Sunday 31 July 2011

hari sabtu saya

hai semua aunty-aunty. ummi saya malas nak update blog. dia suruh saya gantikan sekejap. banyak cerita dia cakap ade dalam kepala. tapi bila nak menaip semua hilang. biasalah tu ummi cakap. bila walid tak ade, semua benda pon jadi malas. walid saya pergi outstation semalam. tinggal saya ngan ummi jer.tapi ummi kata dia ok jer. seminggu saja pon.

hari sabtu hari tu maryam bangun awal tau. ummi tak kejut pon tapi sebab maryam dengar ummmi ngan walid cakap nak pergi makan durian kat pesta duria. kalau maryam tak bangun awal, nanti maryam takut maryam kene tinggal.

Photobucket
ni saya kat pesta durian. malas la nak cerita pasal pesta durian ni. sebab saya bukan boleh makan pon lagi. saya simpan cerita ni nanti ummi cerita bila ade mood yer.

Photobucket
ini pakwe saya. eh. ni jiran saya. bila dah sekolah nanti kami sekolah sama-sama tau. tapi afeef lahir dulu. afeef dah nak berjalan dah. saya baru pro skill jadi askar dan skill jadi mop.

lepas tu kiteorang pergi teman walid buat fisi terapi. macam biasalah kat ampang. saya suka tau datang sini. tempat dia luas sangat. senang saya nak jadi askar dan mop.

Photobucket
ape-ape ponkita posing dulu

Photobucket
lamak salah posing daaa..ummi nanti delete gambar ni please. tak cantik la nanti bakal suami maryam nampak jatuh la saham.

Photobucket
kat sini saya suka main kejar-kejar bola

muka saya yang tengah excited kejar bola. ummi kata masa baby ni buat la macammane pon, nampak cute. bila dah besar jangan buat muka macam ni ummi cakap. buruk bebenor

Photobucket
yeay dah dapat bola~!

Photobucket
ni walid yang tengah buat regangan. therapist tu nama hanif.

ummi cakap nanti kalau nak cari suami cari yang macam hanif. kurus tinggi. muka pon hensem. isk ummi ni. sape nak kawen ni. ummi ke maryam? hurmm. maryam kecik lagi. tak nak lah pikir pasal kawen-kawen lagi.

Photobucket
lepas tu kiteorang pergi buat simkad ummi.

Photobucket
saya suka la kat sini. semua kaler terang-terang

Photobucket
ape entah saya tilik. saya pon tak ingat.

Photobucket
lepas tu saya bosan saya main kain ummi.cuba cari walid saya.

Photobucket
lepas tu saya rasa tak selesa. saya mintak ummi salinkan pampers saya.

Photobucket
lepas tu kiteorang pergi makan. ummi ngan walid makan sedap-sedap, maryam boleh makan carrot ngan brokoli jer. tapi bagi jugak saya try ikan sikit.

Photobucket
ni sebelum balik. saya dah penat sangat dah. saya ngantuk. cuba teka kenapa saya salin baju.

cer teke. cer teke

lepas tu kiteorang balik lah. sebab saya penat sangat. tunggu masa jer nak buat concert.

nanti untuk cerita penuh ummi lah yang cerita.maryam tak retilah.

k lah babai.maryam nak menyusulah. upah type entry ni. dahaga tau.

Saturday 30 July 2011

sentap buat kali ke 2 juta!

tadi pergi gardens sebab nak pergi digi center. mahu membuat sim card barulah. sebabnya iphong tak jumpa-jumpa. i takde hal takde fon sebenarnya. bukan ade orang nak call pon. tapi susah jugak untuk tujuan kecemasan. makanya sekarang i sebagai pewaris tunggal dia memang sejak zaman berzaman mewarisi enset dia. dah memang ditakdirkan begitu kut. ngam-ngam dia tukar phone, phone i pon hilang. -___-"

alang-alang dah sampai gardens tu kan baiklah kita memanjangkan langkah ke kedai berhampiran. ramai giler-giler-giler orang. gardens dah jadi midvalley dah. penuh orang.

so alang-alang berjalan takde tujuan tuh i gesel-gesel lah husband. dapat seluar sehelai pon ok dah. jeans i sekarang semua kembang-kembang. (jeans yang beli selepas beranak lah. seluar zaman tak de anak tak muat pon lagi). berat tak turun pon tapi seluar semua longggar. secara logiknya memanglah sebab seluar boleh mengembang, tapi i nak pikir sebab i kurus dah sikit tapi berat jer tak nak turun. boleh? -____-"

masa dok kirai-kirai seluar half price salenye, i angkatlah jeans saiz 8. gulp. besarnye. tapi i agak yakin i mampu masuk dalam seluar tu. mungkin ketat. tiba-tiba ade orang menyampuk,

"kecik la tuh. mesti tak boleh nak masuk pon"

*kembang kempis hidung menahan kemarahan sambil menjeling tajam*

"suke hati u jer. boleh lah!"

"ok, cuba try. kalau muat i bayar"

"ok!"

*masuk fitting room*

"see.muat ok! ingat bini u ni gemuk sangat keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

I MUAT OK SAIZ 8.

marah betul. tapi i beli yang one saiz bigger la. saiz 8 tu memang la muat tapi ketat gelemat orang german kata. tak kisah la kan. boleh jugak masuk. orang tu cakap tak boleh masuk pon. emo tau. emo!

saiz 10? omg!

Friday 29 July 2011

kita orang perempuan memang selalu menjadi mangsa keadaan: TAHAJJUD CINTA

tengah tengok tahajjud cinta

suka tengok ustaz tu layan isteri-isteri dia

lemah lembut jer
cakap lembut jer
menegur dengan kasih sayang dan penuh hikmat

tapi kahwin ramai la pulak. -___-"

mana yang korang nak?

mr X yang bersifat:

asal cakap jer nak menempik
cakap asal keluar suara
asal marah jer sepak terajang
tapi kahwin kita sorang je.

nak ustaz ke nak mr X?

tak nak dua-dua!

haha..saya nak husband saya

Thursday 28 July 2011

saya nak link-link kamu semua yaw~

i tengah semangat nak menyusun atur blog yang berterabur ni. tapi masih dalam pembikinan lagilah. sekarang ni tak dak masa lagi (eceh. macam buzy sangat).next week husband outstation so free la sikit kan i. so i ngat nak letak balik link-link blog yang i baca kat dalam blog ni balik. leceh la pulak aku rase nak bukak dua blog. aku ni kan pemalas.

sekarang ni bertabur giler sebab aku malas nak update link kat blog tanah jajahan tu. ade aku follow jer malas nak letak link kat situ. ade aku tak follow aku letak link. ade aku follow dan aku letak link. macam-macam ade. suka hati mak jer. sekarang nak menyusun semula. mana blog yang lama tak update tuh unfollow ah gini! (merajuk)

walaupon aku rase aku dah follow banyak blog. and list blog yang aku link pon banyak. tapi kenapa entah asyik rasa tak cukup bahan bacaan jer.korang yang aku follow ni pemalas betul update blog. i need hiburan tahu? i need bahan bacaan.

(mati kalau husband aku baca ni. konon banyak sangat masa free kan. rumah bersepah tak kemas)

so plis korang-korang yang rasa blog korang menarik (ceyyy). tinggal la link korang yer.

Photobucket

sahabat.aku rindu.padamu.







creamy spicy seafood pasta

ini resepi untuk orang yang suka makan pasta. tapi tekak dah terlalu melayu sangat sebab membesar dengan budu.

Photobucket
melayu stail.=p

ok, jom kita mulakan resepi yang senang setiap rumah pasti ade bahan nya kalau tak de dan malas pergi kedai ganti jer ikut kesesuaian.

bahan:

apa-apa pasta 2 orang makan dicelur (angel hair i guna)
olive oil secukup rasa
seafood ikut ape yang ada dalam peti(kali ni guna udang dan fishball)
1/2 labu bawang besar(cincang)
3 ulas bawang putih(cincang)
4 biji cili padi (hiris halus)
12 (ketul?) cendawan shitake buang batang hiris jugak
1/4 biji capsicum/lada benggala (potong ikut suka hati)
1/2 cawan susu
1-2 keping keju (or ape-ape keju)
1 sudu besar italian herb
2 biji limau nipis
garam dan gula

1. tumis bawang dan lada sehingga lembut dan naik bau sahaja. jangan garing yaw. bukan nak masak sambal ni. eh. emo pulak
2. masukkan seafood pilihan anda. biar separuh masak jer.
3. masukkan cendawan dan lada benggala.kacau. kacau.
4. masukkan keju tunggu larut sikit.
5. masukkan pasta. susu. italian herb.
6. kacai sampai sebati. tambah air ikut banyak mana kamu nak kuah.
7. masukkan perahan air limau. gula dan garam. rasa yang kita mahu adalah masam, pedas, masin dan manis. eh. secukup rasa lah orang kata.

sila makan panas-panas. kalau husband kamu dok sibuk nak mengadap lappy ke, tengok bola ke, cakap

"kalau u tak nak makan sudah. i habis kan!"

nescaya cepat-cepat dia datang ke meja makan sebab tak nak wife dia makin gemuk pasta ini terlalu sedap untuk di lepaskan. kami sangat suka. anda juga pasti suka. kalau tak suka jangan marah kami pula.=p

eh. jangan lupa tutup api tau~

Photobucket

Photobucket
ni hari lain tapi resepi sama jer. seafood jer yang lain.



ubat stress

saya stress sebab:

1. semangat nak shopping tiba-tiba membuak-buak tapi nak request tac no tak boleh sebab iphong tak jumpa lagi.

2. orang asyik promote pb jer suruh kurus. saya rela gemuk dari mengayakan bos-bos kamu tahu?

3. orang dari planet mana tiba-tiba datang bagi tazkirah? awak tak kenal saya so jangan kata apa-apa.

4. hujan lebat kat luar rasa nak tido tapi mata tak ngantuk. rugi!

5. kain banyak tak lipat. maryam mood tak ok sangat. tapi gigih jugak nak buat macaron. tapi tak jadi. kalau tahu lipat kain je sambil main ngan maryam.

6. saya kekurangan kasih sayang.

jadi ubatnya ialah

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang,
orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada ''Pesta Jom Makan Durian'' di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS) Khalilah Datuk Mohd Talha berkata pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada).
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan
mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya


jom.jom.jom!

sebelum berpuasa kita melantak durian jom.

kiteorang pergi sabtu pagi. pergi dengan jiran tetangga. jumpa anda disana~

parti buih

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday 27 July 2011

tokey four season gigit jari wak cakap lu~

Photobucket
cubaan ke 3

rupa?
warna dah seakan. cuma tak cukup halus. tapi ok lah tuh~

rasa?
udang wa manyak umpphh..kalah la itu four season. tapi egg floss wa kalah lagi woo.. wa lase die letak itu bahan perisa perisa ayam dalam itu floss. dapur waa mana ade lorr..nanti next time wa beli wa letak lorr. tapi untuk homemade bebas ajinamoto boleh tahan lorr.

Photobucket
butter prawn terbaik dari ladang lorr

ikan terubuk masin goreng sebab teringain tengok gambar entry semalam. sendiri buat entry sendiri teringin lorrr

sayur air kubis carrot dengan bunga kubis. sayur air saja lor. yang lain dah cukup lemak lorr.

wa manyak suka semalam sebab sudah jadi sedikit cantik dan dia punya rasa pon wa manyak suka. sendiri masak sendiri puji. tapi ade wa kisah? ngehehe

Photobucket

Photobucket

Photobucket
wa guna ini udang lor buat itu butter prawn. sikalang wa manyak sangsi, udang besor punyer ni yang sedap ke, wa masak sedap.

gebu tak tangan waa?

cuba teka berapa kolestrol masuk dalam badan wa semalam.

-____-"

ipong ilang

dah dua hari takde fon ni..kalau nak berhubung dengan saya fb ngan gtalk jelah yer. tweeter jugak.tak tahu letak kat mana. call masuk voicemail. isk.

3 hari lepas kunci rumah xjumpa. terkurung dua beranak dalam rumah tunggu husband balik.

i tak cari pon sebenarnya. kalau aku cari barang hilang aku stress. nanti-nanti jumpa lah tu.

dengan ini saya mengumumkan hari ni hari malas giler tak de mood sebab kekurangan kasih sayang.

bai

maryam kene buli

PhotobucketAlign Center

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday 26 July 2011

maryam hari ini

Photobucket
cak! baru bangun tido

yeay..saya dapat pegang tali camera ummi.
(eh. bila camera walid tukar nama jadi camera ummi?)

Photobucket

ummi balut saya macam baby. alamak. kaki dah panjang daaa..

Photobucket
tak suka la ummi

Photobucket
rimassss

Photobucket
memberontak. haha!

(ngenat la ummi ni)

Photobucket
makan sangat comot sebab dia menyembur. tak pasal-asal kene mop lantai lagi

-_____-"

Photobucket
dan kene mandi sekali lagi

Photobucket
saya mengamuk sebab saya tak suka pakai baju

Photobucket
"maryam smile maryam"

Photobucket
tak nak. merajuk ummi paksa pakai baju

merajuk tak boleh minum milk. nak senyum ke tak?

Photobucket
eh. nak milk. senyum cam ni cukup?

tak cukup kene senyum lagi

Photobucket
canni eh?

huhu. i love u maryam

mencuba benda baru

i masih lagi penat tidak bermaya sebenarnya. hari ni i nak shake dan minum tea herbalife secara berhemah. mana tahu ade energy lebih sikit. tapi dalam penat-penat tu, penat buat kerja rumah jer. bila masuk dapur ok jer memasak. semangat tu penting.

semalam cubaan buat nasi tomato. i tak suka sangat nasi berperisa ni. macam nasi beriani ke, nasi minyak ke. kadang-kadang i pergi kenduri kahwin pon kalau ada disediakan nasi putih i ambik nasi putih. huhu. tapi husband sangat suka. lagi-lagilah nasi beriani. nak buat nasi beriani macam tak mampu lagi. kita start dengan benda senang dan tak banyak bahan dulu. nasi tomato.

Photobucket
nasi tomato dan kawan-kawan nya

resepi nasi disini

dalca tulang rusuk, udang tumis madu, acar timun, sambal

Photobucket
acar timun ni penting. penghapus kemuakan.=p

Photobucket
dalca tulang rusuk guna bahan yang ado jer.

Photobucket
udang besar punyeerrr

udang masak tumis madu

Photobucket
pinggan i.

ade orang diet nak kurus makan macam i?

-____-"

nasi tuh aroma sedap. resepi kat sini. husband cakap rasa pon ok. i bukan penggemar nasi berperisa ni so bagi i makan macam kat bawah ni lagi sedap



















































Photobucket
nasi putih, ikan goreng bodoh-bodoh, gulai lemak, ikan terubuk masin goreng, sambal

masak tak renyah. rasa? terrrrbaikkk!!!