Friday 30 November 2012

baby shower





Assalamualaikum dan selamat...pagi!
Tak boleh tido. Update blog lah kan. Hehe

Syukur alhamdulillah walaupon i bukan ditakdirkan untuk mendapat rezeki harta yang melimpah ruah, tapi selalu dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Gitewww!

I tak pernah terpikir pon akan ade baby shower lagi bila dah pregnant ank ke 2 ni kan. Masa maryam dulu kira ternanti-nanti jugak lah (eh alamak bocor rahsia). Tapi thanks to husband nd rakan-rakan yang aturkan surprise baby shower ni. I kene berhati-hati lebih no? Bahaya ade kawan- kawan dan husband yang pandai berlakon ni. Terutamanya husband la kan!

Thanks. Thanks. Thanks. Sebab buat mak buyong terasa sangat happy semalaman. Dan maryam pon sangat lah happy malam tu. Gelak and main sepanjang malam. Nangis masa nak balik sebab terhantuk kat meja. Hehe rosak terus mood . Thanks jugak yang tak dapat datang sebab jauh. Tapi terlibat dengan dengan lakonan pon ok dah. Hehe. saya sayang semuaaa orang. Sebelum entry ni jadi macam speech retis menang anugerah baik i stop.

Sebelum tu. Lagi pasal NIP. Seriously ade org horny bila tengok perempuan dok menyusu lagu ni apa pon xnampak? Masalah dah tu kalau ade orang terasa ape-ape. Ni adalah situasi biasa i kalau keluar. Maryam adalah budak tak kenal ebm. Botol susu apatah lagi. Kalau keluar makan memang masuk kedai cari tempat strategic yang i boleh menyusu. Kiranya walaupon tercover, i still cari tempat yang tersorok. Lagi yakin. Kawan - kawan pon dah tahu sangat. I akan dapat special seat biasanya. Yang paling kedalam. Tapi if terdesak, belasah sajor. Dah pro yo!


Nursing cover pon dari yang cute cantik, bila anak besar macam-macam gaya menyusu ni dah tukar ke yang saiz selimut. My friends panggil apron. Perempuan bukan senang-senang sajer -sajer suka-suka nak tunjuk tetek dikhalayak ramai yg bukan muhrim. Insyaallah kalau yang waras akan cuba cover cmane pon. Dan nasib baiklah suami mak jenis ok kalau nk nip. As long as tercover. And dialah pon yang beli baju nursing, nursing cover. Supaya isterinya boleh bagi anak dia makan bila perlu dalam keadaan tercover. Dia lagi bising kalau i pakai baju ketat tudung singkat. Pasal nip dia tahu i tahu ape yang i buat.

Last sekali, rindunya zaman bujang berjimba dengan rakan-rakan. Dan bila main kad memang akan mengimbau kenangan lama. Skrip lama pon berulang. Orang yang sama yang akan kalah. Org yang sama yang akan jadi orang yang "10 minit kemudian". Walaupon kejap jer main atas faktor 'hoi esok kerja la', 'arghhh..maryam dah bosan so kene balik' , tapi cukup lah untuk mengimbau kenangan lama. ;)

dan bie, i love u soooooooo much!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 28 November 2012

36 minggu.





Assalamualaikum..
Suka cermin ni. Sbb boleh menampakkan diri kurus sedikit. Luar lagi gumuk . Hahaha Finally. Dah 9 bulan. Sedikit sahaja lagi. Lepas ni boleh bercuti panjang. Cey. Bercuti la sangat.
  Maryam pon sedikit lagi nak dua tahun. ;) Sekarang ni tengah bergelut dengan maryam tak nak makan. Lepas dia demam hari tu. Bukan tak nak makan langsung. Tapi ikut suka mood dia. Kadang tengahari banyakkk. Petang xnak langsung. Kadang makan 2,3 suap. Kadang makan lauk ngan sayur jer. Kadang kalau buat sayur brokoli dia makan brokoli jer. Tapi breakfast alhamdulillah makan jer.
Hari ni masak bolognese. Banyak dia makan. Makan bersepah-sepah. I biar jer asalkan dia makan. Keluar tengok-tengok dah tido dah sorang-sorang. Tangan ngan mulut pon tak basuh. Dah la pegi panjat sofa. Bejurusss la anok.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 22 November 2012

crepe with banana and honey

Berlempengan maryam hari ni. Dan macam biasa, kalau orang masuk dapo dia nak masak jugak. I bagi dia kacau- kacau adunan. (yang dah siap). Bagi dia tengok kita masak dia punya lempeng. Bagi pegang senduk, as if dia yang masak. Tak sabar ok dia nk makan. Siap yeay tepuk tepuk tangan. Hasil masakan sendiri lah katakan. Kah kah kah.

Tunggu maryam besar sikit lagi jer ummi bagi masak ok. Sikalang tengok belajar dulu. :)

Resepi asal i amik kat sini

http://periukbelangazarin.blogspot.com/2012/10/crepes-and-apples-for-breakfast.html?m=1

Ni resepi asalnya

ingredients

1 cup all-purpose flour

2 eggs

1/2 cup milk

1/2 cup water

1/4 teaspoon salt

2 tablespoons butter, melted

Directions

1. In a large mixing bowl, whisk together the flour and the eggs. Gradually add in the milk and water, stirring to combine. Add the salt and butter; beat until smooth.

2. Heat a lightly oiled griddle or frying pan over medium high heat. Pour or scoop the batter onto the griddle, using approximately 1/4 cup for each crepe. Tilt the pan with a circular motion so that the batter coats the surface evenly.

3. Cook the crepe for about 2 minutes, until the bottom is light brown. Loosen with a spatula, turn and cook the other side. Serve hot

Tapi i buat separuh jer dari adunan ni. Dapat la 2 biji. Satu untuk ummi, satu untuk maryam. I ganti kan tepung tu dengan tepung atta. Sebab tepung atta ni keras sikit nanti hasilnya i tambah lagi 1/4 cawan air. Abaikan garam. Dan guna unsalted butter. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 21 November 2012

minum air gula




budak kecik kene bangun mandi awal teman ummi minum air gula.

Ni cerita dua minggu lepas.hehee. biarlah basi pon kan >..<
Masa check up baby 32 minggu i kene minu air gula. So kenela berkampung kat hospital tu dari pagi sampai petang. Sebab appointment dengan doc pulak petangnya. Pagi minum air gula.
Dijadualkan i kene minum air gula pukul 9. Ade 3 orang orang hari tu peneman minum air gula. Tp kul 10 baru minum. Pukul 12 amik darah. Nk kene stay tunggu jumpa doc kul 2. Tapi naseb baik dr baik hati dia selitkan slot sblm lunch so xdelah kene menunggu lama sangat. Result alhamdulillah 4.3.


Cerita air gula ni selalu ngeri. I selalu takut nk minum air gula sbb selalu tengok orang macam susah jer nak habiskan air gula satu mug ni. Selama ni i terselamatkan, so tengok jelah orang. Hehe. Rupanya takde la teruk sgt. Boleh habiskan kejap jer. Glup glup glup. Habis.

Mengintai adik maryam jugak. Adik maryam besar sikit kut dari maryam masa 32 minggu.huhuhu. tapi jangan besar sangat baby. Kita membesar kat luar yer.


Maryam pulak hari tu i masakkan baked pasta. Makan sambil main alhamdulillah sekarang dia dah nk bergaul main ngan orang share mainan. Kalau dulu, ade budak masuk bilik mainan tu habis la mood dia. Ni siap ikut orang main lagi. Good girl anak ummi. Tu baru bagus.
Sekarang dah nk masuk 35 minggu dah. Cepat kan! Semoga kali ni semuaaaaa dipermudahkan. Amin.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 20 November 2012

ucu

ucu maryam

ni adik i yang paling bongsu. lama tak bercerita pasal dia. dia sangat special dalam family kiteorang. anak bongsu, gap umo jauh, istimewa (sindrom down) so dia adalah macam maharaja dalam family. hahaha. semua orang kalah dengan dia.

suka sangat main air. kalau datang rumah i suka sangat lah kalau boleh mandi pool. tapi biasanya jarang ade orang nak bawak turun dia sebab penat nak kawal. =P memang penat pon. abah i pulak sakit pinggang. memerlukan bantuan dari anak-anak. 

masa dia kecik, dia sangat rapat ngan awoh. boleh dikatakan dia terjaga lah. dan boleh berdikari and terkawal (saudara kiteorang, merangkap helper kat rumah kiteorang) sampai lah awoh kawen, dia macam memberontak, plus my mom ngan my dad kerja xde masa nak melayan dia 24 jam. siang dia tinggal ngan mak cik i. sampailah i habis belajar, menunggu hari nak kawen, tengah buat preparation kahwin sambil-sambil jaga dia selama 3 bulan. masa tu i jadi penjaga dia sepenuh masa, mandikan, bagi makan, hantar sekolah, balik sekolah. masa tu dia manja giler ngan i. and i rasa perangai dia pon terkawal lagi masa tu.

dia dah boleh berdikari sikit-sikit dulu sebab masa tadika dia bersekolah untuk budak-budak special macam dia. sekolah under lion club tapi dia macam charity, atas budi bicara kita nak bayar berapa. tapi puas hati hantar kat situ sebab cikgu memang terlatih dan shahir belajar banyak benda kat sana. dia pon suka pergi sekolah. tapi jauh lah. kat kota bharu. tapi ok jer semata-semata nak shahir belajar something kan. kalau kat rumah ape jer dia belajar. tapi sekolah tu sampai 7 tahun jer. dia tak terima budak besar.

jadi shahir didaftarkan di sekolah kebangsaan, kelas kanak-kanak khas la kan. sebab i kat rumah tak de ape pon nak buat, kadang-kadang i tunggu jer dia kat sekolah. tapi dia tak boleh nampak i lah. tak pon i datang awal. i nak tengok keadaan dia. ape yang dia belajar. ade la jugak parents or nenenk datuk budak-budak kat situ yang memang datang awal, ortak balik. berbual-bual lah dengan mereka. tapi pembantu and cikgu kat situ tahu biasanya i ade jer sekitar sekolah tu, so kalau shahir buat hal, keluar kelas masuk main dalam bilik air ke, dia try cari i dulu. i yang kene handle. kalau i tak de dieorang la kut handle. kuttt

(no offense eh, cikgu pendidikan khas, maybe ni cikgu yang i jumpa. tapi kalau korang menjalankan tugas dengan baik. alhamdulillah berjaya memikul tanggujawab dengan baik. tahniah! so jangan terasa) sepanjang 3 bulan i dok jaga shahir tu, ape yang i perhatikan budak-budak memang baik dengan pembantu lah. pembantu lah yang banyak uruskan mereka. yelah. tulah tugas pembantu kut. cikgu-cikgu ni tugas dia mengajar eh? so banyak masa dieorang dalam bilik cikgu. masuk kelas kejap-kejap dalam 5-10 minit ajar menyanyi. pastu kembali ke bilik dieorang buat kerja. shahir pernah terlepas masuk bilik dieorang, so pembantu panggil i suruh panggil shahir (benda macam ni pon i kene buat, mentang-mentang dia tahu i ade kan) i ternampak lah cikgu-cikgu dok berbual-bual sambil makan. pembantu sedang uruskan budak. (mungkin kebetulan i masuk bilik tu dieorang tengah makan sambil berbual. sebelum i masuk memang selalu buat kerja berhenti rehat sekejap. bersangka baik)

i banyak stay kat sekolah sebab i nak belajar sebenarnya. camane cara dieorang handle budak istimewa ni kan. cara bercakap, cara memujuk, cara mengajar. boleh i praktikkan dirumah. tapi maaflah. 3 bulan i tak belajar ape-ape. tapi sekali lagi bersangka baik. baru 3 bulan jer. mungkin dia nak shahir sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dulu. bukannya nak suruh shahir pandai sampai upsar dapat 5A pon. at least pandai berdikari la kan. tapi mungkin la. 3 bulan tu terlalu singkat sebenarnya. i pon tak nampak sangat ape yang dia belajar. pernah la tengok cikgu dia bawak radio pasang lagu. masa belajar lain mungkin masa i keluar kejap-kejap pergi kedai , masa i balik rumah kejap tu. lagi pon mengajar budak macam ni macam ajar baby lah kut eh? sesi dia kejap-kejap jer. kuttt

tapi i ade ikut lawatan sambil belajar dieorang kat hospital. kat situ banyak lah i belajar. i kene ikut kalau nak shahir ikut. sebab dieorang takut shahir takleh nak handle. takde masalah. since my mom pon kerja kat hospital tu. kalau bawak keluar budak istimewa ni tanggungjawab lebih la sikit kan. kalau budak hilang naya. kat sini baru lah nampak cikgu-cikgi memainkan peranan. bukan semua pon yang lepas tangan kat sekolah tu, memang nampak la ade jugak cikgu yang bagus layan budak-budak ni. nampak keikhlasan dan kasih sayang. maybe i yang nampak yang tak cukup kasih sayang. biasalah kan. manusia nampak yang buruk jer. ade lah yang berminat dengar taklimat dari pihak hospital, tanya masalah pelajar dieorang, cara nak mengatasi, masalah kesihatan. baguss. ade jugak yang duduk jer belakang berbual, bila akhir majlis mintak nak slide show sebab nanti senang nak buat assignment sebab tengah sambung belajar. =O

sekali lagi, 3 bulan terlalu singkat. pejam celik, pejam celik dah 3 bulan. tiba masa i kahwin dibawa suami. tugas ambik shahir dipikul oleh abah i pulak. bermula drama lepas tu. shahir main air kat sekolah pon dia call my mom. call my dad yang tengah bermesyuarat kat sekolah. sampai satu hari cikgu call shahir tak boleh berdikari. dia kene masuk sekolah lain dulu. masa tu i belum pon sebulan kahwin. and yang bagusnya, cikgu tu buat report, my parents yang mintak shahir keluar pergi sekolah lain. hurmmm...

kat sekolah baru tu, cikgu sikit dan student ramai. tapi cikgu-cikgu adalah baik. cuma dia terlalu bagi kebebasan kat kat shahir. pergi sekolah shahir tido jer. -____-" lepas tu lamaaaaa dia tak pergi sekolah sebab takde orang nak jaga dia kat rumah lepas balik tengahari , hantar bagi mak cik i yang jaga. lepas abah pencen baru hantar g sekolah balik. dia dah seronok kat rumah. perangai susuah nak kawal, agak degil, dah remaja pandai memberontak. abah i dah tua, sakit pinggang tak leh nak handle dia sangat. dia pon semakin hari semakin besar. so sekarang i rasa dia makin susah nak handle.

kesimpulan dari cerita ni, korang tahu tak kat mana nak hantar budak macam ni. kat kelantan or kalau kat kl pon sesi yang jarang-jarang tapi berkesan je lah yang boleh join since my mom kerja lagi nak suruh dia pandai berdikari jer. kat sekolah pendidikan khas i tak nampak benda ni akan berjaya. ke tak cukup lama tak tahu lah. ajar kat rumah korang tahu lah anak dengar parents sendiri kan. bukan dia nak dengar. lagipon dia memang dimanjakan oleh my parents. susah jugak terlalu dimanjakan ni.

ke sapa-sapa nak share pengalaman ke, umur 11 tahun ni memang masa dia cepat memberontak ke, maklumlah nak remaja kan. dulu kanak-kanak. sebab i ade jumpa mak-mak yang ade ank sindrom ni, umur ni dieorang cakap memang susah nak handle. bila makin besar makin pandai. tapi i tengok ade jer yang ok. cikgu dia cakap atas budak lah.
ok sekian kisah ucu maryam. 

ni kesah mak tok maryam melayan cucu pulak.

rayyan kecik-kecik dah terer main slide besar

dan memanjat. hehe

ngan ayoh mi dieorang



Monday 19 November 2012

setahun 11 bulan.


assalamualaikum dan selamat pagi!

my baby dah 23 bulan hari ni. lagi sedikit nak cukup 2 tahun. kalau dulu ummi tak nak awak awak besar, sekarang ummi dah tak sabar-sabar nak tunggu awak 2 tahun. heeee

alhamdulillah. masih lagi menyusu susu ummi. fully bf. masa kecoh-kecoh pasal NIP 2-3 minggu lepas mak ade lah jugak membuang masa membaca komen. best jugak tengok orang gaduh kan. >..<  ade orang sibuk nak komen as if dia tahu semua benda tapi fully bf ngan exclusive bf pon tak tahu beza. how laaaa? mak rasa if tak tahu pape baik senyap no? kalau tak nampak sangat lah kepandaiannya. eh. ok. mak senyap. nak cerita pasal anak niiii

sekarang ni susu ummi tengah banyak dah kut. akhir-akhir pregnancy ni. breast pon asyik membengkak. sesuai lah dengan mood dia baru lepas baik demam. demam dah ok. tinggal batuk and selesema kadang-kadang. so selera makan dia menyusut. sangat susah nak agak. nak makan, tak nak makan suka hati dia jer. huhu. lagi suka mengempeng. if dibiarkan dia boleh baring sepanjang petang mengempeng. mak lenguhhhhh. dah la ngan sakit pinggang ni kan. dia macam balas dendam lepas ni ummi bukan dia punya sorang-sorang, so nak bermanja mengempeng puas-puas.
`
kemanjaan pon boleh tahan la sekarang. sampai tahap nak keluar bilik ke ruang tamu pon tak nak jalan. nak dukung. sangat la sensitive. suka sangat nangis *eh bukan memang suka nangis ke?* hahaha. makin kronik la dengan kata lain. tapi entah lah, i rasa lagi boleh sabar dari sebelum-sebelum ni bila mengenangkan lepas ni i dah tak boleh nak tumpukan perhatian kat dia seorang. so baik lah maryam. dalam masa sebulan ni, awak boleh buat suka hati awak nak. adik keluar nanti. siappppp! =D

dah boleh harap bab mengambil barang. heee. umminye kan dah susah*ehem* malas*ehem* nak bangun bergerak, kadang-kadang phone dok luar, i dok dalam bilik, suruh jer dia pergi ambik. nanti dia terkedek-kedek la keluar cari. kalau dulu boleh suruh ambik benda depan mata jer. dah boleh suruh simpan pinggan dalm sink. tolong buang sampah dalam tong sampah. makin senang kerja mak kau. =p

bercakap. alhamdulillah. setiap hari semakin banyak cakap. makin nampak progress. dah mula ikut kita bila ajar 1,2,3 dan abc. alif ba ta tak nak ikut lagi. padahal alif ba ta yang ajar dulu. tak cukup kerap kut. huuuu. sekarang tengah ajar shape. dia kenal star dengan circle jer. yang lain senyap lagi. xpe baby. take your time. body part dah berjaya sepenuhnya alhamdulillah.

memang dah pandai sebut ummi. tapi bila panggil still nak sebut 'abah'..hurmm. kene betul kan selalu. walid dia kalau tunjuk dia cakap la 'led'. tapi bila panggil dia panggil 'bie'. siap ngan nada sama ngan i panggil pulak tu. walaupon rumah ku syurga ku ni cute jer, tapi bila dok dalam bilik, orang kat luar memang tak dengar la kalau panggil manja-manja kan. ke masalah sound system orang rumah ni tak tahu lah. so selalu kene panggil berkali-kali dengan nada yang main kuat and makin panjang. gitu la maryam kalau panggil walid dia. "bieee, bieeeeeeeeee, bieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" -_______-"

dah pandai memilih baju. dia lagi suka kalau baju tu kaler pink. and ade bird xpon kucing. bru-baru ni aunty munie dia kasi baju tido hello kitty, tak boleh tengok ok baju tu. kalau siang pon mintak nak pakai. -___-" ade satu tshirt berjalan dia ade gambar kucing pon dia suka jugak. sangattttt suka kucing. sangatttt suka star. sekarang kan deko-deko kat mana-mana pasaraya banyak theme christmas, ade banyak bintang-bintang. dia tak nak gerak dari tempat deko tu, sampai la dia penat dok sebut "star, star, star"

 first time dia nak duduk dan tido dengan sendiri nya dalam car seat. biasa kene tunggu dia tido then i letak dalam dalam car seat.

ade drama berlaku di sini. yang orang lain tak tahu. husband mak pon tak tahu. ni hari nak balik kampung, maryam dok seat depan, and i dok seat belakang. maryam masuk kereta, terus nak duduk atas car seat, and sekejap lepas tu dia pon tertido. mak dok berdrama lah sorang-sorang kat belakang ayaq mata meleleh sebab anak dah berdikari dah nak dok atas riba. rasa macam dah tak diperlukan. -____-" macam beza seat depan ngan belakang tu jauh sangat. tapi husband xperasan sebab hari adalah hujan lebat dan dia tengah drive. naseb baik kalau tak kene gelak, tapi sedih yang sementara jer! bangun jer tido sibuk nak dok belakang jugak!!! dan rutin biasa kalau dalam kereta pon bermula. nak milk. pastu sleep. pastu nak milk. pastu sleep. sampai mak lenguh habis satu badan nak sampai ke kelantan. dah la masa tu hampir 12 jam perjalanan. masa tu tak de dah nak sedih-sedih rasa anak dah besar ke ape. rasa nak soh dok diam-diam dalam car seat pulok. lenguh pinggang anok~

ni pulak cubaan tido diatas katil sendiri malam pertama.

malam-malam i dah susah nak tido. kene cari position yang selesa. so memerlukan space yang besar. lapik perut. peluk bantal, lapik belakang lagi. jadi i pon masukkan katil dia letak sebelah jer ngan katil kiteorang. dekat bersambung pon. tapi katil dia lagi rendah la dari katil kiteorang. tapi tak berjaya cubaan pertama. sebab end up i yang tido sekali ngan dia atas katil kecik tu sampai pagi. sebab tertido dia bangun menyusu banyak kali. begitu jugak ngan malam kedua, dan ke tiga. asyik sedar jer. tak pon dia melompat naik tido atas katil mak. rindu bau ummi. =p so sampai sekarang katil tu terbiar. dia tak nak tido. nak tido atas katil kiteorang jugek. so bersempit la kami 3 orang dengan bantal nya lagi. nantilah nak try lagi. sebab masalah tido malam makin kronik.

ok maryam. awak dah besar tau. dah nak dekat 2 tahun. dah tak baby langsung dah tau. dah nak jadi kakak dah insyaAllah. so please act like one. hehe. jangan mengempeng kuat sangat sayang. nanti ade baby bukan ummi suruh stop pon. ummi suruh share je. ummi ngan walid love you so muchhh!

Thursday 15 November 2012

tak cukup masa


Setiap pregnncy pengalaman dia lain - lain kan. Tak nak merungut banyak. Alhamdulillah. I masih boleh survive. Hihi
Bagi yang bertanya, alhamdulillah i sihat lagi ni. Ade jer ni dok makan tido. Cuma sedikit buzy melayan family datang kl cuti sekolah ni. Dan melayan cik puan kecik. Dan tuan besar of cos!
Tak bersalin lagi la hoi hoi. Baru 34 minggu ni haaa. Hehehe. Doakan i sihat. Baby sihat. Maryam sihat. Semua selamat. Insyaallah kalau rajin i update. Byk benda nk cerita. Kalau dah basi tak best nak cerita. Tapi kene g mengemas dulu. Bye!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 1 November 2012

give more. expect less

 assalamualaikum~

salam jumaat.

kita bukan nujum pak belalang. tahu ape dalam hati perut orang. buat jer part kita seikhlasnya. benda-benda lepas tu, orang nak appreciate syukur alhamdulillah. kalau tak pon tak pe. kita buat kerja kita jer. sekian sahaja tips nak happy buat hari ni. =)

hari ni bangun pagi. buat puding roti maryam seikhlasnya.


dia tak bangun lagi. boleh lah bakar. bakar mabik masa sikit. kalau oven i ni, suhu 180, 40 minit jugak kene bakar.

 resepi sama jer ngan sebelum ni. cuma kali ni i bakar and tambah unsalted butter sikit.

1 sudu teh unsalted butter
1 biji telur
1 keping roti
sebiji pisang
air untuk rendam roti sampai roti terendam sepenuhnya

rendam roti dalam air. pukul telur ngan unsalted butter. campur dengan roti. campur sekali ngan hirisan pisang. masuk dalam oven suhu 180 degree C, selama 40 minit, or sampai masak.

dah siap~

puing roti bakar dengan sos yogurt kurma

sos yogurt kurma ni senang jugak nak buatnya. blend jer 2-3 sudu besar yogurt dengan sebiji kurma. makan ngan puding roti

sedia untuk di ngap oleh tuan puteri







walid baru potong rambut semalam. pendek sikitlah dari biasa. tapi ok jer. budak ni rambut dia kalau yang depan ni cepat sangat panjang masuk matanya.

yogurt drink kegemaran ummi.

kurma+ air masak+ fresh milk+ kurma+ badam+yogurt. memang kenyang minum segelas ni. sejam nanti lapar balik=p

berfungsi sebagai milk booster mak jugak.