Wednesday 29 August 2012

pisang lebam dibawa belayar

tengok pisang macam ni mesti dah tak laku akhirnya nanti terkorban jadi cekodok kan?

tapii..sila baca dibawah.

Health Tips: according to Japanese Scientific Research, full ripe banana with dark patches on yellow skin produces a substance called TNF (Tumor Necrosis Factor) which has the ability to combat abnormal cells. The more darker patches it has the higher will be its immunity enhancement quality; Hence, the riper the banana the better the anti-cancer quality.
Yellow skin banana with dark spots on it is 8x more effective in enhancing the property of white blood cells than green skin version.
Eating 1-2 banana/s a day increases immunity.


terus lepas ni beli pisang peram sampai berbintik hitam baru makan =P 

sumber sini

 breakfast maryam hari ni, cekodok kismis

dia bangun awal hari ni. sama awal ngan walid yang nak pergi kerja. akibatnya lapar pon awal lah. sebab dah biasa bangun tido makan. akibatnya, sementara nak tunggu cekodok ni masak buat drama lah. maryam. maryam.

makan pon ade sisa air mata lagi.

tapi makan tetap makan. berdrama pon sebab lapar.


 ade lagi air mata kat bulu mata


 habis sepinggan. jangan risau!

lepas makan, sambung berdrama lagi. tak tahu ape dia nak. air tak nak. susu tak nak. nak berdukung. tunjuk pintu nak jalan-jalan. tak habis lagi mood raya dia. haish. 

ni kes lama sangat bercuti lama sangat bermanja dengan walid ni. bila la mood nak ok balik.

pukul 1030 baru ummi boleh breakfast. tu pon sementara dia tido. cucur ikan bilis bersawi.

tak sempat makan, dah bangun balik, sambung buat drama. so berdrama lah dia hari ni. sampai tido tengahari. bangun tido, makan lunch ingat mood dah ok, lepas makan, sekarang dok menangis tak tahu nak ape lagi.


 keadaan semasa.

letak bawah lepas mak dah sakit pinggang dukung pujuk tanya nak ape. atas dukung nangis. letak bawah nangis. baik lah dok bawah. T___T
ya allah. sabar. sabar. *tarik nafas* hembus nafas*

jangan buat onar sangat la anok weh. mok mung bukenyo cekak sangak

cuti memang best. tapi asal lepas cuti jer camni mak penat la.

 

Tuesday 28 August 2012

20 bulan, 22 minggu

assalamualaikum ~

 kak maryam tengah breakfast pagi semalam

maryam makan nasi goreng pataya. ummi makan nasi goreng kampung sayur bayam. tapi maryam ngelat. dia habiskan telur dulu baru makan nasi.

raya hari tu genaplah 20 bulan umur maryam. setahun 8 bulan. genaplah 20 bulan maryam minum susu ummi. dan 14 bulan makan food homemade ummi masak. lagi 4 bulan nak dapat PHD menyusu, lagi 4 bulan jugak nak share family food ngan ummi. insyaAllah dalam pantang nanti kita share lauk pantang. muehehehe. ikan haruan ngan belut sedap woh! =D

di usia ni, tak tahu lah sebab tanda-tanda awal terrible two ke, sebab emosi berubah nak dapat adik. dia adalah tersangat manja kededek wek. ke sebab takde adik ang jarang berkawan. tu yang jadi manja terlebih. doc yang i pergi check up panggil dia princess maryam. sebab selalu mendiva masa check up ummi. huhu

alhamdulillah, progress bercakap semakin lancar. slang german semakin berkurang. dah makin banyak perkataan dia belajar. tapi kebanyakan perkataan yang dia sebut tu dia beljar sendiri jer. dia selalu ikut mulut kita sekarang kalau kita tak suruh. kalau kita ajar dia tak nak ikut.

contohnya semalam, masa keluar makan lepas balik check up. nak hujan. so keluar kereta nak ke kedai makan walid yang dukung dia, i cakap lah. 

"nak hujan. cepat, cepat, cepat"

boleh jer dia ikut, "pat, pat, pat"

tapi lepas tu kalau ajar sebut something. contohnya walid ke, ummi ke. jangan harap dia nak ikut. huhu. still panggil abah kat semua orang.

perkataan yang baru clear sebut

atuh = jatuh
aku =thank you bila dia bagi barang kat seseorang. bukan orang yang cakap, dia yang cakap.
seesaw
box
book
ball
cat
there you are= bila dia main sorok-sorok
shejuk= bila food panas. terbalik boleh?

ape lagi eh..perkataan dia bukan yang mak ajar lah sebenarnya. pengaruh baby tv kuat budak ni

bunyi binatang dia suka buat bunyi singa, anjing, ayam. kalau kucing pulak mesti xkeluar suara. gaya manja kucing jer tangan kat pipi. tak tahu mana dia belajar. huhu

dah kenal tangan kaki kalau nak sapu ubat bila kene gigit nyamuk, tapi bila suruh point mesti tak nak. hidung jer dia nak. kalau suruh point mana-mana bahagian badan, dia pulak suruh kita nganyi lagu "head and shoulders". dia tukang joget je lah. suka lagu twinkle-twinkle ngan the wheels of the bus jugak siap ngan gaya. if you happy dah bosan.

pantang dengar orang bersin ngan batuk. sure dia yang lebih-lebih meniru. 

suka cartoon the cuddlies  ngan oliver dalam baby tv. dua-dua cartoon tak bercakap kan. aksi jer lebih. sebab tu lah. =D

maryam ni unpredictable la bakat dia. sebab apa yang kita ajar dia buat tak dengar jer. tapi tiba-tiba pandai bangga diri tunjuk kat semua orang. huhuhu 

dan yang paling penting, semalam timbang maryam berat dah naik 100g! so sekarang berat dia 9.3 kg. hehehe. ok le tewww. dah lama sangat dah dia tak naik berat.  pasal berat gemuk kurus ni sebenarnya tak lah menjadi isu bagi i, as long as dia sihat. budak maryam ni pon jarang jer pon sakit. paed maryam pon selalu pesan takde benda nak dirisaukan sebab perkembangan lain dia ok. tapi tu lah, bila balik kampung jumpa ramai-ramai orang serabuk perut jugok.
 

ummi maryam, 73.2 kg. walaubagaimanapon gambar ni nampak kecik dari luar. sebab tu mak upload. =D

i tak kene minum air gula u olsss. doc kasi can sebab baru lepas raya kang. ding ding ding~ =D

22 minggu pregnant, masih menyusukan maryam sepenuhnya. bulan puasa haritu risau takut susu drop. alhamdulillah. puas jer maryam minum. tapi makan jangan cakap la. selagi tak azan tu, selagi tu mak makan minum. orang lain puasa berat turun. mak elok jer naik sekilo seminggu. hehehe

raya hari tu sebab cuaca panas, minum air banyak giler, dan makan banyak giler tapi maryam kurang minum susu sebab selalu kene culik kesana kemari membengkak jugak lah. alhamdulillah rezeki maryam. hopefully bertahan lah 4 bulan lagi. balik kampung hari tu ramai gak terkejut masih susukan maryam. dan ramai jugak tanya ade susu lagi ke? adeeee...nak tengok? eh eh eh

perkembangan adik maryam alhamdulillah semua ok. saiz, berat, panjang, memang sesuai dengan umur dia. so takde lah nak kurang nutrisi bila menyusu sambil pregnant kan seperti yang digembar gemburkan. insyaAllah dia akan membesar dengan sihat dan kuat dalam tu. tapi jangan besar sangat nanti penat ummi nak push. kita sambung membesar dengan sihat dan kuat kat luar pulak nanti yer sayang. hehehe

cuma doc cakap uri mcm ke depan sikit. tapi tak de masalah pon sebab rahim kecik lagi. bila dah membesar nanti uri akan duduk di position sepatutunya. oouhhh..kecik lagi eh? awat perut mak besar? =P

gambar adik maryam yang scan 4d hari tu dok dalam kereta lah. nanti kalau walid dia bawak naik i ambik gambar upload. penting tu untuk kenangan.

position dia kali ni tak kepit dah. position dia cium tulang keting. boleh tahan jugak adik maryam dok ber-acrobatic dalam tu. nak jadi gymnast ke? ade ke gymnast muslimah? eh? muslimah?

yer. maryam akan dapat adik perempuan jugak nanti.insyaAllah. nanti duduk baik-baik ngan adik and sayang adik macam ibu sayang ummi dan ummi sayang ibu yer.

eh. eh. u sayang ke i long? hehehe. hopefully anok2 i rapat macam kita. ilove u!

Sunday 26 August 2012

menceceh raya 2012

assalamualaikum~

tak terlewat lagi kalau nak wish selamat hari raya untuk semua. maaf zahir batin kalau ade tersalah terkasa bahasa tersentap baca blog ni kan. sebelum balik raya hari tu tak sempat nak buat entry. bila dah balik raya lagi lah tak sempat.
persiapan raya

persiapan raya tahun ni sangat lah bersederhana. baju yang betul-betul matching hanyalah pagi raya jer kut.  baju mak mix and match jer beli asing-asing. tudung pulak, punyalah lama mencari akhirnya beli jer pashmina harga rm 18 2 ketul. tawar mintak rm 15 pak cik tu tak kasik. hehehe. baju maryam jelah yang lengkap kut semua baru sampai baju tido pon baru. yelahkan. kalau beraya mesti lah sampai ke malam biasanya. haruslah pakai baju baru. tapi tahun ni tak over spend baru raya untuk dia. tak macam tahun lepas. sampai lebih baju raya. tak terpakai. tahun ni raya ke 4-5 dah recycle baru dah..hehe..bukan retis pon kan tak boleh nak recycle baju. takde baju kurung pon untuk mak tahun ni. raya 2,3,4,5 pakai jer baju nursing kain tshirt senang nak breast feed maryam di mana-mana sahaja. naseb baek pregnant kan. takde lah nampak pelik sangat. no selipar and handbag raya for me ini tahun. memang tak merancang nak beli pon. bajet raya tahun ni adalah sangat terhad. dah lebur kat kitchen kabinet, lampu, kipas, ekon rumah baru. so beraya lah seadanya. =P

turn raya di rumah mak.

tahun ni semua adik beradik ada dipagi raya. memang dah berpakat. tahun ni memang semua turn beraya ditanah merah. temanya adalah hijau. family mak jer purple. sape suruh cakap tema lambat kan. orang dah beli baju raya awal-awal.

family che manshor

*ehem* pendeknye u long =P


 depan dari kiri: abe cik, mok, shahir, abah, mi.
belakang: abe helmi, rayyan, along, si gemuk, maryam, bie, pok we, faiza

insyaAllah. tahun depan bertambah ahli lagi.

menu pagi raya. menu biasa dipagi raya. rendang ayam ngan daging, kuah kacang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, nasi himpit, ketupat palas, lemang. semua buat kecuali lemang. hehehe

memang menu tu jer dipagi raya biasanya. bila entah nak ubah. =p kalau nak ubah tak tahu mana nak reject. macam semua penting jer dipagi  raya. haha 

petang raya dah bergerak ke rumah husband. 2nd raya, balik terengganu beraya dengan keluarga husband belah mak mertua pulak. balik hari. dapat lah makan keropok lekor ngan sotong celup tepung. raya ke 3 rumah mak pulak. begitu lah raya-raya ni kang. haruslah gilir-gilir rumah dekat ni. cuti lama pon bila bagi dua sikit sangat jadi sebenarnya.

jem raya

raya di kelantan. tak jam tak sah! sabri yunus kata jangan jadi kan jem masalah dihari raya. jadikan ia sebahagian daripada raya. tapi bejam-jam dok dalam kereta boleh keras bontot hoih. kiteorang kalau raya memang bertolak awal dari orang la sebelum raya. sejak kawen tak pernah lagi merasa jem balik raya. tapi tahun lepas kiteorang merasa jem masa beraya. gerak 1-2 km sampai 2-3 jam. serik makkkk...dah tak lalu jalan tu dah. tahun ni paling teruk pon perjalanan yang sepatutnya ambik masa 45 minit jadi 2 jam setengah. boleh sabar lagi lah. dah kereta banyak nak buat camane. kat kelantan masalah besar selain daripada jalan kecik, kereta melimpah ruah adalah masalah orang kelantan hidup takde stress bawak kereta sambil makan angin korek hidung bawak kereta 60km/jam. memang belambak-lambak orang macam ni. masa tak de orang ramai boleh la dia nak makan angin bawak kereta, tapi bila dah musim kereta banyak ni, beratur panjang lah kereta nak melayan dia makan angin. nak melintas kereta dari depan pon banyak. haishhhh.

maryam

raya tahun ni ya ampunnnn. kene banyak bersabar sangat ngan dia. tak boleh nak beraya rumah orang pon. cuaca kelantan adalah super panas. rumah sedara pulak banyak rumah kayu, so siang dia panas. ade sesetengah rumah tu sempat beraya salam-salam, minum air jer. tak sempat nak berbual panjang bertanya khabar pon. rumah yang ade binatang lama la dia nak duduk. raya tahun ni dia baru kenal kucing. baru pandai main ngan kucing sambil sentuh-sentuh kucing sambil takut-takut. rumah yang ade ayam, kucing, burung, lama la sikit boleh pujuk dia duduk. rumah yang ade buai pon dia suka. sampai tak nak balik. -____-"

food maryam

ni yang nak bebel panjang. masa raya first ngan 2nd buatkan dia nasi goreng. letak dalam thermos. sebab malas nak berkuah lauk asing bagai. tapi dia tak makan banyak sangat nasi goreng. bosan ke ape entah lah. so pergi beraya mana-mana bagi lah dia makan nasi himpit. dia suka sangat nasi himpit. pagi raya buatkan dia nasi himpit goreng, habis satu pinggan dia makan. so lepas-lepas tu tak buatkan dia nasi goreng dah. just bawak lauk jer. pergi mana-mana makan dengan nasi kosong or nasi himpit. lauk dia kat kampung hari tu udang, telur ngan ikan. benda-benda yang cepat lah. banyak nye telur. ikan bakar bila masa makan ade kat rumah. masa raya ke 3 stuck dalam jam so tersilap bajet masa makan maryam mintak nak goreng telur hancur rumah sedara. makan ngan nasi kosong. heheh. terpaksa la buat muka tak malu kan. kalau tak anak lapar nanti. tapi yang kiteorang pergi tu pon sedara rapat. 

snek pulak, biasanya dalam beg maryam kiteorang sediakan kismis, buah-buah, ngan 'kuih raya maryam'. kuih raya ingat nak buatkan cookies untuk maryam. dah beli bahan, tapi dok mengemas kat kl ni tak sempat nak buatkan dia cookies. so pilihan terakhir adalah bakar roti buat roti kering. buat batch pertama sikit jer dulu. testing dia makan ke tak since dah lama tak buat. buat bentuk comel-comel macam biskut raya. selamat licin dia ngan rayyan makan. raya pertama biskut batch pertama tu dah habis. so malam raya ke dua sebelum pergi terengganu tu i bakar 2nd batch buat banyak terus. malam ni sebenarnya i adalah penaaaattttt giler. tapi gagahkan diri jugak membakar cookies tersenang untuk anakanda tersayang. takut orang sumbat benda bukan-bukan kat anak mak. husband pon kene paksa tido kat dapo sekejap sebab teman bakar biskut maryam sambil basuh kain jugak. biskut letak dalam bekas so kebanyakan kes maryam tertipu la. kalau nampak dia macam terliur tengok biskut raya, or ade orang offer biskut raya, ganti jer dengan 'kuih raya maryam' tu.

tapiiii, terlepas jugak lah benda yang tak diingini. maryam sempat la merasa popia 2 ketul. agar-agar kering manis leting. popia tu tak dapat diselamatkan. agar-agar kering dia baru jilat. mak rampas sebab terkejut. yang sempat tengok tak sempat masuk mulut macam puding, agar-agar, kek jangan cerita lah. stress mak. stressss! mak dah la kekenyangan dan kepenatan dan kepanasan kan. maryam pulak. tak leh orang offer food. -____-"

walaupon perangai buruk, tapi biasanya mak masih ingat nak berbudi bahasa ngan orang tua. walaupon control food maryam biasanya cakap baik-baik lah maryam tak makan lagi. tapi bila maryam dah besar ni, ramai orang macam tak boleh nak terima maryam still di control makan nya walaupon dah besar. i pon tak faham kenapa lah dieorang nak bagi sangat junk foood ni kat budak-budak. tapi raya kali ni sebab kepenatan kut, keterlupaan kadang-kadang tu nak berbudi bahasa. ade sorang mak cik tu dia bagi maryam makan kek. i terus ambik kek kat tangan maryam then cakap maryam tak leh makan. kek tu manis. tak tahu lah nada camane. tapi nampak lah muka dia berubah berasa hati lah kut. 

anak kurus, mak gemuk.

kesinambungan dari cerita food kat atas. disebabkan i merampas kek dari maryam and letak balik dia cakap maryam ni sure tak makan pape kan. kurus kering jer. haish. memang menguji kesabaran tau panas-panas ni. dia dah la tetamu. ade aku perambat balik kang. masa tu duduk rumah nenek i. mak redha je lah. layan lah perangai orang tua ambil suap maryam dengan food yang dibekalkan. penat-penat mak prepare food, nak sumbat ngan bukan-bukan pulak.

tak cukup dengan mak cik tu sorang, moyang maryam pon nak tambah temperature ummi maryam jugak. dok bercerita anak dotdot tu, makan catu. semua benda tak boleh. anak semua kurus kering jer. anak dotdotdot pulak, semua 'sihat-sihat'. makan semua. tak memilih. yelahhhh. baik lah. baiklah. raya ni telan jer semua. tak baik nak melawan orang tua. mak telan semua. T______T

tak cukup dengan tu. mak cik yang sama dengan mak cik bagi kek kat maryam tegur i semakin menggemuk. dulu kurus. anak dia menyampuk, "mengandung kan tu mok, nyo berisi lah" tapi dia still nak tambah, " ngandung pong, kiro gemuk la besar lagutumo"

kannnnnnnnnnnnnnnnn...mak gemuk kecoh. anak kurus pong kecoh. tahun depan nak pakai tag besar-besar or buat banner kat tangga.

 "JANGAN BERCAKAP KALAU TAKDE BENDA YANG SEDAP DIDENGAR NAK DICAKAPKAN"

kan dah emo cerita pasal raya. muehehehe

keseluruhannya. my raya adalah menggembirakan hati dan mengenyangkan perut. dihidangkan dengan food yang super sedap. orang sekelililing yang rapat pon faham jer tak de isu pon pasal maryam sikurus sebab dia tak reti dok dia, mak maryam si gemuk sebab dia semua food belasah. dan mak maryam si gemuk yang masih cuba nak menjaga makan minum maryam. orang yang jumpa setahun sekali jer tu pon kadang-kadang tak jumpa jer yang susah nak faham. mak pasrah. T____T

emas murah

balik kelantan musim-musim raya ni sibuk lah orang bercakap pasal emas. balik hari tu kebetulan lagi sekali emas turun. nak beli emas baru matik la kene jelingan maut ngan walid maryam kan. setiap kali balik kampung nak beli emas. tokei balok pong bankrup. tapi nakkk jugak tambah kesibukan orang kt kedai emas tu. pergi lah tukar gelang lama yang tak sedap pakai ambik cicin ngan subang. ade jugak emas baru kan walaupon tak keluarkan duit. hehehe

berat naik berapa kilo?

biarlah rahsia dulu. yang pasti, ade harapan la nak kene minum air gula ni. petang ni ade check up. doalan mak tak kene minum air gula yer u ols. nanti malam kang. mak bercerita pasal check up petang ni pulok. dan berat semasa T_T


Sunday 12 August 2012

lempeng pisang

 smiley face lempeng pisang

smiley face budak makan lempeng pisang



kiteorang akan balik kampung esok. wuhuuuhuuu. sebab itu lah happy semcam. hihi. mauk kemas rumah packing2. daaa~ selamat hari raya! eh awal lagi =P

Tuesday 7 August 2012

breakfast anak dara

 cheesy broccoli roll 

sekeping roti
brokoli floret
cheese disagat
telur

tabur cheese dan brokoli atas roti, gulung kemas-kemas. celup telur. goreng diatas pan dengan sedikit minyak. balik-balikkan sehingga masak rata.

ummi rasa nak bagi makan atas meja

tak nak! nak makan bawah jugak atas sofa.

buat muka busuk

aummmm

 minum air sikit





 main ape entah

main sorok-sorok

cakk....aaaa

penat main sambung makan balik. doh bilo nak gemuk?

pagi tadi,
 buruh kasar ummi. menyapu kalau nak makan breakfast

walid yang pakaikan baju lepas mandi semalam. baju habis besar. huhu

 makan banana roll pulak

 sebiji pisang
sekeping roti
telur

gulung pisang kemas-kemas dalam roti. celup telur, goreng atas pan dengan sedikit minyak. boleh makan ngap begitu sahaja. tapi kalau maryam nak kene potong-potong sekali ngap.

i malas nak bakar roti buat breadcrumb. kalau salut breadcrumb pon sedap jugak.

ummi masak lambat sangat...saya makan kurma dulu

nampak banyak terus jadi pentamak

masa sangat terhad sekarang. tak de masa sangat nak update. i suka melayan maryam sekarang. main-main ngan dia. rasa sanyang nak mengadap lappy. dia tido pon kejap-kejap jer. petang dah nak kene slow-slow masuk dapur sambil melayan dia jugak. so slow lah sikit perjalanan blog ni. heheh

Thursday 2 August 2012

bola-bola api

 satu-satunya hadia birthday yang mak dapat bila berumo 26 tahun.

thanks baiti!

makan roti bakar sedikit madu tabur kismis

sambil exercise main bola.



 hoho. gigih angkat bola. mulut penuh roti.

mainan baru biasalah dia. dok usung kehulu ke hilir

ni pon aunty baiti jugak bagi. birthday ummi maryam pon dapat hadiah mane aciii..thanks aunty baiti.- maryam cakap=p

semoga makin murah rezeki=)

anak ummi dah besar

maryam sangat suka 'tolong' ummi dia kat dapor. sangatttt suka. sampai kalau tengah buat ape-ape aktiviti pon, kalau tengok ummi takde, bunyi ummi kat dapor terus masuk dapor. 'tolong' masak sekali. so sekarang kalau masak tu ambik masa yang lama la sebab ' assistant' ade kan. bukan sepatut ade assistant makin cepat ke?

semalam i start masak awal la jugak. saja start awal, boleh kemas dapur awal, boleh goyang kaki awal. eh.

so petang tu bole la goyang kaki masak sayur sambil layan dia main jugak. saja melibatkan dia dalam aktiviti memotong kacang. nak tengok ape dia buat dengan kacang tu.

tolong ummi potong kacang. semestinya lah maryam tak guna pisau. =P

tapi hasilnya...

dia patahkan kecik-kecik dengan susah payah, letak dalam bekas i letak kacang dah potong tu jugak. dia tengok i potong kecik-kecik letak dalam tu kan. pandai!

sambil-sambil masuk mulut jugak of cos. dia kutip makan biji kacang tu. sedap gamoknye. ataupon sebab menarik kaler hitam-hitam macam kismis.

 ni study resepi sebelum tido tadi. esok nak masak dengan ummi.

dia 'kemas' almari buku. baca-baca *ehem* belek-belek majalah tiba-tiba ternampak gambar bento-bento yang cute kat dalam majalah tu. terus excited mulut bising. ade bento bentuk ayam. dia cakap 'bird'. 

dah suka benda-benda cantik kut budak ni. tapi ummi takde alat la nak buat bento cute-cute. nanti kita ajak walid pegi daiso okeh. heheh

sebab masak awal semalam?

husband mak request nak makan butter prawn

tapi dah lama tak buat. so tak confident boleh jadi. so start masak awal sikit untuk egg floss nya. kalau tak jadi kita tukar plan masak benda lain. muahahaha..alhamdulillah. boleh diterima lah egg flossnya walaupon warna tergelap sedikit. hehehe. so petang tinggal nak goreng udang sajor.

 menu bukak puasa semalam: butter prawn, sambal telur, kacang goreng belacan. air sirap limau biji selasih.

senang jer menu bukak puasa. macam tak puasa jer kaedah nya. macam dinner-dinner biasa. alhamdulillah. setakat ni masak tak pernah membazir. kalau lebih lauk pon sikit makan sampai sahur, topup sikit jer untuk sahur. 

sambal telur tu guna telur putih jer yang lebih buat butter prawn ni.

dah lama sebenarnya tak letak resepi orang tua dalam blog ni. sebabnya adalah mak is segansebab sekarang orang yang baca blog ade jugak sedara mara. so kalau jumpa cakap-cakap pasal food-food dalam blog mak, mak is malu. motif malu? entah lah. tapi segan la jumpa orang, pastu dia cakap balik benda dalam blog. >.<

tapi akibat tak letak resepi, bila nak buat balik masakan yang sendiri pernah masak dah tak ingat dah bahan. haha. so lepas-lepas ni, kalau resepi yang boleh simpan untuk rujukan masa hadapan, akan ditulis balik kat blog. so untuk semalam,

 resepi butter prawn hot:

egg floss:

2 biji telur (ambik telur merah jer)
2 sudu besar butter
minyak masak 2-3 sudu
*campur minyak masak ngan butter sebab nak tinggikan smoking point so butter tak cepat hangit

cairkan butter, masukkan minyak. bila dah panas, tuang telur dengan mengguna acuan roti jala dengan guna tangan kiri, tangan kanan dengan menggunakan garpu buat gerakan bentuk bulat dalam kuali. jangan berhenti sampai telur habis. tunggu sampai telur berbuih-buih minyak. jangan lama sangat nanti kaler gelap tak cantik. macam mak buat ni dah gelp sikit, kalau boleh lagi muda lagi cantik. angkat. toskan minyak.

untuk udangnnya:

8 ekor udang
5 biji cili pado (ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
setangkai daun kari
2-3 sudu susu cair

lebihan minyak tadi, panaskan sehingga minyak betul-betul panas, goreng prawn sampai masak beberapa minit. angkat. lebihan minyak boleh keluarkan sikit kalau tak nak berminyak sangat. masukkan cili padi dan daun kari, tumis sehingga wangi. masukkan susu cair sedikit garam dan gula jika perlu, kacau sehingga keperangan. masukkan balik udang yang telah digoreng tadi, kacau sebati. hidangkan. tabur egg flos tadi.

* i tak masukkan garam dan gula pon dalam masakan ni. sebab untuk i masin butter tu dah cukup, pastu manis udang tu pon dah sedap. kalau mahu lebih rasa boleh la tambah. tapi sikit jelah sebab butter tu dah masin dah.

siap untuk di ngap =D


Wednesday 1 August 2012

minum petang

 baked potato chip dengan mango lassi.

mango lassi memang dah sedia maklum,

mangga sebiji
2-3 sudu besar yogurt
sedikit air/ fresh milk kalau dah 1y++

blend semua. done!

baked potato chip tu sebenarnya tak jadi pon sebab dia adalah tak sekata. ade part lembut, ade part lemau. tapi homemade tak perlu perfect kan? asal anak makan tu ok ler teww. heheheh

2nd time sebenarnya buat. first time buat buat ngan keledek. result dia agak mengecewakan sebab maryam tak makan. instead of rangup dia jadi keras. mungkin masa tu kurang minyak. yang i buat untuk walid dia, goreng jer deep fried dia makan la jugak sikit-sikit. so kali ni i gaul dengan banyak minyak. tapi i adalah pemalas kali ni potong tak sekata la pulak tu yang kerangupan tak sekata tu kut. step2nya

1) potong kentang
2)basuh dan tos-kan
3) lap dengan tisu dapor
4) gaul dengan minyak. masa ni nak tambah herb pon boleh. tapi i tak tambah ape-ape pon. memang dah sedap.
5) susun atas baking sheet selapis jer
6) bakar suhu 180 degree C 9next time nak try dengan suhu yang lagi tinggi)
7) balik sekali sekata
8) bila dah keperangan angkat lah


 sedap tak maryam?

sekali sekala kalau mood ummi merajin boleh lahhhh =P

 epal + manggo smoothies

blend  sebiji epal (buang kulit) dengan setengah biji mangga dengan yogurt dengan sedikit air / susu. 

setakat ni kalau buat smoothies/ lassi kat maryam i tambah air masak jer. mayam mak tak intro lagi fresh milk untuk minum. yer lah. kata minum susu ummi jer. tapi untuk masak tu dah letak dah sikit-sikit.




 sedap menjilat bibir =P

gulp gulp gulp


muka happy!