bahan perap:
seekor ikan apa-apa sajor, aku guna ikan siakap. ikan mahulah fresh dari ladang.
2 sudu besar soso tiram.
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu garam.
(tumbuk, gaul sebati, lumur pada ikan. biarkan seketika)

bahan tabur atas ikan:

semua hiris sesuka hati, di tabur dan dikukus
1 batang serai
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1/2 batang carrot
dain saderi dan daun bawang
tomato
cili api
1 biji limau nipis/ limau purut. (perah)
gula sedikit



siap~